Tuesday, April 14, 2009

Tasbih Kaffarah


Salam Amaran!

Oleh kerana ramai yang suruh aku sambung pasal ISMA ni, maka kali ini aku sambung juga walau hatiku tidak ingin menyambungnya lagi. Sudah bosan dan lagi memeningkan kepalaku yang telah sedia pening! Dan ini adalah post terakhir berkenaan isu ini. Dan sama-samalah kita berlapang dada. So, lepas ni usah lah kita bicara lagi ye..hehe

Pertamanya

Mengenai "fatwa" daripada ust syed kadir mengenai haram pergi ke program, haram menguatkan sesuatu yang menyebabkan perpecahan dikalangan ahli tempoh hari. Aku dah tanya beliau dan beliau menyatakan beliau tidak mengatakan kepada ISMA tetapi kalau pihak ISMA nak terasa nak buat camane. Jadi jangan menfitnah ust syed ya! Harap maklum!

Beramal berasaskan kefahaman!

Dalam hal-hal berkait dengan agama ini mestilah kita bergerak berasaskan kefahaman! Dan asas kefahaman kita adalah Islam. Bukan ikut-ikutan. Orang ajak join ISMA terus join. Orang ajak join PMRAM terus join dan sebagainya. Ataupu kita join belaka. Asalkan bermanfaat utk kita, terus je join..apa salahnya kan?..

Tidak! Bukan begitu..Dan untuk menambahkan kefahaman anda maka saya mengesyorkan anda baca apa yg ust hasrizal tulis mengenai bab ini. Klik link sebelah "sebelum anda join ISMA, JIM, PMRAM, ABIM dan sebagainya ..Jernihkan cara berfikir dulu!..Barulah tidak taasub! Dan hendaklah kita tahu adab-adab berjamaah dahulu barulah join. Bukan dengan semangat semata-mata!

Cerdik bodohnya seseorang atas hujah!

Tok Guru Nik Aziz selalu sebut benda ini. Jadi sebelum anda gatal-gatal nak join sesuatu kumpulan ni, perhatikanlah dulu hujah-hujahnya,perhatikan dulu matlamatnya dan hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain. Kalau haram mengapa, kalau halal bagimana? Dan atas hujah yang terkuat lah kita pilih. Barulah kita jadi orang yang cerdik! Bukan menjadi pengikut secara membabi buta saja!

Aku Secara Peribadinya

Aku dah jumpa juga pengerusi ISMA mesir dan aku dapati banyak bercanggah daripada apa yang aku dengar dan bercanggah juga dengan ahli ISMA sendiri. Boleh saja aku tulis disini tapi takut orang silap paham bahawa aku ni mencari-cari kesalahan dan melagakan pihak ISMA. Aku bukan begitu!

Aku kalau boleh ingin juga menyatakan pendirianku tentang isu ini. Tetapi atas nasihat banyak pihak maka aku xleh sebut lah! Aku secara sedarnya memang menyedari banyak keburuka hasil daripda berbilang jamaah ini tapi sesekali tidak menafikan banyak jugak hikmahnya dalam perkara ini. Korang fikirlah lah sendiri hikmahnya dan keburukannya itu!

Tasbih Kaffarah

Bila selesai sesuatu majlis maka pengerusi majlis akan cakap "marilah sama-sama kita mengakhiri majlis kita hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr"..

Kita pun bacalah seperti yang disuruh. Tapi tahukah kita sebab apa kena baca sedemikian? Atau baca sekadar ikut-ikutan saja.

Jadi, begini ceritanya. Mudah saja. Kita apabila duduk dalam majlis ni kadang-kadang tak kusyuk, kadang-kadang bergurau, mengumpat, buat bising dan sebaginya ataupun dalam bahasa mudahnya banyak benar kesilapan-kesilapan yang kita lakukan semasa berada dalam majlis. Samada sedar ataupun tidak.

Maka nabi galakkan kita untuk baca doa ini. Moga-moga kesilapan-kesilapan itu diampunkan oleh Allah SWT.

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Dalam masalah kita kali ini pun begitulah juga.

Kita bilamana bicara tentang bab-bab jamaah ini, kadang-kadang emosi berlebih, kadang-kadang mengutuk lebih, kadang-kadang kita rasa kitalah yang terbetul dan tersyumul lebih dan sebagainya sehingga kadang-kadang kita terlupa bahwa kita ini bersaudara dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama.

Oleh sebab itu, untuk mengelakkan isu ini dari terus berpanjangan maka dengan ini saya secara rasminya menangguh perbincangan kita berkenaan isu ini dengan sama-sama kita membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr..

Moga-moga segala dosa-dosa kita dalam berbicara dalam isu ini diampunkan oleh Allah SWT..

Wallahua'lam..

p/s : lain kali kita jumpa lagi ye..he he he..

No comments: