Wednesday, August 19, 2009

Ahli UMNO Tak Akan ke Syurga?


Dialog Mesra Abang dan Adik

Satu hari dalam duk sembang2 ngn adik aku yg pulang bercuti sebagai langkah keselamatan daripda wabak selesema babi yg semakin menular(moga kita semua dilidungi daripada wabak ini),

banyak la berbual ngn dia, tiba2, ntah camane dah dia tanya aku, kir, mung duk mesir masuk jamaah gapo?..hehe..tersengih aku sendirian..

bkpo tibo2 mu tnya?..aku tnya dia balik..dia jawab saja..pahtu mu masuk jamaah gapo?..aku tnya dia balik

aku tanya mung dulu kan..dia ckp..pahtu aku pun ckp la aku ni ISMA..wakaka..pahtu dia jawab dia JIM..pastu sama2 gelak..kerna tau masing2 bergurau saje..

pastu aku ckp aku ni BERKECUALI..hehe(play-safe kan?)..pastu dia tnya lagi betul ke aku ni berkecuali..aku jawab ye la..xboleh ke?..aku tnya dia balik..

tak boleh la..pastu dia bagi dalil2 tentang kewajipan berjemaah..sengih je aku dlm hati..

pastu panjang la aku berdebat ngn dia(biasa la kan budak2 muda zaman skrg, bila sebut je bab2 jemaah ni, suka je nk tunjuk alim, nk pertahan jemaah dia..bodoh!)

Syurga Neraka Pulak dah!

pastu dia ckp ada syurga dan neraka..mana boleh berkecuali..sebab kita ni samaada ke syurga atau neraka..xde yg ditengah2..

pastu aku tnya dia, mu jamin ke jemaah yg mu masuk tu ke syurga??..baru la xleh jawab..senyap..

aku ckp berjuang islam tu luas..xsemestinya kena berjemaah(walaupun byk dalil2 yg menyatakan wajib berjemaah tp itu bukan isunya!)..penting sgt ke kita nak isytihar kita ni jemaah tu, jemaah ni?..bukan nk berdakwah sgt tp lebih kpd nk isytihar, nk sgt nama..konon tarbiah dlm jemaah masing2 tu hebat..pastu semua sibuk nk mengaku mendapat tarbiah ikhwan muslimin..kita dengar pun..wow!..hebatnya..

nk berjemaah tu boleh tp jgn taksub..apakah kita ingin menafikan jasa-jasa orang lain terhadap islam kerana semata2 dia bukan jemaah kita??..

janganlah taksub sgt jemaah mung tu..nasihat akhir aku..hehe..abg yg baik la katakan..(sila lapang dada!)

ok..dah2..masuk tajuk sebenar!

Ahli UMNO Tak Akan ke Syurga?

begitulah laporan2 akhbar perdana menyifatkan kata2 nik aziz sebagai modal kempen utk prk permatang pasir 25 ogos ini..

aku terbaca pun sgt terkejut(xdela terkejut sgt, sbb byk kali dah nik aziz wat kenyataan pelik2) ..betul ke nik aziz yg mengeluarkan kenyataan tesebut..dan banyak la komen2 menteri, mufti dan sebagainya mengecam nik aziz kerana kenyataan tersebut..

dan pentaksub2 nik aziz pula mempertahan kan tok guru mereka itu..walau mereka sendiri xtau betul atau tidak kenyataan tersebut..kerana tok guru itu tok guru maka setiap patah yg keluar dari mulut tok guru itu, mereka percaya bulat2..

Media Perosak Minda Rakyat..

