Sunday, May 10, 2009

Sedang Exam

pau kat perubatan.org..hehe

baru abes exam praktikal..lega senafas..written dan oral bakal menjelma..
doa kan kami ye..

dan juga

Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang..
Terima Kasih Yang Tak Terhingga Ku ucapkan,
kerna sudi mendidik diri ini

dan juga
Maafkan salah silap anakanda ya..


Malu

Tuesday, May 5, 2009

Post ke-100 : Ubat Tenang


Firman Allah bermaksud :

maka adapun manusia,

apabila Tuhan mengujinya,

lalu memuliakannya dan memberi kesenangan kepadanya,
maka dia berkata

"Tuhanku telah memuliakanku"


Namun,
apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,
maka dia berkata

"Tuhanku telah menghinaku".


(Al-Fajr : 15-16)


ayat dari surah al-fajr diatas memunjukkan bahawa adanya golongan manusia yang tersilap paham apakah yg dimaksudkan dengan ujian..

mereka kata,
kesenangan = Tuhan memuliakannya
kesusahan = Tuhan menghinakannya

sekali-kali tidak!

bagi kita orang muslim mukmin
wajiblah kita percaya bahawa susah senang, kaya miskin, mumtaz ataupun gagal,
semua itu merupakan ujian daripada Allah!

bukanlah ujian itu adalah ketika susah, sakit, ditimpa bala dan sebagainya sahaja..

akan tetapi,
kesihatan kesenangan,kemumtazan juga merupakan ujian..

justeru, aku tertanya-tanya,
apakah ujian kepada orang diberikan kesihatan, kemumtazan ini?..
adakah sekadar mengucapkan alhamdulillah,
dan mengatakan inilah berkat usaha saya selama ni,
dan ucapan-ucapan seumpamanya..

setakat itu sahajakah ujian untuk orang yg cemerlang??
sama-sama kita fikir-fikirkan lagi ya!!
kecuali jackster..hehe

wahai tuhan tenangkanlah dadaku, dan permudahkanlah segala urusanku

p/s : ni baru microbe, cane nk menghadapi patho ni..Tuhan, janganlah aku tergolong dikalangan orang-orang yg melupakan Mu..

Saturday, May 2, 2009

All-Out Study!


Salam Study..


dalam duk sibuk2 study ni, banyak pulak isu2 semasa yg muncul ditanahair..nk jugak bg komen sikit sebanyak tp tenet yg xde menyebabkan hasrat itu sedikit tergendala..tangguh lain kali la ye..hehe

tp kali ni aku bukan nk sebut pasal isu2 tersebut..

dalam kita semua duk study, study dan study ni(tido pun byk jugak..hehe)..byk pulak benda yg aku fikir..

pertamanya mengapa perlu study gila2 begini..apakah yg kita kejar sebenarnya??..nak mumtaz ke?? ada apa dgn mumtaz? dan kalaulah takdir kita dpt mumtaz, ape lagi yg kita nak? nak suruh org puji? ke nk makan atas kapal?hehe

kalau bukan nakkan pujian dan dan yg sewaktu dgnnya tu cuba cakap, apa yg kita mahukan sebenarnya?..letih dah aku fikir..apa yg kita mahu sebenarnya drpd result yg mumtaz tersebut?

pahtu kita ckp Tuhan suka org cemerlang, suka org mumtaz..ya betul!..tapi kali ni saje aku nk persoalkan, betulke Tuhan suka org cemerlang?..

kalau gitu Tuhan suka la kat org kafir kerna mereka lagi cemerlang lagi mumtaz dari kita..betul tak?..semua ilmu mereka kuasai..realitinya begitulah..jadi persoalannya adakah tuhan lebih suka dan lebih sayang kepada mereka?..tidak bukan..

kesimpulannya, mumtaz atau tak, bukan bererti Tuhan suka ataupun tak..jadi atas sebab apa lagi kita mahu mumtaz?..cuba la jawab ye!

haha..boleh la sama2 kita fikir ya..

ok..nash da marah..kata nk study..sempat lg update blog..hehe

babai..

apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali ku kata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh dengan tipu daya..

