Sunday, June 20, 2010

Islam Dan Politik Tak Boleh di Pisahkan?

kepimpinan melalui teladan?


Dr Asri setapak lagi untuk menyertai parti politik?

TGNA Saran Wanita Solat Jumaat : Gula-Gula Politik Atau Sebuah Pembaharuan?

Festival Ramadhan : Kerajaan Pusat Tiru Kelantan?


p/s :

tengok, sekarang ni orang mula sedar, bahawa 'agama' merupakan modal politik yg cukup hebat utk mempengaruhi rakyat!

begitulah jugak dgn tarbiah!.."marilah menyertai kami, kami tarbiah mantap!"..perghh!

dunia..oh dunia..mengapa jadi begini?


jadi, aku pun mula lah terfikir,

iaitu, kadang-kadang,

'Politik' itu Mestilah di Pisahkan daripada Islam!!


[hahaha..'sesat' dah aku kali ini!]




Friday, June 18, 2010

Selawat?



*************

Firman Allah SWT yang bermaksud : Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi[1229]. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya[1230].

Surah Al-Ahzab : 56

[1229]. Bershalawat artinya: kalau dari Allah berarti memberi rahmat: dari malaikat berarti memintakan ampunan dan kalau dari orang-orang mukmin berarti berdoa supaya diberi rahmat seperti dengan perkataan:Allahuma shalli ala Muhammad.

[1230]. Dengan mengucapkan perkataan seperti:Assalamu'alaika ayyuhan Nabi artinya: semoga keselamatan tercurah kepadamu hai Nabi.


**************

Awwalul kalam dengan salam,
Buat junjungan Khairal Anam,
Dalam selawat yang disulam,
Alun zikir memuji Sohibul 'Alam

Lembaran sirah pun berperi
Riwayat insan yang terpuji
Bersalasilah para nabi
Keturunan Quraisy yang molek pekerti

Ahmad, itu nama yang tersurat
Dalam Injil juga Taurat
Apatah lagi kitab Al-Qur'an

Dia Muhammad
Penutup sekalian nabi
Penyampai risalah suci
Islam agama yang diredhai
(Dia pembela di mahsyar nanti)

Dari gelita jadi cahaya
Dari derita jadi bahagia
Kerana dia pembawa rahmat
Kerna dia juga pemberi syafaat

Huwa Muhammad,
Huwa khatimunnubuwah,
Huwa balighurisalah,
Huwa saiyiduna wa imamuna

Dia Muhammad
Dia tauladan utama
Sunnahnya jaminan syurga
Berlandaskan wahyu yang Maha Esa

Waimma cerca ataupun hina
Hatta dihunus pedang kuffar durjana
Namun baginda beralah tiada
Kerna percaya Allah tetap bersamanya



Dia Muhammad : In Team


**********

p/s: pakat2 selawat belako puok2 kito!..


Wednesday, June 16, 2010

Kelantan Fiesta : Rakyat Kelantan Terluka Lagi?

Laman Rasmi | Video Promo

***********

Sudah lebih 17 tahun kita menjalin hubungan kesetiakawanan dalam ikatan konsep persekutuan.

Setakat yang saya ingat, tidak pernah satu kalipun lagi terganggu sebarang projek yang diluluskan oleh Pusat di Kelantan baik kecil mahupun besar mengalami gangguan atau dihalang oleh Kerajaan Negeri.

Melalui permuafakatan dan rundingan, ia sentiasa disambut oleh kami dengan penuh keterbukaan.

Bagaimanapun beradablah ketika melangkah. Bukankah ini Wilayah Timur. Setiap rumah ada tuannya. Masuk berpintu. Keluar bertangga. Kadang-kadang, ya lah. Terasa juga.

Makan sirih berpinang tidak
Buah keranji atas perahu
Singgah tidak kenang pun tidak
Sampai hati buat-buat tak tahu

Petikan Ucapan TGNA, Majlis Pelancaran ECER, 29 Oktober 2007


***********

Kelantan Fiesta: MB, Exco tidak akan hadir malam ini

Nik Aziz, exco pulau Fiesta Kelantan malam ini

Kilau, Kilat Dan Hujan Di Kota Bharu!!

State govt to boycott Kelantan Fiesta

************

p/s :

1) nampaknya susah benar ye nk paham adab2 nk masuk rumah orang!..

