Thursday, November 12, 2009

Hei Puak-Puak Kera! : Nabi Pun "Mencarut" Juga?




apa itu hikmah?..tempat kasar kena kasar!..
pengajaran dari sirah nabawiyah!


Firman Allah Yang Bermaksud :

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali-Imran : 159)


Firman Allah Yang Bermaksud :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-nahl : 125)

Semenjak dua menjak ni, saya pun tak tahu penyakit apakah yang melanda hati ini! Hati ini terasa macam sudah terpaut dengan dunia. Terpaut dengan dunia yang penuh dengan kefanaan dan penipuan ini. Ini bala ataupun ujian, Tuhan saja yang Maha Mengerti. Hai Tuhan, berikanlah petunjuk kepada hati ini! Andai hati ini telah tersesat, maka tunjukkanlah kembali jalan pulangnya!

Juga, semakin hari semakin tidak tenang! Bagaimana mungkin hati ini bisa jadi tenang andai selalu dituduh yang bukan-bukan? Bukan setakat lawan, malah kawan pun join sekali! Ya, kawan dan lawan. Arghh..tensennye! Mungkin beginilah nasib manusia yang suka mencari 'dunia' macam saya ini! Moga tabahlah hati ini mengharungi dugaan ini!

Akibatnya, habis hilang fokus yang sepatut difokuskan! Dengan Tuhan, dengan manusia, dengan study dan macam-macam lagi.

Mungkin manusia-manusia tidak boleh menerima cara tulisan saya ini. Macam-macam kata dilemparkan kepada saya. Tapi saya cuba untuk tidak mengisahkan kata-kata tersebut kerana saya amat yakin bahawa saya menulis bukan untuk mencari redha daripada manusia-manusia. Namun begitu, tewas juga saya akhirnya kepada perasaan sendiri!

Jadi, saya pun tak nak berlawan dengan kamu lagi. Kamu ramai, saya keseorangan! Letih alik saya kalau berterusan nak buat keras kepala!

Bukan juga nak membersihkan diri saya. Kerana bagi saya, berani buat, berani la juga menanggungnya!

Berkenaan isu http://madsha88.blogspot.com/2009/11/babi.html saya rasa saya ada asas mengapa berbuat demikian. Hilang thiqah ke, jatuh saham ke, emosi berlebihan ke, mencarut ke, kata-kata kesat ke, tidak ada tarbiah ke dan apa-apa tuduhan lain kepada saya. Saya hanya nak suruh kamu tengok dan perhatikan ucapan tok guru dalam youtube diatas! Dan saya rasa memang layak kata-kata tersebut diberikan kepada pengkhianat-pengkhianat kepada perjuangan islam!

Itu sahaja! Wallahua'lam


aku bukan nabi yang bisa sempurna,
ku tak luput dari dosa,

biarlah ku hidup seperti ini,

penguasa alam!,

tolonglah pegangi aku,
biar ku tak jatuh pada sumur dosa,

yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Monday, November 9, 2009

Siapakah Bakal Presiden Perubatan Pilihan Anda?


Get your own Poll!

Sunday, November 8, 2009

Tidak Kalah, Cuma Belum Menang!


dah kalah, kalah lah..nak wat camne lg kan?..hehe

pasal isu keganasan dan kebiadapan penyokong-penyokong kelantan,
yang primitif dan tidak bertamadun itu, saya pernah ulas dahulu..

malas nk ulas panjang2..kecewa tak hilang lagi ni!
siapakah yang sudi mengubat kekecewaan ini?
adakah ada orang yg sudi?..hehe

klik link2 dibawah!

http://madsha88.blogspot.com/2009/04/aku-bukan-orang-kelantan.html

http://madsha88.blogspot.com/2009/10/ini-wilayah-kelantan.html

gambar-gambar semasa perlawanan akhir 1

berita keganasan penyokong kelantan..

Friday, November 6, 2009

Babi!


Lama dah saya kata, tapi bila yang berkata itu adalah saya maka siapalah yang sudi mendengarnya! Ya, lah..siapalah saya ini! Bodoh, jahil, hina, hudoh, jahat dan yang sewaktu dengannya!

Siap tuduh-tuduh lagi! Kata saya UMNO, jahil dan sebagainya! Tapi saya tak kisah pun. Sebab saya rasa sayalah yang lebih berhak untuk kenal siapa diri saya yang sebenarnya!

Ada yang suruh saya menjaga adab dengan ulama' dan banyak lagilah nasihat-nasihat! Saya terima saja nasihat-nasihat tersebut dengan hati yang penuh rela!

Mahasiswa yang hebat bukanlah hebat pada prinsipnya tetapi hebatnya seseorang mahasiswa itu adalah pada bagaimana dia mempertahankan prinsipnya itu!

Pagi tadi saya membaca satu berita dimalaysiakini. Berita tersebut menyebabkan hati saya yang sudah lama remuk ini, semakin parah lagi!

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'. Jika andalah yang membaca berita tersebut bagaimanakah perasaan anda? Saya bila baca berita tersebut terus saja teringat akan seekor binatang. Dan binatang tersebut adalah babi! Ya, babi. Tiada kompromi! Babi!

Juga berita-berita ini! 'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?, PAS perlukan 'korban' untuk pulih

Walaupun TGHH, TGNA ini adalah pemain-pemain poilitik tanahair, tetapi saya lebih cenderung untuk menganggap mereka ini sebagai alim ulama' bukan ahli politik. Bila kata-kata biadap dilemparkan kepada mereka, sangatlah saya terguris hati! Walaupun saya ini jahil, hudoh dan sebagainya tetapi Tuhan tetap masih mencampakan sedikit rasa kasih dan cinta kepada ulama dalam hati saya ini!

Jika kamu rasa kotor dan jijik dengan kata-kata saya ini, maka sedarlah kamu bahawa kerja-kerja jahat mereka-mereka ini lebih kotor dan jijik daripada kata-kata saya ini! Jika kamu rasa kata-kata saya ini biadap dan tidak beradab, maka sedarlah kamu bahawa mereka-mereka ini lebih biadap daripada kata-kata saya ini!

Pelbagai cara mereka gunakan! Anda boleh baca blog ini dari awal. Tetapi awas!. Gunakan ilmu yang berada didada anda untuk menapisnya!

Jelas lagi tersuluh kerja jahat mereka ini! Setara manapun kejahatan mereka, mereka lupa bahawa Tuhan "lebih jahat" daripada mereka!

Kita boleh lihat sendiri lama mana perancangan-perancangan mereka ini! Lama mana mereka merancang untuk "memancung" TGHH ini! Mula-mula dulu dengan muktamar, kemudian muktamar khas dan sekarang ini mereka gunakan ahli akademik pulak. Semuanya halal bagi mereka! Memang sangat tersusun kerja jahat mereka ini!

Tapi satu persatu Tuhan gagalkan perancanagan mereka ini!

##############

Dan kepada PAS saya nak tanyalah, selama mana lagi kamu nak berdolak dalih! Selama mana lagi kamu nak biarkan! Selama mana lagi?

PAS seharusnya menerima hakikat bahawa PAS memang terbelah dua sekarang! Selama mana lagi kamu ingin nafikan hakikat ini?

Selama mana lagi kamu nak pikul biawak-biawak hidup dan musuh-musuh dalam selimut ini?
Jawablah soalan saya ini. Selama mana?

##############

Tadi lagi nak tulis pasal ini tapi takut! Takut dituduh yang bukan-bukan lagi! Dan ini kenyataan terkini daripada us nasruddin tantawi! Akhirnya beliau mengakui! Baru saya berani nak tulis!

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

kenyataan selanjutnya baca diblog beliau ini!

Akhirnya, kesimpulan dalam isu ini adalah dalam PAS ada musuh. Dan sekali lagi saya nak tegaskan bahwa dalam PAS kini ada musuh dalam selimut! Berhati-hatilah!

Baca juga yang ini..

Royalti Minyak Kelantan : Bagi Betis Nak Paha?


Salam Alayk

Hari ini Jumaat, bangun-bangun dari tidur, buka laptop dan online. Duk kejap tegurlah
seorang sahabat akan saya melalui YM mengapa membuat status begitu yakni "Royalti Minyak Kelantan : Bagi Betis Nak Peha".

Saya yang masih kurang stabil ni tanya la kembali apa salahnya? Dia kata "ko seolah-olah ingin menunjukkan bahawa kerajaan negeri kelantan tamak"..


Saya kata itu hanyalah persoalan. Persoalan ni maksudnya nak suruh manusia-manusia berfikir! Fikir betulkah kenyataan tersebut! Bukannya saya bagi ayat penyataan!


Kalau disitu saya bagi ayat yang berbentuk penyataan maka salahlah saya kerana royalti minyak tersebut adalah memang sah hak kerajaan negeri kelantan! Bukan sekadar wang ehsan!

Nak kata dia tak faham, saya sendiri yang telah mengiktiraf sahabat saya ini sebagai "pakar bahasa" dikalangan kita hari ini..(hehe). Takkanlah "pakar bahasa" pun tidak boleh membezakan antara ayat persoalan dengan ayat penyataan! Hairan!


################

Sebenarnya saya pun agak terkejut dengan sikap PM kita kali ini. Ya lah, dengan secara tiba-tiba terdetik hati untuk
memberikan juga "wang ehsan" walaupun bukan royalti. Buang tebiat apa PM kita ini!

Walaupun buang tebiat tapi saya tetap sokong pemberian Najib ini. Mana pernah wujud PM sebelum ini yang berbuat baik kepada Kelantan. Jadi, sikap ini seharusnya di sokong oleh sesiapa sahaja.

Mungkin pemberian wang ehsan ini adalah kerana ingin membuktikan slogan beliau yang menyatakan rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan! Baguslah begitu!
Mungkin juga pemberian wang ehsan ini untuk memenangi hati rakyat kelantan pada PRU 13 akan datang! Mungkin itu adalah "hidden agenda" najib!

Oleh kerana "hidden agenda" najib ini telah dapat dihidu oleh PAS and the gang maka PAS terus saja mempermainkan isu ini sehabisnya!


Sepatutnya PAS boleh saja berterima kasih kepada najib dengan pemberian ini tetapi tidak! Walaupun wang ehsan itu diberi kepada jabatan kerajaan persekutuan dan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya hasil daripada wang ehsan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat terbanyak tanpa mengira ideologi politik!

Soalnya mengapa PAS enggan berbuat demikian! Dan disitulah saya melihat PAS jelas ingin bermain politik! PAS jelas tidak ingin kalah dalam hal ini!
Kerana seandainya PAS berterima kasih kepada najib, maka secara automatik populariti kepada PAS akan jatuh menjunam dan najib akan mendapat laba politik yang cukup besar! Maka, sebab itulah PAS terus memainkan isu ini!

Sebab itulah saya rasa najib tersilap langkah dalam isu ini. Sepatutnya najib tak bagi langsung ataupun bagi saja royalti bukannya wang ehsan ! Kalau najib tak bagi langsung saya rasa isu ini lama kelamaan akan senyap begitu saja. Melayu kan mudah lupa!


Oleh kerana najib nak jugak tunjuk baik tapi baik yang ada muslihat maka disitulah menimbulkan
ketidakpuasan hati kepada PAS.

Kerana bagi PAS saya lihat, PAS hanya inginkan royalti bukannya wang ehsan!
Selagi tak dapat royalti yang diinginkan itu,
maka selagi itulah PAS memainkan isu ini!

Link berkaitan..
link1, link 2, link 3

p/s: pakar bahasa ada tegur td, dia kata bukan "peha" tapi "paha"..hehe

Tuesday, November 3, 2009

ISMA, PMRAM! : Jangan Nyalakan Api Fitnah!


