Saturday, October 24, 2009

Barangkali Sudah Tiba Masanya TGNA Bersara!


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Amaran : Barangkali inilah entry yang paling serius pernah saya lakukan. Dan barangkali juga inilah entry yang paling nekad saya tuliskan di sini.

Saya mulakan entry kali ini dengan satu kisah semasa pemerintahan Umar RA. Satu kisah tatkala beliau dilantik menjadi khalifah. Dalam ucapan beliau, beliau ada menyebut bahawa sekiranya aku benar maka berikanlah ketaatan kepadaku dan sekiranya aku menyeleweng maka tegurlah aku.

Tatkala mendengar perkataan begitu daripada khalifah Umar maka bangunlah seorang hadirin yang mendengar ceramahnya itu dengan mengatakan dengan tegas bahawa sekiranya kamu menyeleweng hai Umar, maka kami tidak akan teragak-agak untuk membetulkan kamu dengan pedang-pedang kami! Kata-kata yang tegas tersebut diiringi dengan menunjukkan pedang yang terhunus kepada Umar!

Maka tatkala Umar mendengar ucapan tersebut, terbitlah ucapan Alhamdulillah dibibir umar..dan berkata umar lagi, alhamdulillah kerana Allah SWT masih mewujudkan dikalangan rakyat umar seorang yang berani untuk menegur pimpinan seandainya telah menyeleweng daripada ajaran agama.

###################

Nekadnya entry kali ini kerana saya menyentuh individu dalam PAS. Bukan individu-individu biasa tetapi terus kepada Mursyidul Amnya. Yang mana Mursyidul Am adalah ketua dalam Majlis Syura PAS. Dan haruslah difahami bahwa Majlis Syura adalah sistem yang tertinggi dalam Parti Islam tersebut. Parti yang mana dakwaannya adalah untuk membawa Islam di bumi Malaysia tercinta.

Dan haruslah anda semua fahami bahawa saya kali ini langsung tidak menyentuh tentang jemaah PAS, tetapi kepada individunya sahaja.

###################

Semalam saya membuat status di YM yang berbunyi Masanya Untuk Tok Guru Nik Aziz Bersara sesudah membaca entry terbaru di blog Tuan Guru yang mana beliau menyeru diadakan Muktamar Khas untuk tajdid dalam pimpinan PAS!.

Maka adalah seorang sahabat saya yang belajar di Mansurah menegur akan perbuatan saya itu. Dia kata perbuatan saya ni macam UMNO dan menasihati agar jangan jadi macam Ibrahim Ali yang pernah mengatakan 10 sebab mengapa Tok Guru perlu bersara.

Sangatlah saya terpukul dengan kata-kata tersebut, UMNO kah aku? Sejijik Ibrahim Ali kah aku? Lama saya berfikir sendirian! Dan menyebabkan terganggu fikiran normal saya ini.

Maka saya harus menjawab balik pertuduhan tersebut untuk menenangkan fikiran saya ini. Walaupun mereka akan menganggap saya ini boneka UMNO ataupun sebagainya! Saya tak peduli lagi! Dan saya dengan tegas ingin menyatakan bahawa saya bebas dan berkecuali!. Berkecuali dalam erti kata tidak melihat sesuatu isu dalam kaca mata satu pihak sahaja!

####################

Sebenarnya banyak kali saya ingin menulis tentang isu ini. Oleh kerana takut dan tidak sampai hati maka saya pendamkan saja dalam lubuk hati saya ini!

Banyak kali saya membuat luahan di status di YM antaranya; PAS : Saya sudah Bosan!.. Talkin Utk Tuan Guru dan macam-macam lagi. Luahan-luahan tersebut adalah manifestasi daripada kesedihan-kesedihan saya terhadap isu-isu yang berlaku terhadap jemaah PAS dewasa ini. Pas yang mendakwa Islam adlah matlamat perjuangannnya.

Tatkala Tok Guru buat "perangai", maka tiap kali itulah saya sedih dan merasakan memang perlu untuk Tok Guru bersara dari jawatan diperingkat Kerajaan Negeri mahupun Parti! Bersara agar segala permaslahan dalam parti islam tersebut selesai.

#################

Perangai yang saya maksudkan antaranya PAS Terengganu silap pilih pesuruhjaya kerana tdk percaya dengan janji 16 sept anwar ibrahim..dan ternyata mmg sah anwar ibrahim hanyalah menipu sahaja!

Isu kerajaan perpaduan, menyokong erdogan tatkala muktamar, menyuruh ust nasharuddin mat isa letak jawatan dan menanggapnya sampah yang menyusahkan. Dan banyak lagi! Dan terbaru apa yang ditulis didalam blognya semalam!

Saya menganggap perangai-perangai tersebut sangat melampaui bidang tugasnya sebagi mursyid am. Apakah sudah tidak ada mekanisme-mekanisme tertentu utk menegur ahli parti. Mengapa perlu di public kan? Atau memang ada munafiq-munafiq yang berselindung dibalik imej Tok Guru?. Banyak sungguh persoalan-persoalan muncul di minda saya ini!

Dan yg terbaru apa perlunya utk ikut pandangan prof aziz bari yang tidak ada kena mengenapun dengan PAS. Sehingga tergamak mengatakan demikian. Apakah Aziz Bari lebih mulia lebih mengetahui pasal Pas lebih daripada Tok Guru Haji Hadi? Pasti tidak bukan!

#################

Dan hari ini akhbar-akhbar melaporkan yang Tuan Guru ada menyebut Kalau nak pecah, pecah gi lah!

Dan kali ini saya ingin menyatakan kesanggupan untuk menyahut saranan Tuan Guru iaitu memecahbelahkan PAS!. Jahat betul saya ini!

Memecahbelahkan PAS dalam erti kata membuang segala munafiq-munafiq, parasit-parasit, anai-anai dan segala yang sesat-sesat dalam perjuangan PAS itu!

################

Oleh kerana saya yakin dan percaya bahwa "perangai-perangai" pelik Tok Guru itu bukanlah daripada hati nurani Tok Guru yang sebenar tetapi rancangan-rancangan pembantu-pembantu sesat seperti mana dakwaan anakanda Tok Guru sendiri iaitu Us nik Abduh maka saya menarik balik saranan Tuan guru untuk bersara! Dan lebih baik bersara daripada terus ditipu,diperkuda, dipermainkan oleh syaitan-syaitan berupa manusia itu.

Tetapi seandainya perangai-perangai tersebut memang lahir dari hati nurani Tok guru yang paling ikhlas, maka nasihat saya besara sajalah wahai Tok Guru. Beri jawatan tersebut kepada orang yang kamu paling percaya. Husam ke sape ke?

Senang sikit nak semelih!

Dan Akhirnya saya mohon maaf andai ada disini pentaksub-pentaksub Tuan Guru yang tidak bersetuju dengan saya. Dan maaf juga atas bahasa-bahasa yang digunakan!

Kepada Allah Saya Berserah!


p/s: berat hati utk menulis bahasa-bahasa sebegini tetapi apakan daya, ianya sudah pun tertulis!

dan seandai terjadilah muktamar khas sepertimana TGNA mahu, saya harap agar ada usul utk memecat beliau!.Bukan TGHH, mustafa ali ataupun hasan ali.

disini ada link2 berkaitan..link1, link 2, link 3

Wednesday, October 21, 2009

Perubatan Akan Cuba Mengadakan Majlis Pembacaan Kutub Sab'ah?


6. Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata."


7. Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan dusta terhadap Allah sedang dia diajak kepada Islam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang zalim.


8. Mereka ingin memadamkan cahaya Allah dengan mulut (tipu daya) mereka, tetapi Allah (justru) menyempurnakan cahaya-Nya, walau orang-orang kafir membencinya."


