Firman Allah SWT bermaksud : Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberikan hidayah(petunjuk) kepadanya, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk mengenali Islam(Al An'aam : 125)
Dari Mu'awiyah r.a.,katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ianya menjadi faqih dalam perkara agama." (Muttafaq 'alaih)
Dalam kita rancak berbicara tentang ISMA, JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM dan sebagainya. Tiba-tiba ada orang tanya aku “ko ni cakap pasal apa, aku langsung tak faham” hoho,,tergamam aku seketika.
Ya tak ya jugakkan. Kita ni bicara tentang apa ya? Ligat fikiranku mencari jawapan.
Di dalam lebat-lebat hujah daripada sesetengah daripada kita berbicara tentang berbilang-bilang jemaah ni(bukak sini) dengan haramlah, ijtihadlah, dengkilah, bahtera kebenaranlah, lapang dadalah, tarbiahlah dan macam-macam lagi tapi malangnya masih ramai lagi yang terpinga-pinga kebingungan tentang atas masalah apakah yang kita perkatakan sehari dua ini. Dan itulah hakikatnya.
Ada juga yang berkata “selagi mana diorang ni tak kacau aku, lantak ko lah nk wat ape pun, malas aku nak serabutkan kepala nak fikir benda ini”.
Oh, betapa hilangnya roh mahasiswa dewasa ini! Gila mencari mumtaz sehingga menutup setutupnya untuk berfikir masalah disekeliling.(Maafkan aku kerana menggunakan bahasa ini. Aku juga bukanlah anti mumtaz! Dan haraplah difahami)
ISLAM..Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Islam?
Kali ini aku hanya ingin memberikan pandanganku saja tentang asas kepada apa yang kita fikir dan perkatakan sehingga ada juga yang tersesak nafas ini.
Bagiku, asas kepada memahami isu ini adalah Islam! Diulangi, asas kepada untuk memahami isu ini adalah Islam! Jika anda tak percaya, tanyalah JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM ini, dan secara pastinya mereka akan menjawab dan mendabik dada bahawa merekalah yang kononnya membawa Islam yang syumul. Betul atau tidak dakwaan itu, lainlah ceritanya!
Disebabkan liciknya strategi yahudi dan disebabkan lamanya umat Islam ini dijajah, maka umat Islam hari ini memahami perkara-perkara agama ini dalam bentuk ritual sahaja. Mereka sudah merasa cukup Islam dengan sembahyang, puasa, zakat, pergi haji sahaja. Tidak! Islam bukanlah sekolot begitu.
Begitu juga dengan amal soleh dan tarbiah. Kita bila sebut pasal amal soleh dan tarbiah ni, terbayang qiamulail, usrah, sembahyang jemaah, puasa Isnin Khamis dan sebagainya. Ya betul tetapi itu hanyalah sebahagian kecil saja daripada amal soleh dan tarbiah ini.
Sebagai contoh, adakah anda rasa apa yang aku buat ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Adakah anda rasa orang yang terlibat dengan kerja-kerja persatuan ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Jika jawapan anda tidak, maka memang sah lah anda tak faham-faham lagi apa yang dimaksudkan dengan tarbiah itu.
Jadi, untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan amal soleh, tarbiah dan amal islami ini maka tidak dapat tidaklah kepada kita untuk memahami asas seasasnya terhadap isu ini iaitu lah ISLAM.
Islam Yang Kami Faham
Untuk memahami Islam secara apa yang kami faham ini maka aku cadangkan anda baca 3 buku ini..boleh la download(tekan pd link)..
1)Apa Erti Saya Menganut Islam..Ustaz Fathi Yakan
2)Dasar-Dasar Islam..Sheikh Abu A’la Al-Maududi
3)Risalah Taalim..As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna
Barangsiapa yang Allah SWT mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka Dia akan memberikan kefahaman yang betul mengenai agama Islam ini..seperti firman Allah dalam surah Al-An’am dan hadis yg diriwayatkan dari Muawiyah RA yang tertera dipermulaan post kali ini ..apakah kebaikan -kebaikan tersebut?..tafsir lah sendiri!
Disini saya memetik takrif Islam mengikut As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna..
Islam adalah sistem yang syumul(menyeluruh), yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dari umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih.
Bilamana baca buku-buku tersebut maka menangislah diri kita kerana banyak lagi yang kita tak faham akan hakikat Islam sebenar walaupun zahirnya kita disebut sebagai orang Islam!..Islam pada nama sahaja kita ini..Oh Tuhan, Ampunkanlah kejahilan kami ini..
Kemunculan Jemaah-Jemaah Islam
Ringkas ceritanya, untuk melaksanakan kefahaman inilah disebut amal islami(kerja islam)..
Amal Islami ini wajib kepada setiap insan bergelar muslim. Tiada yang terkecuali!
Amal Islami terbahagi kepada 3 peringkat..Amal Fardi(Individu), Amal Jamai(Berkumpulan), Amal Ijtimai(kemasyarakatan)..
Fokus kepada amal jamaai(berkumpulan). Oleh kerana yakin bahwa untuk membuat kerja-kerja Islam ni secara logiknya memang tak mampu dibuat secara individu(rujuk sirah nabi SAW), maka muncullah jemaah-jemaah Islam ini.
Masalah Timbul!
1) Mengapa sama-sama nak melaksanakan kefahaman Islam dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama tetapi tidak boleh bersatu malah lebih teruk saling memburuk antara satu sama lain. Adakah membuat jemaah-jemaah baru ini atas dasar dengki dan tak puas hati atau mengapa?
2) Terlebih faham!..Contohnya kita tahu dan faham bahwa kerja islam ini memerlukan kerja secara berkumpulan maka adakah kita juga perlu membuat kumpulan sendiri sesuka hati kita tanpa mengetahui adab-adabnya terlebih dahulu..
3) (bersambung..hehe..suspen sikit kan?)
Itulah asas nya kepada isu ini. Ini hanya pandanganku saja. Mungkin silap. Jadi kepada yang masih tak faham lagi tentang asas kepada isu ini, aku pun dah tak tau nak cakap macam mana. Atau mungkin aku sendiri yang tak faham isu ini?. Aku pun tak tau..
Firman Allah SWT : Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka (At-Taubah:42)
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment