Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Thursday, January 6, 2011

Kita Mesti Berazam Baru Pagi Dan Petang, Bukan Hanya Pada Tahun Baru!

Saya baru pulang dari menghadiri majlis meraikan Wira Bola Sepak Negara, Khairul Fahmi Che Mat anak kelahiran Kelantan yang telah mengharumkan nama negara ketika perlawanan akhir Piala Suzuki AFF 2010 Malaysia menentang Indonesia minggu lepas.

Alhamdulillah, tahun 2010 diakhiri dengan kejayaan gemilang untuk sukan bola sepak negara. Beliau seterusnya bertandang ke rumah saya untuk menghadiri majlis akikah cucu saya yang ke-54. Alhamdulillah. Walaupun sedikit terlewat sukalah saya mencoretkan sedikit tulisan sempena tahun baru 2011 yang menjelma ini.

Pertamanya, segala puji bagi Allah SWT yang terus memberikan kepada kita nikmat yang berterusan untuk mengecapi kehidupan di bumiNya pada hari ini. Lembaran tahun baru 2011 Masihi yang baru sahaja menjelma di dalam kehidupan seharusnya disambut dengan kesyukuran yang tidak terhingga di atas belas kasih Allah SWT terhadap diri kita semua. Sesunguhnya nikmat hidup serta kesihatan yang berpanjangan merupakan sebesar-besar nikmat yang sering dilupakan oleh manusia. Rasulullah SAW bersabda :

نعمتان مغبون فـيهما كثير من الناس : الصحة والفراغ

Yang bermaksud : Ada dua nikmat dimana banyak orang yang tidak menghargai (atas kedua nikmat itu), yaitu nikmat sihat dan waktu luang” [HR. Bukhari]

Bagaimanapun, di dalam suasana kita menyambut kehadiran tahun baru ini, sedarkah kita bahawa Islam mengajar kita bahawa kesyukuran perlu sentiasa dipanjatkan kepada Allah SWT setiap kali menjelangnya hari baru tidak hanya satu kali dalam satu tahun. Justeru, Rasulullah SAW mengajar kita untuk berdoa setiap kali bangun pada waktu pagi :

أصبحنا وأصبح الملك لله رب العالمين, اللهم إني أسألك خير هذا اليوم: فتحه, ونصره ونوره, وبركته, وهداه, وأعوذ بك من شر ما فيه وشر ما بعده

Yang bermaksud : "Kami telah memasuki pagi baru, sedang kerajaan hanya milik Allah, Rabb seru sekalian alam. Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu agar memperoleh kebaikan, kerterbukaan (rahmat), pertolongan, cahaya, berkah dan petunjuk di hari ini. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan apa yang ada didalamnya dan kejahatan sesudahnya." – Hadith Riwayat Abu Dawud.

Demikianlah juga perlindungan daripada Allah SWT diajar untuk sentiasa dilafazkan setiap hari di waktu pagi dan petang. Ini menunjukkan pergantungan seorang manusia dengan Allah SWT bukan hanya bermusim pada waktu-waktu tertentu sahaja. Ia hendaklah diperbaharui setiap hari dan sepanjang waktu. Sabda Rasulullah SAW :

مَنْ قَالَ بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حِينَ يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لَمْ تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حَتَّى يُمْسِيَ

Yang bermaksud : Sesiapa yang membaca : "Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan nama-namaNya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." sebanyak tiga (3) kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu pagi sebanyak tiga (3) kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya..” - Riwayat Abu Dawud dan Tirmizi.

Inilah yang sewajarnya diasuh dan dipasak di dalam diri setiap daripada kita semua. Menanam azam baru di setiap awal tahun tidaklah salah, namun lebih tepat lagi jika dilakukan setiap pagi dan petang. Oleh yang demikian saya berpandangan bahawa kesukaan dan kegembiraan menyambut tahun baru dengan mengadakan pesta besar-besaran tidak lebih hanyalah merupakan satu pesta untuk bersukaria semata-mata. Ia perlulah dilengkapkan dengan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah SWT, jika tidak ia hanya akan menjadi pesta dan aktiviti yang melalaikan.

Alhamdulillah, di Kelantan kita mengajar rakyat agar sentiasa ingat kepada Allah SWT yang merupakan Tuhan bukan sahaja di dalam masjid tetapi juga di luar masjid. Di awal tahun, pertengahan dan akhirnya, Allah SWT tetap merupakan satu-satunya tuhan yang layak untuk dipuja. Kita mengajar rakyat agar yakin bahawa hidup ini hanyalah satu persinggahan semata-mata, tiba saat dan waktunya kita akan dipanggil untuk dihisab di hadapan Allah SWT.

Seorang Menteri Besar bukan lagi menjadi Menteri Besar di waktu itu. Begitu juga seorang Raja atau Perdana Menteri, apatah lagi Menteri atau pegawai, tidak lagi memegang jawatan yang disandang di dunia. Di akhirat, bagaimana amanah itu dilaksanakan akan disoal dan dijawab. Di dunia, ia perlu ditanggung dan di akhirat, ia perlu dijawab, kerana itulah ia digelar tanggungjawab.

Inilah pengajaran yang perlu diketahui oleh setiap manusia khususnya seorang yang beriman kepada Allah SWT dan RasulNya. Atas asas inilah, saya tegas untuk menyatakan bahawa setiap aktiviti menyambut tahun baru jangan sekali-kali melanggar dasar Membangun Bersama Islam yang telah kita tetapkan.