9. Dia-lah yang mengutus Rasul-Nya dengan membawa petunjuk dan agama yang benar agar Dia memenangkannya di atas segala agama-agama meskipun orang musyrik membenci.


(Maksud petikan surah As-soff : ayat 6-9)

Intisari drpd ayat-ayat diatas adalah walau sekuat mana pun usaha-usaha musuh islam utk menyekat kebangkitan islam, Islam tetap pasti akan tertegak kembali. Ini merupakan antara ayat-ayat akidah! Dan kita mesti optimis dengan janji drpd Allah ini.

Apabila kita mengimbau kembali cerita-cerita daripada sirah nabawiyyah dan perjuangan baginda nabi SAW untuk menyampaikan risalah Islam kepada umat dan mengeluarkan umat daripada kegelapan jahiliah kepada an-nur..pasti kita akan dapati bahwa perjuanagn baginda nabi itu sangatlah tersusun dan strategik sekali..bermulalah drpd baginda kecil sehinggalah tertegaknya islam dgn penuh kegemilangan.

namun begitu, kegemilangan islam yg dicapai itu bukanlah semudah teori-teori bangsat yang ada seperti hari ini..sengaja tuhan ciptakan musuh-musuh dan rintangan-rintanagn yang tidak sedikit kepada baginda padahal boleh saja tuhan memudah kan urusan baginda. Tetapi tidak!

cuba kita fikirkan sejenak, apakah tuhan yang maha kuasa,yg menguasai kerajaan langit dan bumi, yg maha samseng dan memiliki segala sifat yg maha-maha sempurna itu "bodoh"!..Bodoh dalam erti kata sengaja meyediakan musuh kpd insan pilihan Nya itu utk menegakkan Islam. Islam yg mana Dia sendiri ciptakan!

Oleh kerana kita percaya dan yakin bahwa tuhan itu tidak bodoh malah mempunyai segala kesempurnaaan sifat maka selogiknya pasti ada sesuatu yg ingin dimaksudkan oleh Allah swt hasil daripada kesengajaan Nya mencipta musuh-musuh tersebut.

ya tak ya dapatlah kita simpulkan bahawa musuh dan rintangan itulah yang merupakan sunnah kepada sesebuah perjuangan!

kutub sittah vs jpmk?

tadi sy terbaca blog us hairulnizam, berkenaan majlis pembacaan kutub sittah yg cuba digagalkan oleh jpmk..

dalam blognya dptlah sy rasakan betapa puas dan bersyukurnya beliau kerana pmram dapat juga menjayakan majlis tersebut walaupun banyak pihak yg ingin menggagalkan!

sebenarnya ada 2-3 orang sahabat bertanya kpd saya tentang isu ini..tetapi sy nyatakan sy tidak tahu dan tdk cuba utk ambil tahu! (adakah aku juga terkena virus aku tidak pedulisme?)..(pesal la tanya aku, macamla aku ni serba tau!haishh)

tetapi sy baca jugak blog ustaz-ustaz pmram..dan drpd pembacaan tersebut dptlah sy sebut kpd yg bertanya bahwa jpmk sengaja cuba menggagalkan majlis kutub sittah..yg mana prof jamil juga terlibat dlm menggagalkan usaha murni pmram itu!..

apabila ditanya pihak jpmk mengapa berbuat demikian, mereka jawab kerana pmram tdk memberitahu pihak mereka terlebih dahulu, itu sahaja..

tetapi ini berita dari sebelah pihak saja..kesahihannya sy tidak tahu dan tidak pasti!

dan kesimpualan yg sy buat adalah seandainya benarlah pihak-pihak terbabit sengaja cuba menggagalkan tanpa sebarang sebab yg munasabah..maka sedarlah betapa jijik dan kotornya kerja-kerja kamu itu!..jijik kerana cuba memadamkan risalah islam drpd disebarkan..

