Friday, February 27, 2009

Cintakah Saya Kepada Allah?



Ada orang tanya kat aku..


Ko bercinta ka?..asyik post pasal cinta je!..


aku pun jawab la..sapelah nak kat aku ni..bla..bla..bla..ni kan plak nk bercinta


pastu dia tanya lg..ko cinta kat Allah ke?..


adoi..susah giler soalan..gelap terasa dunia ini..aku senyap tak terkata..malu sungguh diri ini utk mengatakan cinta kpd Allah..dek krn diri yg sering melakukan kemaksiatan kpd Nya..


Walaubagaimanapun, sebagai muslim yg muslim, wajib kita mencintai Allah lebih dari segalanya. Kat bawah ni aku ambik dari buku apa erti saya menganut islam oleh ustaz fathi yakan..beliau ade menyebut..


Bagi memastikan saya benar-benar Muslim dalam akidah maka saya mestilah beriman dengan perkara-perkara berikut: Salah satunya adalah


Saya juga wajib menyintai Allah dengan sebenar-benar cinta. Cinta yang menjadikan hati saya sentiasa merasa rindu dan terikat denganNya.


Kecintaan itu juga mendorong saya menambah amalan-amalan kebaikan, berkorban dan berjihad di jalannya di sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan keseronokan dunia serta kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatutnya menghalang saya dari mencintai Allah. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:


ُقل إِن كَان ءَابَاؤُكُمْ وََأبْنَاؤُكمْ وَإِخْوَانُ ُ كمْ وََأزْوَاجُكمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وََأمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ

تَخْشَوْ َ ن َ كسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا َأحَبَّ إَِليْ ُ كمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ َفتَرَبَّصُوا

حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بَِأمْرِهِ وَاللَّهُ َلا يَهْدِي الَْقوْمَ الْفَاسِقِينَ


Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka). (Surah Al-Taubah 9: Ayat 24)


Pengorbanan demikian saya lakukan adalah untuk dapat merasai kelazatan dan kemanisan iman seperti yang disyaratkan oleh Rasul yang mulia s.a.w:


َثلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوََة الْإِيمَانِ َأن يكون اللَّهُ وَرَسُوُلهُ َأحَبَّ إَِليْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وََأنْ يُحِبَّ

الْمَرْءَ َلا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وََأنْ يَكْرَهَ َأن يَعُودَ فِي اْلكفرِ َ كمَا يَكْرَهُ َأن يُقْذفَ فِي النَّارِ


"Barang siapa yang ada padanya tiga syarat ini, ia dapat merasai kemanisan iman:

1) Jika ia mencintai Allah dan rasulNya mengatasi kasihnya kepada yang lain.

2) Jika ia menyintai seseorang, tidaklah ia cintai melainkan kerana Allah.

3) Jika ia benci untuk kembali ke dalam kekufuran sebagaimana ia benci untuk memasuki api neraka.


ok..itu saja kali ini..selamat bercinta kpd semua!

p/s: bukan aku tak cinta pada Mu,bukan pula tak sayang diri Mu..Namun........

No comments: