Sunday, April 18, 2010

Rejected Club : Here I Come?




Nabi SAW pesan mafhumnya : Sekiranya kamu cinta kepada seseorang, cintailah dia sekadarnya, kerana mungkin dia akan menjadi musuhmu suatu hari nanti,
dan sekiranya kamu benci kepada seseorang pun, bencilah dia sekadarnya juga, kerana mungkin kamu akan menjadi temannya suatu hari nanti....



Awan-awan menghitam
Langit runtuhkan bumi
Saat aku tahu kenyataan menyakitkan

Mengapa semua menangis
Padahal ku selalu tersenyum
Usap air matamu
Aku tak ingin ada kesedihan

Burung sampaikan nada pilu
Angin terbangkan rasa sedih
Jemput bahagia diharinya
Berikan dia hidup

Tuhan terserah pada-Mu
Aku ikut mau-Mu Tuhan
Ku catat semua ceritaku
Dalam harianku


p/s:

1) lagu ni penjelasan tentang status ym kpd yg bertanya..
2) lagu ni jugak tak mengambarkan perasaan sebenar penulis..hehe
3) ko kena reject ke??..haha..~itu adalah rahsia!
4) Tuhan, terserah pada-Mu, aku ikut mau-Mu Tuhan!..






Wednesday, April 14, 2010

Jodoh Dan Takdir


Firman Allah SWT yang bermaksud : Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, berikanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.
(al-Furqaan : 74)


Selalu aku berdoa kepada Yang Maha Esa
moga dikurnia seorang ratu di jiwa
tempat untuk ku luahkan segala rasa
perasaan yang tersimpan seribu satu makna

Di kala aku keseorangan
dia penghibur dan jua peneman
hati yang sayu tidak kesepian
duka dan lara tiada keresahan

Ya Allah tidak ku pinta yang menawan
tidak ku harap yang hartawan
bukan jua kerna kedudukan
cuma ku damba insan yang sepadan

Kasihnya sejati bukannya kerna paksaan
biarpun derita yang menjadi rintangan
ketulusannya yang tiada bandingan
tercipta ayu indahnya peribadi insan


Jodoh Dan Takdir
Album : Nasyeed Underground - Vol.1
Munsyid : MISK
http://liriknasyid.com

Download Click Here..



Friday, April 9, 2010

Cintaku Tertinggal Di Iskandariah



Setelah sekian lama duk kat Mesir ni, akhirnya semalam, sampai jua aku ke tanah Iskandariah

Terima Kasih kepada yang mengajak..


Cintaku Tertinggal Di Iskandariah?


Monday, April 5, 2010

Dr Asri Dah Nak Tubuh Parti Politik, ISMA Bila Lagi?


KUALA LUMPUR, 5 April: Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin (gambar) dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya.

Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.

Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja.

Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.

Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini.

Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.

"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib pernah mengunjungi Asri di rumahnya dekat Pulau Pinang. Dalam pertemuan itu, Asri dilaporkan berkata, Harun menawarkan beliau menyertai PAS.

Namun begitu, Harun dalam jawapan balasnya berkata, beliau bukan menawarkan Asri menyertai PAS tetapi meminta atau mengarahkan Asri menyertai PAS.

Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.

“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009.

Pandangan politik Dr Asri tidak diketahui kebelakangan ini. Beliau yang turut serta di perhimpunan Perkasa (gambar) pimpinan Ibrahim Ali memuji ucapan Dr Mahathir di majlis itu.

Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.


soruce.Asri mahu tubuhkan parti politik?

Dr Asri nafi sertai politik ataupun pilihan raya

p/s : kpd dr asri..molek2, sila2..xelok berkecuali bak kata seorang sahabat!..hehe..baru boleh nk rasa dan lihat sendiri langit itu tinggi atau rendah..hehe

komen belakang2 memang seronok kan?..pasni boleh la 'test power', 'test market' dan sebagainya?..

isma tak terliur nk tubuh parti politik jugak ke??..hehe


Sunday, April 4, 2010

PAS : Retak Menanti Belah?


Terkejut gila hari ni apabila baca posting terbaru blog kickdefella..bagaimana mungkin maklumat sesulit itu boleh ada ditanagn kickdefella..

dan dengan bangganya pula kickdefella meletak dlam blognya..tanpa rasa segan dan silu..

soalnya, siapa kicdefella ini??

dan siapa pula yang memberi maklumat tersebut kpdnya??

baca disini ye!.. http://batuapi-firestone.blogspot.com/2010/04/siapa-pembocor-rahsia-pas.html


PAS : Retak Menanti Belah??