Kita perkenalkan Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1998 untuk mengingatkan rakyat bahawa Allah SWT yang dihadapkan solat kita di masjid itulah juga Allah SWT yang sama sewaktu kita berhibur. Apa yang ktia lakukan di luar masjid jangan sama sekali bertentangan dengan apa yang kita lakukan di dalam masjid. Sayang sekali, sebahagian daripada kita bukan sahaja mengasingkan diri daripada masjid bahkan memarahi orang lain yang ingin mendekati masjid.

Apapun, saya berharap agar tahun baru 2011 ini terus menerus membekalkan kita dengan semangat untuk meningkatkan mutu kerja kita sebagai hamba Allah SWT di dalam mencari bekalan untuk mengadapNya di hari akhirat kelak.

Salam tahun baru.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,

Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.

Sunday, July 25, 2010

Result Tahun 4

result tahun 4..isk3..sedihnya..huhu

Firman Allah SWT Mafhumnya : Dia (Nabi Ya'qub) menjawab, "Sesungguhnya aku mengadu kesusahan dan kesedihanku ini hanyalah kepada Allah, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Suruh Yusuf : 86)


A man should be as strong as steel, A man should shed blood, not tears!..
(Petikan Dari Filem Iron Monkey)..



p/s : pengajarannya sila baca esok, mlm ni nk menangis dulu..hehehe


Saturday, June 27, 2009

Exam Pun Tamat..

setelah 2 bulan lebih berexam(tensen gila sistem exam kat mesir ni)..
Hari ini secara rasminya,
tamat lah exam tahun 3..yahoooo..hehe


Dua nikmat yg manusia sering lupa..nikmat sihat dan waktu lapang..

pandai-pandai la ye..kita da besar kan?..kan?..hehe


Sunday, May 10, 2009

Sedang Exam

pau kat perubatan.org..hehe

baru abes exam praktikal..lega senafas..written dan oral bakal menjelma..
doa kan kami ye..

dan juga

Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang..
Terima Kasih Yang Tak Terhingga Ku ucapkan,
kerna sudi mendidik diri ini

dan juga
Maafkan salah silap anakanda ya..


Saturday, May 2, 2009

All-Out Study!


Salam Study..


dalam duk sibuk2 study ni, banyak pulak isu2 semasa yg muncul ditanahair..nk jugak bg komen sikit sebanyak tp tenet yg xde menyebabkan hasrat itu sedikit tergendala..tangguh lain kali la ye..hehe

tp kali ni aku bukan nk sebut pasal isu2 tersebut..

dalam kita semua duk study, study dan study ni(tido pun byk jugak..hehe)..byk pulak benda yg aku fikir..

pertamanya mengapa perlu study gila2 begini..apakah yg kita kejar sebenarnya??..nak mumtaz ke?? ada apa dgn mumtaz? dan kalaulah takdir kita dpt mumtaz, ape lagi yg kita nak? nak suruh org puji? ke nk makan atas kapal?hehe

kalau bukan nakkan pujian dan dan yg sewaktu dgnnya tu cuba cakap, apa yg kita mahukan sebenarnya?..letih dah aku fikir..apa yg kita mahu sebenarnya drpd result yg mumtaz tersebut?

pahtu kita ckp Tuhan suka org cemerlang, suka org mumtaz..ya betul!..tapi kali ni saje aku nk persoalkan, betulke Tuhan suka org cemerlang?..

kalau gitu Tuhan suka la kat org kafir kerna mereka lagi cemerlang lagi mumtaz dari kita..betul tak?..semua ilmu mereka kuasai..realitinya begitulah..jadi persoalannya adakah tuhan lebih suka dan lebih sayang kepada mereka?..tidak bukan..

kesimpulannya, mumtaz atau tak, bukan bererti Tuhan suka ataupun tak..jadi atas sebab apa lagi kita mahu mumtaz?..cuba la jawab ye!

haha..boleh la sama2 kita fikir ya..

ok..nash da marah..kata nk study..sempat lg update blog..hehe

babai..

apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali ku kata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh dengan tipu daya..

Monday, April 27, 2009

Third Year Final Exam's Schedule

Salam Alayk

Ni jadual final exam tahun ni..tahun yg sgt mengcuakkan..apa-apa pun usahalah dulu sehabis daya..walaupun sudah rase terlambat..

Ok..lah..doa-doakan kami yg sedang berimtihan skrg..moga berjaya dunia akhirat..

practical

pharmacology : 30 April 2009

microbiology : 5 Mei 2009
parasitology : 7 Mei 2009

pathology : 10 Mei 2009


written


pathology : 21,23 Mei 2009

parasitology : 27 Mei 2009

microbiology : 2 Jun 2009

pharmacology : 9,10 Jun 2009


oral

pharmacology : 13 Jun 2009

microbiology : 17 Jun 2009

parasitology : 22 Jun 2009

pathology : 27 Jun 2009



Ya Allah..
Aku mengadu kepada Mu..
tentang kurangnya usahaku,
dan juga lemahnya imanku

Ya Allah
seseungguhnya aku sangat-sangat menzalimi diriku sendiri
dengan kezaliman yang pelbagai
ampunkanlah aku
sesesungguhnya tiada pengampun dosa melainkanMU

Ya Allah
seseungguhnya aku tak berdaya dan tiada kekuatan
berilah sedikit kekuatan padaku

amin
..

p/s : tenet sudah xde, tu tanda Tuhan suruh stadi..stadi lah wahai diri..pesal malas-malas lagi?