Tuesday, November 30, 2010

Ketuanan Bangsa Undang Permusuhan!


PASIR MAS, 30 Nov: Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau yang Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.

“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.

Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.

Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.

Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan.


p/s:

1) 'waqiyyah jiddiah' pulak dah..kah3..

2) kita adalah satu kaum yg dimuliakan hanya kerana kita ni melayu?..kah3..

3) Dr Mahthir pun suruh lupakan keturunan bangsa!..

4) xtau nk cakap 'bahasa' ape lg dah.. :(



9 comments:

Yim Smart said...

Apa-apa pun;
Melayu sepakat, Islam berdaulat.
XD

madsha_88 said...

betul3..kah3..

p/s: strategi dakwah katanya!..kah3

mikhail said...

jika saya seorang cina muslim, lebih2 lagi tinggal di Malaysia
sudah tentu saya akan rasa amat tersinggung jika ketuanan melayu melebihi ketuanan Islam!

Hazim Azhar said...

Salam, mendaulatkan ketuanan ISLAM. Tapi kenape tiba2 bersetuju utk cina kafir menjadi Timbalan Perdana Menteri?

Link : http://www.malaysiakini.com/news/149735

aduh.. memang pening politik sekarang. Arus liberalisma semakin kuat dan tersembunyi di sebalik slogan2 politik.

Masih tak habis2 lagi memandang rendah dan menggelakkan pendapat org lain. Kalau lebih beradab, lebih org hormati.

madsha_88 said...

salam..

kpd puak2 melayu sepakat :D

ketuanan melayu : usah sorok disebalik songkok 3 jengkal!..baca ni dulu..

“YB Lim Kit Siang atau sesiapapun boleh menjadi Timbalan Perdana Menteri bahkan Perdana Menteri sekalipun tidak mempunyai apa-apa halangan, syaratnya merupakan seorang Muslim yang soleh. Seorang Muslim yang soleh sekalipun bukan Melayu jauh lebih bermanfaat untuk negara ini dari seorang Melayu yang korup!” katanya mengakhir kenyataan akhbar berkenaan.

http://malaysiakini.com/news/149768


p/s ;

1) tahniah kerana menggunakan id sebenar..tanda2 isma sudah semakin matang? :D

2) define liberalisma, please!

3) gelak pun xleh ka?..erm, lapang dada lah..:D..ops..salamatussodr..hehe(nmpak tarbiah sket..huhu)..

4) senyum sokmo..:)

Hazim Azhar said...

Ada perkara yg perlu difikirkan..

Adakah PASTI Lim Kit Siang akan masuk islam? Sedangkan ketika statement itu dibuat, Lim Kit Siang masih belum masuk islam.

Sy tak berminat langsung utk mempersoal kerja org lain, tapi ini boleh dipertikaikan.

Bukan tak berani guna identiti sebenar, tapi ini kali pertama komen kat blog ni, walaupun dah banyak kali bukak sejak dulu; sekadar ikut isu yg berlaku di sekeliling.

Lgpun, kami diajar utk sabar trhadap segala hinaan, dan cabaran. Tak perlu terkesan sedikit pun..

Cuma sekadar peringatan bersama, utk lebih menjaga adab dan sensitiviti. :)

wslm.

Hazim Azhar said...

Owh, lupe nak komen pasal liberalisasi. Yg sy maksudkan dgn arus liberalisasi ialah dalam fenomena politik secara umum sekarang ini. Bukan kepada tuan guru.. Sama ada parti kerajaan dgn slogan 1malaysia dan laungan pemimpin2 PKR yg menyuruh kita melupakan identiti bangsa melayu. Juga dr m yg berkata kita perlu lupakan sejarah utk realisasikan 1malaysia.

semua ini menuju ke arah satu titik yg sama; leburkan identiti bangsa, cina melayu india semua sama.. tak ada beza. Ini dinamakan leberalisasi bangsa.. dan sedar atau tak ia akan menuju kpd liberalisasi agama. Islam tiada beza dgn agama lain.


Sekadar renungan bersama,

"Organisasi yang muflis; tiada agenda bahkan agendanya adalah mengkritik perjuangan orang lain tanpa menawarkan solusi mereka sendiri. Miskin....."

-Ustz Shuhaib Ar-Rumy-
Pengerusi Isma Mesir

Anonymous said...

"dan sedar atau tak ia akan menuju kpd liberalisasi agama. Islam tiada beza dgn agama lain."

subhanallah! cmna tue? nabi juga menyatukan farisi, aus, khazraj, muhajirin, badwi, habsyi dll di bawah Islam tanpa menjejaskan adat yg baik...

Hazim Azhar said...

to devotee :

Nabi Muhamamd menyatukan semua kaum tanpa menyuruh kpd melupakan identiti bangsa, juga tidak menyuruh melupakan sejarah dan budaya bangsa yg tidak berlawanan drpd syara'.

Tapi ini berbeza drpd relaiti yg berlaku di Malaysia. Sangat berbeza. Kita lihat dlm akhbar Malaysiakini, berapa banyak kata2 pemimpin (PKR dsb) yg menyuruh kpd melupakan bangsa dan sejarahnya? Dan akhirnya melayu, cina, india semua sama.. sehingga akhirnya tiada lebihnya agama kaum melayu(islam) daripada mereka(buddha, hindu, kristian)

Ini yg sy maksudkan..