Monday, March 15, 2010

Reaktif VS Proaktif


REAKTIF bermaksud tindak balas terhadap sesuatu yang berlaku. Sesuatu yang berlaku menyebabkan manusia terusik dan melakukan tindakbalas. Tindak balas yang berlaku selalunya bersifat spontan tanpa pemikiran dan kajian yang mendalam. Sikap reaktif selalunya berkait rapat dengan keadaan emosi seseorang.

http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-reaktif.html


BERFIKIR proaktif ialah suatu kemahiran berfikir secara positif yang melibatkan perancangan teliti dan rapi supaya hasilnya menjadi. Berfikir proaktif tidak saja respons kepada sesuatu masalah yang dihadapi tetapi difikirkan bagaimana sesuatu masalah itu dapat dileraikan dan jalan keluarnya dicari. Sesuatu masalah tidak hanya dilihat sebagai masalah, ia dikaji dan diteliti sebab-musababnya, dicari jalan keluarnya dan diberi alternatifnya.

http://drsidekbaba.blogspot.com/2006/12/berfikir-proaktif.html



p/s:

1) ni blog mengumpulkan tulisan dr sidek baba..moga bermanfaat.. http://drsidekbaba.blogspot.com/

2) belajarlah dari kesilapan!

Saturday, March 13, 2010

Cinta Indah Selepas Nikah : Apa Kata TGNA..



Apabila Tok Guru Nik Aziz berbicara tentang persoalan cinta, tentu ia satu yang tidak terfikir. Tetapi itulah antara kandungan temu bual editor majalah i AHMAD YANI ABD MANAF dengan pemimpin negeri Cik Siti Wan Kembang yang kini telah berusia 78 tahun. Banyak panduan berguna yang mengalir dari mulutnya. Kami nukilkan kembali temu bual tersebut.

Dalam al-Quran diceritakan kisah cinta manusia-manusia yang mendapat hidayah, antaranya kisah Nabi Yusuf. Boleh Tok Guru ulas sedikit mengenainya?

Kisah Nabi Yusuf adalah kisah manusia yang mendapat hidayah berdepan dengan fitnah cinta. Nabi Yusuf memang terkenal dengan kecantikannya. Malah RasulULLAH pernah menggambarkan separuh daripada kecantikan dunia ini diberikan kepada Nabi Yusuf. Seorang yang muda dan cantik itu terselamat daripada godaan seorang permaisuri istana yang tentunya juga seorang yang jelita, adalah kesan hidayah yang meresap dalam dirinya. ALLAH berikan hidayah pada Nabi Yusuf sehingga kuat berdepan dengan fitnah cinta.

Dalam al-Quran disebut ALLAH memilih orang tertentu untuk diberikan hidayah dan Nabi Yusuf antara orang pilihan ALLAH. Siapa yang akan menjadi pilihan ALLAH itu kita tidak dapat menentukannya. Tapi pilihan ALLAH itu selalunya diberikan pada hamba yang berikhtiar dekat pada-NYA.

ALLAH anugerahkan kecantikan kepada Nabi Yusuf, dalam kes ini apakah salah sekiranya Zulaikha menyukai dan mencintai Yusuf?

Cinta adalah fitrah semula jadi yang murni sifatnya. Salahnya adalah apabila cinta diletakkan pada tempat yang tidak sepatutnya atau salah guna. Umpama duit atau mata pisau, jika sekiranya digunakan untuk kebaikan, baiklah natijah. Sebaliknya jika digunakan untuk keburukan, maka buruk jugalah hasilnya. Cinta ini nikmat Tuhan yang tidak ternilai kehebatannya. Sebab itu ALLAH mengajarkan bahawa cinta paling utama adalah cinta hamba kepada ALLAH kerana dengan cinta sedemikian maka hamba itu akan terselamat dari fitnah cinta sesama makhluk. Malangnya Zulaikha telah mencintai makhluk melebihi kecintaan-NYA kepada ALLAH.

Kerana cinta itu adalah indah dan anugerah yang MAHA PENCIPTA, dalam konteks sekarang bolehkah seseorang melafazkan cinta pada orang yang disukainya tetapi masih dalam situasi yang terkawal seperti hanya menggunakan SMS, surat atau internet?

Memang perasaan suka dan cinta itu fitrah yang ALLAH berikan yang boleh digunakan. Sebab itu ALLAH turunkan syariat untuk memudahkan hidup manusia. Berkaitan dengan ungkapan cinta yang dilafazkan melalui SMS, surat atau internet, secara fizikalnya memang tidak ada salahnya. Cuma yang dibimbangkan, apa jaminannya bahawa cara itu tidak membawa kepada cara-cara yang lebih intim selepas itu. Seperti contoh, kita dibawa pergi ke tempat-tempat yang tidak sihat atau melihat gambar-gambar yang merangsang nafsu. Apa jaminan yang jiwa dan nafsu kita selepas itu tidak terganggu.

Di sinilah pentingnya kawalan syariat. Kalau kita lakukan itu memang atas pertimbangan untuk mendapat pasangan yang baik selepas kita memahami tuntutan mencari pasangan yang baik adalah diperintahkan ALLAH, maka hal itu boleh menyelamatkan kita. Tetapi jika perkara itu dilakukan tanpa panduan syariat, dibimbangkan akan menyebabkan seseorang itu terjebak dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat seperti pergaulan bebasdan sebagainya.

Jadi menulis surat cinta, SMS atau menghantar surat melalui internet, walaupun niat asalnya baik, tetapi apa jaminan bahawa hal itu tidak mendatang tindakan susulan yang akhirnya boleh mendatangkan mudarat kepada kedua belah pihak selepas itu.

Bagi seseorang yang ada kesedaran Islam dan ingin mencari pasangan yang sesuai dengan tuntutan syariat, tetapi untuk menyuarakan hasrat hati tentu tidak baik jika disampaikan secara berdepan atau berdua-duaan. Salahkah jika SMS dan internet digunakan untuk menyampaikan hasrat di hati agar orang tersebut tahu bahawa ada orang yang menyukainya?

Bagi saya hal itu tidak salah asalkan dalam batas-batas syariat. Misalnya seorang perempuan berfikir ia perlu mencari pasangan hidup seorang lelaki yang baik dan bertanggungjawab yang boleh menjaga dirinya dan zuriatnya pada masa depan. Satu hari dia ternampak atau mengenali seorang lelaki yang sesuai dengan tuntutan syariat itu. Apa salahnya jika perempuan itu menyuarakan hasrat itu dengan membuat ‘tempahan’ terhadap lelaki tersebut. Cuma budaya kita sahaja yang tidak membiasakan perempuan merisik lelaki. Tetapi dalam agama hal itu tidak salah.

Bagaimana pun dalam urusan menyampaikan hasrat ini, Islam mempunyai panduan yang baik iaitu dianjurkan membuat pinangan. Pinangan ini pula hendaklah diuruskan oleh pihak keluarga. Jadi hubungan yang bakal dibina tidak dicemari oleh perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah.

Berpandukan kisah rumahtangga RasulULLAH pula, Aisyah digambarkan sebagai seorang wanita yang cerdik dan cantik sehingga RasulULLAH memanggilnya Humaira atau gadis kemerah-merahan. Sekali lagi kita diberi gambaran bahawa cinta terhadap wanita itu berkaitan dengan kecantikan. Dalam hal ini bolehkah seorang lelaki mengambil berat tentang kecantikan pasangan yang bakal menjadi pendamping hidupnya?

RasulULLAH telah memberi panduan bahawa seseorang perempuan itu dikahwini kerana beberapa sebab, antaranya kerana kecantikannya, kerana harta, kerana keturunan, dan kerana agamanya. Tetapi Nabi memberi panduan agar kahwinilah wanita itu kerana agamanya.

Jika seorang wanita dikahwini kerana kecantikan, rupa bentuk itu adalah perkara zahir. Ia boleh luntur apabila usia semakin meningkat. Seperti Buya Hamka katakan, apabila pipi kendur, gigi gugur, uban di rambut mula bertabur dan mata kabur, maka ketika itu seseorang nampak uzur.

Tetapi kalau seseorang perempuan dikahwini kerana agama, cinta akan utuh sampai tua. Malah dalam rumahtangga RasulULLAH digambarkan, walaupun Saydatina Khadijah sudah meninggal, tetapi RasulULLAH selalu menyebut kebaikannya. Pernah RasulULLAH menyembelih kambing, lalu meminta Aisyah membagi-bagikan daging kambing tersebut kepada beberapa orang perempuan yang dulunya sahabat rapat Saydatina Khadijah, sehingga menimbulkan kecemburuan di hati Aisyah.

Tetapi tiada siapa dapat menafikan bagaimana pengorbanan Saydatina Khadijah membela RasulULLAH ketika membawa risalah Islam di peringkat awal, yang menggambarkan perkahwinan RasulULLAH didorong oleh kecintaan Saydatina Khadijah kepada ALLAH dan Rasul-NYA.

Dalam masyarakat kita juga banyak ditemui pasangan yang cinta mereka berkekalan sehingga akhir hayat. Benarkah cinta di usia lanjut jauh lebih hebat dan harmonis?

