Wednesday, September 1, 2010

Pesaka Merdeka


Selamatkan Malaysia!

Salam Kemerdekaan!

Sempena Kemerdekaan negara kali ke-53, dan Ramadan yang telah pun masuk ke fasa yang ke-3 ini, marilah sama-sama kita merenung dan menginsafi sejenak apakah maksud dan definisi yang sebenar bagi sebuah 'kemerdekaan' kepada kita sebagai seorang Muslim.

Untuk itu, marilah sama-sama kita menghayati maksud Firman Allah SWT ini :

Bagi setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dimerdekakan daripada api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sesungguhnya dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan! (Ali-'Imran : 185)

Jadi, seandainya kemerdekaan yang dilaungkan itu tidak mampu untuk memerdekakan kita dari azab api neraka Allah SWT, maka apalah erti kemerdekaan tersebut, bukan?

Justeru, sempena fasa ke-3 Ramadan yang menjanjikan 'kemerdekaan' yang sebenar kepada kita sebagai seorang Muslim ini, marilah kita sama-sama menjadi orang yang bersyukur dengan merebut segala peluang untuk beramal sebanyaknya dan mengelakkan diri daripada menjadi orang yang celaka!

***************


PESAKA MERDEKA

Bergalang Tanah Bergadai Pesaka
Rebah Bangun Lintang Tiarap
Terlentang Minum Embun
Meniarap Makan Tanah

Bumi Pertiwiku
Tetap diperjuang
Maruah Agama
Setia digalas dipertahan
Maruah Bangsa dan negara
Dikandung Badan
Demi Kedaulatan
Negara Merdeka

Merdeka dari Penjajahan
Minda yang menjarah
Merdeka dari Perhambaan
Ekonomi yang Memerah
Merdeka dari Penindasan
Politik yang Serakah

Tanah airku Mesti bangkit
Mendongak Dagu maju
Membina Masa Depan
Gemilang dan Maju
Membina Negara
Munajat Redha dan Restu

Aku , Engkau , Kamu
Adalah Anak Merdeka
Ayuuuuuh !

Tuntutlah Ilmu Binalah Jiwa
Jangan Alpa Usah Leka

Amanah Ummah Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Negara Merdeka
Adalah dibahu Kita

Amanah Nusa Bangsa
Adalah dibahu Kita

Merdekalah Jiwa
Merdekalah Minda
Merdekalah Bangsa
Merdekalah Negara
Merdekalah Kita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Atas Lebar Hamparan
Tanah Tumpah Air Insan
Merekah Bumi Gersang
Tandus Nilai Kasih Sayang

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Menebus Maruah Balar Tercalar
Angkara Haiwan Berpangkat Bergelar
Dada dirobek Jantung dikelar
Bahasa diherdik Sesuku Ajar
Penguasa Membidik Bohong di Layar

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Suara dipasung Media disuaka
Puaka diusung Jelata disita

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?

Usah Bercanda Gurindam Sendu
Lupa Sengsara Semalam ditipu

Merdekakah Kita ?
Terbelakah Kita ?


Pesaka Merdeka ;
Oleh : Us Nasaruddin Tantawi




Saturday, August 28, 2010

Mahasiswa Tidak Matang?


mungkin sebab ni kot tv3 xnak uplaoad versi penuh kat websitenya!

Salam Alayk..

masih tiada mood lagi nk tulis panjang2..

saje nk promote saifuddin si "gerombolan" lagi..nk bg pemenang marah lg..hehe

bagi aku, kalau benda yg 'ingin dibawa' itu membawa kebaikan kpd umum, tak kira la dari gerombolan ke, umno ke, DAP ke, PAS ke, wahabi ke, salafi ke dan ape2 lg la..ape salahnya kita sokong, kan?..

tp kena ikut situasi jugak la!..hehe..

barulah politik matang orang kate!!...

sebut kata matang ni..satu fakta menarik yang dibawa oleh saifuddin yang saya rasa mampu untuk membuka mata kita semua, lebih2 lagi mahasiswa!..

Katanya, definisi matang digunakan dalam undang-undang.

“Contohnya, dalam kes rogol, wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks; dalam kes jenayah, orang berumur 18 tahun tidak lagi dibicarakan di mahkamah juvana; dan orang berumur 21 tahun layak mengundi.

“Jika wanita berumur 16 tahun dikira matang untuk melakukan hubungan seks dan seseorang berumur 18 tahun dikira matang untuk berhadapan dengan undang-undang jenayah, dan katakanlah kedua-duanya tidak memiliki kelayakan untuk menjadi pelajar IPT, maka, adakah wajar untuk mengatakan bahawa pelajar IPT, yang lulus SPM atau STPM atau setaraf dengan cemerlang dan mendapat CGPA yang cemerlang di IPT, adalah tidak matang jika dibandingkan dengan mereka?” katanya.

makanya, tohmahan bahawa mahasiswa tidak boleh berpolitik kerana tidak matang adalah sangat menghinakan!..

maksud mudahnya, matang itu hanya diperlukan ketika memuaskan nafsu seks sajalah..bila masuk bab politik dan negara maka matang itu pun hilang la secara automatik!

kah..kah..kah..

patutla ramai buang bayi, terlebih matang dah kot!

kah..kah..kah..

soalnya mengapa?..

jadi ikuti penjelasan saifuddin kpd MT UMNO dibawah ini!

Saifuddin perjelas MT Umno 30 alasan nafi hak mahasiswa berpolitik



p/s : tabik sama saifudin!




Saturday, August 21, 2010

Kuasailah Bahasa Inggeris!




p/s:

i might be considered as a "gerombolan" again after this!..hehe



Friday, August 20, 2010

Mana Dia Pejuang Pakatan Rakyat?

karpal-singh1

nasib baik la ko ni karpal singh..kalau tidak, mesti kena UG UG UG UG UG UG ngn pejuang pakatan rakyat!..hehe

Hudud bukan jawapannya, kata Karpal


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/140704

ni kenyataanTGNA tentang hudud..


p/s: kah..kah..kah

~kita mestilah setia pada pakatan..
~kita kena jaga semangat setiakawan..
~kita kena ingat janji..
~berdosa langgar janji..

so, soalannya mana dia yang kononnya pejuang pakatan rakyat itu??..

kah..kah..kah!


p/s:

hehe

Monday, August 9, 2010

Kalau Saya Mahasiswa


Buku 'Kalau Saya Mahasiswa' ini ditulis oleh
YB Dato' Saifuddin Abdullah yang merupakan Ahli Parlimen Temerloh, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO..

Ini Laman Web Beliau!

Untuk Baca Buku Ini,

Sila Download Disini!..



p/s : jgn tuduh aku geng kerajaan perpaduan ye!..he he he


Wednesday, August 4, 2010

KUNTUM II




KUNTUM II
Kembara Ukhuwah & Thaqafah 2010
Pencerahan disemai, Persaudaraan dijana.


LAMAN RASMI KUNTUM II


Monday, July 26, 2010

Kau Yang Maha Melihat



Seiring waktu berlalu
Tangis tawa di nafasku
Hitam putih di hidupku
Jalan di takdirku

Tiada satu tersembunyi
Tiada satu yang terlupa
Segala apa yang terjadi
Engkaulah saksinya

Kau yang Maha Mendengar
Kau yang Maha Melihat
Kau yang Maha Pemaaf
Pada Mu hati bertaubat

Kau yang Maha Pengasih
Kau yang Maha Pemyayang
Kau yang Maha Pelindung
Pada Mu semua bergantung

Yang dicinta kan pergi
Yang didamba kan hilang
Hidup kan terus berjalan
Meski penuh dengan tangisan

Andai bisa ku mengulang
Waktu hilang dan terbuang
Andai bisa ku kembali
Hapus semua pedih

Andai mungkin aku bisa
Kembali ulang segalanya
Tapi hidup takkan bisa
Meski dengan air mata


Maha Melihat
Opick Feat Amanda

Sunday, July 25, 2010

Result Tahun 4

result tahun 4..isk3..sedihnya..huhu

Firman Allah SWT Mafhumnya : Dia (Nabi Ya'qub) menjawab, "Sesungguhnya aku mengadu kesusahan dan kesedihanku ini hanyalah kepada Allah, dan aku mengetahui dari Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya." (Suruh Yusuf : 86)


A man should be as strong as steel, A man should shed blood, not tears!..
(Petikan Dari Filem Iron Monkey)..



p/s : pengajarannya sila baca esok, mlm ni nk menangis dulu..hehehe


Tuesday, July 20, 2010

DR MAZA : Ke Mana Pergi Subsidi Kami?


p/s:

kami bukan sengaja menaikkan harga gula, niat kami ikhlas, kami ingin membendung penyakit kencing manis daripada terus berleluasa di negara ini..ingat, gula membahayakan kesihatan!


kah..kah..kah!


Tuesday, July 13, 2010

Wacana Perdana : Bolehkah Melayu Bersatu?


Firman Allah Mafhumnya : Sekiranya kamu membelanjakan segala perkara yang ada dimuka bumi ini (untuk mempersatukan hati-hati mereka), nescaya kamu sekali-kali tidak akan mampu mempersatukan antara hati-hati mereka, tetapi Allah lah yang mempersatukan hati-hati mereka, Sesungguhnya Allah Maha Perkasa Maha Bijaksana

(Surah Al-Anfaal : 63)



Wacana Perdana : Bolehkah Melayu Bersatu?
Download Here!!

Youtube Here!!



p/s:

atas nama melayu semata-mata, sampai bila-bila pun melayu tak akan bersatu!