ولله الحمد
Akhirnya bulan Ramadan yg penuh dgn segala-gala keberkatan terpaksa jugak meninggalkan kita..kita setuju ataupun tidak dgn pemergiannya,realitinya ‘dia’ telah pun meninggalkan kita..rugikah kita kerana tidak beribadat,tidak memohon keampunan semasa didalam bulan tersebut, maka itu kita punya pasallah!!..rugi kerana kemalasan kita ataupun dah sememangnya takdir Allah yg telah menetapkan begitu..maka Tuhan sajalah yg lebih tahu..moga2 kita ini tidaklah tergolong dikalangan orang2 yang dirugikan..dunia dan lebih2 lagi diakhirat..
Habis puasa kita raya..Maka bertakbirlah kita beramai-ramai menandakan kemenangan kita mengharungi nafsu segala-gala nafsu..kecik besar tua muda yg munafiq yg lawan perjuangan islam..semuanya keluar bertakbir..kononnya dah menang la tu!!..paham atau tidak kalimah2 takbir tersebut, tu nombor 2!..yg penting,takbir tetap takbir..maka jgn peliklah kalau artis2 yg selama ini menyesatkan minda masyarakat pun turut juga bertakbir!..soalnya disini adalah siapakah yang mengiktiraf kemanangan kita tersebut?..juri yg mana satukah yg mengiktiraf kemanagan kita itu?..ataupun kita saja yg lebih2 mengaku dan mendakwa kita telah menang sedangkan juri langsung tidak mengiktiraf kemengan kita itu!..fikir-fikirkan..(nk lebih jelas lg sila baca blog us nik abduh!!)..
Antara byk2 amalan kita masa bulan yg penuh keberkatan tersebut adalah berdoa!..ya, berdoa..ye..la..bulan yg penuh dgn pengampunankan..takkanlah kita xnk berdoa lg
Firman Allah:
Dan Tuhanmu berfirman:Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina
(Al-Mukmin:60)
Sabda Nabi SAW:
Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan dgn penuh keimanan dan pengharapan maka diampunkan segala dosanya yang telah lalu..
Semudah dan semurah itukah Allah Taala..jawabnya ya..Dia berhak nk bagi kepada sesiapa saja yg Dia mahu..Dia perkenankan doa kita kerana rahmatNya ataupun sebagai istidraj sahaja,Dia jugaklah yang lebih tahu..Baiklah..itu doa2 yg diperkenankan..Bagi yg tak diperkenankan doanya pulak..soalnya mengapa?..sedangkan dlm firmanNya Dia kata nk perkenankan kpd sesiapa saja yg berdoa kpdNya..pelik bukan?doa sampai nangis2 tp tetap tidak diperkenankan oleh Allah Taala..
Dlm sebuah buku tentang mengapa doa-doa terhijab(xditerima)..ade 10 sbb semuanya..yg mengisahkan kisah seorang ulama’ sufi iaitu Ibrahim bin Adham..yg jugak seorang ulama’ yg terkenal dizamannya..jd,pd suatu hari datanglah sekumpulan dari penduduk kampong datang bertanya kepadanya mengapa doa mereka tidak dimaqbulkan oleh Allah sedangkan utk orang lain mudah2 saja Allah perkenankan..
Jadi,Ibarahim bin Adham mengemukan 10 sebab mengapa doa terhijab..satu daripadanya adalah kita kenal dgn Allah tapi tidak menunaikan hakNya dan juga bila bertembung hak Allah dan hak kita maka kita lebih utamakan hak kita..contohnya bila azan berkumandang menyuruh kita bersegera ke masjid menunaikan hak Allah tp kita masih lg menyibukkan diri dengan kerja2 duniawi dan byk lg contoh..dan inilah menyebabkan doa kita tak diterima..salah satu drpdnyalah..ni baru satu..9 yg lain lain tu lain kalilah..(ni antara byk2 pesan ayah aku masa duk kat
Jd,bila mana doa kita xdiperkenankan tu..jgn la kita lekas menyalahkan sesiapa tp
Akhirnya teruskanlah amalan2 soleh sepertimana kita dibulan Ramadan ari tu..moga2 dapat lg kita bertemu dgn Ramadan di musim2 yg akan datang..Kesempatan di Aidilitri yg mulia ini jugak Aku ingin mintak maaf la kpd sesiapa yg sememangnye xpuas hati ngn aku selama ini..
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin
No comments:
Post a Comment