Sunday, October 17, 2010

Terang Lagi Bersuluh!


Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno


Harakahdaily

MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno.

Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah.

Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin.

“Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan.

Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA.

Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa.

“Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin.

Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan.

Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa.

“Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah.

Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur.

Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno.

Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui.


p/s: 1) siapa xnampak lagi memang buta-sebuta buta!..

2) saya bukan qabil!..hahaha



2 comments:

Anonymous said...

Directory of insurance agencies organized by states http://insuranceinstates.com/ohio/Akron/Scanlon%20&%20Gearinger%20Co%3A%20Gearinger%20Bradford%20M/44308/

dari mansoura said...

salam 'alayk,

kesal dgn penyebaran berita ni,tlg lah delete post yg menimbulkan fitnah ni,majlis tersebut tiada kaitan langsung taklimat UMNO,dan tujuan utama embassy dtg ke majlis itu adalah utk mengedarkan borang selidik NOC bagi student yg sdg memohon biasiswa,dan ia adalah susulan selepas lawatan dato' jamil khir seminggu seblum perjumpaadn tersebut,dan pihak embassy telah membuat slide show menunjukkn tugas2 JPMK utk kebajikan student di awal majlis utk mnjelaskan lagi tugas2 mereka,dan ustaz KJ siap state bahawa penyrahan borang UMNO itu bukan politik tp dari badan NGO dan ia tidak di edar utk semua org,siapa berminat pergi ambil borang pada wakil berkenaan,dan tiada dialog seperti dalam artikel,sekarang Msia dperintah oleh kerajaan UMNO..so?saya bukan penyokong UMNO.maaf.

dan sperti yg akhi bold merah,ia adalah batil semata-mata.ia tiada langsung membicarakan ttg isma dan umno!sekali lagi saya bukan dari pihak ISMA dan pihak UMNO,dan mula tawar hati bila senior Perubatan lakukan begini.saya tawar hati dgn PERUBATAN,tapi segala islah kebaikan tetap saya sokong selepas ini.yang haq itu perlu di tegakkn agar fitnah ini tidak di sebarkan lagi..

dan.tlg lah,tiada langsung dialog2 di atas,saya sendri hadir pada majlis tersebut dan saya tidak pekak malah tidak dengar seorang pon mahasiswa/i lemparkan dialog dan bertanya ttg borang UMNO tersebut,kenapa pengedaran borang NOC tidak langsung di state??????kesal dgn senior mansoura dan senior perubatan,ini yg kami dapat setelah berusaha utk naikkn nama2 sahabt dan sahabiah bagi kursus kritikal(mdic,dentist,pharmcy) seluruh mesir yg masih tiada biasiswa ke jababatn perdana menteri.

sebenarnya hmpir seluruh artikel tidak benar,dan saya rasa yg bole judge ttg perjumpaan ini hanyalah yg hadir yg ada mata dan telinga dan 5 sense itu.yg bole bezakan yg haq dan batil.

sedih,moga allah beri segala petunjuk.

ma taf3alun laisa bil 3ilm,

"Hai orang2 y beriman, jk dtg kpdmu org fasik mbawa suatu berita, maka periksalah dgn teliti agar kmu tidak menimpakan suatu musibah kpd suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya y mnyebabkan kmu menyesal atas perbuatanmu itu" (Al-hujuurat)