Friday, July 31, 2009

Wajarkah ISA di Mansuhkan?


Perhimpunan Besar

Esok satu perhimpunan dan perarakan besar bakal diadakan bagi membantah satu akta yang 'dikatakan' zalim oleh pihak-pihak tertentu. Perhimpunan anjuran GMI(Gerakan Mansuhkan ISA) tersebut dikatakan akan berarak dari tempat yang telah ditetapkan penganjur ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada YDP Agong.

Pro-ISA vs Anti-ISA

Esok juga bakal mencatatkan sejarah dalam tanah air kita kerana pertama kalinya pihak yang menyokong dan membantah ISA ini berkumpul serentak. Ya, berkumpul sama-sama. Mahu pening YDP Agong dibuatnya. Walaupun tidak mendapat permit dan dilarang keras oleh pihak polis, kedua-dua pihak tekad untuk meneruskan jua misi mereka.

Apa-apa pun, yang pastinya kedua-dua belah pihak mesti mempunyai hujah masing-masing untuk 'membenarkan dan menghalalkan' tindakan mereka itu.

Pinda atau Mansuh?

Terus saya bagi contoh agar mudah difahami. Solat. Jika orang yang solat itu tidak khusyuk dan banyak melakukan kesalahan dalam solat. Adakah kita menasihatinya agar tak payah solat lah, kalau solat pun berdosa ataupun lebih baik kita menasihatinya agar memperbaiki solatya itu agar lebih sempurna dan maqbul disisi Tuhan?.

Tapi dalam kes ISA ini saya tidak tahu, samaada boleh 'diqiaskan' dengan perumpamaan diatas ataupun tidak?

Jadi, saya sebagai orang awam yang jahil tentang agama ini sangatlah bersetuju dengan bekas Mufti Perlis, DR Maza yang mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan ISA ini. Boleh diikuti disini.

Sertai atau tidak?

Sebagai pengakhiran saya sertakan tulisan us nik abduh di blognya yang juga salah satu keluarga mangsa ISA. Kata-kata yang agak keras saya kira.


Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.

Jadi kepada semua, wajarkah ISA dimansuhkan??

No comments: