Friday, April 29, 2011

Baca Harakah Dan Suara Keadilan Pun Haram?


KUALA LUMPUR 27 April – Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din menafikan ada mengeluarkan kenyataan bahawa membaca Utusan Malaysia sebagai haram dari segi Islam seperti mana yang dilaporkan oleh akbar Suara Keadilan.

Menurutnya, beliau langsung tidak menyentuh bahawa membaca Utusan Malaysia haram sebaliknya mengulas apabila ditanya mengenai berita-berita yang tersebar di negara ini.

"Saya diminta mengulas mengenai berita-berita yang kini tersebar di media massa dan elektronik. Sepanjang ulasan, saya langsung tidak sebut secara khusus seperti dilaporkanSuara Keadilan membaca Utusan Malaysia adalah haram.

"Itu bukan perkataan saya, kita perlu adil kepada semua, saya sendiri baca Utusan, tak kan saya baca saya kata haram. Sebaliknya saya ulas soalan yang ditanya berasaskan kepada al-Quran," katanya di sini hari ini. - Utusan


p/s :

1) haram tak haram BUKANLAH terletak pada ke utusan nya itu, BUKAN juga pada membacanya!

2) yg haramnya adalah pada penulisnya sekiranya apa yang ditulis itu BERITA FITNAH, JIJIK, KOTOR dan TIDAK MENEPATI KEHENDAK AGAMA!

3) maka, sekiranya penulis HARAKAH maupun SUARA KEADILAN pun melakukan benda yang SAMA, maka HARAMLAH juga hukumnya!

4) dan sekiranya PEMBACA juga MEMPERCAYAI dan BERIMAN kepada mana-mana media TANPA PENELITIAN dan USUL PERIKSA yang BERSUNGGUH maka APA BEZA LAGI PENULIS dan PEMBACA?

5) tapi REALITINYA bagaimana? MEDIA mana yang MENGHIDANGKAN FITNAH DAN KEJIJIKAN YANG TIDAK BERASAS? tepuk dada, TANYA IMAN!

6) SAYA?.. saya BERKECUALI! hehe.. TAPI SAYA TAK NAFIKAN BAHAWA UTUSAN SENGAJA membawa fahaman RASIS, MENCETUS KETEGANGAN ANTARA KAUM dan media PEROSAK MINDA RAKYAT yang PALING AGUNG di MALAYSIA!

7) Wallahua'lam!


2 comments:

PEMENANG said...

tapi kan madsha ...aku rasa elok juga utusan ini dibaca...sebab kita kena dedahkan kita kepada macam2 jenis pembacaan....dedahkan diri dengan pelbagai jenis sumber........buka mata buka telinga buka hidung....kah345

baca bible baca kitab veda......baru macho!

ni kire libertarian ke camni?

madsha_88 said...

1)'HARAM' mengHARAMKAN orang MEMBACA!..

2)kita KENA JADI UMAT yang MEMBACA!

3) dan yang PALING PENTING adalah MEMBACA tu UNTUK SIAPA?