begitu juga dgn pmram, seandainya pmram sengaja mereka-reka cerita, maka sy memohon kpd Allah agar menghinakan PMRAM diatas dunia ini lg!

sy sebagai org yg xmengambil tau sgt pasal isu ini ingatkan program ini telah gagal..gagal kerana digagalkan..tp rupanya tidak,,pmram ada backup plan nya sendiri dan ternyata alhamdulillah berjya jugak pmram melaksnakan..siap mufti kerjaan mesir turun padang lagi tu!

akhirnya, berbalik kpd ayat-ayat dipermulaan td maka dptlah sy rasakan betapa benarnya janji drpd Allah itu..bahawa risalah islam ini tetap juga akan tersebar walaupun orang-orang musyrik membencinya!

Dan sekiranya Allah lah yang menjadi penolong kamu, maka tidak ada sesiapa pun yg dapat mengalahkan kamu!

Tahniah kpd PMRAM!
Satu Fikrah, Satu Amal!

p/s: berkenaan dgn tajuk, maafkanlah sy kerana itu stail sy!..hehe..kerana sy sgt jelas bahawa disini adlh ruang peribadi dan sy bebas melakukan apa saja selagi mana tidak bercanggah dgn ajaran islam!

yg kedua..jgn lah ada pihak yg jeles dgn pmram kerana berjaya menjayakan program segempak itu..seraya cuba buat prog yg lg gempak drpd pmram atas hanya kerana kami juga mampu buat prog segempak itu..mana la tau kan kot2 ada persatuan lain nk anjur kutub sab'ah pulak lps ni kan?..maaf ya, sy tak kata kat sesapa!..hehehe

ada orang tanya pesal sab'ah..ye la kan, lps sittah, sab'ah la pulak!

Saturday, October 17, 2009

Pada Mu Aku Bersujud


Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah

Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia

Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu

Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud

Afgan
Pada Mu Aku Bersujud
Download

Sunday, October 11, 2009

Rindu Bau Tahi Himar


sekarang ni tgh terperangkap di doha..7 jam lamanya..arghh..tensen nye..

rupanya dah 2 bulan lebih aku bercuti dan dah habis rupanya..cepatnye masa berlalu..

2 bulan cuti menyebabkan aku hampir2 lupa kpd mesir..hehe(walaupun xmungkin rasanye aku lupa kpd mesir!)

cuti kali ni jugak, hampir2 melupakan aku bahawasanaya aku ni masih pelajar..buku medic yg lgsung tdk disentuh..apa nk jadila ngn aku ni..

kuliah pun sudah seminggu berlangsung..tp tidak mengapa sbb hero tok ggaduh..haha(ayat2 tipikal org klate)

skrg ni tgh berseorangan lihat2 gelagat manusia2..macam2 ade..tp seronok gak..seronok melihat perbezaan!..so, raikanlah perbezaan!

ape yg aku tgh fikir skrg ni adlh utk mengingat kembali kenangan2 lampau dibumi mesir "tercinta"(sape xsayang mesir?)..

tp xtau nk start dari mana..klu start dari kecik..panjang pulak..buleh la buat buku..pastu jual..pastu kompem xlaku..haha..

tp kali ni aku nk cuba igt perasaan2 semasa mula2 sampai..tp susah jugak nk igt..

yg aku igt mesir pun ada bau jugak..bau arma..mula2 sampai mesir kami dilonggakkan di arma..2-3hari jugak..pastu baru g umh sewa..(aku antara org2 terawal jugak dpt umh sewa mase tu!..hehe..sukanye)..

tp aku xreti nk describe camane baunye..yg penting ada baunye tersendiri..tp ape kejadahnye ingt bau arma..haha..

sori r skrg ni tulis saje ape yg ada dlm kpala..mungkin xsesuai utk mereka2 yg syadid, org2 tarbiah dan seumpamanya..tp aku tetap aku..bukankah kita kena jadi diri sendiri!..mengapa mau hipokrit bukan?

haha..aku rase panjang dah ni..lagi panjnag lg byk dosa rasnya duk melalut-lalut dalam ni..ok..laa..babai

eh jap, satu lg..mesir ada satu lg uniknya..bau himar dan tahik-tahiknya..owh..tidaak!

dah2..bye2 salam..lorr baru habis sejam..tinggal 6 jam lg..owh tidak!

Tuesday, October 6, 2009

Setuju dengan Mahathir?


Rasuah dalam parti itu Halal?

sebelum ni isa samad sendiri sebut..

Sebaliknya, tegas bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, beliau melanggar kod etika sewaktu pemilihan pucuk pimpinan Umno.

"Itulah perkataan yang digunakan - kod etika pemilihan - saya telah menjalani hukuman (penggantungan keahlian) tiga tahun. (Jadi) perkara itu tidak berbangkit lagi," katanya.

berita lanjut klik sini


tu masa dia diumumkan jd calon bn di bagan pinang..sy malas nk ulas sbb isa sendiri yg cakap..dan sy anggap itu sebagai nk bela diri sendiri saja..

tapi yg membuatkan sy rase "terkilan" hari ini apabila najib tun razak juga ulang benda sama..seolah2 menghalalkan rasuah dalam partinya. Kata najib..

“Ini bukan kesalahan dari segi undang-undang negara ini cuma kesalahan teknikal parti. Beliau sudah menerima hukuman..

berita lanjut klik sini

Balasan terhadap isa bukan isunya!

mereka kata tidak mengapa isa jadi calon pun, sebab sudah terima balasannya..

bg sy, terima balasan ataupun tidak bukan lah isunya kerana pelakuan rasuah isa itulah yg lebih utama..

isa sudah dilihat tidak berintegriti, pecah amanah, kotor dan sebagainya..

setuju dengan mahathir..

walaupun mahathir org kate perasuah jugak (tp sy xtau kebenarannya), ibarat pencuri yg mengejar pencuri..

kali ini beliau tetap tidak menyokong isa kerana isa seorang bekas perasuah..sudah tdk bersih..

berita lanjut klik sini


Bimbang dengan masa depan politik negara..

sy sebagai anak muda tersangatlah bimbang, apalah nasib negara kita tercinta ini andai perasuah yg terang benderang sebeginipun masih diberi kepercayaan menjadi wakil..

terlagilah bimbang andai politik wang atau rasuah ini terus menerus di halalkan!

aku yg kecewa..hehe

Wednesday, September 30, 2009

Gomo Kelate Gomo!



Kito Anok Kelate
Bako Oghe Berani
Bilo Masuk Pade
Kito Gomo Sengoti!


masa sebelum sepak mula, ni masa tengah nyayi lagu kelantan dan negaraku..

terkejut aku, xpernah kulihat stadium penuh sebelum ni(adeih, bila masa lak aku g stadium..huhu)

aku duk kat astaka, mahal sikit tp orang belanja..masa nk duduk tu, terkejut skali lg tgk us nik abduh and the gang pun ade skali..
erm..sejujurnya ni la kali pertama tgk bola kat stadium dgn sendiri..biasanya ayahanda yg bawa, tu pun masa kecik2 dulu..

masa perlawanan..gerun rasa dgn sorakan2 penyokong!..kan merusuh pulak cam dulu..

kalau la seramai ini yg sanggup utk menjadi pendokong perjuangan islam, alangkah mudahnya gerak kerja islam dpt dilakukan..tp sayang bila sebut islam, semua jd fobia!..mungkin itula yg difikirkan oleh ustaz..(hehe..pepandai je aku)

sekiranya apa yg kamu seru itu untung yg mudah diperoleh dan perjalanan yg tak seberapa jauh, pasti mereka akan mengikutimu tetapi tempat yg dituju itu terasa sangat jauh oleh mereka..(at-taubah : 42)

curi ambik gamba(sori r ustaz..hehe)..sambil tengok bola sambil baca buku.baca buku depan orang tidak aib kan?.tul tak nash(teringat kempen ko!..huhu)


kelantan 1 kedah 0

kelantan..the red worriors


Moga-moga Kelantan menjuarai Piala Malaysia Tahun Ini..InsyaAllah!


Monday, September 28, 2009

Letak Jawatan : Sebelum Anda Menohmah Ibrahim Ali!


link 1..

link 2..


link3..

Amaran! : Maksud sy bukan pd link2 diatas..tp pd tajuknya..tp malas nk ulas panjang2..tulis tajuk saje pun ok la ye!

Sunday, September 20, 2009

Perutusan Hari Raya



Assalamu'alaikum wa Rahmatullah,

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu menyempurnakan bilangan puasa (pada Bulan Ramadhan) dan hendaklah kamu bertakbir mengagungkan Allah (apabila berhari raya) kerana Allah berikan hidayah kepada kamu." (Surah Al Baqarah : 185)

Setelah kita berpuasa, bertarawikh, berqiyamullail, bertadarus, bersedekah, berzikir dan sebagainya sepanjang Ramadhan, Allah S.W.T menyuruh kita bertakbir dalam berhari raya.

Takbir ialah sebutan Allahu Akbar yang bermaksud "Allah Adalah Yang Terbesar". Manakala yang lainnya adalah yang paling kecil dan mesti dipinggirkan apabila bertembung dengan Kehendak Allah S.W.T.

Malangnya ramai orang yang menyebut Allahu Akbar sebagai satu tradisi sahaja. Inilah masalah besar yang berlaku di kalangan umat Islam sejak kebelakangan ini.

Hari Raya bukanlah tradisi ciptaan orang Arab, bukan juga tradisi ciptaan orang Melayu. Bahkan ia merupakan kehendak agama.

Antara nikmat berhari raya ialah kita boleh makan dan minum setelah sebulan penuh tak boleh makan harta sendiri. Nikmat ini tak dapat dirasai oleh orang yang tidak berpuasa. Orang yang perutnya kenyang sepanjang tahun, tak terasa sedikit pun kemanisan nikmat ini.

Apabila disebut hari raya, buka saja anak kecil bahkan orang tua dan orang sakit pun turut berseronok sama. Islam minta kita bersukaria dengan amalan ziarah dan bermaafan antara satu sama lain.

Pada hari raya kita tak dibenarkan berpuasa sekalipun puasa itu sendiri adalah ibadat. Tapi dalam persoalan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya, kita tak boleh buat pandai-pandai.

Apabila Allah Ta'ala minta kita mengerjakan ibadat, maka kita perlu mengerjakannya mengikut cara dan masa yang telah ditentukan.

Begitu juga dalam kita berhari raya, tak boleh kita buat ikut pandai sendiri. Kita berseronok dalam lingkungan yang dikehendaki oleh Allah. Sebab itu kita tak boleh berhari raya dengan pakaian, pergaulan, makan minum dan hiburan yang terlarang dan berunsur maksiat.

Berapa ramai anak-anak mengalami putus jari tangan, buta mata, muka melecur dan sebagainya akibat bermain mercun tanpa kawalan pada setiap tahun.

Berapa ramai pula yang terlibat dengan kemalangan maut pada setiap musim perayaan akibat kelalaian dan tidak memperdulikan peraturan jalanraya sehingga mengorbankan ramai orang yang tidak bersalah.

Apabila hari raya, memang menjadi fitrah manusia suka berseronok. Tapi Islam mengajar kita mengikut peraturan tertentu supaya sambutan hari raya menjadi ibadat yang mendatangkan pahala. Antara jadual berhari raya, kita disunatkan mandi sebelum pergi ke masjid.

Kalau kita mandi biasa, tubuh kita saja yang bersih. Tapi apabila kita niat bahawa mandi sunat hari raya, bukan tubuh kita saja yang bersih dan berbau sedap bahkan kita dapat pahala.

