Tuesday, October 28, 2008

Bermula Era 20-an

“Kita adalah satu kaum yang diberikan kemuliaan ( kehebatan ) oleh Allah (hanyalah disebabkan) Islam maka sesiapa yang mencari kemuliaan selain apa ( Islam ) yang dengannya Allah telah muliakan kita, nescaya Allah akan menimpakan kehinaan kepada kita.”

Saidina Omar Al-Khattab


28 Oktober 2008..hari ni genaplah umurku 20 tahun(muda lg..hehe)..maka dgn itu automatik la bertukar status drpd belasn kpd puluhan..isk2..sedihnye..walauapepun umur belasan dan umur puluhan mesti la kena ade sikit perubahan..xkan nk sama lg kot..



Perubahan yg bagaimana?..ye tak ya..perubahan dari kurang baik kpd baik atau kalau da baik kpd yg lebih baik..barangsiapa hari ini kurang baik dari semalam maka celaka lah dia..(xcaya tnya Bai sbb dia selalu guna..hehe)..


Bagi aku, tiada lah yg lebih baik selain drpd melaksanakan islam dlm diri kita pastu keluarga, masyarakat dan juga negara..utk melaksanakan islam ini, tdk dpt tdk lah kpd kita utk memahami apa itu islam sebenarnya..iaitu memahami islam secara menyeluruh dan bukan yg telah dijuzuk-juzukkan atau memahaminya secara pandai2 sendiri sahaja..


Jadi, kata-kata Saidina Omar di atas angaplah sebagai perangsang atau motivasi kpd diri kita utk melaksanakan Islam dalam diri kita ini semampu yg boleh..xleh buat semua, jgn tinggal semua..Akhirnya, hayati nasyid di bawah ini..sedih mengenangkan diri ini yg selalu berazam dan azam hanya tinggal azam..dan tahun ini mahu berazam lg walau diri telah malu sendiri..


Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi

Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku


Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di
sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya


Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar

Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih


Sempena ini juga..terima kasih yg tak terhingga kpd kedua ibu bapa yg sabar melayan karenah aku, yg menjaga dan mendidik dari kecik hinga la besar, yg xmungkin dpt kubalas dan kutandingi jasa-jasanya kpd ku..tenkiu jugak yg belanja aku mkn td, yg ucap selamat hari lahir dan yg mendoakan cpt kawin(mak xbagi la..hehe)..ok..tu je..

Thursday, October 23, 2008

Cukup Bagiku Allah


Penuhi jiwa ini dengan satu rindu,
Rindu untuk mendapatkan rahmat-Mu
Meski tiada yang ku harap debu cinta-Mu
Meski begitu hina ku bersimpuh

Cukup bagiku Allah,

Segalanya untukku
Dihatiku ini penuh terisi,

segala tentang Allah
Kepada nabiMuhammad,

tercurah solawat Allah
Tiada Tuhan selain Allah,

cukup bagiku Allah

Hasbi Rabbi Jalallah
Mafi qolbi Ilallah
‘Alalhadi solallah
Laa ilaa ha Illallah


Cukup Bagiku Allah

Cukup Bagiku Allah

Cukup Bagiku Allah...


Album : Istighfar
Munsyid : Opick feat Gito Rolis
http://liriknasyid.com

Thursday, October 16, 2008

Bahrain

Salam..ni bukan nk update sgt tp sbb meraikan kemasukan tenet kat umh aku..maka aku update la masa perjalanan pulang ke Cairo smlm..tp kat bahrain je la ye..cerita bergambar ye..hehe


Igtkan
aku sorang je balik 14 hb..rupanya ramai giler..dak tahun 1 yg baru ramai giler..akhawat 5-6 org dan anas ngn abduh(zaqaziq)..seb baik ade gak kawan..dah r tu..tgk gamba la plak..hehe


dalam perjalanan ke hotel..

Bahrain International Hotel..tempat kami dicampakkan masa kat Bahrain

3 budak mesir yg berkebetulan jumpa kat bahrain..time dinner..hotel tu bagi mkn dinner ngn breakfast je..mkn stail layan diri lak tu..best la jugak..

lps dinner g round2 sekitar hotel..kejap je..sbb panas giler..pastu balik hotel dan trus tido..

ni lps breakfast..aku ngn abduh(zaqaziq) je g round..

jumpa tgh jalan..ambik gamba sekeping..hehe..pastu balik n check out dan g airport..

sesampainye kat airport..flight pulak delayed 7 jam lamanye..sedih giler..

tanda bosan..hehe..oleh sbb delayed gulf air bagi mkn tghari..7 jam ditukar dgn mkn tghari je..xberbaloi..nasib badan la..spatutnya kul 10 pg, dsbbkan delayed jd kul 4 ptg..sampai cairo kul 7 lbih..


p/s: ni mase kat bahrain..esok kat cairo lak..

Friday, October 3, 2008

Selamat Pengantin Baru

Ya Allah Ya Tuhanku, seandainya telah kau catatkan dia milikku,
tercipta buatku, dekatkanlah dia padaku,
satukan hatinya dengan hatiku,

titipkanlah kemesraan di antara kami agar kebahagiaan itu abadi.
Dan Tuhanku
Yang Maha Pengasih,
seiringkanlah kami dalam melayari ketepian yang

sejahtera, sepertimana yang Engkau kehendaki..

Doa Untuk Pengantin..




Selamat Pengantin Baru Buat Syidi dan Alia..

moga terus menerus berbahagia di dunia dan berkekalanlah hingga ke syurga nanti..

Amiin Ya Rabbal Alamin..


p/s: pendahuluan baru ni..sbb sofuan azahri(jordan) nk tgk..hehe..
seksok aku edit la ye..tu pun klu rajin..huhu

amaran:atas tu gamba guna hp je tu..sori r..

Tuesday, September 30, 2008

Dari Sahabat Untuk Sahabat..


Ramadhan..
Kedatangan mu dinanti-nanti,
Pemergianmu ditangisi,
Hati terdetik sebuah keinsafan,
Layakkah diterima segala amalan?
Tertolakkah kerna pudarnya keikhlasan?


Menjelang tiba hari kemenangan,
Perasaan gusar mula berlegaran,
Bertemukah Ramadhan tahun hadapan,
Atau inikah Ramadhan pengakhiran?


Salam Aidilfitri sahabatku sekalian,
Moga dterima segala amalan,
Salah silap pohon kemaafan,
Moga lebaran dilimpahi keberkatan,
Moga juga ruh Ramadhan kan sentiasa berterusan


Eid Mubarak buat semua!..
Maaf Zahir Batin..


p/s: buat sahabat2 yg berdekatan..jemputlah dtg ke rumah raya ke-2 ni!!

Sunday, September 28, 2008

Rapuh


detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan


seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati


di antara lelahnya jiwa

dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidupku

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertakhta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu


Rapuh
Album : Ya Rahman

Munsyid : Opick

http://liriknasyid.com





Tuesday, September 9, 2008

Lelaki Dulu Dan Kini

Salam Alayk..setelah habis membaca novel Syabab Musafir Kasih..kenangan semasa berjaulah ke Syria kembali segar diigatanku..ini kerana latar tempat yg digunakan penulis adalah Syria atau Syam..khabarnya penulis menulis novel tersebut semasa sedang belajar di Syria..disamping itu, kehidupan di Syria atau Mesir yang lebih kurang sama ini menyebabkan membaca novel ini terasa enak sekali..hehe..

Omayyad Mosque, Damascus, Syria-in memory

Contoh yg disebut seperti masjid umayyah, suq hamidiye, baramkay jabal qasiun, bludan, van service dan banyak lg menyebabkan detik-detik indah semasa disana terngiang-ngiang di kepala..hehe..poyo..ni kenangan semasa di Syria..sape nk tgk tekan sini..


Poyo, poyo jugak..Ramadhan ni jgn la pulak dilupakan..jadi, kali ni aku ingin kongsi satu sajak dlm novel tersebut yg bertajuk lelaki..fokusnya kpd lelaki la..jadi, kepada lelaki-lelaki diluar sana tu..silah ambil perhatian!..


LELAKI..


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mendongak megah,
Lelaki kami Assadullah, Saifullah,
Tokoh ramai tak terkira,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya menunduk lemah,
Tokoh kami sedikit sekali,
Ramainya boneka Yahudi.


Dulu,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya tenang di hati,
Lelaki kami menjaga, melindungi,
Kini,
Bila disebut lelaki,
Wanitanya mahu cabut lari,
Lelaki khianat, perogol bersiri.


Dulu,
Bila seorang wanita teraniaya,
Sepasukan kuda putih membela,
Al-Mu'tasim kebanggaan wanita,
Kini,
Ribuan wanita suci dipenjara,
Fatimah diperkosa minta dibela,
Lelaki tunduk tak bertenaga.


