Showing posts with label Hadis. Show all posts
Showing posts with label Hadis. Show all posts

Friday, January 14, 2011

Malu Rasanya Menyatakan Cinta..


Kematian itu menyakitkan, mengapa kamu berasa gembira disebalik berita kematianmu ini wahai Fatimah?

Fatimah menjawab : 'Berita kematianku ini akan mempercepatkan lagi aku untuk bertemu dengan kekasihku dan inilah merupakan kehidupan yang sebenar-benarnya bagiku!'



Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga didunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku ditaman syurga

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Beerti cinta kepada Allah


Pada hari Jumaat yang berbahagia ini, marilah sama-sama kita memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, mudah-mudahan kita tergolong dikalangan orang yang mendapat syafaat baginda di hari Akhirat kelak..

Allahu Solli 'Ala Muhammad,
Allahu Solli 'Ala Muhammad,
Allahu Solli 'Ala Muhammad..


Thursday, July 8, 2010

PAS Sesat Atau UMNO Sesat ?



Kata Shafie Apdal, PAS itu Parti Ajaran Sesat..

http://malaysiakini.com/news/136423

TGNA Pula Kata, UMNO Sesat Sebab Lawan Perjuanagan Islam..

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=27500:umno-sesat-sebab-lawan-perjuangan-islam&catid=1:utama&Itemid=50



p/s:

sesat atau tak sesat tu nak kira macam mana?

...nabi ada pesan,

2 perkara yang mana jika kamu berpegang padanya.

selamanya kamu tak akan sesat...

iaitu Al-Quran dan As-sunnah...




sini sesat sana pun sesat...

sesat, sesat tu gapo?




Friday, May 21, 2010

Hinakah Diriku Andai....


Salam 'Alayk..

Hari ini.mari kita soroti kisah seorang sahabat nabi SAW yang bernama Saad Bin Muaz. Seorang pemuda yang sangat kuat imannya. Walaupun zaman keislamannya hanyalah sesingkat 6 tahun, namun ketika kematiaannya Rasulullah bersabda mengatakan :

"Di saat kematian Saad bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi"..

Begitulah keistimewaan yang ada pada Saad Bin Muaz ini.

Persoalannya,
Siapakah Saad Bin Muaz dan apakah istimewanya beliau ini?

Jadi, bacalah kisah ringkas dibawah ini.

*****************************

Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.

Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah.

Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah.

Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah.

Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah.

Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.

Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.

Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.

Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”.

Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

*********************

Kisah ini diambil disini!.. http://silahmukmin.blogspot.com/2010/02/syahidnya-saad-bin-muaz.html



p/s : post ini di dedikasikan khas untuk ahli-ahli kelab!..hehehe

Thursday, May 13, 2010

Sebenarnya Judi Telah Lama Halal!



Ustaz Azhar Idrus..

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; "Akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta.

Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat.

Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan 'Ruwaibidhah'. Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?" Nabi s.a.w menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai."

[Ibnu Majah]

*****************

Salam Alayk..

Pertamanya, untuk mengetahui lebih lanjut tentang Ruwaibidhah ini..boleh la klik link dibawah ini!..

Golongan Ruwaibidhah di Malaysia

Hati-Hati dengan Ruwaibidhah

Seterusnya mari kita tengok kenyataan Awang Adek, manusia yang bercita-cita nak jadi MB Kelantan masa PRU ke-12 dulu..bodo macam ni pun ada hati nak jadi MB ke?..

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussein, berkata tindakan kerajaan itu bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Katanya, jika kerajaan tidak mengeluarkan lesen kepada pihak yang memohon, aktiviti perjudian dan pertaruhan haram tetap berlaku tanpa kawalan dan pemantauan pihak berkuasa!

Dalam bahasa mudahnya, judi adalah halal sekiranya ianya ada lesen!..Kalau tak de lesen maka haram lah judi itu! Untuk mengelakkan orang berjudi secara haram, maka kita kena bagi lesen judi kepada orang tersebut agar ianya menjadi halal! Bila dah halal so ape masalahnya lagi kan?

haha..pala hotak ko!..timb menteri apo bodo sampai begitu skali tu!..dah la ade hati nk jadi MB..naseb baik tak jadi..kalau jadi, mungkin kelantan ni jadi negeri judi kedua selepas pahang!..

awang sungguh la mu ni..hehe..nk bodohkan orang bodoh, boleh r!..huhu..