Rupa-rupanya media yg memutar belit kenyataan nik aziz itu..menyebabkan kacau bilau habis minda rakyat negara ini..

aku sebagai org yg berkecuali mestilah kena tengok hujah dua belah pihak..tapi kadang2 kita xboleh nafi sedikit sebanyak kita akan terpengaruh jugak..

jadi hati-hati lah bila berdepan dengan media ni..

sy malas ulas panjang..baca balik kenyataan balas tok guru..skali ngn video di http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=22169&Itemid=1

Ahli PAS pun Tak Akan Masuk Syurga!

ni kenyataan sebenar tok guru..org PAS ke UMNO ke sama saja!(dlm bab ni la)..jadi xpayah pelik la

"Mana-mana gerakan orang Islam yang hanya mementingkan Islam sahaja tanpa iman, memang mustahil masuk syurga, itu yang saya sebut, tidak langsung maksudkan anggota parti Umno," tegasnya.

tapi oleh kerana Tok Guru juga orang politik, maka pandangannya sedikit sebanyak akan bias kpd partinya atau Pakatan Rakyat..

kalau nk kira UMNO tu sesat kerana dasarnya kebangsaan maka apa beza UMNO dan KEADILAN..sama saja..sama-sama sesat belakalah..tapi xde pun kenyataan mengatakan KEADILAN itu sesat..

ohh..pening kepala aku dengan dunia politik ni..apakah harus aku lari daripadanya! dan selesaikah masalah andai aku lari daripadanya?

aku yg sedang belajar erti kehidupan!

p/s: kpd yg sibuk2 nk tnya aku jemaah ape maka sini aku nk jawab..aku jemaah JPA!..hehe

6 comments:

ambianceez said...

salam..

sy ada sedikit kemusykilan..
sy quote kata2 saudara,

"aku ckp berjuang islam tu luas..xsemestinya kena berjemaah"

bukan kah untuk melakukan dakwah secara bersendirian, nescaya kita tidak mampu melakukannya, sebab itulah dilakukan secara berjemaah.. dan untuk berjemaah, kita perlu memilih jemaah yang terbaik dan yang syumul setelah melakukan kajian dengan terperinci sekali..oleh itu, sy sangat berharap agar kiranya saudara dapat menjelaskan sedikit maksudnya..salam dan maaf atas kekhilafan diri..

c's said...

media arus perdana memang gitu.. x brp reliable.. xbes~

kurangkan kontroversi, tingkatkan prestasi!

[amiza malik] said...

salam bro.
1-maksud berkecuali itu apa? tolong huraikan.

2-sgt setuju dgn stetmen jgn taksub jemaah, rs jmaah sendiri bgus etc. kite intima' dgn islam, bkn jmaah.jgn smpi thp org kuar jemaah jd isu hangat tp org murtad kite wat dek.

3-media byk melagakan rkyt.so kene byk kan membaca dan jgn judge samting dr satu side je.

4-org politik nk survive, so mcm2 gaya depa nk pancing.

5-jemaah jpa tu cm bes je.sbb menjanjikan kemewahan duniawi dan tak byk mehnahnya jika berpegang teguh dgn jemaah ni.haha

selamat menyambut ramadhan.ramadhan kareem~

AYUAMIZA-juga sdg belajar erti n seni kehidupan

PEMENANG said...

bagi aku taksub ade dalam semua tempat...taksub dengan menda yang baik takpe r..kalo taksub kepada mende x elok x leh r....

tapi kalau taksub sampai nyusahkan hidup aku ..aku x suka r...

betol x?

[amiza malik] said...

pemenang individual centric. hrp gembira dgn kehidupan

Jackster said...

menjawab kepada ambianceez:

rasanya istilah jemaah telah banyak disalahgunapakai, apakah jemaah quran & sunnah (golongan yg berpegang teguh kpd quran & sunnah) itu bkn satu jemaah? adakah perlu kepada mendaftar sebagai ahli baru dikira menyertai jemaah? wallahua'lam sebagai seorang sahabat yg husnu zon, sy menganggap madsha mungkin memaksudkan tidaklah sampai wajib untuk mendaftar sebagai ahli ssbuah persatuan, dan ini juga dijelaskan dengan terang dalam tulisan beliau "bukan nk berdakwah sgt tp lebih kpd nk isytihar, nk sgt nama", wlaubagaimanapn kita wajib menyokong mana2 jemaah yang berjuang mempertahankan Islam (tak smsti mendaftar ahli) wallahua'lam

madsha, kalo aku ade saloh tulis bgtaw ar hehe