Makluman : Blog ini telah memenangi award The Most Controversial Blog dalam mediaperubatan Egypt Blog Awards 2009. Walaupun mungkin itu hanyalah permainan denmat sahaja, tetapi yang penting disini adalah blog ini telah "terpopular" dengan gelaran tersebut! Lets see the results here! (haa..jangan main-main ngn blog ni ye!..haha..adoih, bangga la pulak aku..bodoh tul!)

Semalam saya letak tajuk sahaja untuk entry ini, lalu muncul lah beberapa orang yang bengang dengan saya! Tak mengapa kot, sebab mungkin dia lupa bahawa ini blog saya. Maka hari saya nak cakaplah sekali lagi pada manusia-manusia yang susah untuk faham ini bahawa ini adalah blog saya! Ikut saya lah!(baca dengan nada lembut ye!)

Sebelum meneruskan entry ini, bacalah dulu entry berkenaan dengan tajuk, daripada us nasaruddin tantawi ini! Percayalah antara sebab pergolakan di dalam PAS hari ini adalah kerana banyaknya fitnah yang melilau-lilau di alam maya ini!



Berkenaan isu ISMA-PMRAM ini, kalaulah 10 tahun lagi saya duk kat Mesir ini, saya rasa boleh gila saya dibuatnya! Tak habis-habis nak gaduh! Barangkali mereka seronok kot gaduh-gaduh ni! Tak fahamlah saya.

Sebut pasal ISMA ni, teringat saya akan kisah dulu-dulu. Hoho..seronoknya! Mungkin kerana kisah itulah juga, blog ini dapat anugerah most contoversial blog..hehe..sebab saya rasa, saya bukanlah pengupdate blog yang tegar untuk menang apa-apa anugerah!( denmat pun kate, jangan tertipu la woi, tu aku main-main je!haha) Rujuk entry ini!

Kerana entry tersebut jugalah, Pengerusi ISMA Mesir telah terdetik untuk mengajak saya berjumpa mata! Saya ingatkan dia nak rekrut saya untuk menjadi penganut ISMA tetapi malangnya tidak! Kami hanya berbincang beberapa isu sahaja. Ah, kecewalah juga saya kerana tidak direkrut!(hehe)

Takut juga masa tu. Ya la kan, siapalah saya yang hina ini untuk duduk sama rendah dengan Pengerusi ISMA Mesir tersebut. Tetapi kerana ada suara-suara mengatakan saya ini penakut untuk bersemuka dengan beliau, maka saya gagahkan jua diri saya yang hina ini untuk pergi walaupun saya sangat mengakui bahawa saya ini memang manusia yang penakut!

Banyak la juga saya tanya kepada beliau. Tapi kali ini saya nak sebut satu sahaja! Saya tanya beliau adakah pihak ISMA rasa dengan kewujudan ISMA ini akan membawa kepada perpecahan? Ye la kan, ISMA duk kata kat PMRAM, PMRAM kata kat ISMA, tak seronokla kan? Kalau ISMA tidak mewujudkan diri, maka automatiklah sesi kata-mengata ini tidak wujud, kan?

Beliau pun menjawab mudah, tunjukkan satu bukti bahawa ISMA mengata kat orang lain. Hoho. Terkedu lah juga saya dibuatnya! Dalam hati saya terdetik, takkan lah tak pernah dengar! Tetapi oleh kerana saya masih lagi mengamalkan adab dan sopan, maka saya tidak bangkanglah jawaban beliau itu!

Habislah satu cerita! Ada banyak lagi cerita dengan pengerusi isma mesir tu ye! Akan diceritakan dilain entry. Harap bersabar!..hehe

Maka hari ini barulah saya dapat membuktikan wujudnya sesi kata-mengata ini. Sekarang ini beliau pun tidak boleh menafikannya lagi! Rujuk blog ini!

Mungkin pimpinan ISMA boleh berdalih mengatakan bahawa itu bukan suara hati pimpinan ISMA tetapi individu-individu tertentu saja.

Maka, betullah apa yang saya kata dengan kewujudan ISMA lah perkara yang tidak diingini ini berlaku!