Tetapi, judi halal ke judi haram, sy letak tu nombor 2..sebabnya judi ni lama dah dihalalkan!..bukan sehari dua ni je!..

yang lebih penting, melihat perkembangan politik di malaysia hari ini, saya melihat seolah-olah malaysia mendapat tekanan politik daripada tangan-tangan asing!..melaksanakan apa saja yang diarahkan kepadanya!

antaranya konsert 12 jam tanpa henti, pasal loji nuklear kt selangor, pasal hentikan import bende ape ntah kat Iran, byk lg...dan terbaru pasal judi halal ni..

isu-isu yang saya kira sangat menyentuh sensitiviti masyarakat tak mengira apapun fahaman politik mereka!

persoalannya, apakah semua ini berlaku kerana kebodohan, kejahilan mereka ataupun mereka ini ditekan oleh kuasa politik tanagn-tanagn asing ini!

akhirya, sejak isu APCO ni timbul,
sy sgt bimbang bahawa malaysia ini hanya menjadi lembu yang dicucuk hidung ditarik ke mana saja oleh tangan-tangan asing ini.!..moga-moga tidak lah!

Sekian, Wallahua'lam

Ya Allah, Selamatkan Malaysia!


Berkaitan..

Apa Kata DR Asri..

Apa Kata Mufti Perak..

Apa Kata Us Nasarudin Tantawi..




Sunday, May 9, 2010

Dedikasi Buat Bonda..

bonda tercinta..

Saidatina Aisyah RA berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW; Siapakah yang paling besar haknya keatas kaum wanita? Rasulullah SAW menjawab; Suaminya. Aku bertanya lagi; siapakah yang paling besar haknya keatas kaum lelaki? Rasulullah SAW menjawab; Ibunya!



Sejenak hatiku mula tersentuh,
Bila terkenang ibuku nun jauh,
Aku di rantauan penuh kerinduan,
Bersama harapan pulang ke pangkuan.

Biarpun anakmu jauh di mata.
Namun di hati tak pernah ku lupa,
Wajah manis ibu, tutur kata,
Menjadi penyubur semangat jiwaku.

Walau selaut kucurah baktiku,
Walau segunung kutabur jasaku,
Namun takkan dapat kubalas,
Pengorbananmu waktu kecilku.

Untukmu ibu salam sayangku,
Doa dan restu kupohon darimu,
Agar dimudahkan laluan hidupku,
Menempuh dugaan di medan ilmu.

Alangkah rindunya belai kasihmu,
Alangkah indahnya mutiara katamu,
Ingin rasanya bertemu kembali,
Kenangan dahulu yang harum mewangi.



Ibu
Munsyid : Zulfan

Youtube : click here!


Buat Bonda,
Selamat Hari Ibu!



Wednesday, March 10, 2010

Hilangnya Sebutir Permata..

[Muhammad+Sayyid+Tantawi.jpg]

Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya) : Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mencabutkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja, tetapi Allah akan mencabutkan ilmu pengetahuan dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi orang 'alim, maka orang ramai akan melantik orang yang jahil sebagai ketua, maka apabila ditanya,mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, mereka itu sesat dan menyesatkan..


Sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah,
buat Al Marhum Syeikh Dr Muhammad Sayyed Tantawi..


Baca Juga Di sini


Saturday, December 5, 2009

Doa Biar Sampai Pecah Perut!

Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq

****************

Saya pelik dengan rakyat malaysia yang buat-buat pelik dengan ucapan TGNA, bagi sayalah, ini bukanlah kali pertama TGNA berdoa dengan doa yang sedemikian rupa. Banyak kali dah!

Tetapi kali ini, banyak lah pulak manusia-manusia nak tunjuk alim kononnya TGNA sudah terpesong dari landasan agama.

Contohnya masa anakanda TGNA ditahan bawah ISA dulu, Tok Guru doa jugak. Tak jadi isu pun!

Nasihat saya pada UMNO, dalam bab-bab agama ni tak payah lawan lah! Komfem akan kalah!

Saya rasalah, TGNA sengaja membangkitkan isu doa ini, hanyalah bagi mengalih isu saja. Isu dalaman Pas yang semakin kucar kacir dan berpuak-puak ini. Disinilah saya lihat betapa hebatnya TGNA dalam berpolitik!

Tengok sekarang orang dah tak cakap pasal pas lagi dan orang mula memperkatakan pasal isu doa TGNA.

