Pada petang Khamis lalu selepas solat Asar di Masjid Sayyidah Zainab, tiba-tiba ada seorang pakcik tua bertongkat menepuk belakangku dan terus menghulur sebuah risalah kepadaku..aku terkejut..risalah ape ini?..risalah IM ke?..aku terus membaca risalah tersebut..rupanya risalah tentang kelebihan beramal di awal sepuluh malam di bulan zulhijjah..eh, dah masuk bulan zulhijjah ke?..getus hatiku tertanya-tanya..astaghfirullah..lagho nya aku..masa sedikit pun tidak menungguku..
Firman Allah yang bermaksud :
Demi fajar, Dan demi malam yang sepuluh..(Surah Al Fajr : 1-2)
Ada ulama yang menyatakan bahawa malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.
Daripada ayat tersebut sama-samalah kita fikirkan mengapa Allah merahsiakan malam yang sepuluh itu..Allah tdk mengatakan malam yg sepuluh itu adalah malam Ramadhan atau Muharam ataupun Zulhijjah..tetapi menyebut secara general sahaja iaitu malam yg sepuluh..Pasti ada hikmahnya Allah merahsiakannya..
Adapun hikmahnya bagi saya ialah mugkin Allah merahsiakannya kerana ingin menapis keihklasan ibadat-ibadat hamba Nya drpd beribadat kerana fadhilat-fadhilat yg ada didalam malam tersebut ataupun beribadat semata-mata ikhlas kerana Allah..bukan kerna mengejar fadhilat tersebut..samalah jugak Allah merahsiakan lailatulqadr di 10 malam terakhir ramadhan..
Di antara dalil hebatnya beramal soleh pada awa bulan Zulhijjah ini ialah melalui sabda nabi dibawah ini..
Dari Ibnu Abbas, Rasulullah telah bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).
Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”
Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke laman us zaharuddin dan disini..xlupa juga di blog sweethelwa dgn tema blognya cinta bukan hanya dimata..kaitan?..hehe
Point yg paling pentingnya disini..saya ingin memetik kata-kata Hasan Basri ra :
Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa dari segala dosa..dan tanda fahamnya seseorang itu tentang hakikat ilmu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, dan bukannya meninggalkan amalan..
Sabda Rasul SAW ertinya:
Orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah SWT..
Jadi, jangan jadi bodoh dan jom beramal!
No comments:
Post a Comment