Betul dan saya pun berani mengesahkan bahawa memang pimpinan ISMA tidak mengata orang tetapi apa yang saya ingin tekan kan disini adalah pihak ISMA pasti sesekali tidak akan terdaya untuk mengawal ahlinya daripada mengata orang! Samalah juga dengan pimpinan PMRAM. Mana ada pimpinan PMRAM mengata orang. Yang mengata, tuduh-menuduh, busuk membusuk ini adalah kerja ahli bawahan!

Ya tak ya, kita terpaksalah mengakui bahawa dengan mewujudkan lagi banyak persatuan maka lagi banyaklah kemudharatan yang akan timbul daripada kebaikan yang didambakan!

Bila saya sebut isu ini, maka muncullah pulak penuduh-penuduh yang mengatakan saya anti-isma! Kecewa sungguh hati ini dituduh sedemikian! Bila saya tegur Tok Guru baru-baru ini, orang tuduh saya UMNO! Suka benar kita menuduh orang ya! Mungkin sudah tiba masanya kot untuk saya tidak mempedulikan kata-kata manusia! Tulis saja apa yang terbuku dihati?

Kali ini saya nak tegaskan lagi apa yang ditegaskan beberapa kali dalam entry-entry sebelum ini bahawa saya menulis dari kaca mata orang berkecuali! Tidak menyebelah di mana-mana pihak! Mungkin cukup sejuta kali saya tulis bahawa saya berkecuali barulah nak faham budak-budak nih! Haish..penat r gini! Haraplah sangat ada yang memahami!




Kita ni, bila kita fikir dari sudut kepompong jemaah tertentu! Maka disitulah akan timbulnya ketaasuban! Kita akan cenderung untuk mempertahankan juga sesuatu walaupun benda yang kita pertahankan itu adalah salah!

Bukan saya tak bersetuju dengan orang berjemaah. Saya pun berjemaah juga! Tapi jemaah JPA je la..haha..Jemaah jugak kan? Tak timbullah saya ini taasub menolak jemaah! Harap maklum! Tapi apa yang saya ingin "perjuangkan" di sini adalah jangan terlalu taasub kepada jemaah tertentu!

Saya bukan cakap kosong tetapi ada asasnya! Dulu masa saya berdebat dengan adik saya tentang boleh ataupun tidak berkecuali, saya ada nyatakan beberapa hujah kepadanya mengapa perlu berkecuali! Dia bagi hujah dia, dan saya bagi hujah saya! Hujah lawan hujah! Baru betul! Inikan tidak, sesetengah daripada kita ini bila kalah berhujah ajak bertumbuk! Macamlah diri tu samseng sangat! Kawan! Dunia kita ini sudah bertamadun, mengapa kita perlu mengheret diri kita kebelakang ke zaman jahiliah dulu kala! Fikir-fikirkanlah!

Adapun hujah-hujah saya itu, tidaklah saya berniat untuk menyatakannya pada entry kali ini! Lain kalilah!

Sambung balik cerita ISMA-PMRAM tadi. Saya pun tidak mengerti mengapa akhir-akhir ini, balah antara puak ini sengaja ditambah perencah yang pelik-pelik untuk menyedapkan lagi sesi kata mengata itu! Mengapa perlu menambah petrol dikala api sedang marak ini? Sehingga kadang-kadang melampaui batas-batas agama. Sepatutnya kita lah yang menjadi ejen kepada pemadam api tersebut!

Rujuk blog ini! Saya tak pasti pihak mana yang menulis blog tersebut! Andailah itu adalah pihak PMRAM memang tersangatlah saya dukacita akan hal tersebut! Mengapa harus pihak PMRAM tertari-tari mengikut rentak lagu yang di mainkan ISMA itu? Saya menunggu jawapan dari pihak PMRAM!

Sepatutnya, seperti yang saya kata tadilah! Hujah lawan hujah! Nyatakan secara jelas mengapa PMRAM menolak ISMA dan ISMA mengapa tidak boleh bersatu dengan PMRAM. Barulah jelas dan menenangkan! Ini tidak! Buat blog tapi penakut! Berhujahlah secara matang! Bukankah kita sudah besar?

Argggh..Bosan dan serabut kepala belajar kat mesir ni! Tapi walaupun bosan walaupun serabut saya rasa Tuhan tidak mengajar kita untuk lari dari serabut. Dan nasihat saya kepada mahasiswa-mahasiswa janganlah kita terlalu melacurkan diri sangat kepada "alasan study" sehingga langsung tidak memikirkan hal-hal kenegaraan. Kerana saya amat yakin bahwa suatu hari nanti kamulah yang akan mengganti mereka-mereka yang terdahulu!

Pemimpin silih berganti! Tetapi perjuangan mesti diteruskan!

Hai Tuhan, Jadikanlah Yang Benar itu Benar
dan Jadikanlah Kami Orang Yang Mengikuti Kebenaran Tersebut!


Dan Jadikanlah Yang Batil Itu Batil,
Jauhkanlah kami Daripada Mengikuti Kebatilan Tersebut!


p/s : saya ada nyatakan kpd seorang sahabat satu idea untuk mewujudkan "satu gerakan berkecuali" di mesir ini..dan dia memberi respon positif..dia kata menarik gak idea berkecuali ni..haha..camna kawan-kawan?..ok tak? lagi pening dan berpecahlah kita..hehe..tetapi gerakan berkecuali kita ini menggunakan konsep "orang yg datang cari kita", maka tidak akan timbullah suara-suara mengatakan kita mencuri ahli!haha..ada cadangan?..hehe

Sunday, November 1, 2009

Tragedi Oktober

al-ulama' warasatul anbia'


Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku

Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu "sayang"
Ampunilah segala dosa-dosaku
Tidak sengaja aku mengasari dirimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku...

Hanya satu ku pinta
Kujujuran darimu
Berilah peluang hidupmu

Aku rela bersama
Meranjau onak duka
Agar berkekalan hendaknya

Tidak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober

Sesalan aku hanya untukmu "sayang"
Ampunilah segala dosa-dosaku
Tidak sengaja aku mengasarimu
Bagiku kau bukanlah lawanku
Kekasihku..

p/s: sebenarnya banyak je peristiwa manis dlm bulan oktober ni tp disebabkan sy ulas isu tok guru ni, ramai la pulak yg marah kat sy, tension jugak camni kan?

berani ko cakap gitu kat ulama' ye?..ko tu jahil, itu urusan ulama, kita xpayah masuk campur la!..dan banyak lg kata2 yg menyebabkan xsenang duduk sy dibuatnya!

jd, disini hari ini, sy dgn setulus hati ingin memohon maaf secara terbuka kpd Tok Guru serta pengikut-pengikutnya mungkin kerana telah terkasar bahasa yg meyebabkan kalian terguris hati sebelum ini..

maafkanlah diri saya ini!..


saya yg hina lg jahil!



Saturday, October 31, 2009

Ini Wilayah Kelantan!


suasana di stadium sultan muhammad, kota bharu

Kelantan buat pertama kalinya setelah 39 tahun akan beraksi di final piala malaysia, kali terakhirnya pada tahun 1970 tetapi tewas kepada Perak..

Hari ini, setelah menewaskan perlis 3-1(aggregat 5-1), sekali lagi kelantan akan ke final piala malaysia samaada akan melawan negeri sembilan ataupun terengganu..

Dijadualkan final Piala Malaysia tahun ini akan di adakan pada 7 hb november di stadium nasional bukit jalil..

Saya sepertimana tok guru, tidak bersetuju dengan provokasi-provokasi serta berpesta mercun oleh penyokong-penyokong kelantan(lihat youtube diatas, sangat tidak bertamadun!)..kata tok guru, nak tengok bola tengokla, apo main-main mercun ni!

Juga, tak bersetuju juga dengan penyokong-penyokong yang membawa bendera parti, tok guru tegur juga hal ini!