2) xabes2 nk mendera kelantan..ish3!..royalti pun xbg lagi..alih2 nk wat perangai kurang ajar gini pulak!..xsenonoh tul!

3) kesimpulannya, lmbat lg la nmpaknye BN nk rampas kelantan..


Monday, June 14, 2010

Laa..Ni Je Ke Projek Langgar Hadi?..wakakaka..bukan waka-waka!..


video ni milik aduka!..

***********

Aduka :

Assalamualikum

Assalamualaikum Tuan Guru..

TGHH :

Ya

Aduka :

Saya dari Pas Reform lah..

TGHH :

Ya

Aduka :

Saya ingin mohon peruntukan masa dari Tuan Guru..

TGHH :

Awak Siapa?

Aduka :

Saya Khairul Nizam la...

*******************

hahahaha..sekian saja cerita lawak kali ini..

laa ni je projek langgar hadi rupanya...lawak tul la aduka ni..huhu..

bisingnya satu dunia..tp ni je rupanya!..haha..kalau ditanya pasal pe nk langgar hadi?

maka ni jwpn soleh aduka...gerakan menegakkan Islamic State!

wahaha..islamic state tu!..

tapi aku nk tnya satu je..

lu nk jatuhkan hadi tu..lu nk naikkan siapa?..mudah je soalan kan?..hehe

gua pun nk tau gak sape yg menaja lu ni!..

xpe2..gua tunggu muktamar tahun dpn la kalau camtu..gua nk tgk siapa berani bertanding kerusi Presiden lawan TGHH..sama2 kita tunggu ye!..

xpayah la main taktik kotor camni..nmpak sgt huduhnya, nmpak sgt jahatnya..

gentlemen la sikit wei!..huhu..lawan stail pondan gini wat ape???

p/s: muktamar tahun dpn ade pertandingan jawatan!..nmpaknye awal gila usaha2 org2 yg gila jawatan ni ye!..huhu


Cerita Berkaitan..

Projek Langgar Hadi

Cubaan Projek 1

Cubaan Projek 2

Saya Khairul Nizam!..hehe



p/s : awak siapa?..sy khairul nizam lah...hahahaha

Thursday, June 10, 2010

Kisah Cinta : Tribut Untuk Allahyarham 'Ammar

Allahyarham 'Ammar ketika majlis solat hajat gen6,
sebelum Final Exam Tahun 3..
sedang menyampaikan amanat selaku ketua batch..

Hari ini 10 Jun,
maka genaplah setahun Allahyarham meninggalkan kita semua..
moga tenang dikau disana..
Al-Fatihah...


**************

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..



Kisah Cinta : FeelHoney
Download



****************

1 Maut, 2 Cedera Parah Dalam Kemalangan..



Wednesday, June 9, 2010

Bila Blogger Naik Tocang!..


baca cerita blogger naik tocang kat bawah ni!

http://g-82.blogspot.com/2010/06/jadilah-media-umno-muktamar-akan-bagi.html

http://g-82.blogspot.com/2010/06/tahniah-blogger-dapat-sekadar-pas.html

http://perisik-rakyat.com/2010/06/muktamar-pas-ke-56-boikot-media-perdana.html


p/s ;

lucu la blogger ni..bajet betul..kononnya hanya kerana jasa mereka la Pakatan Rakyat menang besar Pilihanraya Umum dulu..ish3..

da la xmalu terhegeh-hegeh minta pas media kat muktamar..pastu orang xbagi bising la pulak!..bodoh tul!..

ye la, xkan la blogger hentah pape mari mintak pas media pihak pengurusan muktamar kena bagi kan..pakai otak la sikit!

da la bising2..pastu xsemena-mena UG diratib kembali!..fitmah lama nk dibangkitkan kembali ke bro!..xde kerja la lu ni..hehe

last skali..tak tahanya bukan mat rempit ke mat dadah yg jaja cerita..tp "ustaz" yg belajar kt pakistan pastu smbung mesir pulak tu!..ish3..malu la sikit woi!..

dunia dah nk kiamat kot!..

alamak..aku nk exam la..doakan aku dan kawan2 ye!..huhu

k..salam..



Tuesday, June 8, 2010

Parti Muslimat?



Saya pulak nk cadang buat Parti Muslimat terus la..Senang!..tak payah gaduh2..kat situ semua jawatan ada, dari sekecil2 hingga sebesar2..dari mursyidul am, presiden sehinngga ke ajk kecil2..semuanya muslimat!..

baru lah muslimat nampak diberi pengiktirafan kan?..suara muslimat pun akan jadi lebih hebat dan nasional kan?..


p/s :

1) kadang2 muslimat perlu sedar dimana batas keperluan diri mereka dan dimana peranan mereka yang sepatutnya..


2) umno pun takde lg naib presiden wanita..satu usul yg menarik sy kira..

3) tapi menarik juga idea usul naib presiden muslimat tu..hehe

4) jangan hanya berteori, fahamilah realiti!




Wednesday, June 2, 2010

Palestine, Forever Palestine!




Mother don't cry for me
I am heading off to war
God almighty is my Armour and Sword
Palestine, Forever Palestine


Children being killed for throwing stones in the sky
They say to their parents "don't worry, God is on our side"
Palestine, Forever Palestine


Mother don't worry when they come for us at night
Surely they'll be sorry when God puts them right
Tell me why they're doing what was done to them
Don't they know that God is with the oppressed and needy
Perished were the nations that ruled through tyranny
Palestine, Forever Palestine


Children of Palestine are fighting for their lives
They say to their parents, "we know that Palestine is our right"
They to say to their parents, "we'll fight for what is right"
They say, "not to worry! God is on our side"
They say, "we'll die for Palestine"
Palestine, Forever Palestine


Sunday, May 23, 2010

Ta'adud Jamaah : Antara Teori Dan Realiti?

bersatu kita roboh, bercerai kita teguh?

Musim-musim exam ni kita tolong forwardkan entry blog orang lain sudah la kan..

Duk kat mesir ni, isunya sentiasa pusing-pusing benda sama je..tapi tak pe la, baca la jugak ye..kot2 ada manfaat yang boleh kita ambil!

Isu yang saya rasa sampai kiamat pun takkan selesai,
dan sampai ke hari ini pun saya pun tak tahu bagaimanakah cara penyelesaiannya yang terbaik!

Dan ini quote dari pimpinan tentera Eropah semasa berperang dengan umat Islam.. Saya lihat ianya saling tak tumpah dengan dasar "Divide and Rule" yang sering dilakukan dalam mana-mana siri penjajahan pun! Termasuklah juga di Tanah Melayu kita sendiri satu masa dulu!

“ Kita tidak perku bertentangan dengan mereka secara berdepan. Ini kerana kesatuan niat mereka serta perpaduan yang mereka pegangi menyebabkan seorang lelaki di kalangan mereka sahaja sudah memadai daripada bilangan yang ramai untuk mengalahkan kita. Kesatuan hati mereka lebih hebat daripada perisai-perisai perang. Maka apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mengalihkan pandangan mereka kepada perpecahan dan perebutan. Maka jika perkara sebegini berlaku , sudah tentu kita semua akan mudah menawan mereka”

Jadi, ni blog us nazrul..klik la utk baca lebih lanjut!..

Taadud Jamaah : Penyelesaiannya?


Jadi, sama-sama kita ambil iktibar!


**************

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan matlamat daulah Islamiah
Bekorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah

****************

youtube : klik sini!



Friday, May 21, 2010

Hinakah Diriku Andai....


Salam 'Alayk..

Hari ini.mari kita soroti kisah seorang sahabat nabi SAW yang bernama Saad Bin Muaz. Seorang pemuda yang sangat kuat imannya. Walaupun zaman keislamannya hanyalah sesingkat 6 tahun, namun ketika kematiaannya Rasulullah bersabda mengatakan :

"Di saat kematian Saad bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi"..

Begitulah keistimewaan yang ada pada Saad Bin Muaz ini.

Persoalannya,
Siapakah Saad Bin Muaz dan apakah istimewanya beliau ini?

Jadi, bacalah kisah ringkas dibawah ini.

*****************************

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah.

Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah.

Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah.

Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”.

Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

*********************

Kisah ini diambil disini!.. http://silahmukmin.blogspot.com/2010/02/syahidnya-saad-bin-muaz.html



p/s : post ini di dedikasikan khas untuk ahli-ahli kelab!..hehehe