Monday, April 27, 2009

Third Year Final Exam's Schedule

Salam Alayk

Ni jadual final exam tahun ni..tahun yg sgt mengcuakkan..apa-apa pun usahalah dulu sehabis daya..walaupun sudah rase terlambat..

Ok..lah..doa-doakan kami yg sedang berimtihan skrg..moga berjaya dunia akhirat..

practical

pharmacology : 30 April 2009

microbiology : 5 Mei 2009
parasitology : 7 Mei 2009

pathology : 10 Mei 2009


written


pathology : 21,23 Mei 2009

parasitology : 27 Mei 2009

microbiology : 2 Jun 2009

pharmacology : 9,10 Jun 2009


oral

pharmacology : 13 Jun 2009

microbiology : 17 Jun 2009

parasitology : 22 Jun 2009

pathology : 27 Jun 2009



Ya Allah..
Aku mengadu kepada Mu..
tentang kurangnya usahaku,
dan juga lemahnya imanku

Ya Allah
seseungguhnya aku sangat-sangat menzalimi diriku sendiri
dengan kezaliman yang pelbagai
ampunkanlah aku
sesesungguhnya tiada pengampun dosa melainkanMU

Ya Allah
seseungguhnya aku tak berdaya dan tiada kekuatan
berilah sedikit kekuatan padaku

amin
..

p/s : tenet sudah xde, tu tanda Tuhan suruh stadi..stadi lah wahai diri..pesal malas-malas lagi?

Thursday, April 16, 2009

Rahmatilah Kami

Ya Allah..rahmatilah perjuangan kami..

Tinggi menggunung dosa-dosa kami
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rahman ya Rahim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun..

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya allah ya rahman ya rahim

Ya Allah


Irhamna
Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick

http://liriknasyid.com
klik untuk download


Tuesday, April 14, 2009

Tasbih Kaffarah


Salam Amaran!

Oleh kerana ramai yang suruh aku sambung pasal ISMA ni, maka kali ini aku sambung juga walau hatiku tidak ingin menyambungnya lagi. Sudah bosan dan lagi memeningkan kepalaku yang telah sedia pening! Dan ini adalah post terakhir berkenaan isu ini. Dan sama-samalah kita berlapang dada. So, lepas ni usah lah kita bicara lagi ye..hehe

Pertamanya

Mengenai "fatwa" daripada ust syed kadir mengenai haram pergi ke program, haram menguatkan sesuatu yang menyebabkan perpecahan dikalangan ahli tempoh hari. Aku dah tanya beliau dan beliau menyatakan beliau tidak mengatakan kepada ISMA tetapi kalau pihak ISMA nak terasa nak buat camane. Jadi jangan menfitnah ust syed ya! Harap maklum!

Beramal berasaskan kefahaman!

Dalam hal-hal berkait dengan agama ini mestilah kita bergerak berasaskan kefahaman! Dan asas kefahaman kita adalah Islam. Bukan ikut-ikutan. Orang ajak join ISMA terus join. Orang ajak join PMRAM terus join dan sebagainya. Ataupu kita join belaka. Asalkan bermanfaat utk kita, terus je join..apa salahnya kan?..

Tidak! Bukan begitu..Dan untuk menambahkan kefahaman anda maka saya mengesyorkan anda baca apa yg ust hasrizal tulis mengenai bab ini. Klik link sebelah "sebelum anda join ISMA, JIM, PMRAM, ABIM dan sebagainya ..Jernihkan cara berfikir dulu!..Barulah tidak taasub! Dan hendaklah kita tahu adab-adab berjamaah dahulu barulah join. Bukan dengan semangat semata-mata!

Cerdik bodohnya seseorang atas hujah!