Dan bagi saya, doa TGNA itu ada asasnya. Cuma sengaja di exagerated kan itu hanyalah atas "bahasa politik" saja! Bahasa politik yang cuba mengalihkan isu.

***************

Semalam saya bubuh kat status ym, doa biar ahli pas pecah perut! Hehe..Saya sengaja buat begitu kerana nak tengok reaksi orang macamana!

Dan ternyata memang ada respons!..haha..seronok kan?..hehe..dia tanya pesal wat status begitu! Pesal ahli pas pulak! Macam tak puas hati je!..

Saya tak jawab pun sebab saya nak jawab melalui tulis dalam blog!..

Saya sedar, bila saya sebut "ahli pas" itu sifatnya general dan macam pukul rata! Tetapi maksud sebenar "ahli pas" itu hanyalah segelintir saja. Bukan semua!. Maafkan sayalah bagi yang terasa!

**********************

Saya cukup bengang dan marah kepada ahli pas yang cuba menjual islam semata-mata untuk kepentingan politik peribadi!

Seolah-olah islam itu hanya alat untuk melariskan diri saja!

Atas sebab itulah saya cakap doa biar ahli pas pecah perut tu!. Ahli pas yang buat kerja jijik begitu sajalah. Orang lain tak payah terasalah!

Erm, selebihnya wallahua'lam la..

*************

Akhirnya, saya bimbang kepada diri saya sendiri, saya seolah-olah tak nampak bagaimana mungkin islam akan memerintah dunia ini walaupun saya yakin bahwa suatu hari nanti Islam pasti berkuasa!

Tertutupkah sudah hati ini?

Oh Tuhan, Berikan Aku Petunjuk!



Berita-berita berkaitan..

"kita doa sampai pecah perut"

tak rujuk mana-mana pihak!

umno makin lemas, lupakan kelantan


TPM terkejut

maafkanlah nik aziz

peluru politik kena sasaran

antara doa dan politik..Dr Asri..

takutlah doa mangsa kezaliman!..us nasarudin tantawi


nik aziz yakin allah makbulkan doa


Wednesday, November 25, 2009

Muhasabah Round Forensic

dari tingkap lecture hall b, forensic department!

Macam biasa, pelajar yang kurang cemerlang adalah pelajar yang selalu mencari-cari alasan diatas kekurangcemerlangan dirinya sendiri!

Tadi baru habis end-round exam utk subjek forensic. 'Ala kullihal, Alhamdulillah..

Cuma apa yang saya kecewa dengan diri saya sendiri adalah kerana banyaknya kekurangan-kekurangan dan kelemahan yang saya kira agak sengaja saya melakukannya!

Pertamanya, masa lapang! Benar, masa lapang lah yang banyak "membunuh" umat islam hari ini! Maka benarlah sabda nabi saw bahawa dua nikmat yang selalu manusia lupa, nikmat sihat dan nikmat waktu lapang!

Bayangkan round forensic ini, kelas hanya 2 jam sehari! Kadang-kadang doktor hanya mengajar 1 jam, 1 jam setengah saja dan kadang-kadang doktor dengan selambanya kata hari ini tiada kelas! Hoho..Seronok bukan belajar kat Mesir? Atas yang demikian, saya bagai tertanya-tanya, bagaimana mungkin mereka-mereka mencintai bumi Mesir ini?

Banyak-banyak masa lapang tersebut, saya bagai tak tahu apakah yang telah saya buat di sepanjang masa lapang tersebut! Saya pun tak tahu, bagaimana mungkin saya nak jawab dengan Tuhan di akhirat kelak!. Oh Tuhan, Ampunkanlah kelemahan saya ini!

Saya rasa lah, kekurangan saya yang agak ketara adalah kerana tidak berazam di awal tahun dulu. Sebenarnya saya ingin membenarkan teori yang saya ciptakan bahawa tanpa azam pun insyaallah boleh! Teori tersebut tercipta kerana saya sangat bosan dengan azam-azam saya sebelum ini yang tak terlaksana pun! Fikir saya, baik tak payah berazam terus!

Tapi hari ini ternyata, saya silap! Kerana tidak berazamlah hidup saya ini macam tidak terurus bagai manusia yang langsung tidak ada matlamat hidup. Oh, jahilnya saya!

Dan kekurangan yang lainnya, macam biasalah, bersenang-senang diawal round, tidak study, 'gila blog', tak tumpu perhatian dalam kelas dan apa lagi ya?

