Saturday, October 24, 2009
Barangkali Sudah Tiba Masanya TGNA Bersara!
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..
Amaran : Barangkali inilah entry yang paling serius pernah saya lakukan. Dan barangkali juga inilah entry yang paling nekad saya tuliskan di sini.
Saya mulakan entry kali ini dengan satu kisah semasa pemerintahan Umar RA. Satu kisah tatkala beliau dilantik menjadi khalifah. Dalam ucapan beliau, beliau ada menyebut bahawa sekiranya aku benar maka berikanlah ketaatan kepadaku dan sekiranya aku menyeleweng maka tegurlah aku.
Tatkala mendengar perkataan begitu daripada khalifah Umar maka bangunlah seorang hadirin yang mendengar ceramahnya itu dengan mengatakan dengan tegas bahawa sekiranya kamu menyeleweng hai Umar, maka kami tidak akan teragak-agak untuk membetulkan kamu dengan pedang-pedang kami! Kata-kata yang tegas tersebut diiringi dengan menunjukkan pedang yang terhunus kepada Umar!
Maka tatkala Umar mendengar ucapan tersebut, terbitlah ucapan Alhamdulillah dibibir umar..dan berkata umar lagi, alhamdulillah kerana Allah SWT masih mewujudkan dikalangan rakyat umar seorang yang berani untuk menegur pimpinan seandainya telah menyeleweng daripada ajaran agama.
###################
Nekadnya entry kali ini kerana saya menyentuh individu dalam PAS. Bukan individu-individu biasa tetapi terus kepada Mursyidul Amnya. Yang mana Mursyidul Am adalah ketua dalam Majlis Syura PAS. Dan haruslah difahami bahwa Majlis Syura adalah sistem yang tertinggi dalam Parti Islam tersebut. Parti yang mana dakwaannya adalah untuk membawa Islam di bumi Malaysia tercinta.
Dan haruslah anda semua fahami bahawa saya kali ini langsung tidak menyentuh tentang jemaah PAS, tetapi kepada individunya sahaja.
###################
Semalam saya membuat status di YM yang berbunyi Masanya Untuk Tok Guru Nik Aziz Bersara sesudah membaca entry terbaru di blog Tuan Guru yang mana beliau menyeru diadakan Muktamar Khas untuk tajdid dalam pimpinan PAS!.
Maka adalah seorang sahabat saya yang belajar di Mansurah menegur akan perbuatan saya itu. Dia kata perbuatan saya ni macam UMNO dan menasihati agar jangan jadi macam Ibrahim Ali yang pernah mengatakan 10 sebab mengapa Tok Guru perlu bersara.
Sangatlah saya terpukul dengan kata-kata tersebut, UMNO kah aku? Sejijik Ibrahim Ali kah aku? Lama saya berfikir sendirian! Dan menyebabkan terganggu fikiran normal saya ini.
Maka saya harus menjawab balik pertuduhan tersebut untuk menenangkan fikiran saya ini. Walaupun mereka akan menganggap saya ini boneka UMNO ataupun sebagainya! Saya tak peduli lagi! Dan saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa saya bebas dan berkecuali!. Berkecuali dalam erti kata tidak melihat sesuatu isu dalam kaca mata satu pihak sahaja!
####################
Sebenarnya banyak kali saya ingin menulis tentang isu ini. Oleh kerana takut dan tidak sampai hati maka saya pendamkan saja dalam lubuk hati saya ini!
Banyak kali saya membuat luahan di status di YM antaranya; PAS : Saya sudah Bosan!.. Talkin Utk Tuan Guru dan macam-macam lagi. Luahan-luahan tersebut adalah manifestasi daripada kesedihan-kesedihan saya terhadap isu-isu yang berlaku terhadap jemaah PAS dewasa ini. Pas yang mendakwa Islam adlah matlamat perjuangannnya.
Tatkala Tok Guru buat "perangai", maka tiap kali itulah saya sedih dan merasakan memang perlu untuk Tok Guru bersara dari jawatan diperingkat Kerajaan Negeri mahupun Parti! Bersara agar segala permaslahan dalam parti islam tersebut selesai.
#################
Perangai yang saya maksudkan antaranya PAS Terengganu silap pilih pesuruhjaya kerana tdk percaya dengan janji 16 sept anwar ibrahim..dan ternyata mmg sah anwar ibrahim hanyalah menipu sahaja!