Dulu,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki memagari sehabis daya,
Tiada siapa berani menggoda,
Kini,
Bila wanita di bawah jagaannya,
Lelaki tak kisah auratnya terbuka,
Wanitanya dibiar bebas, binasa.


Dulu,
Lelaki menggadai harta dan nyawa,
Untuk mengangkat kemuliaan agama,
Kini,
Lelaki menggadai ketinggian agama.
Demi nafsu, dunia dan seisinya.


Dulu,
Lelaki bermatian mencipta sejarah,
Kental berjihad, tekun berdakwah,
Kini,
Lelaki hanya menyanjungi sejarah,
Diri bermalasan, tenaga tak dikerah.


Dulu,
Lelaki memperjuangkan deen dan ummah,
Al-Farouq, Zunurain mati terbunuh,
Kini,
Lelaki memperjuangkan diri dan kroninya,
Hingga sanggup membunuh.


Dulu,
Lelaki bersatu menghadapi musuh,
Angkatannya kuat dan teguh,
Kini,
Lelakinya berpuak dan berpecah,
Sesama sendiri saling bertelingkah.


Kembalilah lelakiku,
Pada kelakianmu,
Kami rindukan lelaki dulu,
Acuan Madrasah Rasul.


Srikandi,
Damsyik, Syria.


Biasalah!..Bila perempuan yg tulis sajak..kata kat lelaki..bila laki tulis sajak kata kat perempuan..bila perempuan tulis novel, hero nye mesti perempuan, bila lelaki tulis, lelaki la heronye..biasanya begitu la..


Mengenai sajak diatas pula, bagi saya sajak tersebut tidak lah begitu adil kepada semua kaum lelaki..lelaki dulu ataupun lelaki kini, hakikatnya sama saja..ada yg jahat, ada yang baik..dan akan berterusan sehinggalah ke hari pembalasan..kalau tak percaya..rujuklah sejarah kerana sejarah itu sentiasa saja berulang..


Walauapapun, think positively..moga-moga lelaki-lelaki yg sedang lena diulit dunia yg sememangnya lazat ini, cepat-cepat tersedar bahawa kewajipan yg teramanah ini, lebih banyak daripada masa yang ada..termasuklah juga diriku yg hina ini..


Wallahua’lam

Saturday, September 6, 2008

Syabab Musafir Kasih


Syabab,
lahirmu bagaikan tak berharga,

kesusahan hidup mendesakmu berdikari,

dalam keliru kau mencari identiti diri,

ketulusan jiran mengajarmu kehidupan,
cabaran berterusan berbuah kematangan,



Wahai Syabab,

ketekunanmu mengoborkan cita-cita,

semangatmu bak api marak menyala,
kau pemuda harapan,
sinar menantimu dihadapan,

bebaskanlah pemuda,
dari belenggu kejahilan,
kau mampu berlari kencang,
mencipta gelombang.

Ayuh Syabab!



Novel ini digarap istimewa buatmu, jua buat diriku yang selalu lupa. Moga ia menemui dirimu dalam keadaan hatimu lembut lunak ingin disapa kebenaran Allah SWT.
Ingin kubelai hatimu dengan salam perjuangan. Kubisikkan doa, bangkitlah hai pemuda-pemudi agama, membaiki diri dan menyeru orang lain. Terimalah hadiah tak seberapa daripadaku ini, Syabab Musafir Kasih..
Fatimah Syarha Mohd Noordin



Ayuh! Kau pemuda,

gagah bertenaga,

kreatif berwibawa,

Bangkitlah membela!


p/s: ni la pertama kali beli novel dlm hidup ni..


Wednesday, September 3, 2008

Sunday, August 31, 2008

Perpaduan Teras Kejayaan

Logo Sambutan Ulangtahun Kemerdekaan Tahun 2008

'Perpaduan Teras Kejayaan' merupakan Tema Hari Kebangsaan kali ke-51..dan bawah ni merupakan lagu tema kemerdekaan tahun ini..ok la jugak..sapa2 nk dengar lagu ni boleh la download disini


Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa


Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni


Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita


Bersatu...Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan


Berpadu...Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan


Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Saturday, August 30, 2008

Ulama Dalam Sorotan Kemerdekaan


Salam merdeka!