Saya banyak juga membaca buku-buku yang berkaitan dengan kisah cinta ini dan memang diceritakan jika pasangan itu serasi dalam rumahtangga, maka makin bertambah usia makin mendalam cinta mereka. Isteri semakin sayang kepada suami kerana didikan dan penjagaan yang diberikan. Manakala si suami juga semakin kasih pada isteri kerana kasih sayang serta perhatian yang diberikan oleh isteri.

Bagi seorang isteri yang cuba mengekalkan cinta suami, lalu berusaha menjaga hal-hal seperti sentiasa bersenam supaya keadaan fizikal cergas dan menarik, masuk spa mengekalkan penjagaan kulit dan sebagainya. Adakah ini dikira perkara makruf yang mendatangkan pahala bagi seorang isteri?

Dalam tafsir Khazim, ada diterangkan tentang kisah Abdullah bin Abbas yang memtik kisah RasulULLAH yang mengatakan “Aku ingin benar apabila aku berhias untuk mendapat kasih sayang dari isteri sebagaimana aku mahu isteri aku berhias untuk aku sayangi.” Kisah ini menjelaskan pada kita bahawa setiap perbuatan yang boleh mendatang kasih sayang antara suami isteri adalah perbuatan yang makruf atau perbuatan baik. Malangnya dalam masyarakat kita, sebelum berkahwin ramai yang suka berhias untuk pasangannya. Tetapi selepas berkahwin, seolah-olah tidak pedulikan perihal berhias untuk pasangan.

Mungkin isteri beranggapan suami sekarang sudah menjadi kepunyaannya. Jadi tidak perlu susah-susah berhias untuknya. Bukankah suami itu mempunyai peluang untuk berkahwin lain sekiranya ia mempunyai alasan yang munasabah. Sebab itu isteri perlu bijak melayan suami dengan memberikan perhatian kepada perkara-perkara yang menjadi kesukaan suami. Khidmat pada pasangan ini tidak semesti hal-hal besar, tetapi hal-hal kecil akan menambat dan meningkatkan lagi rasa sayang pasangan. Seperti bertanya mahu makan apa, pasangkan butang baju, mudahkan urusannya di rumah. Sangat baik kalau kita tahu apa kesukaan pasangan kita dan perkara-perkara yang tidak disukainya. Memberikan hadiah perkara yang disukai oleh pasangan, sudah tentu akan mengukuhkan lagi rasa kasih dan sayang kedua-dua belah pihak.

Alam rumah tangga pada zaman moden ini amat mencabar kerana ramai pasangan terdedah dengan perkara-perkara yang boleh mengganggu kesetiaan dalam rumah tangga. Apa panduan Tok Guru pada pasangan muda agar kekal bahagia dalam rumahtangga yang dibina?

Membina rumah tangga bahagia bermula dengan niat yang baik dan tepat mengikut syaria. Malangnya terdapat pasangan yang salah niat asalnya mendirikan rumah tangga. Misalnya, berkahwin dengan seorang perempuan kerana kecantikannya atau kerana kedudukannya semata-mata, disebabkan perempuan itu mempunyai jawatanbesar dan gaji besar. Niat ini adalah salah. Saya menyeru pada lelaki yang mempunyai niat seperti ini agar membetulkan niatnya kerana adalah malu bagi seorang lelaki berkahwin dengan seorang perempuan kerana ingin menikmati harta isteri. Jadi, banyaknya perkahwinan berakhir dengan penceraian kerana niat asal mendirikan perkahwinan adalah tidak berpandukan syariat.


Binalah perkahwinan kerana cinta kepada ALLAH dan menegakkan sunnah RasulULLAH. Tanamkan di hati, aku ingin berkahwin untuk menyalurkan fitrah dan menghindari perzinaan. Kemudian ingin mendapat zuriat dan generasi yang akan menyambung sunnah RasulULLAH. Kalau cinta seperti ini pendorong perkahwinan, percayalah bahawa cinta akan indah selepas nikah. Gangguan syaitan untuk meruntuhkan perkahwinan dapat ditepis.


Bagi seorang lelaki, godaan seorang wanita perkara yang amat mencabar dan Tok Guru ada tip berasaskan pengalaman berdepan dengan hal ini?


Sebagai seorang yang mempunyai jawatan, gaji, dan sedikit ilmu, godaan ini tetap ada. Saya pernah menerima surat cinta luahan hati wanita, atau melalui telefon. Tetapi sebagai seorang yang cuba hidup berpandukan syariat, ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya akan cepat bertindak menghindarinya. Misalnya, kalau telefon bunyinya sudah agak lain, saya akan akhiri perbualan. Memang, perempuan mana yang tidak minat pada seorang lelaki yang ada kedudukan, ilmu dan pangkat. Tapi sikap saya, jika perhubungan itu boleh menggugat kedudukan rumahtangga saya, saya akan menghindarinya. Jadi sebagai lelaki kita perlu berhati-hati dengan perasaan wanita.


