ISMA
Dalam kitab Abjadiyyat at-Tasawwur al-Haraki lil Amal Islami (Tasawwur Asasi Gerakan Islam) tulisan Sheikh Fathi Yakan pada bab 'Mesti ada kesatuan dalam amal Islami' beliau ada menyatakan bahawa ketika mana Inggeris ingin menghancurkan sebuah gerakan Islam di Semenanjung Benua India pimpinan Sheikh Ahmad bin Irfan maka ditajalah sebuah lagi gerakan Islam dibawah pimpinan Ghulam Ahmad Qadiani untuk menyaingi dan memecahbelahkan gerakan Islam yang telah ada!
Walaupun namanya gerakan Islam dan membuat kerja-kerja yang zahirnya Islam tapi hakikatnya adalah untuk merosak dan memecahbelah sebuah kesatuan. Strategi 'pecah dan perintah' inilah yang digunakan oleh mana-mana penjajahan pun!
Sama juga dengan Masjid Dhirar pada zaman Rasulullah SAW dulu, sama saja modus operandinya, berbeza hanya pada latar tempat dan wataknya saja.
Justeru, saya amat berharap agar ianya tidak lagi berulang pada zaman kita ini dan kesatuan yang dicanang-canangkan itu bukan 'manis dibibir mulut saja' tapi direalisasikan dengan amal dan perbuatan. Wallahua'lam
"ISLAM UNTUK SEMUA"
p/s :
1) rambut lain-lain tapi hati sama 'putih'?
2) ISMA Alat UMNO?
3) HIMPUN fitnah untuk Islam?
4) Muslim yang tak berfikir saja sokong HIMPUN?
5) Keris telanjang?
6) Andaikata 'Ikatan Kristian Malaysia (IKMA)' pula menganjurkan HIMPUN untuk menguatkan akidah penganut Kristian dari diselewengkan mubaligh Islam dan menaikkan pula banner 'Cina Sepakat, Kristian Berdaulat' kerana waqi'iyyah jiddiah nya hampir semua Kristian dinegara ini adalah bangsa Cina. Apa perasaan umat Islam ketika itu?
Fikir-fikirkan dan selamat beramal!

1 comment:
Salam. Malulah saudara dgn fitnah yg dibuat.
"Melayu Sepakat Islam Berdaulat" merupakan salah satu dari 6 slogan yg dibenarkan dlm HIMPUN. Jd mmg la siapapun akan letak slogan tu di banner masing2. Kenapa tak tunjuk banner2 yg lain tu? Juga tak tunjuk banner2 yg diangkat oleh badan2 lain juga?
Malulah saudara sbb org bukan islam gelak ngk kita ni dok kutuk sana sini sesama muslim.
Slogan Melayu Sepakat Islam Berdaulat tu adalah aslinya dari ISMA. Jika org lain setuju dgn slogan ini juga maka kami persilakan. Jgn mengambil slogannya saja tp ambillah juga isi dan penghayatannya. MELAYU SEPAKAT ialah cara, ISLAM BERDAULAT ialah matlamat. Adakah tak betul dlm konteks di Malaysia ni bahawa kalau Melayu Sepakat maka Islam akan berdaulat?
Sila fikir keluar dari mentaliti politik. Berlapang dada dlm perkara yg berbeza, bersatulah dlm memartabatkan Islam.
Wsalam.
Post a Comment