Friday, August 20, 2010

Mana Dia Pejuang Pakatan Rakyat?

karpal-singh1

nasib baik la ko ni karpal singh..kalau tidak, mesti kena UG UG UG UG UG UG ngn pejuang pakatan rakyat!..hehe

Hudud bukan jawapannya, kata Karpal


Pengerusi DAP Karpal Singh berkata hari ini beliau tidak bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa cara terbaik menangani masalah jenayah dan sosial ialah meminda undang-undang sivil dan digantikan dengan undang-undang hudud.

Karpal berkata partinya tidak dapat menerima sebarang bentuk pelaksanaan hudud di negara ini.

"Adalah silap bagi orang seperti Nik Aziz bercakap sesuatu yang tidak boleh diperkenalkan di negara ini. Perlembagaan Persekutuan hanya membenarkan Kanun Keseksaan dan undang-undang sivil lain dan tidak ada ruang untuk undang-undang hudud," katanya pada sidang akhbar di ibunegara hari ini.

Karpal mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan itu semalam bahawa adalah wajar untuk berbalik kepada hudud oleh kerana beliau dakwa undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial.

Namun, kata Nik Aziz, keutamaan mestilah menerapkan taqwa atau pendidikan agama terlebih dulu di kalangan rakyat.

Karpal berkata beliau amat jelas dalam perkara itu dan tidak mahu berhujah dengan Nik Aziz kerana pandangan beliau (Karpal) berdasarkan apa yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan negara sekular.

Karpal berkata pada 1988, Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa hanya undang-undang sivil terpakai di sesebuah negara sekular.

Katanya, beliau tidak bersetuju dengan cadangan kerajaan untuk mengenakan hukuman mati dalam kes buang bayi, dan menambah adalah lebih baik menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dan mengenalpasti punca masalah sebenar.

- Bernama


http://malaysiakini.com/news/140704

ni kenyataanTGNA tentang hudud..


p/s: kah..kah..kah

~kita mestilah setia pada pakatan..
~kita kena jaga semangat setiakawan..
~kita kena ingat janji..
~berdosa langgar janji..

so, soalannya mana dia yang kononnya pejuang pakatan rakyat itu??..

kah..kah..kah!


p/s:

hehe

3 comments:

PEMENANG said...

apa la ko ni madsha....semamngnya dalam pakatan ada perbezaan ideoloji..

sebab tu kena ada keterbukaan....

kena pandai main

dalam pakatan mudah yang mana kta sama kita kerjasama

yang mana kita berbeza kita bersainglah secara sihat....

kata TGHH kalau x silap Dap jual produk dia PAS jual produk dia PKR jual produk dia kita tengok rakyat suka produk sapa....tapi kena la jatuhkan gerombolan dulu

aku rasa orang cam ko ni mungkin layak berjuang di kelantan saja...

ko kena positif sket dengan pakatan dowh......

PEMENANG said...

tengok gaya dakwah ko nih aku rasa lari org2 bukan islam dengan org2 jahil cam aku.......ko dakwah dengan org2 islam yang baik2 sajalah...kah4

-saya pro pakatan..hehe

Safwan Roslan said...

Balasan: http://pelajarperubatan.blogspot.com/2010/08/untuk-orang-pas-seperti-madsha-yang-tak_24.html