Tok Guru Nik Aziz selalu sebut benda ini. Jadi sebelum anda gatal-gatal nak join sesuatu kumpulan ni, perhatikanlah dulu hujah-hujahnya,perhatikan dulu matlamatnya dan hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain. Kalau haram mengapa, kalau halal bagimana? Dan atas hujah yang terkuat lah kita pilih. Barulah kita jadi orang yang cerdik! Bukan menjadi pengikut secara membabi buta saja!

Aku Secara Peribadinya

Aku dah jumpa juga pengerusi ISMA mesir dan aku dapati banyak bercanggah daripada apa yang aku dengar dan bercanggah juga dengan ahli ISMA sendiri. Boleh saja aku tulis disini tapi takut orang silap paham bahawa aku ni mencari-cari kesalahan dan melagakan pihak ISMA. Aku bukan begitu!

Aku kalau boleh ingin juga menyatakan pendirianku tentang isu ini. Tetapi atas nasihat banyak pihak maka aku xleh sebut lah! Aku secara sedarnya memang menyedari banyak keburuka hasil daripda berbilang jamaah ini tapi sesekali tidak menafikan banyak jugak hikmahnya dalam perkara ini. Korang fikirlah lah sendiri hikmahnya dan keburukannya itu!

Tasbih Kaffarah

Bila selesai sesuatu majlis maka pengerusi majlis akan cakap "marilah sama-sama kita mengakhiri majlis kita hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr"..

Kita pun bacalah seperti yang disuruh. Tapi tahukah kita sebab apa kena baca sedemikian? Atau baca sekadar ikut-ikutan saja.

Jadi, begini ceritanya. Mudah saja. Kita apabila duduk dalam majlis ni kadang-kadang tak kusyuk, kadang-kadang bergurau, mengumpat, buat bising dan sebaginya ataupun dalam bahasa mudahnya banyak benar kesilapan-kesilapan yang kita lakukan semasa berada dalam majlis. Samada sedar ataupun tidak.

Maka nabi galakkan kita untuk baca doa ini. Moga-moga kesilapan-kesilapan itu diampunkan oleh Allah SWT.

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Dalam masalah kita kali ini pun begitulah juga.

Kita bilamana bicara tentang bab-bab jamaah ini, kadang-kadang emosi berlebih, kadang-kadang mengutuk lebih, kadang-kadang kita rasa kitalah yang terbetul dan tersyumul lebih dan sebagainya sehingga kadang-kadang kita terlupa bahwa kita ini bersaudara dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama.

Oleh sebab itu, untuk mengelakkan isu ini dari terus berpanjangan maka dengan ini saya secara rasminya menangguh perbincangan kita berkenaan isu ini dengan sama-sama kita membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr..

Moga-moga segala dosa-dosa kita dalam berbicara dalam isu ini diampunkan oleh Allah SWT..

Wallahua'lam..

p/s : lain kali kita jumpa lagi ye..he he he..

Saturday, April 11, 2009

Aku Bukan 'Orang Kelantan'!



Salam Alayk

Insiden penyokong bola sepak kelantan yang merusuh baru-baru ini, menarik minat ramai orang untuk mengomen. Macam-macam aku dengar..

ape ni org kelantan, ganas r..xnk kawin, xnk main bola ngn org klantan dah..hehe..boikot kelantan!..dan mcm2 lg..

malas aku nk layan komen2 tersebut..

Tapi hari ini aku terbaca satu komen..

kate sbuah negeri islam, kate negeri serambi mekah, kate rakyat kelantan baik2, rupa2nye ni la perangai org kelantan..

lalu menyalahkan mengutuk pimpinan
tok guru kerana gagal mentarbiyyah rakyatnye..

tiba-tiba menyirap darah ini..bukan kerana mereka mengutuk perangai merusuh tersebut tetapi mengutuk kepimpinan ulama' yang aku kasihi kononnya gagal mentadbir negeri dgn baik..

aku sebagai rakyat kelantan juga merasa malu dengan rusuhan tempoh hari. Ini kerana secara tidak langsung menyebabkan persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap rakyat kelantan..kesian orang kelantan(termasuk aku juga..hehe)

Jawapan Pada Isu Ini..


Sebenarnya isu ini bukan baru. Lama dah. Orang menghujum pimpinan tok guru dgn menohmah dgn pelbagai tohmahan..

mereka mengatakan negeri kelantan ada juga rempit, dadah, zina, rasuah dan sebgainya..jadi ape beza pimpinan ulama' ataupun tidak?

nak tahu bukak video ni..



Aku bukan 'orang kelantan'

sebenarnya org kelantan mmg gedebe/samseng pun..mmg gitu pun sifat orag kelantan sejak dulu..sbb tu lah tok guru sebut tuhan lagi samseng..kito rakyat kelate ni keno igt, jange duk tujuk sgt samseng tuh, tuhan jauh lebih samseng dari kito!

Kesipulannya dalam bab-bab samseng dan seumpamanya ni, aku bukan orang kelantan, aku orang islam!(dalam bab ni je la ye..hehe)

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Monday, April 6, 2009

Bidadari Dari Timur


Firman Allah yang bermaksud :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (shurga).

(An Nuur : 26)



Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Memoir Isteri Seorang Pejuang
Karya :
Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak
sumber

Saturday, April 4, 2009

Islam Yang Kami Faham!

Firman Allah SWT bermaksud : Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberikan hidayah(petunjuk) kepadanya, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk mengenali Islam(Al An'aam : 125)

Dari Mu'awiyah r.a.,katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ianya menjadi faqih dalam perkara agama." (Muttafaq 'alaih)



Dalam kita rancak berbicara tentang ISMA, JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM dan sebagainya. Tiba-tiba ada orang tanya aku “ko ni cakap pasal apa, aku langsung tak faham” hoho,,tergamam aku seketika.

Ya tak ya jugakkan. Kita ni bicara tentang apa ya? Ligat fikiranku mencari jawapan.

Di dalam lebat-lebat hujah daripada sesetengah daripada kita berbicara tentang berbilang-bilang jemaah ni(bukak sini) dengan haramlah, ijtihadlah, dengkilah, bahtera kebenaranlah, lapang dadalah, tarbiahlah dan macam-macam lagi tapi malangnya masih ramai lagi yang terpinga-pinga kebingungan tentang atas masalah apakah yang kita perkatakan sehari dua ini. Dan itulah hakikatnya.


Ada juga yang berkata “selagi mana diorang ni tak kacau aku, lantak ko lah nk wat ape pun, malas aku nak serabutkan kepala nak fikir benda ini”.

Oh, betapa hilangnya roh mahasiswa dewasa ini! Gila mencari mumtaz sehingga menutup setutupnya untuk berfikir masalah disekeliling.(Maafkan aku kerana menggunakan bahasa ini. Aku juga bukanlah anti mumtaz! Dan haraplah difahami)

ISLAM..Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Islam?


Kali ini aku hanya ingin memberikan pandanganku saja tentang asas kepada apa yang kita fikir dan perkatakan sehingga ada juga yang tersesak nafas ini.

Bagiku, asas kepada memahami isu ini adalah Islam! Diulangi, asas kepada untuk memahami isu ini adalah Islam! Jika anda tak percaya, tanyalah JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM ini, dan secara pastinya mereka akan menjawab dan mendabik dada bahawa merekalah yang kononnya membawa Islam yang syumul. Betul atau tidak dakwaan itu, lainlah ceritanya!

Disebabkan liciknya strategi yahudi dan disebabkan lamanya umat Islam ini dijajah, maka umat Islam hari ini memahami perkara-perkara agama ini dalam bentuk ritual sahaja. Mereka sudah merasa cukup Islam dengan sembahyang, puasa, zakat, pergi haji sahaja. Tidak! Islam bukanlah sekolot begitu.

