Showing posts with label Kembara. Show all posts
Showing posts with label Kembara. Show all posts

Sunday, March 27, 2011

Tiada Perjuangan Tanpa Pengorbanan!

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."

KUALA KRAU, 27 Mac:
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.

Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.

“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.

Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.

“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.

Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.

Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."


Tuesday, February 9, 2010

Otak Sedang Serabut?


cuti cuti ni, ingatkan dpt lah hilangkan serabut sikit sebanyak,

tapi rupanya tidak,
lagi cuti lagi serabut rupanya!..haha

dah2..sy nk g bahariya esok..
mlm ni kena tido kat arma..
k..babai..


Bahariya Explorer 2010

10-12 Feb 2010

Klik Sini


Monday, November 30, 2009

Gambar Raya Aidiladha 1430 H

pagi aidiladha 1430 H, menuju ke masjid sayyeda zainab..selamat hari raya aidiladha kepada semua!

hujan malam raya menyebabkan jalan becak, manusia berpusu-pusu ke masjid

selepas khutbah raya, dalam masjid bersama ahlil bait

jumpa orang melayu!..rupanya ayahnya pada insyirah, dtg bercuti katanya?

ini nash, best student maahad muhammadi batch 05, pengarah seminar perubatan kali ke-3, masih solo lg, sape nak, cepat-cepatla!..hehe..

pulang dari masjid melalui jalan pasar, arab semelih binatang korban atas jalan dengan selamba nya..

lembu, cuak punya pasal, kotak pun kotak la jd makanan..

lorong depan rumah..

pastu, g asyir naik teksi ngn nash dan paid..tu berlakon je tu..hehe..tahun ni kumpulan aku kena kambing je..

copuk..ko wat ape tu?

cuba teka, tulang apa ni?..abes daging dibuangnya..

kepala kambing..

selesai kerja, bersama zunnur dan yb (anak buah husam musa..hehe)

najib, nash, dan eckm..aku bukan ambik gambar korang sebenarnya..hehe

eckm ngn abg faizal..semangat2!

unta?


Sunday, October 11, 2009

Rindu Bau Tahi Himar


sekarang ni tgh terperangkap di doha..7 jam lamanya..arghh..tensen nye..

rupanya dah 2 bulan lebih aku bercuti dan dah habis rupanya..cepatnye masa berlalu..

2 bulan cuti menyebabkan aku hampir2 lupa kpd mesir..hehe(walaupun xmungkin rasanye aku lupa kpd mesir!)

cuti kali ni jugak, hampir2 melupakan aku bahawasanaya aku ni masih pelajar..buku medic yg lgsung tdk disentuh..apa nk jadila ngn aku ni..

kuliah pun sudah seminggu berlangsung..tp tidak mengapa sbb hero tok ggaduh..haha(ayat2 tipikal org klate)

skrg ni tgh berseorangan lihat2 gelagat manusia2..macam2 ade..tp seronok gak..seronok melihat perbezaan!..so, raikanlah perbezaan!

ape yg aku tgh fikir skrg ni adlh utk mengingat kembali kenangan2 lampau dibumi mesir "tercinta"(sape xsayang mesir?)..

tp xtau nk start dari mana..klu start dari kecik..panjang pulak..buleh la buat buku..pastu jual..pastu kompem xlaku..haha..

tp kali ni aku nk cuba igt perasaan2 semasa mula2 sampai..tp susah jugak nk igt..

yg aku igt mesir pun ada bau jugak..bau arma..mula2 sampai mesir kami dilonggakkan di arma..2-3hari jugak..pastu baru g umh sewa..(aku antara org2 terawal jugak dpt umh sewa mase tu!..hehe..sukanye)..

tp aku xreti nk describe camane baunye..yg penting ada baunye tersendiri..tp ape kejadahnye ingt bau arma..haha..

sori r skrg ni tulis saje ape yg ada dlm kpala..mungkin xsesuai utk mereka2 yg syadid, org2 tarbiah dan seumpamanya..tp aku tetap aku..bukankah kita kena jadi diri sendiri!..mengapa mau hipokrit bukan?

haha..aku rase panjang dah ni..lagi panjnag lg byk dosa rasnya duk melalut-lalut dalam ni..ok..laa..babai

eh jap, satu lg..mesir ada satu lg uniknya..bau himar dan tahik-tahiknya..owh..tidaak!

dah2..bye2 salam..lorr baru habis sejam..tinggal 6 jam lg..owh tidak!

Wednesday, March 4, 2009

Nefertari

Dan Allah membuat isteri Fir'aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: "Hai Tuhanku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam syurga, dan selamatkanlah aku dari Fir'aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim (At-tahrim : 11)

nefertari yg bertanduk dua..abu simbel feb 09

Engkaulah permaisuri di mahligai tirani
Teguh imanmu walau tersembunyi
Kasihmu kau buktikan sebagai isteri
Namun cintamu untuk Ilahi

Engkau masih isteri yang sejati
Ketika suami dimurka Allah
Istana bukan penjara nikmat yang alpa
Sinar imanmu tak kelam permata
Kau miliki jiwa hamba
Walau di sisimu singgahsana

Sejarah Asiah telah membuktikan
Iman bukanlah penjara di jiwa
Yang selamanya bersembunyi
Tapi kemerdekaan yang hakiki
Yang punya wajah dan jua rupa
Akhirnya imanmu bersuara
Lantas kau dipenjara dan diseksa
Oleh suamimu yang dihina

Di kejauhan istana keangkuhan
Menggamit mata sayunya di jiwa
Namun hatimu tak sudi ke sana
Iman dan akidah lebih utama

Ratu syahadah lalu bermadah
Oh Tuhan binakan istana untukku
Walaupun di dunia ku diseksa
Namun tak terbayar nikmat di syurga

Oh Asiah kau merubah rencana
Bila tanganmu menyentuh bayi
Yang hanyut menongkah arus Sungai Nil
Lembutmu mematahkan keangkuhannya
Firaun merancang kau menghalangnya
Musa terbuang jadi terbilang

Ratu Syahadah
Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
download tekan sini

amaran : mase g luxor baru2 ni,
nefertari mengikut yg diceritakan adalah bini firaun
dan ada seorang lagi bini dia nama nefertiti..
seorang jaga upper egypt seorang jaga lower egypt..
tu pun kalau aku xsilap la..

walaubagaimanapun,
bini firaun yg tlh dinyatakan dalam al-quran tersebut,
saya kurang pasti,
adakah dia nefertari atau nefertiti yg dimaksudkan..

tetapi apa yg pastinya..
memang ada seoarang drpd bini firaun yg mmg betul beriman dgn Allah..
sape dan nama ape xpenting!

disitulah juga menunjukkan bahawa hidayah adalah milik Allah sahaja..
Dia berhak memberikannya kpd siapa saja dikalangan hamba Nya..
dan dlm kes nefertari(bc:bini firaun) ni..
walaupun bersuamikan firaun yg gah mengaku sebagai tuhan maha tinggi,
yg menerajui kerajaan mesir purba dulu, yg zalim dan sebgainya..
tetapi masih lagi memelihara keimanannya..
yg sejarahnya indah tertulis dalam Mukjizat Al-Kubra nabi terakhir..
Muhammad SAW..

itu saja kali ini, wallahua'lam

amaran terakhir : kalau nk tau lebih lanjut pasal nefertari dan nefertiti ni..
sila cari sendiri la..aku xminat sejarah2 ni..hehe..