Dan kekurangan yang paling saya gerun adalah hubungan saya dengan Tuhan saya, saya macam....arghh, tak nak cakap lah, malu!

Banyak lagi sebenarnya tapi macam tak reti nak tulis la pulak!

Apa-apapun, lepas ni insyaallah saya akan berazam dah!..hehe..Moga-moga hidup saya selepas ini sentiasa berperancangan lah..Ada pun azam saya itu, biarlah saya dan Tuhan saya sajalah yang tahu!

Berubahlah wahai diri!

Wallahua'lam..

Thursday, November 19, 2009

10 Great Night!


Firman Allah yang bermaksud :


Demi waktu fajar, Dan demi malam-malam yang sepuluh..(Surah Al Fajr : 1-2)


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah telah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).


Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”


p/s: ulang tayang entri zulhijjah tahun lepas..sila klik!.. http://madsha88.blogspot.com/2008/11/demi-malam-sepuluh.html

Monday, October 26, 2009

Dari Hati ke Hati : Selamatkanlah Tok Guru!


Serabut ni kita tak nak. Tapi walaubagaimana taknak pun kita kepada serabut ni, kadang-kadang dia datang juga. Mungkin kalau kita serabut tentang sesuatu isu, tak payahlah kita cuba-cuba untuk merungkaikan keserabutan itu, kerana kalau kita cuba juga untuk merungkaikan keserabutan itu, sejuta keserabutan lagi akan datang mencari kita! Persoalannya adakah Tuhan mengajar kita untuk lari dari serabut?

Saya tidaklah mahu berdebat dengan sesiapa ataupun mahu tunjuk lantang dalam blog je (bak kata seseorang), tetapi apa yang lahir dari hati saya yang paling tulus ialah saya bagai teraba-raba di dalam gelap dalam memahami masalah-masalah yang langsung tak kunjung padam di dalam Parti Islam Semalaysia(PAS) yang mana mendakwa sebuah parti yang mengambil al-quran dan as-sunnah sebagai perlembagaannya! Maka soalan saya apakah langsung tiada penjelasaan dalam al-quran dan as-sunnah dalam menyelesaikan masalah tersebut? Adakah juga al-quran dan as-sunnah yang ada pada hari ini tidak selengkap zaman nabi saw?

#################

Oleh kerana saya menjawab teguran sahabat saya yang belajar di Mansurah itu dalam entry lepas, maka sahabat saya itu kata saya main kasar(dalam nada gurau sahaja) seraya menjawab balik di blog beliau. Dan beliau mendakwa apa yang beliau tulis itu, salah satunya adalah cara penyelesaian setelah berbincang dengan beberapa orang ustaz
termasuklah us nik abduh anakandanya Tuan Guru!. Wow!..Hebatnya sahabat saya ini bukan? Salah satu cara penyelesaian tersebut ialah dengan duduk senyap-senyap. Jangan cakap banyak!

Ok. Baik! Tetapi saya rasa dia tidak faham entry saya sebelum ini atau buat-buat tak faaham ataupun mungkin saya yang tidak faham entry beliau. TETAPI lagi, berapa juta kali nak suruh saya cakap dan tegaskan bahawa saya bebas dan berkecuali "di sini"! "Di sini" saya bukan ahli PAS mahupun pendokong PAS! "Di sini" saya bukan penyokong TGNA ataupun TGHH! "Di sini" saya adalah saya!. We are who we are!

Mengapa berkecuali, berkecuali adlah tanda seseorang pengecut dan bacul! Tidak mengapa! Thats your opinion! Bagi saya berkecuali meyebabkan saya lebih mudah utk bercakap dan menyuarakan bisikan-bisikan hati saya ini! Kalaulah disini saya PAS maka bodoh benarlah saya untuk membiarkan PAS berpecahbelah! Oleh kerana saya bukan PAS maka bolehla saya sokong idea Tok Guru untuk memecahbelahkan Pas tersebut..hehehe..Memecahbelahkan PAS sepertimana yang telah di jelaskan dalam entry sebelum ini.