La ni pukul 12.26 a.m..baru sekejap td negara kita menyambut hari kemerdekaan yang ke-51..merdeka adalah konsert, nyanyi, joget, ketawa, dan suka-suka saja..kalau tak percaya..try la bukak tv masa ni..aku baru je tutup tv tu..hehe..sejak kecil sampai la mlm ni tiap kali sambut merdeka itu la saja acara wajibnya..ibarat tiada konsert maka tiadalah dinamakan merdeka..


Tu bahagian konsert..tadi masa g antar ayah aku kerja terserempak ngn budak2 naik basikal konvoi ramai2 bawa bendera Malaysia..merdeka la tu kononnya..mat2 rempit xjumpa la pulak..mungkin awal lg kot mase tu..


aku nk kluar mlm ni tengok suasana org sambut merdeka tp malangnya ayah aku xbagi la plak..adoi..biasa la duk rumah ni kena la ikut ckp org tua..barula jadi anak yang soleh..tak gitu??..hehe


Oleh kerana ayah aku xbagi maka aku pun merajuk la..hehe..maka aku bukak la tv..bukak –bukak tengok org nyanyi..nyanyi, nyanyi dan nyanyi sampai mati..bengong punya tv..aku pun tutup lalu mengadap laptop dan bukak tenet dan rasa mau update blog..hehe

Ulama Dalam Sorotan Perjuangan Kemerdekaan..tajuk sbuah buku yang dikarang oleh Ust Riduan Mohd Nor..buku ni lama dah aku beli..beli je la, bacanya tidak..masalah jugak gini ye..jd, lps aku update ni insyaallah aku baca..hehe


Kali ni aku nk kempen org beli buku ni je..yg balik Malaysia tu boleh la beli kat kedai..buku ni lebih kepada sejarah alim ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan yang bermandi keringat , darah dan juga yg syahid dlm perjuangan..TETAPI jasa-jasa mereka terus saja dilupakan malah langsung tidak dicatitkan dalam buku sejarah moden hari ini..seolah-olah tiada langsung jasa ulama dalam memperjuangkan kemerdekaan yg kita kecapi hari ni..


Bukan saja dilupakan malah dibohongi dan juga difitnah sbagai penderhaka dan sebagainya..hari ni generasi muda disajikan dgn sejarah yg ditulis oleh satu pihak sahaja..saya kira buku ini sgt-sgt lah digalakkan kpd generasi muda utk membacanya agar dpt mengetahui sejarah yg sebenarnya sejarah..moga-moga jasa alim ulama ini tidak lg dilupakan..


Disamping itu, utk mendengar ceramah wacana kemerdekaan bolehla sahabat2 download disini..tu pun jika tenet anda laju..wacana ini disampaikan oleh ust riduan mohd nor..pengarang buku tersebut..drpd wacana yg disampakain itu, anda akan tersentuh hati anda kerana betapa banyaknya jasa-jasa ulama yang langsung dilupakan dan betapa pahitnya sejarah mereka dalam memperjuangkan kemerdekaan dan betapa bohongnya sejarah yg ada pada hari ini


Akhirnya sebagai menghargai jasa-jasa ulama dahulu yang berjuang sehingga dpt kita menikmati kemerdekaan spt hari ini..sama-sama lah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada mereka..Al-Fatihah..


Dan Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan kali ke -51..Merdeka!


Friday, August 15, 2008

Kelantan


salam..lama benar rasanya saya tidak berbicara dalam blog ini..barangkali sudah ada yang kerinduan untuk mendengar saya berbicara di alam maya ini..hoho..biasalah..kita manusia..rindu itu fitrah insani bukan?..dan mungkin juga ada yang telah menyampah..ini pun biasalah juga..walau apa pun..saya adalah saya..yang akan update bila ada mood sahaja..atau tika rasa bosan menjelma..sekarang ini saya sedang-sedang hendak bosan..jadi tiba-tiba sahaja perasaan untuk update itu datang..


saya pun tidak tahu nak update apa..jadi kali ini saya update tentang negeri saya yang tercinta lah..hehe..


islam kita junjung
adab kita jaga
kelantan negeri kita
teraju perubahan..

sebenarnya tidak ada apa-apa perubahan pun..sama lagi macam dulu..
tapi..

satu je.. semua stesen minyak di negeri ini turut sama mengikut negeri-negeri lain..
minyak dah kena isi sendiri..
berkuat kuasa 1 ogos..
arghhh..susah giler..
hilang habis nikmat kebebasan yang dikecap selama ini..

posing kat stesen petronas..kat kl ni bukan kelantan..


itu saja utk kali ini..hehe