Tuesday, September 30, 2008

Dari Sahabat Untuk Sahabat..


Ramadhan..
Kedatangan mu dinanti-nanti,
Pemergianmu ditangisi,
Hati terdetik sebuah keinsafan,
Layakkah diterima segala amalan?
Tertolakkah kerna pudarnya keikhlasan?


Menjelang tiba hari kemenangan,
Perasaan gusar mula berlegaran,
Bertemukah Ramadhan tahun hadapan,
Atau inikah Ramadhan pengakhiran?


Salam Aidilfitri sahabatku sekalian,
Moga dterima segala amalan,
Salah silap pohon kemaafan,
Moga lebaran dilimpahi keberkatan,
Moga juga ruh Ramadhan kan sentiasa berterusan


Eid Mubarak buat semua!..
Maaf Zahir Batin..


p/s: buat sahabat2 yg berdekatan..jemputlah dtg ke rumah raya ke-2 ni!!

Sunday, September 28, 2008

Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati


di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Rapuh
Album : Ya Rahman

Munsyid : Opick

http://liriknasyid.com





Tuesday, September 9, 2008

Lelaki Dulu Dan Kini

Salam Alayk..setelah habis membaca novel Syabab Musafir Kasih..kenangan semasa berjaulah ke Syria kembali segar diigatanku..ini kerana latar tempat yg digunakan penulis adalah Syria atau Syam..khabarnya penulis menulis novel tersebut semasa sedang belajar di Syria..disamping itu, kehidupan di Syria atau Mesir yang lebih kurang sama ini menyebabkan membaca novel ini terasa enak sekali..hehe..

Omayyad Mosque, Damascus, Syria-in memory

Contoh yg disebut seperti masjid umayyah, suq hamidiye, baramkay jabal qasiun, bludan, van service dan banyak lg menyebabkan detik-detik indah semasa disana terngiang-ngiang di kepala..hehe..poyo..ni kenangan semasa di Syria..sape nk tgk tekan sini..


Poyo, poyo jugak..Ramadhan ni jgn la pulak dilupakan..jadi, kali ni aku ingin kongsi satu sajak dlm novel tersebut yg bertajuk lelaki..fokusnya kpd lelaki la..jadi, kepada lelaki-lelaki diluar sana tu..silah ambil perhatian!..


LELAKI..


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Srikandi,
Damsyik, Syria.


Biasalah!..Bila perempuan yg tulis sajak..kata kat lelaki..bila laki tulis sajak kata kat perempuan..bila perempuan tulis novel, hero nye mesti perempuan, bila lelaki tulis, lelaki la heronye..biasanya begitu la..


Mengenai sajak diatas pula, bagi saya sajak tersebut tidak lah begitu adil kepada semua kaum lelaki..lelaki dulu ataupun lelaki kini, hakikatnya sama saja..ada yg jahat, ada yang baik..dan akan berterusan sehinggalah ke hari pembalasan..kalau tak percaya..rujuklah sejarah kerana sejarah itu sentiasa saja berulang..


Walauapapun, think positively..moga-moga lelaki-lelaki yg sedang lena diulit dunia yg sememangnya lazat ini, cepat-cepat tersedar bahawa kewajipan yg teramanah ini, lebih banyak daripada masa yang ada..termasuklah juga diriku yg hina ini..


Wallahua’lam

Saturday, September 6, 2008

Syabab Musafir Kasih


Syabab,
lahirmu bagaikan tak berharga,

kesusahan hidup mendesakmu berdikari,

dalam keliru kau mencari identiti diri,

ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
cabaran berterusan berbuah kematangan,



Wahai Syabab,

ketekunanmu mengoborkan cita-cita,

semangatmu bak api marak menyala,
kau pemuda harapan,
sinar menantimu dihadapan,

bebaskanlah pemuda,
dari belenggu kejahilan,
kau mampu berlari kencang,
mencipta gelombang.

Ayuh Syabab!



Novel ini digarap istimewa buatmu, jua buat diriku yang selalu lupa. Moga ia menemui dirimu dalam keadaan hatimu lembut lunak ingin disapa kebenaran Allah SWT.
Ingin kubelai hatimu dengan salam perjuangan. Kubisikkan doa, bangkitlah hai pemuda-pemudi agama, membaiki diri dan menyeru orang lain. Terimalah hadiah tak seberapa daripadaku ini, Syabab Musafir Kasih..
Fatimah Syarha Mohd Noordin



Ayuh! Kau pemuda,

gagah bertenaga,

kreatif berwibawa,

Bangkitlah membela!


p/s: ni la pertama kali beli novel dlm hidup ni..


Wednesday, September 3, 2008