(muka surat 13, majalah i, bil. 72, Oktober 2008)



p/s : so, kesimpulannya???...hehe




Wednesday, March 10, 2010

Hilangnya Sebutir Permata..

[Muhammad+Sayyid+Tantawi.jpg]

Rasulullah SAW bersabda (mafhumnya) : Sesungguhnya Allah SWT tidak akan mencabutkan ilmu pengetahuan daripada hamba begitu sahaja, tetapi Allah akan mencabutkan ilmu pengetahuan dengan mematikan para ulama' sehingga tiada lagi orang 'alim, maka orang ramai akan melantik orang yang jahil sebagai ketua, maka apabila ditanya,mereka berfatwa tidak berdasarkan ilmu pengetahuan, mereka itu sesat dan menyesatkan..


Sama-sama kita menyedekahkan Al-Fatihah,
buat Al Marhum Syeikh Dr Muhammad Sayyed Tantawi..


Baca Juga Di sini


Wednesday, March 3, 2010

'Politik' Memang Jijik!


Tersebutlah kisah, bilamana ura-ura PAS ingin bergabung dengan UMNO satu masa dulu!. Maka, muncullah hero-hero jadian Pakatan Rakyat..

umno itu jijik, umno itu kotor, umno itu najis dan sewaktu dengannya!

kita hendaklah perkukuhkan PR, kita hendaklah setia pada janji!..tak baik mungkiri janji walaupun pd non-muslim!

yg peliknya, suara2 tersebut datangnya dari mulut ahli pas sdiri, kononnya lebih pas dari pas la tu!..bagus2!

kadang2 kesian pulak kat umno..hehe..bila buruk je, sume umno!..bila busuk je, umno, bila jijik je, umno.. kadang2 tahik sendiri pun kate tahik umno!..woi!..pandai berak, pandai basuh la!..takkan tu pun xreti!

mase kat penanti, wakil rakyat pkr buat hal..terpaksa buat prk semula..nyusah kan segala orang!..habis bodoh segala orang!..sape buat hal?..pkr!..

xpe2..kita kena kukuhkan pakatan rakyat!..

mase perak jatuh pd umno..bising la sume pihak, umno begitu umno begini..siapa buat hal?..bukankah itu adun pkr dan dap??

xpe2..umno lebih jijik drpd dap pun!..

hahaha..kesian kat umno kan? sikit2 umno yg kena!

kesian, kesian, kesian!.. kesian kat rakyat!..lari dari mulut rimau, masuk mulut buaya!..

oh, 'politik' itu memang jijik!


PKR ramal lima lagi ahlinya keluar parti

Salehuddin ramal lebih 10 MP bakal keluar PKR

MP Nibong Tebal keluar PKR, jadi bebas

MP Bagan Serai pula umum keluar PKR


p/s: jgn tuduh aku ejen umno ye!!..basuh tahik sendiri dulu!

Friday, February 26, 2010

You Are My One True Love!




You came to me in that hour of need
When I was so lost, so lonely
You came to me took my breath away

Showed me the right way,
the way to lead

You filled my heart with love
Showed me the light above
Now all I want Is to be with you

You are my One True love
Taught me to never judge
Now all I want Is to be with you

You came to me in a time of despair
I called on you, you were there
Without You what would my life mean?
To not know the unseen, the worlds between

For you I’d sacrifice
For you I’d give my life
Anything, just to be with you

I feel so lost at times
By all the hurt and lies
Now all I want Is to be with you

Showed me right from wrong
Taught me to be strong
Need you more than ever
Ya Rasul ALLAH




Moga-moga maulidur rasul kali ni, tidak akan ada lagi pendusta-pendusta cinta yang berani melaungkan cinta tanpa mengenal apa itu hakikat cinta!



Rasulullah s.a.w. meninggalkan sebuah perjuangan suci sebagai rahmat ke seluruh alam untuk kita sambung dan teruskan. Segala kezaliman, penyelewengan, rasuah, salah guna kuasa, jenayah, yang berlaku pada hari ini hatta dari seorang yang mengaku Islam, menunjukkan jauhnya si pelakunya dari tinggalan Rasulullah s.a.w. walau dia menyambut kelahiran baginda saban tahun.!

Perutusan Maulidur rasul oleh TGHH!

klik sini utk teks lengkap..
!