Serabut ni kita tak nak. Tapi walaubagaimana taknak pun kita kepada serabut ni, kadang-kadang dia datang juga. Mungkin kalau kita serabut tentang sesuatu isu, tak payahlah kita cuba-cuba untuk merungkaikan keserabutan itu, kerana kalau kita cuba juga untuk merungkaikan keserabutan itu, sejuta keserabutan lagi akan datang mencari kita! Persoalannya adakah Tuhan mengajar kita untuk lari dari serabut?
Saya tidaklah mahu berdebat dengan sesiapa ataupun mahu tunjuk lantang dalam blog je (bak kata seseorang), tetapi apa yang lahir dari hati saya yang paling tulus ialah saya bagai teraba-raba di dalam gelap dalam memahami masalah-masalah yang langsung tak kunjung padam di dalam Parti Islam Semalaysia(PAS) yang mana mendakwa sebuah parti yang mengambil al-quran dan as-sunnah sebagai perlembagaannya! Maka soalan saya apakah langsung tiada penjelasaan dalam al-quran dan as-sunnah dalam menyelesaikan masalah tersebut? Adakah juga al-quran dan as-sunnah yang ada pada hari ini tidak selengkap zaman nabi saw?
#################
Oleh kerana saya menjawab teguran sahabat saya yang belajar di Mansurah itu dalam entry lepas, maka sahabat saya itu kata saya main kasar(dalam nada gurau sahaja) seraya menjawab balik di blog beliau. Dan beliau mendakwa apa yang beliau tulis itu, salah satunya adalah cara penyelesaian setelah berbincang dengan beberapa orang ustaz termasuklah us nik abduh anakandanya Tuan Guru!. Wow!..Hebatnya sahabat saya ini bukan? Salah satu cara penyelesaian tersebut ialah dengan duduk senyap-senyap. Jangan cakap banyak!
Ok. Baik! Tetapi saya rasa dia tidak faham entry saya sebelum ini atau buat-buat tak faaham ataupun mungkin saya yang tidak faham entry beliau. TETAPI lagi, berapa juta kali nak suruh saya cakap dan tegaskan bahawa saya bebas dan berkecuali "di sini"! "Di sini" saya bukan ahli PAS mahupun pendokong PAS! "Di sini" saya bukan penyokong TGNA ataupun TGHH! "Di sini" saya adalah saya!. We are who we are!
Mengapa berkecuali, berkecuali adlah tanda seseorang pengecut dan bacul! Tidak mengapa! Thats your opinion! Bagi saya berkecuali meyebabkan saya lebih mudah utk bercakap dan menyuarakan bisikan-bisikan hati saya ini! Kalaulah disini saya PAS maka bodoh benarlah saya untuk membiarkan PAS berpecahbelah! Oleh kerana saya bukan PAS maka bolehla saya sokong idea Tok Guru untuk memecahbelahkan Pas tersebut..hehehe..Memecahbelahkan PAS sepertimana yang telah di jelaskan dalam entry sebelum ini.
##################
Walaubagaimanapun saya ini masih lagi mengamalkan adab dan budaya melayu yang bersopan santun dalam menegur seorang ulama'. Tidak seperti mereka-mereka diluar sana seperti Faisal Tehrani yang berkata "bila nik aziz kata peduli apa, nak pecah pun pecahlah. saya ingin jawab, PAS ni parti kau sorang kah?" Biadap bukan?..kau kepada Tuan Guru!..Itu adalah komen daripada seorang yang mendabik dada dan berbangga kerana terlibat dengan PAS sejak umur 15 tahun, pernah usrah dengan Ustaz Yahya Othman dan al-marhum Yusuf Rawa.klik disini! Malu dan beradab lah sikit hai Faisal Tehrani! Sebab tu saya kadang-kadang jijik dengan sikap sesetengah "ahli" PAS ini! (Berkecuali kan senang!..hehe..tak ada lah membawa fitnah dan kerosakan kpd jemaah PAS!)
Juga disini..gilo ko tok guru kita nih??? murysidul am apa yg sanggup tengok parti dia berpecah. Biadap bukan? Dan banyak tempat lagi! Tak termasuk apa yang saya dengar. Contohnya, nyanyuk doh ko tok guru kito!
Mungkin terlalu sayangkan PAS sampai tergamak berkata demikian! Bodoh!
Tetapi tak boleh jugak nak salahkan mereka seratus peratus, kerana segala permasalahan dalam PAS hari ini kerana Tok Guru juga! Dalam erti kata Tok Guru telah "menyeleweng" daripada kaedah-kaedah dan adab-adab dalam berjemaah!
################
Dalam entry lepas, saya "tak serang" Tok Guru! Tapi saya "serang" orang-orang yang sesat yang mencuba mengatur, permain, menghasut seorang MB, Mursyidul Am yang sudah berumur 78 tahun atas tujuan-tujuan tertentu! Dan mereka-mereka itu bukan orang biasa-biasa dalam Pas! Justeru, memusnahkan puak-puak ini, Pas juga turut termusnah!. Persoalannya, memang mudah untuk kita memusnahkan sesuatu, tetapi untuk membina kembali? Sanggupkah kita? Dan saya harap kepimpinan PAS lebih bijak dalam menangani isu ini!
Dan saya sangatlah yakin bahawa memang ada musuh dalam selimut dalam PAS. Masakan dalam masa sehari saja Tok guru telah ubah pandangannya dari muktamar khas kepada Mesyuarat Khas Pas Pusat . Dalam sehari saja telah berubah pandangannya. Soalan saya, darimana Tok guru dapat ilham utk ber muktamar khas utk menyingkir beberapa orang bermasaalah itu? Fikirlah sendiri!
##################
Saya menulis ini dalam keadaan saya sangat sedar! Usahlah pertikaikan kesedaran saya ini! Saya juga telah menyediakan situasi terburuk yang akan dilontarkan kepada saya! Boneka UMNO ke, pecacai ke! Barua ke? Saya sudah tidak kisah!
##################
Tetapi sebelum anda berniat begitu, lebih baik anda fikirkan hasrat hati ini! Atau sememangnya hati ini adalah sesuatu "benda" yang sukar untuk dimengertikan. Atau kalau memanglah hati ini sudah terlalu busuk untuk menerima petunjuk dari Tuhan. Maka, tengoklah kepada kata-kata Ust Harun Taib, beliau sendiri tidak percaya kepada tulisan tersebut kerana beliau lebih kenal tuan guru! Maksudnya, tulisan di blog tok guru itu, bukanlah keluar dari hati tok guru yang paling ikhlas!
Tidak timbul gesaan saya suruh besara!. Kerana "bersara" di situ mempunyai maksud yang bersirat-sirat! Bodoh, bangang, keji, dan jijik benarlah saya andai ingin menyuruh seorang ulama' yang begitu berilmu, warak, zuhud dan sering mengajar saya dan rakyat kelantan siang malam tanpa kenal erti penah dan lelah itu agar bersara! Dan menyuruh orang lain yang entah bagaimana keadaanya untuk menggantikan Tok guru saya itu!
##################
Pas yang mendakwa mengunakan wadah politik untuk melaksanakan islam itu benar-benar pahamkah sepak terajang politik? Dalam dunia politik ni, orang yang buat-buat baik, pura-pura zuhud dan pijak semut tak mati ni pasti akan melepas! Melepas kerana tempat sepatutnya oarng zuhud dapat, tak dapat. Tak dapat kerana menunjukkan kezuhudan yg tidak bertempat. Musuh-musuh yg alim berpolitik ini pasti akan ambil kesempatan! Dan yang baik-baik tidak bertempat ni menohmah tak tentu pasal padahal dia jahil dalam sepak terajang politik!.
Bukankah jahiliah yang bersistem akan mengalahkan islam yang tidak bersistem?. Anda mungkin tidak sekular kerana menolak agama dan politik tidak dapat dipisahkan TETAPI anda harus ingat MUNGKIN anda adalah sekular kerana menolak sunnatullah!. Sunnatullah dalam dunia politik adlah siapa cepat dia pasti dapat!. Tak kira siapa! Musuh ataupun anda yang baik-baik itu!.(Betulkan kefahaman saya ini!)
##################
Akhirnya, saya ingat-ingat lupa tentang satu hadis iaitu lebih kurang begini...ada seorang hamba allah ini dia dari kecil sampai besar dan berterusan beramal dgn amalan-amalan ahli neraka tetapi alhamdulillah sejengkal sebelum mati dia bertaubat dan beramal pula dengan amalan-amalan ahli syurga dan dia dimasukkan ke dalam syurga,
dan juga ada seorang hamba allah ini dia dari kecil sampai besar berterusan beramal dengan amalan-amalan ahli syurga tetapi sejengkal sebelum mati dia berpaling tadah dan beramal pula dengan amalan-amalan ahli neraka dan akhirnya dimasukkan dalam neraka!
(Kalau ada ustaz yang terjenguk maka boleh la beritahu berkenaan hadis tersebut yang sebetulnya!)
###############
Saya rasa penjenguk blog saya ini tidak bodoh malah faham benar maksud saya menceritakan hadis diatas tanpa perlu saya menerangkannya!
Akhirul kalam, sebagai menutup isu ini di blog ini, maka saya haraplah pihak-pihak berWAJIB agar tampil lah kehadapan menjadi perwira agama! Dan juga saya mohon maaf kerana telah menyebabkan pembaca silap paham berkenaan idea membesarakan Tuan Guru itu telah menyinggung banyak pihak. Kerana yang sebenarnya ada dalam hati saya yang paling ikhlas ini adalahSelamatkanlah Tuan Guru Kita!Wahai Tuhan Yang Sangat Mengerti Akan Hati-Hati Kami!
Berkumpulnya Kami Kerana Mengasihi Mu,
Bertemunya Kami Untuk Mematuhi Arahan Mu,
Bersatunya Kami Dalam Memikul Beban Dakwah Mu,
Serta Berjanji Setia Untuk Menegakkan Syariat Mu..
Maka, Eratkanlah Ikatannya Ya Allah,
Eratkanlah Ikatannya Ya Allah, Eratkanlah Ikatannya Ya Allah!
Kekalkanlah Kemesraan Antara Hati-Hati Kami Ini!
Tunjukkanlah Kepada Hati-Hati Kami Ini Jalan Petunjuk Mu!
Penuhilah Hati-Hati Kami Ini Dengan Cahaya Mu Yang Tak Mungkin Padam!
Lapangkanlah Hati-Hati Kami Ini Dengan Limpahan Iman,
Serta Tawakkal Kepada Mu!
Hidupkanlah Pemilik Hati-Hati Ini Dengan Makrifat Tentang Mu!
Seandainya Engkau Ingin Mematikan, Maka Matikanlah Pemilik Hati-Hati Kami Ini Dalam Keadaan Syahid di Jalan Mu!
Kerana Kami Tahu!
Bahawa Engkaulah Sebaik-Baik Sandaran!
Sebaik-Baik Penolong!
Perkenankanlah Permintaan Kami Ini!
Ya Allah Ya Tuhan Kami!,
Sesungguhnya kami meletakkan-Mu di batang-batang leher musuh2 kami!
Dan kami berlindung dengan-Mu daripada kejahatan2 mereka!
Ya Allah Ya Tuhan Kami!,
Leburkanlah kumpulan2 mereka!
Pecah belahkan dan kacau bilaukan persatuan mereka!.
Goncangkan pendirian mereka!
Dan hantarkanlah anjing2 kamu kepada mereka.!
Wahai Tuhan Yang Gagah Perkasa!
Wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa!
Wahai Tuhan Yang Bersifat Murka!
Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah
Wahai Tuhan yang menurunkan kitab!
Wahai Tuhan yang mengarakkan awan!
Wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera al-ahzab!
Kalahkan mereka!,
Dan menangkan kami ke atas mereka.!!