Tuesday, September 9, 2008

Lelaki Dulu Dan Kini

Salam Alayk..setelah habis membaca novel Syabab Musafir Kasih..kenangan semasa berjaulah ke Syria kembali segar diigatanku..ini kerana latar tempat yg digunakan penulis adalah Syria atau Syam..khabarnya penulis menulis novel tersebut semasa sedang belajar di Syria..disamping itu, kehidupan di Syria atau Mesir yang lebih kurang sama ini menyebabkan membaca novel ini terasa enak sekali..hehe..

Omayyad Mosque, Damascus, Syria-in memory

Contoh yg disebut seperti masjid umayyah, suq hamidiye, baramkay jabal qasiun, bludan, van service dan banyak lg menyebabkan detik-detik indah semasa disana terngiang-ngiang di kepala..hehe..poyo..ni kenangan semasa di Syria..sape nk tgk tekan sini..


Poyo, poyo jugak..Ramadhan ni jgn la pulak dilupakan..jadi, kali ni aku ingin kongsi satu sajak dlm novel tersebut yg bertajuk lelaki..fokusnya kpd lelaki la..jadi, kepada lelaki-lelaki diluar sana tu..silah ambil perhatian!..


LELAKI..


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Srikandi,
Damsyik, Syria.


Biasalah!..Bila perempuan yg tulis sajak..kata kat lelaki..bila laki tulis sajak kata kat perempuan..bila perempuan tulis novel, hero nye mesti perempuan, bila lelaki tulis, lelaki la heronye..biasanya begitu la..


Mengenai sajak diatas pula, bagi saya sajak tersebut tidak lah begitu adil kepada semua kaum lelaki..lelaki dulu ataupun lelaki kini, hakikatnya sama saja..ada yg jahat, ada yang baik..dan akan berterusan sehinggalah ke hari pembalasan..kalau tak percaya..rujuklah sejarah kerana sejarah itu sentiasa saja berulang..


Walauapapun, think positively..moga-moga lelaki-lelaki yg sedang lena diulit dunia yg sememangnya lazat ini, cepat-cepat tersedar bahawa kewajipan yg teramanah ini, lebih banyak daripada masa yang ada..termasuklah juga diriku yg hina ini..


Wallahua’lam

1 comment:

guild_hunterz said...

wah medusha... menarik2..
yg laki tulis sajak utk pompuan xde ke?

huhu