Saturday, May 31, 2008
Banner Baru
ni la buat pertama kalinye blog aku ade banner..
lawa tak??..hehe
rugi mase aku wat mende tu..
dahlah nk xm biokem..cuak giler..
ok..tu je..
salam
Friday, May 16, 2008
Taubat Seorang Hamba
Oh Tuhan Maha Kuasa
Terima taubat hamba berdosa...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah,terimalah,terimalah,
Taubatku ini.....
Telah aku merasakan
derita jiwa dan perasaan,
Kerana hilang dari jalan
menuju redhaMu ya Tuhan.
Di hamparan ini ku meminta
Moga taubatku diterima...
Ku akui kelemahan diri,
Ku insafi kekurangan ini,
Ku kesali kejahilan ini,
Terimalah,terimalah,terimalah,
Taubatku ini.....
Tuesday, May 6, 2008
Suasana Spotting Anatomy 2nd Year
Jadi, aku cerita la lbih kurang pasal hari ni..utk spotting ari ni ada 11 stesen semuanya..stesen 1-3 utk Head and Neck..stesen 4-5 utk neuroanatomy..stesen 6-10 utk Abdomen and Pelvis..stesen 11 utk Radiography..
Untuk stesen 1-10..setiap satu stesen ada 2 soalan..pastu dia tnya la relation ke blood supply ke, nerve supply atau ikut2 dia nk tnya ape..spt yg terkandung dlm buku..
Jawapan kat ats tu mungkin xmengikut susunan..sbb aku pun dah xbrp igt..utk subquestion aku xtulis kat sini..panjang retek..ada 2-3 tempat jugak yg aku salah..tp xpe..masih ade waktu utk written..
Salam
p/s: kredit utk faris utk gambar2 kat ats ni..gambar2 kat atas ni faris ambik guna handset dia..
Friday, May 2, 2008
Masihkah Ada Waktu?
Sahabat..
Masih ada waktu
Untuk kau dan aku menghitung
dosa-dosa lalu..
Lantas membasuhnya
Kembali menyinar
Menghiasi taman-taman kasih..
Masih ada waktu bagi kita
Mengikis coreng-coreng mazmumah
Dan mengutip kuntuman mahmudah
Menghiasi kamar hidup ini..
Daripada Anas r.a. beliau berkata: (Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda): (Allah Ta'ala berfirman): Wahai anak Adam! Selagi mana engkau meminta, berdoa dan mengharapkan Aku, Aku akan ampunkan apa-apa dosa yang ada pada dirimu dan Aku tidak peduli. Wahai anak Adam! Seandainya dosa-dosamu banyak sampai mencecah langit kemudian engkau memohon ampun kepada Ku, nescaya Aku akan ampunkan bagimu. Wahai anak Adam! Seandainya engkau datang mengadap Ku dengan dosa-dosa sepenuh isi bumi, kemudian engkau datang menghadap Ku tanpa engkau mensyirikkan Aku dengan sesuatu pun , nescaya Aku akan mengurniakan untukmu keampunan sepenuh isi bumi jua.(Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata ia adalah hadis hasan sahih.)
Hadis kat atas ni aku ambik dari kitab hadis 40 karya imam nawawi..dalam kitab tu, hadis ni adalah hadis yg ke-42, merangkap hadis yg terakhir dlm kitab tersebut.. kitab tersebut ada 42 hadis sebenarnya tetapi lebih dikenali dgn kitab hadis 40..mengapa?..aku pun xigt..hehe..jd, sape2 yg tau tolong ckp ek!..
Hadis tersebut menunjukkan betapa pemurahnya Allah SWT dan betapa luasnya rahmat Allah SWT kpd hamba2 Nya..walau berapa byk sekalipun dosa kita tetap Allah ampunkan..itu janji Allah..
Tapi ada syarat la..pertamanya, kena minta ampun la..klu kita xminta ampun macamane Tuhan nak ampunkan kitakan?..jgn jd manusia sombong kerana Tuhan jauh lebih sombong dari kita..kita xnk kat Tuhan, Tuhan lg la xnk kat kita!..dan orang yg xnk kat Tuhan ni, jawabnya neraka lah tempat akhirnya,xsoh agah la ore kelate kato..jd, sentiasa la merasa diri kita dlm keadaan bersalah dan segera meminta ampun kpd Nya..syarat kedua tidak mensyirikkan Allah dgn sesuatu pun..dan ketiga ialah berazam bersungguh2 utk tdk mengulangi lg kesalahan2 yg dilakukan..
Satu lagi..ramai org silap faham tentang hadis tersebut..iaitu jenis yg seronok membuat maksiat kerana menganggap Allah tetap akan ampun kan mereka..dan juga jenis yg kumpul dosa byk2 dulu mase muda pastu minta ampun nanti bila dah tua..baik2 Tuhan pun ada hadnya jugak..kpd yg beranggapan demikian..insaf2 lah..Aku rasala hadis ni diapply kpd org yg baru nk masuk islam ke, yg da lame sgt berada dlm maksiat tp xsedar ke..baru betul..barulah menunjukkan betapa luas nya pengampunan Allah tu..bg yg dah tahu xleh la..jd, jelas lah pd kita iaitu walupun Allah maha pengampun tp utk Dia nk ampunkan seseorang tu, seseorang tu perlulah memenuhi syarat2 yg ditetapkan terlebih dulu..kalau xmemenuhi syarat maka xterampun la dosa kita walaupun kita telah rasa kita meminta ampun..so, jgn main2..
Firman Allah :
Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
Dan masih ada waktu bagi kita
Untuk memupuk kasih dan sayang
Sekuntum cinta Ilahi
Seagung cinta yang murni..
Moga ukhuwah yang dicipta ini
Kan terjalin bersama mesra sejati
Bersama memupuk kasih cinta Ilahi
Moga bahagia di negeri abadi.
Peringatan juga buat diri ku yg selalu leka dan alpa..
Masihkah ada waktu?..Ya..Masih Ada Waktu!