Begitu juga dengan amal soleh dan tarbiah. Kita bila sebut pasal amal soleh dan tarbiah ni, terbayang qiamulail, usrah, sembahyang jemaah, puasa Isnin Khamis dan sebagainya. Ya betul tetapi itu hanyalah sebahagian kecil saja daripada amal soleh dan tarbiah ini.


Sebagai contoh, adakah anda rasa apa yang aku buat ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Adakah anda rasa orang yang terlibat dengan kerja-kerja persatuan ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Jika jawapan anda tidak, maka memang sah lah anda tak faham-faham lagi apa yang dimaksudkan dengan tarbiah itu.

Jadi, untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan amal soleh, tarbiah dan amal islami ini maka tidak dapat tidaklah kepada kita untuk memahami asas seasasnya terhadap isu ini iaitu lah ISLAM.



Islam Yang Kami Faham

Untuk memahami Islam secara apa yang kami faham ini maka aku cadangkan anda baca 3 buku ini..boleh la download(tekan pd link)..

1)Apa Erti Saya Menganut Islam..Ustaz Fathi Yakan
2)Dasar-Dasar Islam..Sheikh Abu A’la Al-Maududi
3)Risalah Taalim..As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna

Barangsiapa yang Allah SWT mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka Dia akan memberikan kefahaman yang betul mengenai agama Islam ini..seperti firman Allah dalam surah Al-An’am dan hadis yg diriwayatkan dari Muawiyah RA yang tertera dipermulaan post kali ini ..apakah kebaikan -kebaikan tersebut?..tafsir lah sendiri!

Disini saya memetik takrif Islam mengikut As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna..

Islam adalah sistem yang syumul(menyeluruh), yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dari umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih.

Bilamana baca buku-buku tersebut maka menangislah diri kita kerana banyak lagi yang kita tak faham akan hakikat Islam sebenar walaupun zahirnya kita disebut sebagai orang Islam!..Islam pada nama sahaja kita ini..Oh Tuhan, Ampunkanlah kejahilan kami ini..

Kemunculan Jemaah-Jemaah Islam


Ringkas ceritanya, untuk melaksanakan kefahaman inilah disebut amal islami(kerja islam)..

Amal Islami ini wajib kepada setiap insan bergelar muslim. Tiada yang terkecuali!

Amal Islami terbahagi kepada 3 peringkat..Amal Fardi(Individu), Amal Jamai(Berkumpulan), Amal Ijtimai(kemasyarakatan)..

Fokus kepada amal jamaai(berkumpulan). Oleh kerana yakin bahwa untuk membuat kerja-kerja Islam ni secara logiknya memang tak mampu dibuat secara individu(rujuk sirah nabi SAW), maka muncullah jemaah-jemaah Islam ini.

Masalah Timbul!

1) Mengapa sama-sama nak melaksanakan kefahaman Islam dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama tetapi tidak boleh bersatu malah lebih teruk saling memburuk antara satu sama lain. Adakah membuat jemaah-jemaah baru ini atas dasar dengki dan tak puas hati atau mengapa?

2) Terlebih faham!..Contohnya kita tahu dan faham bahwa kerja islam ini memerlukan kerja secara berkumpulan maka adakah kita juga perlu membuat kumpulan sendiri sesuka hati kita tanpa mengetahui adab-adabnya terlebih dahulu..

3) (bersambung..hehe..suspen sikit kan?)


Itulah asas nya kepada isu ini. Ini hanya pandanganku saja. Mungkin silap. Jadi kepada yang masih tak faham lagi tentang asas kepada isu ini, aku pun dah tak tau nak cakap macam mana. Atau mungkin aku sendiri yang tak faham isu ini?. Aku pun tak tau..



Firman Allah SWT :
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka (At-Taubah:42)


Wallahua’lam

Monday, March 30, 2009

Aku Hairan?

dimana bumi ku pijak,
disitu islam ku junjung..


alang-alang menyeluk perkasam,

biar sampai ke pangkal lengan..

aku yg kehairanan..