Akhirnya, andailah Kelantan menjadi juara Piala Malaysia tahun ini(mudah-mudahan), janganlah ianya dijadikan modal politik murahan orang-orang tertentu!

Janganlah ianya dijadikan modal politik untuk menaikkan semula Annuar Musa di persada politik negeri kelantan! Wang PPRT 36 juta yang disonglapkannya..saya sebagai rakyat kelantan, sesekali tidak akan melupakannya!

Gomo Kelate Gomo!

p/s: terasa nak buat kerja gila je..nok tra ejas tiket balik malaysia, semata-mata nk tgk kelate lawan di final piala malaysia!..hehe..jom!

rakyat kelantan mana tak excited kan?..hehe..ini bukan perkauman! harap maklum!

Friday, October 30, 2009

Kerajaan Perpaduan : Tuah Atau Sial?

gambar diambil di blog mso

p/s: sedih, kecewa, pedih dan sengsara bila mengenangkan isu kerajaan perpaduan tp apakan daya ianya telah pun menjadi sejarah pahit yang harus ditelan oleh kita semua,

mungkin ada "sesuatu" yang ingin Tuhan ajarkan kepada kita semua,

apa-apapun salamatussodri lah!

Tuesday, October 27, 2009

Musuh Dalam Selimut!



Barangkali betul juga cadangan sahabat saya ini, lagi banyak kita cakap lagi banyak masalah akan timbul! Senyap itulah hikmah katanya! Dan dia harap saya tak marah kerana dia menegur. Maka disini saya nak cakap siapalah saya ini, nak marah-marah orang! Saya ni hati lembut je(hehe), mana lah pandai nak marah-marah orang!

Saya bukan PAS! Tetapi saya melihat PAS ini satu "benda" yang seronok untuk dikaji! Maka atas dasar itu, izinkanlah saya untuk membuat berberapa pandangan berkenaan "benda" yang saya seronok menkaji ini!. Saya rasa tidak ada masalah kan? Mungkin saya diangap menyibuk tetapi siapa anda untuk menghalang saya untuk menjadi penyibuk?

Saya tetap nak cakap apa yang saya nak cakaplah! Saya nak cakap dalam PAS kini ada musuh! Kerana musuh-musuh inilah masalah-masalah dalam PAS payah nak selesai! Saya cakap ni straigt to the point!

Jadi, apa salahnya saya? Salahkah saya mengatakan dalam PAS ada musuh? Adakah PAS menganggap "dirinya" suci dari musuh-musuh ini?

Percayalah sekiranya PAS menganggap "dirinya" suci dari musuh-musuh ini, maka berani saya katakan bahwa PAS bukanlah sebenar-benar parti islam! Islam yang dilaungkan itu tak lebih daripada retorik jijik ahli politik semata-mata!

Dan antara banyak-banyak musuh (bagi saya), musuh inilah yang paling harus di takuti oleh PAS! Saya hanya bagi pandangan sahaja. Pandangan agar "pemain-pemain" dalam PAS itu berhati-hati. Itu saja! Apakah salah saya menjadi penyibuk disini?

Dan saya yakin dalam isu terbaru ini, Tok Guru tidak salah! Tok Guru hanya "membuat hukum" atas bisikan-bisikan pembantu disebelahnya! Busuk dan jijik bisikan yang diterima maka benda yang keluar tak lebih dari itulah!

Baca juga komen dari DR MAZA. Beliau juga percaya masalah dalam PAS kini kerana ada bisikan pihak ke tiga. Pihak ke tiga yang mempunyai agenda-agenda tertentu!

Saya tak mau cakap panjang dah. Panjang-panjang orang tak faham, wat penat saya tulis je!(hehe)

Apapun, sama-samalah kita menghayati ucapan Dato' Dr Haron Din berkenaan musuh dalam selimut ini! Ada 3 semuanya tp kat atas tu saya letak satu je. Carilah sendiri kat youtube tu! (Takkan tu pun nak kena ajar..hehe)

p/s : esok 28 oktober!..kalau-kalaulah ada orang yang perasan..hehehe