Sunday, December 7, 2008

Bila Terasa Rindu


Apa agaknya khabarmu di sana?
Di sini ku sedang dibelenggu rindu
Beginikah rasanya seksa perpisahan
Sungguh anehnya hidup berasingan

Hati terasa bagai tertinggal di situ
Meski tubuh sudahpun jauh beribu batu
Sesaat bagai setahun lamanya
Semasa kau tiada
Apa yang terdaya...

Oh... Jauh sekali hidup di sini berbeza
Beribu kali lebihku selesa di sana
Tak sabar menantikan detik kepulangan
Namun hingga itu
Apa yang termampu...

Terlintas di fikiran untuk meminggirkan saja
Semua pencarian di sini
Tetapi ini sebahagian daripada pengorbanan
Bekalan andainya esok hari sukar mencabar.


p/s : esok raya korban..maksudnya tahun ni raya aidiladha kali ke 3 la dimesir..isk2

No comments: