Saturday, November 29, 2008

Demi Malam Sepuluh

Pada petang Khamis lalu selepas solat Asar di Masjid Sayyidah Zainab, tiba-tiba ada seorang pakcik tua bertongkat menepuk belakangku dan terus menghulur sebuah risalah kepadaku..aku terkejut..risalah ape ini?..risalah IM ke?..aku terus membaca risalah tersebut..rupanya risalah tentang kelebihan beramal di awal sepuluh malam di bulan zulhijjah..eh, dah masuk bulan zulhijjah ke?..getus hatiku tertanya-tanya..astaghfirullah..lagho nya aku..masa sedikit pun tidak menungguku..


Firman Allah yang bermaksud :


Demi fajar, Dan demi malam yang sepuluh..(Surah Al Fajr : 1-2)


Ada ulama yang menyatakan bahawa malam yang sepuluh itu ialah malam sepuluh terakhir dari bulan Ramadhan. Dan ada pula yang mengatakan sepuluh yang pertama dari bulan Muharram termasuk di dalamnya hari Asyura. Ada pula yang mengatakan bahwa malam sepuluh itu ialah sepuluh malam pertama bulan Zulhijjah.


Daripada ayat tersebut sama-samalah kita fikirkan mengapa Allah merahsiakan malam yang sepuluh itu..Allah tdk mengatakan malam yg sepuluh itu adalah malam Ramadhan atau Muharam ataupun Zulhijjah..tetapi menyebut secara general sahaja iaitu malam yg sepuluh..Pasti ada hikmahnya Allah merahsiakannya..


Adapun hikmahnya bagi saya ialah mugkin Allah merahsiakannya kerana ingin menapis keihklasan ibadat-ibadat hamba Nya drpd beribadat kerana fadhilat-fadhilat yg ada didalam malam tersebut ataupun beribadat semata-mata ikhlas kerana Allah..bukan kerna mengejar fadhilat tersebut..samalah jugak Allah merahsiakan lailatulqadr di 10 malam terakhir ramadhan..


Di antara dalil hebatnya beramal soleh pada awa bulan Zulhijjah ini ialah melalui sabda nabi dibawah ini..


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah telah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).


Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”


Untuk mengetahui lebih lanjut sila ke laman us zaharuddin dan disini..xlupa juga di blog sweethelwa dgn tema blognya cinta bukan hanya dimata..kaitan?..hehe


Point yg paling pentingnya disini..saya ingin memetik kata-kata Hasan Basri ra :


Mencari syurga tanpa amalan adalah satu dosa dari segala dosa..dan tanda fahamnya seseorang itu tentang hakikat ilmu ialah meninggalkan memperhatikan pahala suatu amalan, dan bukannya meninggalkan amalan..


Sabda Rasul SAW ertinya:

Orang yang bodoh ialah orang yang menurut hawa nafsunya dan banyak berangan-angan untuk mendapat kemurahan Allah SWT..


Jadi, jangan jadi bodoh dan jom beramal!


Sunday, November 23, 2008

Mereka Tidak Mati


Firman Allah yang bermaksud :

Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup disisi Tuhannya dengan mendapat rezeki. (Surah Ali-Imran : 169)


Dari Ibnu Masud.ra.
bahwa murid beliau menanyakan tentang tafsiran ayat Jangan kalian mengira bahwa orang terbunuh dijalan Alloh adalah mati. Namun mereka tetap hidup disisi Tuhan mereka dan berlimpah rizqi(Qs.Ali imran:169). Lalu beliau menjawab, bahwa Rosululloh.saw. telah bersabda: Roh-roh para syuhada berada dalam perut-perut burung hijau, memiliki sarang yang bergelatungan dibawah Arsy. Mereka berputar didalam syurga sekehendak burung-burung tersebut, lalu kembali sarangnya. Lantas Robb mereka(Alloh.swt) melihat sembari menawarkan: adakah kalian menginginkan sesuatu (nikmat lain)?, mereka menjawab: apalagi yang kami inginkan, sedang kami bebas berkeliling didalam syurga?. Lalu Alloh.swt. mengulangnya 3kali, dan merekapun menjawab dengan jawaban serupa.dan ketika mereka putus asa untuk lepas dari pertanyaan Alloh, maka mereka menjawab: Wahai Tuhan kami, kami ingin agar Enkau berkenan mengembalikan arwah kami dalam jasad kami, agar kami terbunuh dijalanMu sekali lagi. Saat Alloh tidak mendapati dari mereka sesuatu yang dibutuhkan, maka Ia membiarkan mereka

Wasiat-wasiat mereka..

klik pd gambar utk besarkan..


Firman Allah yang bermaksud:


Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (Surah At-Taubah : 111)

Thursday, November 20, 2008

Pilihanraya Perubatan


Firman Allah yang bermaksud :

Sesungguhnya Kami telah mengemukakan amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka bimbang akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia. Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan amat bodoh..

Semua kita telah maklum bahawa esok hari Jumaat 21 Nov merupakan hari pengundian bagi memilih ahli jawatankuasa perubatan sesi 2008/2009..

Pertamanya ingin dinyatakan bahawa post ini adalah post yg dipaksa..dipaksa oleh seseorang yg ingin dirahsiakan identiti nya..jd, sebarang ketidakpuasan hati sila jgn marah kat aku!..

Esok kita kene pilih seorang drpd 2 calon presiden, seorang drpd 2 calon timb.pres..9 org drpd 15 org calon AJK lelaki, dan 9 drpd 15 org calon AJK perempuan..

Straight to the point, post kali ini adalah utk melobi, kempen atau seumpamanya utk menaikkan calon2 tertentu..jd, kpd yg xtau nk undi sape esok..silalah ikut senarai ini utk memudahkan anda..hehe

Kpd calon yg namanya tak disebut, usahlah anda berkecil hati dan bermuram durja kerana itu bukanlah bermakna anda tidak layak..ingat!..ini adalah post yg terpaksa..hehe..bukan sy yg memilih mereka2 ini..

Kpd calon yg disebut namanya pulak..usahlah anda bangga, riak dan seumpamanya..kerana anda bukanlah hebat sangat!..dan bukanlah jugak bermakna sy ingin menafikan bakat yg ada pd diri anda..sekali lg, bukan sy yg pilih mereka2 ini..

Jadilah spt Saidina Abu Bakar tatkala menjadi khalifah pernah berkata : Hari ini aku dilantik menjadi pemimpin kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik dikalangan kamu, tolonglah aku jika aku betul, dan kalau aku terpesong maka perbetulkan aku..

Sila pilih calon2 ini..Bagi Pemilihan AJKT sesi 2008/2009

Presiden : Ahmad Wafi B Mohd Arshad

Timb pres : Nur Madihah Bt Kamalul Sahar

AJK Lelaki :

Mohd Hafiz B Hamzah

Mohd Izwan B Isa

Muhammad Husaini B Saleh

Muhammad Syafiq B Mat Moor

Syafiq B Hamdani

Amir Firdaus

Mod Farid Mohd Amin

Nur Helmi B Lukhman

Khairul Imdad B Yusuff

Saya berharap nama2 ini akan di undi utk menjadi AJK sesi 2008/2009

Ingat! Kalau bukan kerana agama..sila buktikan..Untuk apekah lagi kami perlu bersusah payah untuk mengundi anda padahal kami tak perlu pun berbuat demikian!

Majulah Perubatan Untuk Islam

Tuesday, November 18, 2008

Wahai Pemuda Islam 2

Jihad Jalan Kami
Mati dijalan Allah, Cita Tertinggi Kami


Wahai Pemuda Islam

Mari kita berjuang

Bangunkan keimanan

Tegakkan kebenaran


Janganlah lalai dan leka

Kita tidak banyak masa
Belalah agama Islam

Agama yang mulia


Wahai pemuda Islam

Jangan takut dan gentar

Berani kerana kebenaran

Kan diberi ganjaran


Bersatu wahai umatku

Agar teguh dan kuat

Musuh tak berani dekat

Islam pasti kan hebat


Bekalkanlah dirimu

Dengan iman dan taqwa

Agar hidup bahagia

Di akhirat sana

We Will Return..Insyaallah!

Monday, November 17, 2008

Forum Nikah Tunai


sebuah forum yang sesuai diperhati dan diteliti oleh semua..
sama ada yang sudah, sedang dan yang terutamanya nak berkahwin..
moga-moga bermanfaat


download sesi forum nikah tunai disini
download sesi dikir barat disini

baca artikel di SaifulIslam.com yang berkaitan
disini
dan disini..



Monday, November 10, 2008

Wahai Pemuda Islam



Al-Imam Assyahid Hassan Al Banna telah berpesan:


Wahai Pemuda!


Seandainya kamu meyakini fikrah kami dan kamu mengikuti jejak langkah kami dan kamu bersama kami di atas jalan Islam yang murni ini, kamu tinggalkan segala fikrah kecuali fikrah Islam dan kamu waqafkan segala tenaga dan usaha kamu untuk aqidah yang kamu yakini ini, maka semua itu akan mendatangkan kebaikan untukmu di dunia dan akhirat.



Allah akan membuktikan kepadamu apa yang telah dibuktikan kepada generasi Islam yang pertama dahulu. Setiap orang yang bekerja dengan penuh ikhlas dan setia dalam medan da’wah ini akan mendapati semua yang mengisi hemah dan cita-citanya. Ia akan mendapati sesuatu yang mengisi segala daya dan tenaga yang ada padanya.



Tetapi sekiranya kamu enggan dan memilih sikap yang serba salah dan tidak jelas, terumbang ambing di antara seruan-seruan yang mengecewakan dan menyesatkan, maka sesungguhnya angkatan Islam dan tentera-tentera Allah akan meneruskan perjalanan mereka tanpa mengira bilangan samada sedikit atau ramai.



Firman Allah SWT : “Dan kemenanganmu itu hanyalah dari Allah yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana” Surah Ali ‘Imran : 126