Monday, August 31, 2009

Mengisi Kemerdekaan Tanggungjawab Bersama!

Memaknai Erti Kemerdekaan

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta’ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam.

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang sempena Perutusan Kemerdekaan.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-52!..Merdeka!

Ihya' Ramadhan Di Serambi Mekah

klik pd gambar utk besarkan..

Salam Ramadhan

Kali ini saya ingin iklan satu website program ihya' ramadhan di tanah serendah sekebun bunga. Program ini berlangsung selama sebulan bertempat di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-4..program ini dianjurkan oleh kerajaan negeri kelantan melalui Majlis Perbandaran Kota Bharu..

Khususnya kepada yang tidak berkesempatan untuk menghadiri program ini, maka di website tersebut ada menyediakan siri tazkirah ringkas yg diadakan setiap malam selepas 4 rakaat tarawih secara 'live'..tazkirah disampaikan oleh barisan pentazkirah yg terkenal di seluruh negeri kelantan

Kalau sahabat di Mesir, boleh mengikuti secara 'live' pada sebelah petang(waktu mesir la)..dan lain-lain tempat mengikut waktu masing2 la..dan andai tidak berkesempatan secara 'live', maka disana anda boleh mendownload sesi tazkirah tersebut..

Sama-samalah kita mengambil manfaat dengan kecanggihan teknologi ini..

Moga segala amalan kita pada bulan keberkatan ini, diterima dan digandakan oleh Allah SWT..

klik disini utk website program ihya' ramadhan tersebut

Saturday, August 29, 2009

PIG!



inikah lagaknya pejuang islam?
inikah lagaknya pejuang bangsa?
inikah lagaknya pejuang kemerdekaan?

tiada kata melainkan PIG sahaja yg selayaknya!


Firman Allah SWT : Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.(Al-An'aam: 108)

p/s: PIG digunakan sebagai menghormati Ramadhan Al-Mubarak..

Friday, August 21, 2009

Ramadhan


Naluri kita manusia
Selalu leka

Hanya sujud dan sembah

Padanya jua


Kini engkau ku datangi

Berserah diri

Bersama kehitaman
Masa
nan silam

Ampunan Mu kuharapkan

Tiada daya... aku menghindarkan

Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu


Di Ramadhan ini kabulkan doaku

Suluhkanlah cahaya Mu

Di malam yang penuh syahdu

Ramadhan
Ramli Sarip

Download Klik Sini

Wednesday, August 19, 2009

Ahli UMNO Tak Akan ke Syurga?


Dialog Mesra Abang dan Adik

Satu hari dalam duk sembang2 ngn adik aku yg pulang bercuti sebagai langkah keselamatan daripda wabak selesema babi yg semakin menular(moga kita semua dilidungi daripada wabak ini),

banyak la berbual ngn dia, tiba2, ntah camane dah dia tanya aku, kir, mung duk mesir masuk jamaah gapo?..hehe..tersengih aku sendirian..

bkpo tibo2 mu tnya?..aku tnya dia balik..dia jawab saja..pahtu mu masuk jamaah gapo?..aku tnya dia balik

aku tanya mung dulu kan..dia ckp..pahtu aku pun ckp la aku ni ISMA..wakaka..pahtu dia jawab dia JIM..pastu sama2 gelak..kerna tau masing2 bergurau saje..

pastu aku ckp aku ni BERKECUALI..hehe(play-safe kan?)..pastu dia tnya lagi betul ke aku ni berkecuali..aku jawab ye la..xboleh ke?..aku tnya dia balik..

tak boleh la..pastu dia bagi dalil2 tentang kewajipan berjemaah..sengih je aku dlm hati..

pastu panjang la aku berdebat ngn dia(biasa la kan budak2 muda zaman skrg, bila sebut je bab2 jemaah ni, suka je nk tunjuk alim, nk pertahan jemaah dia..bodoh!)

Syurga Neraka Pulak dah!

pastu dia ckp ada syurga dan neraka..mana boleh berkecuali..sebab kita ni samaada ke syurga atau neraka..xde yg ditengah2..

pastu aku tnya dia, mu jamin ke jemaah yg mu masuk tu ke syurga??..baru la xleh jawab..senyap..

aku ckp berjuang islam tu luas..xsemestinya kena berjemaah(walaupun byk dalil2 yg menyatakan wajib berjemaah tp itu bukan isunya!)..penting sgt ke kita nak isytihar kita ni jemaah tu, jemaah ni?..bukan nk berdakwah sgt tp lebih kpd nk isytihar, nk sgt nama..konon tarbiah dlm jemaah masing2 tu hebat..pastu semua sibuk nk mengaku mendapat tarbiah ikhwan muslimin..kita dengar pun..wow!..hebatnya..

nk berjemaah tu boleh tp jgn taksub..apakah kita ingin menafikan jasa-jasa orang lain terhadap islam kerana semata2 dia bukan jemaah kita??..

janganlah taksub sgt jemaah mung tu..nasihat akhir aku..hehe..abg yg baik la katakan..(sila lapang dada!)

ok..dah2..masuk tajuk sebenar!

Ahli UMNO Tak Akan ke Syurga?

begitulah laporan2 akhbar perdana menyifatkan kata2 nik aziz sebagai modal kempen utk prk permatang pasir 25 ogos ini..

aku terbaca pun sgt terkejut(xdela terkejut sgt, sbb byk kali dah nik aziz wat kenyataan pelik2) ..betul ke nik aziz yg mengeluarkan kenyataan tesebut..dan banyak la komen2 menteri, mufti dan sebagainya mengecam nik aziz kerana kenyataan tersebut..

dan pentaksub2 nik aziz pula mempertahan kan tok guru mereka itu..walau mereka sendiri xtau betul atau tidak kenyataan tersebut..kerana tok guru itu tok guru maka setiap patah yg keluar dari mulut tok guru itu, mereka percaya bulat2..

Media Perosak Minda Rakyat..

Rupa-rupanya media yg memutar belit kenyataan nik aziz itu..menyebabkan kacau bilau habis minda rakyat negara ini..

aku sebagai org yg berkecuali mestilah kena tengok hujah dua belah pihak..tapi kadang2 kita xboleh nafi sedikit sebanyak kita akan terpengaruh jugak..

jadi hati-hati lah bila berdepan dengan media ni..

sy malas ulas panjang..baca balik kenyataan balas tok guru..skali ngn video di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22169&Itemid=1

Ahli PAS pun Tak Akan Masuk Syurga!

ni kenyataan sebenar tok guru..org PAS ke UMNO ke sama saja!(dlm bab ni la)..jadi xpayah pelik la

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

tapi oleh kerana Tok Guru juga orang politik, maka pandangannya sedikit sebanyak akan bias kpd partinya atau Pakatan Rakyat..

kalau nk kira UMNO tu sesat kerana dasarnya kebangsaan maka apa beza UMNO dan KEADILAN..sama saja..sama-sama sesat belakalah..tapi xde pun kenyataan mengatakan KEADILAN itu sesat..

ohh..pening kepala aku dengan dunia politik ni..apakah harus aku lari daripadanya! dan selesaikah masalah andai aku lari daripadanya?

aku yg sedang belajar erti kehidupan!

p/s: kpd yg sibuk2 nk tnya aku jemaah ape maka sini aku nk jawab..aku jemaah JPA!..hehe

Tuesday, August 18, 2009

Lafaz-Lafaz Cinta


Lafaz-Lafaz Cinta
Novel Spiritual Lembah-Lembah Penuh Dosa


p/s:

1) duk kat rumah ni baca buku je la..best la jugak novel ni walaupun tajuknya nmpak sgt 'tiru' ayat2 cinta..

2) novel ni jugak mengajar kita utk menjadi pendakwah, bukannya penghukum!

Saturday, August 15, 2009

Nabi Juga Pengkhianat Bangsa?



Terkejut dengan tajuk diatas?..

Sedang-sedang membaca harakahdaily, tertengok video youtube yg terdapat di page tersebut..seraya tengok la aku video tersebut sampai habis..

Isu nya mutakhir ini sibuk orang-orang tertentu mengatakan orang-orang tertentu pengkhianat bangsa..dan wartawan meminta penjelasan drpd Tok Guru..

Alangkah tergamamnya aku apabila Tok Guru juga mengatakan Nabi juga pengkhianat bangsa..tak terfikir oleh aku sebelum ini..dan juga tak terfikir oleh aku, kata-kata tersebut boleh keluar daripada mulut seorang Tuan Guru, ulama' yg cukup disegani di tanah air ini..

Bolehkah kita mengatakan begitu kepada Nabi SAW?..Aku pun bingung untuk menerima kata-kata Tok Guru itu..

Apakah kalau aku mengiyakan kata-kata Tok Guru itu, maka aku dikatakan pentaksub kepada Tok Guru?..kerana Tok Guru itu adalah Tok Guru, adakah kata-katanya betul lurus belaka?

Dan andainya aku tidak mengiyakan, maka dikatakan aku cuba-cuba melawan tok guru..aku ni siapa la kan??

Hehe..walauapapun..tengok la video kat atas tu ye..dan fikir sendiri la..

Apakah Nabi juga pengkhianat bangsa??

Thursday, August 13, 2009

Elaika..



إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu tuhan sekelian makhluk harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي

tatkala keras hatiku dan sesak perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا

kujadikan rayuan daripadaku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

maka bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا

kurniaanMu dan keampunanMu adalah rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا

dan jangalah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي

semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا

dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد

sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا

kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا

sekalipun dosa2ku itu memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه

dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما

dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي

dia berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap,

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا

cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى

kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا

dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى

di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا

mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang2

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث

maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا

sedang keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih agung dan lebih mulia

Tuesday, August 11, 2009

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati?




Bilakah lagi..
Kita semua satu hati?

Bilakah lagi…
Keamanan kan dikecapi?

Bilakah lagi…
Islamkan di julang tinggi?

Bangunlah wahai umat..
Kita satu hati!

Marilah bersama, bersatu, berjihad
Menentang kezaliman

Oh..insan sedarlah
Pembalasan tuhan pasti akan datang!

Jangan takut!
Jangan takut…berjuanglah untuk keamanan..

Bilakah lagi.. Kita semua satu hati?

Satu Hati
La Khauf