Isu kerajaan perpaduan, menyokong erdogan tatkala muktamar, menyuruh ust nasharuddin mat isa letak jawatan dan menanggapnya sampah yang menyusahkan. Dan banyak lagi! Dan terbaru apa yang ditulis didalam blognya semalam!
Saya menganggap perangai-perangai tersebut sangat melampaui bidang tugasnya sebagi mursyid am. Apakah sudah tidak ada mekanisme-mekanisme tertentu utk menegur ahli parti. Mengapa perlu di public kan? Atau memang ada munafiq-munafiq yang berselindung dibalik imej Tok Guru?. Banyak sungguh persoalan-persoalan muncul di minda saya ini!
Dan yg terbaru apa perlunya utk ikut pandangan prof aziz bari yang tidak ada kena mengenapun dengan PAS. Sehingga tergamak mengatakan demikian. Apakah Aziz Bari lebih mulia lebih mengetahui pasal Pas lebih daripada Tok Guru Haji Hadi? Pasti tidak bukan!
#################
Dan hari ini akhbar-akhbar melaporkan yang Tuan Guru ada menyebut Kalau nak pecah, pecah gi lah!
Dan kali ini saya ingin menyatakan kesanggupan untuk menyahut saranan Tuan Guru iaitu memecahbelahkan PAS!. Jahat betul saya ini!
Memecahbelahkan PAS dalam erti kata membuang segala munafiq-munafiq, parasit-parasit, anai-anai dan segala yang sesat-sesat dalam perjuangan PAS itu!
################
Oleh kerana saya yakin dan percaya bahwa "perangai-perangai" pelik Tok Guru itu bukanlah daripada hati nurani Tok Guru yang sebenar tetapi rancangan-rancangan pembantu-pembantu sesat seperti mana dakwaan anakanda Tok Guru sendiri iaitu Us nik Abduh maka saya menarik balik saranan Tuan guru untuk bersara! Dan lebih baik bersara daripada terus ditipu,diperkuda, dipermainkan oleh syaitan-syaitan berupa manusia itu.
Tetapi seandainya perangai-perangai tersebut memang lahir dari hati nurani Tok guru yang paling ikhlas, maka nasihat saya besara sajalah wahai Tok Guru. Beri jawatan tersebut kepada orang yang kamu paling percaya. Husam ke sape ke?
Senang sikit nak semelih!
Dan Akhirnya saya mohon maaf andai ada disini pentaksub-pentaksub Tuan Guru yang tidak bersetuju dengan saya. Dan maaf juga atas bahasa-bahasa yang digunakan!
Kepada Allah Saya Berserah!
p/s: berat hati utk menulis bahasa-bahasa sebegini tetapi apakan daya, ianya sudah pun tertulis!
dan seandai terjadilah muktamar khas sepertimana TGNA mahu, saya harap agar ada usul utk memecat beliau!.Bukan TGHH, mustafa ali ataupun hasan ali.
disini ada link2 berkaitan..link1, link 2, link 3
Labels:
Fikrah,
Isu Semasa,
Kembali Pada Asas,
Malaysia,
Masam-manis,
Muslimkah Saya?,
Peristiwa,
Politik?,
Sirah,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
bagus. tahniah!
haha....kite berbeza ah madsha dalam isu ini....
aku suke bace blog ustaz one-g...aku juge cenderung suke TNGA...
bagi aku pe salahnye TNGA nyatakan pendapat dia dalam blog peribadi
kite berbeza...
kecenderungan aku yang berbeza dengan ko...rupenye tiada manusia yang serupa dengan aku...wakaka
kita kan kene berLAPANG DADA
so aku akan berlapang dada dengan ko...
lagi satu sile bace tulisan ustaz one-g
kite kene paham style TGNA
kan BELIAU suke gune ayat2 provok dan kontroversi....
TUHAN SAMSENG dan sebagainya
sila berfikir secare tersirat.....
jangan fikir selapis je
jadi la orang asia sket berbelit2
dan berlapik2...
jangan jadi orang barat yang direct.....
AKU YANG TAKSUB ASIA TIMUR
berkenaan dgn permasalahan agama selesai..aku sgt mengkagumi Tok Guru dengan keilmuan, zuhud, warak yg sedikit pun tidak aku nafikan!
TETAPI, berkenaan dgn PAS yg aku fahami, PAS bukan MILIK individu tertentu hatta la mursyidul am nya sendiri!
dimana wehdatul amal, wehdatul fikr yg dilaungkan?.,Dimana? Apakah kerana Tok Guru itu adalah Tok guru maka beliau bebas utk melakukan apa saja?
Tidak!(mengikut kefahaman aku la)
Dan berkenaan ust wanji tu..izinkan aku utk mengatakan beliau adlh barua kpd org2 tertentu!..
aku jugak mengikuti blog wanji tu..dan tersangatlah dangkal hujah2 yg digunakan! Juga tahap ketaasuban kpd Tok Guru tersangatlah tinggi!
p/s: pmenang!..saje je ko nk provok aku kan?..hehe
haha..aku tak tau pape senarnye.....
xpe2 teruskan kaji....
btol gak kan ..yg ko ckp ni isu parti...parti hak milik org ramai
bukan hak milikperibadi...
Sunday, 25 October 2009
Jangan Nyalakan Api Fitnah
1. Fitnah adalah satu malapetaka yang membinasakan . Sememangnya Islam memberi perhatian serius terhadap bahaya fitnah sehingga disebut implikasinya lebih buruk dari membunuh .
2. Fitnah secara umumnya adalah pencetus sengketa justeru ia sering membabitkan tuduhan tanpa bukti , pra sangka tanpa asas dan persepsi yang salah . Malah fitnah sering beriringan dengan dendam atau sekurang - kurangnya rasa tidak puas hati terhadap pihak yang lain .
3. Ia juga seperti harimau yang sedang tidur . Sesiapa sahaja yang mengejutkannya dari tidur yang nyenyak hanya membuatkan harimau itu bingkas dan menerkam . Sedikit sahaja percubaan meniup api fitnah , ia akan menyala dan menyambar .
4. Fitnah jua boleh tercetus dalam pelbagai situasi juga dari aneka posisi . Lantaran itu , berhati - hatilah kerana fitnah adalah agenda syaithan yang pastinya ingin melihat para pejuang Islam berantakan sesama sendiri .
5. Semoga kita dipelihara oleh Allah swt daripada kebinasaan ini . Jauhi fitnah malah jangan sekali - kali berjinak - jinak dengan fitnah . Jika ingin membuat tuduhan , pastikan ada bukti yang kukuh dan jelas . Jika mahu mengandai atau menyangka , pastikan andaian atau sangkaan itu baik . Jika mahu membentuk persepsi , bentuklah persepsi yang tepat dan benar .
6. Terlebih wajar sikap itu diambil tatkala kita berhadapan dengan sahabat seperjuangan . Meskipun wujud perbedaan pandangan dan kelainan tindakan dikalangan anggota jamaah , ianya tidak menghalalkan kita mencetus dan menabur fitnah . Fitnah yang dicetus samalah kita menikam dan membunuh sahabat seperjuangan kita bahkan kesannya lebih kejam .
7. Mengelak agar fitnah tidak terus subur menjadi tanggungjawab kita semua dengan memastikan diri kita tidak bercakap dan mengulas dalam perkara yang kita tidak tahu hujung pangkal atau jangan sekali - sekali membentuk sikap dan fikiran semata - mata mendengar dari satu pihak tanpa menilai dengan adil dan memberi peluang kepada pihak lain pula .
8. Padam segera api fitnah dan padam juga semangat dendam yang membara . Tiada siapa yang boleh mengaut keuntungan apabila fitnah ini merebak , sebaliknya jamaah akan binasa , anggota jamaah akan berpecah , masa depan perjuangan menjadi suram dan Allah swt akan murka .
9. Atas nama Allah swt kita bersyahadah , kitab suci al Quran menjadi rujukan bersama dan mendaulatkan Islam adalah matlamat kita , maka saya menyeru semua pihak agar kita bertaut kembali di atas nokhtah yang sama ini . Tiada yang membezakan kita dan tiada siapa yang boleh menjarakkan kita kecuali kita sengaja melakukannya atau kita sengaja membuka ruang kepada agent - agent musuh untuk menyelinap masuk merosakkan jamaah dari dalam .
10. Marilah kita menghayati kembali ruh berjamaah yang berpaksi di atas semangat ukhuwwah fillah yang utuh lagi intim . Jangan pula kita seronok melihat jamaah retak dan hubungan kita rosak . Mungkin banyak perkara terpaksa kita korbankan khasnya perasaan kita agar jamaah dan ukhuwwah kita kembali pulih malah lebih baik dari sebelumnya . Ianya tidak mustahil dan kita boleh melakukannya demi Islam .
Posted by Nasrudin Hassan at Tantawi at 09:28
http://episodeperjuangan.blogspot.com/2009/10/jangan-nyalakan-api-fitnah.html
Post a Comment