##################

Walaubagaimanapun saya ini masih lagi mengamalkan adab dan budaya melayu yang bersopan santun dalam menegur seorang ulama'. Tidak seperti mereka-mereka diluar sana seperti Faisal Tehrani yang berkata "bila nik aziz kata peduli apa, nak pecah pun pecahlah. saya ingin jawab, PAS ni parti kau sorang kah?" Biadap bukan?..kau kepada Tuan Guru!..Itu adalah komen daripada seorang yang mendabik dada dan berbangga kerana terlibat dengan PAS sejak umur 15 tahun, pernah usrah dengan Ustaz Yahya Othman dan al-marhum Yusuf Rawa.klik disini! Malu dan beradab lah sikit hai Faisal Tehrani! Sebab tu saya kadang-kadang jijik dengan sikap sesetengah "ahli" PAS ini! (Berkecuali kan senang!..hehe..tak ada lah membawa fitnah dan kerosakan kpd jemaah PAS!)

Juga disini..
gilo ko tok guru kita nih??? murysidul am apa yg sanggup tengok parti dia berpecah. Biadap bukan? Dan banyak tempat lagi! Tak termasuk apa yang saya dengar. Contohnya, nyanyuk doh ko tok guru kito!

Mungkin terlalu sayangkan PAS sampai tergamak berkata demikian! Bodoh!

Tetapi tak boleh jugak nak salahkan mereka seratus peratus, kerana segala permasalahan dalam PAS hari ini kerana Tok Guru juga! Dalam erti kata Tok Guru telah "menyeleweng" daripada kaedah-kaedah dan adab-adab dalam berjemaah!

################

Dalam entry lepas, saya "tak serang" Tok Guru! Tapi saya "serang" orang-orang yang sesat yang mencuba mengatur, permain, menghasut seorang MB, Mursyidul Am yang sudah berumur 78 tahun atas tujuan-tujuan tertentu! Dan mereka-mereka itu bukan orang biasa-biasa dalam Pas! Justeru, memusnahkan puak-puak ini, Pas juga turut termusnah!. Persoalannya, memang mudah untuk kita memusnahkan sesuatu, tetapi untuk membina kembali? Sanggupkah kita? Dan saya harap kepimpinan PAS lebih bijak dalam menangani isu ini!

Dan saya sangatlah yakin bahawa memang ada musuh dalam selimut dalam PAS. Masakan dalam masa sehari saja Tok guru telah ubah pandangannya dari muktamar khas kepada Mesyuarat Khas Pas Pusat . Dalam sehari saja telah berubah pandangannya. Soalan saya, darimana Tok guru dapat ilham utk ber muktamar khas utk menyingkir beberapa orang bermasaalah itu? Fikirlah sendiri!

##################

Saya menulis ini dalam keadaan saya sangat sedar! Usahlah pertikaikan kesedaran saya ini! Saya juga telah menyediakan situasi terburuk yang akan dilontarkan kepada saya! Boneka UMNO ke, pecacai ke! Barua ke? Saya sudah tidak kisah!

##################

Tetapi sebelum anda berniat begitu, lebih baik anda fikirkan hasrat hati ini! Atau sememangnya hati ini adalah sesuatu "benda" yang sukar untuk dimengertikan. Atau kalau memanglah hati ini sudah terlalu busuk untuk menerima petunjuk dari Tuhan. Maka, tengoklah kepada kata-kata Ust Harun Taib, beliau sendiri tidak percaya kepada tulisan tersebut kerana beliau lebih kenal tuan guru! Maksudnya, tulisan di blog tok guru itu, bukanlah keluar dari hati tok guru yang paling ikhlas!

Tidak timbul gesaan saya suruh besara!. Kerana "bersara" di situ mempunyai maksud yang bersirat-sirat! Bodoh, bangang, keji, dan jijik benarlah saya andai ingin menyuruh seorang ulama' yang begitu berilmu, warak, zuhud dan sering mengajar saya dan rakyat kelantan siang malam tanpa kenal erti penah dan lelah itu agar bersara! Dan menyuruh orang lain yang entah bagaimana keadaanya untuk menggantikan Tok guru saya itu!

##################

Pas yang mendakwa mengunakan wadah politik untuk melaksanakan islam itu benar-benar pahamkah sepak terajang politik? Dalam dunia politik ni, orang yang buat-buat baik, pura-pura zuhud dan pijak semut tak mati ni pasti akan melepas! Melepas kerana tempat sepatutnya oarng zuhud dapat, tak dapat. Tak dapat kerana menunjukkan kezuhudan yg tidak bertempat. Musuh-musuh yg alim berpolitik ini pasti akan ambil kesempatan! Dan yang baik-baik tidak bertempat ni menohmah tak tentu pasal padahal dia jahil dalam sepak terajang politik!.

Bukankah jahiliah yang bersistem akan mengalahkan islam yang tidak bersistem?. Anda mungkin tidak sekular kerana menolak agama dan politik tidak dapat dipisahkan TETAPI anda harus ingat MUNGKIN anda adalah sekular kerana menolak sunnatullah!. Sunnatullah dalam dunia politik adlah siapa cepat dia pasti dapat!. Tak kira siapa! Musuh ataupun anda yang baik-baik itu!.(Betulkan kefahaman saya ini!)

##################

Akhirnya, saya ingat-ingat lupa tentang satu hadis iaitu lebih kurang begini...ada seorang hamba allah ini dia dari kecil sampai besar dan berterusan beramal dgn amalan-amalan ahli neraka tetapi alhamdulillah sejengkal sebelum mati dia bertaubat dan beramal pula dengan amalan-amalan ahli syurga dan dia dimasukkan ke dalam syurga,

dan juga ada seorang hamba allah ini dia dari kecil sampai besar berterusan beramal dengan amalan-amalan ahli syurga tetapi sejengkal sebelum mati dia berpaling tadah dan beramal pula dengan amalan-amalan ahli neraka dan akhirnya dimasukkan dalam neraka!

(Kalau ada ustaz yang terjenguk maka boleh la beritahu berkenaan hadis tersebut yang sebetulnya!)

###############

Saya rasa penjenguk blog saya ini tidak bodoh malah faham benar maksud saya menceritakan hadis diatas tanpa perlu saya menerangkannya!

Akhirul kalam, sebagai menutup isu ini di blog ini, maka saya haraplah pihak-pihak berWAJIB agar tampil lah kehadapan menjadi perwira agama! Dan juga saya mohon maaf kerana telah menyebabkan pembaca silap paham berkenaan idea membesarakan Tuan Guru itu telah menyinggung banyak pihak. Kerana yang sebenarnya ada dalam hati saya yang paling ikhlas ini adalah


Selamatkanlah Tuan Guru Kita!

Wahai Tuhan Yang Sangat Mengerti Akan Hati-Hati Kami!
Berkumpulnya Kami Kerana Mengasihi Mu,
Bertemunya Kami Untuk Mematuhi Arahan Mu,
Bersatunya Kami Dalam Memikul Beban Dakwah Mu,
Serta Berjanji Setia Untuk Menegakkan Syariat Mu..

Maka, Eratkanlah Ikatannya Ya Allah,
Eratkanlah Ikatannya Ya Allah, Eratkanlah Ikatannya Ya Allah!

Kekalkanlah Kemesraan Antara Hati-Hati Kami Ini!
Tunjukkanlah Kepada Hati-Hati Kami Ini Jalan Petunjuk Mu!
Penuhilah Hati-Hati Kami Ini Dengan Cahaya Mu Yang Tak Mungkin Padam!
Lapangkanlah Hati-Hati Kami Ini Dengan Limpahan Iman,
Serta Tawakkal Kepada Mu!

Hidupkanlah Pemilik Hati-Hati Ini Dengan Makrifat Tentang Mu!
Seandainya Engkau Ingin Mematikan, Maka Matikanlah Pemilik Hati-Hati Kami Ini Dalam Keadaan Syahid di Jalan Mu!

Kerana Kami Tahu!
Bahawa Engkaulah Sebaik-Baik Sandaran!
Sebaik-Baik Penolong!

Perkenankanlah Permintaan Kami Ini!

Ya Allah Ya Tuhan Kami!,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami!
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka!

Ya Allah Ya Tuhan Kami!,
Leburkanlah kumpulan2 mereka!
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka!.
Goncangkan pendirian mereka!
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.!

Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!

Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab!
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab!

Kalahkan mereka!,
Dan menangkan kami ke atas mereka.!!

Wednesday, September 16, 2009

Adakah Lagi Ramadhan Buatku?


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata :

‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Suka Mengampunkan, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami!

Wahai Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami Sangat Menzalimi Diri Kami Sendiri, Dan Sekiranya Engkau Tidak Ampunkan Kami DanTidak Rahmati Kami, Maka Jadilah Kami Ini Dikalangan Orang-Orang Yang Rugi..

p/s: ramadhan yg kian berlalu..tapi aku masih....oh Tuhan!..