Sesetengah orang tak berapa minat sangat nak cari pahala. Apa yang dia minat ialah cari duit dan harta saja. Kepada orang-orang sebegini, dia kena faham bahawa pahala adalah mata wang (currency) yang sangat berguna apabila kita masuk kubur. Apabila kita masuk kubur, kita tidak mati seratus peratus.

Yang mati dan hancur menjadi debu hanyalah jasad kita. Roh dan jasad kita akhirnya akan dibangkitkan kembali di akhirat nanti.

Sebagaimana jasad manusia di dunia ini berkehendak kepada makan minum. Untuk memenuhi keperluan fizikal di dunia ini, kita terpaksa gunakan wang untuk membeli makanan, minuman dan pelbagai keperluan lain.

Tapi apabila saja kita masuk ke dalam kubur, semua jenis mata wang dunia ini tidak laku lagi. Duit Amerika tak laku. Mas jongkong pun tak laku. Yang lakunya ialah pahala.

Pahala adalah aset dan mata wang yang kita sangat perlukan semasa berada di dalam kubur dan di Padang Mahsyar. Salah satu cara untuk kita mendapat pahala selain daripada berpuasa, bertadarus, bertarawikh ialah dengan kita berhari raya menurut cara yang telah ditunjukkan oleh Islam.

Kita diminta membayar zakat fitrah untuk membantu golongan fakir miskin. Tentunya oarng yang tidak berkemampuan tidak ramai.

Jadi, apabila semua orang yang berkemampuan membayar zakat fitrah, kita boleh fikir sendiri betapa banyaknya harta yang diberikan kepada fakir miskin yang membolehkan mereka tumpang berseronok sama.

Pada hari raya kita diminta memakai pakaian cantik, seboleh-bolehnya pakaian yang belum dipakai lagi. Kalau pakaian sudah dipakai pun tak apa, asalkan halal dan bersih. Kita tetap juga akan mendapat pahala.

Kita juga diminta membawa anak-anak ke masjid, ke surau, ke musalla untuk bertakbir mengagungkan Allah S.W.T dan seterusnya untuk mengerjakan sembahyang sunat hari raya demi untuk bersyukur di atas hidayah kurniaan Allah kepada kita dan juga untuk bertaqarrub kepada Allah 'Azza Wa Jalla.

Sembahyang sunat Aidilfitri ada bacaannya sepertimana yang dibacakan oleh Rasulullah S.A.W. Dalam sembahyang sunat Aidilfitri, Rasulullah S.A.W membaca Surah Qaaf dalam raka'at yang pertama dan Surah Al Qamar pada raka'at kedua. Kedua-dua Surah ini menyentuh tentang Kiamat.

Ketika umat Islam sedang berseronok, tiba-tiba Nabi kita membacakan Surah yang menceritakan tentang kedahsyatan huru-hara yang pasti akan berlaku pada Hari Kiamat nanti. Sekaligus ia bermaksud bahawa segala nikmat hidup di dunia ini pasti akan disoal dan akan dikenakan pembalasan.

Siapa pun yang hidupnya di dunia ini, apabila selaras dengan kehendak Al Quran akan dimasukkan ke dalam syurga. Apabila tak selaras dengan kehendak Al Quran, baik dalam masalah politik, ekonomi, kebudayaan, pendidikan, rumah tangga dan sebagainya dia akan masuk neraka. Wallahua'alam._


Perutusan Hari Raya Mursyidul Am PAS
Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat


Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri 1430 H


Lisan kadang-kadang tak terjaga,
janji kadang-kadang tak tertunai,
hati kadang-kadang berprasangka,
sikap kadang-kadang menyakitkan,
hidup menjadi indah andai saling bermaaf-maafan..

Salam Aidilfitri 1430 H..
Mohon Maaf Salah Silap, Zahir mahupun Batin..
terutama kepada ayahanda dan jua bonda ,
serta keluarga, sahabat-sahabat serta penjenguk blog ini..


kullu 'am wentum bikhair..