Salam Hairan..


dalam semua sibuk2 nk buat hairan situ hairan sini..aku pun nk hairan jugak lah..boleh x ni?..klu xleh..pegang mouse dan klik close pd browser anda..abis cerita..hehe.

tujuan post ni adlh utk membela diriku jugak mcm pmng..hehe..

pertamanya..aku hairan dengan org yg boleh berlapang dada dgn taadud jamaah tp xleh berlapang dada ngn aku yg pening ngn taadud jamaah..kononnya apa yg aku buat ni kerja sia2, xmendatangkan amal, boleh buat perpecahan dan sebagainya!..

padahal aku xbuat jemaah baru pun..aku baru bertaadud pemikiran saja..xkan itu pun salah?..adakah taadud pemikiran lebih besar effectnya drpd taadud jamaah..aku rase aku xlah sehebat itu..hehe

aku hairan
ngn budak2 isma ni..pesal la korang takut aku sebut pasal isma2 ni?..kalau korang yg berada dipihak yg benar, usah la takut..ingat lah bahawa Allah bersama orang2 yg benar!..setakat hari ni, aku rase la xde lagi aku kutuk2 isma dlm blog ni..tul tak?..jgn la takut..hehe

aku hairan jugak
org yg tuduh aku pro pmram(aku jemaah JPA la woi..hehe)..disebabkan link ini ISMA satu pendedahan ..ramai yg tegur aku..padahal link tu org isma sendiri yg hntar(xperlulah dinyatakan siapa!)..

aku hairan..perpecahan tu apa?..amal tu apa?..tarbiah itu ape?..lapang dada tua ape?..ISMA tu ape..hehe

Letih dah aku hairan!.. Tukar cerita pulak.. Aku xhairan la pulak

Contohnya org nk kutuk2 aku..ko tu bodoh..haha..baik la ko study drpd buat bnda2 xberfaedah ni, budak isma tak terjejas pun dgn ko wat mende2 ni..merka tetap akan isma jugak..

aku xhairan pun, mereka nk kutuk aku..sbb mereka ada cara berfikir mereka sdiri..dah mereka tgk ape yg aku buat ni salah nk wat camne..usahlah aku hairan!tul tak?

aku xhairan pun mereka nk jadi isma smpai mati pun..dah begitu cara mereka fikir..

aku jugak tidak bodoh utk suruh mereka bubar isma dan masuk pmram!..aku rase aku tidak la sebodoh itu..rasenye la..hehe

Sebenarnya!!.

Ustaz2 yg xbagi aku masuk isma dulu ade ckp..nanti dah lama kat mesir ni enta tau la sbb ape ana xbgi masuk isma ni..aku tnya dia xjwb la pulak..dia suh cari sdiri..

skrg ni aku rase aku dah tau..haha..tu la pentingnya menkaji..hehe..(aku membela diriku lagi)..nantikan post lepas2 ni..sabar ye..hehe

kepada org yg cuba2 nk sekat aku drpd meneruskan benda2 ni..sila baca ape yg tok guru tulis ni!..

Kita perlu ingat, apabila manusia disekat, manusia akan menjadi bodoh. Bagi kerajaan yang taghut, mereka akan seronok. Inilah puncanya yang menimbulkan pilihan di blog-blog. Sebelum perasmian blog ini pun telah timbul berpuluh-puluh blog. Manusia tidak boleh dikongkong daya pemikiran mereka kerana ini soal fitrah. Ia tuntutan semula jadi naluri setiap manusia, Sebagaimana air yang turun daripada gunung, jika ia disekat, dalam jumlah yang sedikit ia akan menjadi kolam. Air yang statik akan menjadi sarang tempat kediaman nyamuk dan serangga yang berbahaya. Bila air sudah banyak dan disekat juga, ia sama ada boleh melimpah dan merosakkan kehidupan atau menyerap masuk ke lapisan bawah tanah untuk melahirkan mala petaka atau air yang banyak akan membentuk suatu daya tolakan yang akan memecahkan tembok sekatan ingin membebaskan diri untuk kembali kepada fitrah asal kejadiannya yakni keperluan untuk bersoal jawab dalam mencari kebenaran yang hakiki.

nk baca lanjut sila ke blog tok guru..andai kita rasa kita dapat sekat org drpd berfikir kerana kita rase mereka silap, maka itu merupakan kesilapan jugak!

mengenai cerita isma ni, aku just nk tau cerita sebenar saje..mengenai kewajaran utk letak diblog ataupun tidak..maka itu adalah pilihan aku..so, sila lapang dada lah..

Sebenarnya aku tak hairan pun!..haha

Thursday, March 26, 2009

Goal @ Perubatan

Salam Amaran : Post kali ini bukan lagi berkaitan dengan ISMA!..Post kali ni juga penuh dengan "capub" yang keterlaluan..Harap berlapang dada!(ayat dak2 mesir..hehe)



haha..kredit kat denmat kerna wat video smart ni..

Pertamanya..

Sila tengok video diatas..dan kemudiaanya fokus kpd gol yg ke-3 el-ain(kan aku da kate, entri ni adlh capub..haha..sila lapang dada!)

Sebenarnya saje je..nak menyemarakkan lagi semangat kesukanan dikalangan pelajar perubatan ni..liga kaherah yg pd mulanya aku anggap ntah pape, tiba2 kali ni aku rase ianya semakin mendapat sambutan hebat dan betul2 dpt menjana ukhuwwah di kalangan pelajar2 yg berbilang batch ini..tahniah diucapkan kpd yg mencetuskan idea ni..dan kpd semua yg menjayakannya..tahniah!

Sekitar isu Goal @ Perubatan

Dlm mengharungi isu liga kaherah ni, banyak isu2 berkaitan yg muncul menyebabkan aku pun turut teruja utk mengomen serba sedikit..

Usah Tunjuk Samseng!

Rujuk perlawanan Lanun vs Kome..Biasalah, bila main ni ade yg smngat nk menang smpai nk gaduh2, main secara agresif, ajak salam xnak, provok pihak lawan, buat muka ala2 samseng..sy bimbang objektif matlamat ukhuwwah yg ingin dipupuk dan didamba itu bertukar menjadi dendam kesumat yg xkunjung padam..cubalah kawal diri bila perasaan marah itu dtg!..

tak payahlah nk tunjuk samseng, ingatlah Tuhan jauh lebih samseng dari korang!..tiru lah el-ain yg sentiasa mengamalkan permainan bersih sepanjang perlawanan..(promote pasukan sendiri..hehe)..jadi, teruslah menyokong el-ain dgn terus vote pasukan ini kat goal @ perubatan..hehe


Kawin menyebabkan jadi mantap?

Haha..sudah tidak dpt disangkal lagi..penyerang berbisa el-ain, syidi..yg skrg ini telah menjadi top scorer dgn menyumbat 7 gol dan mendahului penyerang pasukan2 lain..setelah ditemuramah, syidi mengatakan dia mendapat inspirasi drpd isteri tersayang setiap kali ade match berlangsung..hehe..dan inilah kelebihan yg ada padanya dan tak ada pade orang lain..kesimpulannya, kawin la oi!(nk kena kawin jugak nampaknye nih..hehe)..


El-Ain?


Nih nama pasukan aku(sape la buh name ni..xmacho lgsung..hehe)..jika kekuatan hang tuah pada huruf 'ta', maka kekuatan el-ain adalah pada keeper nya..hehe..xdinafikan semangat berpasukan adlah penting..nak tahu info mengenai team ini..sila klik sini..dan utk mengetahui lebih lanjut tentang liga kaherah ni..sila ke Goal @ Perubatan..info pasukan2 lain, senarai penjaring, jadual perlawanan dan yg penting vote..sila undi el-ain dan insyaallah kami tidak akan menghampakan anda..hehe

Letih dah aku mengarut..

Majulah sukan utk Islam!