Wednesday, September 16, 2009

Adakah Lagi Ramadhan Buatku?


Daripada Jabir bin Abdullah radhiallahu’anhuma:

أن النبي صلى الله عليه وسلم رَقَى المِنبر فَلما رَقَى الدَّرجة الأُولى قال : ( آمِين ) ثُم رَقى الثَانية فَقال : ( آمِينَ ) ثُم رَقى الثَالثة فَقال : ( آمِينَ ) فقالوا : يا رسول الله سَمعنَاك تَقولُ : ( آمينَ ) ثَلاث مَرات ؟ قال : ( لَما رَقيتُ الدَّرجةَ الأُولى جَاءِني جِبريلُ صلى الله عليه وسلم فَقال : شَقي عَبدٌ أَدركَ رمضانَ فانسَلخَ مِنهُ ولَم يُغفَر لَه فَقلتُ : آمِينَ ، ثُم قَال شَقي عَبدٌ أَدرك والدَيهِ أَو أَحدَهُما فَلم يُدخِلاهُ الجنَّةَ . فَقلتُ : آمينَ . ثُم قَال شَقي عَبدٌ ذُكرتَ عِندهُ ولَم يُصلِ عَليك . فَقلتُ : آمينَ )

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam naik ke atas mimbar kemudian berkata, “Amin, amin, amin”.

Para sahabat bertanya.”Kenapa engkau berkata amin, amin, amin, wahai Rasulullah?”

Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Telah datang malaikat Jibril dan ia berkata :

‘Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah dan katakanlah amin!’, maka aku berkata : ‘Amin’.

Kemudian Jibril berkata lagi. ‘Celaka seseorang yang mendapatkan kedua orang tuanya atau salah seorang dari keduanya masih hidup tetapi itu tidak memasukkan dia ke syurga dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’ “.

Kemudian Jibril berkata lagi.’Hai Muhammad celaka seseorang yang jika disebut nama engkau namun dia tidak bershalawat kepadamu dan katakanlah amin!’ maka kukatakan, ‘Amin’.”

[Dikeluarkan oleh Imam al-Bukhari di dalam Adab al-Mufrad dan dinilai Sahih Lighairihi oleh al-Albani di dalam Sahih Adab al-Mufrad – no: 644]


Wahai Tuhan Yang Maha Pengampun Lagi Suka Mengampunkan, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami!

Wahai Tuhan Kami, Sesungguhnya Kami Sangat Menzalimi Diri Kami Sendiri, Dan Sekiranya Engkau Tidak Ampunkan Kami DanTidak Rahmati Kami, Maka Jadilah Kami Ini Dikalangan Orang-Orang Yang Rugi..

p/s: ramadhan yg kian berlalu..tapi aku masih....oh Tuhan!..

Monday, September 14, 2009

Ketika Cinta Memanggil


Ada tiada rasa dalam jiwa
Rindu akan memanggil Mu
Karna setiap jiwa tlah bersumpah setia
Hanyalah pada Mu

Bila cinta ada di dalam jiwa
Wangi bunga dunia tanpa nestapa
Sgala yang dirasa hanyalah Dia
Hatikan memuja hanya padaNya

Ketika cinta memanggil
Gemetar tubuhku
Ketika cinta memanggil
Hangatnya nafasku
Ketika cinta memanggil
Sang rindu
Ketika cinta memanggil

Rindu...rindu...rindu kalbu
memanggil-manggil nama Mu
Seperti terbang di langit Mu
tenggelam di lautan cinta Mu

Bertabur kalbu yang rindu
Melebur menjadi satu
Bagai menari diiringi pelangi
Ketika cinta memanggil

Opick
Ketika Cinta
Download Klik Sini

Monday, August 31, 2009

Mengisi Kemerdekaan Tanggungjawab Bersama!

Memaknai Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam.

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Perutusan Kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52!..Merdeka!