Tuesday, August 11, 2009

Bilakah Lagi Kita Semua Satu Hati?




Bilakah lagi..
Kita semua satu hati?

Bilakah lagi…
Keamanan kan dikecapi?

Bilakah lagi…
Islamkan di julang tinggi?

Bangunlah wahai umat..
Kita satu hati!

Marilah bersama, bersatu, berjihad
Menentang kezaliman

Oh..insan sedarlah
Pembalasan tuhan pasti akan datang!

Jangan takut!
Jangan takut…berjuanglah untuk keamanan..

Bilakah lagi.. Kita semua satu hati?

Satu Hati
La Khauf

Friday, July 31, 2009

Wajarkah ISA di Mansuhkan?


Perhimpunan Besar

Esok satu perhimpunan dan perarakan besar bakal diadakan bagi membantah satu akta yang 'dikatakan' zalim oleh pihak-pihak tertentu. Perhimpunan anjuran GMI(Gerakan Mansuhkan ISA) tersebut dikatakan akan berarak dari tempat yang telah ditetapkan penganjur ke Istana Negara bagi menyerahkan memorandum kepada YDP Agong.

Pro-ISA vs Anti-ISA

Esok juga bakal mencatatkan sejarah dalam tanah air kita kerana pertama kalinya pihak yang menyokong dan membantah ISA ini berkumpul serentak. Ya, berkumpul sama-sama. Mahu pening YDP Agong dibuatnya. Walaupun tidak mendapat permit dan dilarang keras oleh pihak polis, kedua-dua pihak tekad untuk meneruskan jua misi mereka.

Apa-apa pun, yang pastinya kedua-dua belah pihak mesti mempunyai hujah masing-masing untuk 'membenarkan dan menghalalkan' tindakan mereka itu.

Pinda atau Mansuh?

Terus saya bagi contoh agar mudah difahami. Solat. Jika orang yang solat itu tidak khusyuk dan banyak melakukan kesalahan dalam solat. Adakah kita menasihatinya agar tak payah solat lah, kalau solat pun berdosa ataupun lebih baik kita menasihatinya agar memperbaiki solatya itu agar lebih sempurna dan maqbul disisi Tuhan?.

Tapi dalam kes ISA ini saya tidak tahu, samaada boleh 'diqiaskan' dengan perumpamaan diatas ataupun tidak?

Jadi, saya sebagai orang awam yang jahil tentang agama ini sangatlah bersetuju dengan bekas Mufti Perlis, DR Maza yang mencadangkan agar Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan fatwa berkenaan ISA ini. Boleh diikuti disini.

Sertai atau tidak?

Sebagai pengakhiran saya sertakan tulisan us nik abduh di blognya yang juga salah satu keluarga mangsa ISA. Kata-kata yang agak keras saya kira.


Arahan menafikan hak untuk berhimpun adalah salah dan batil. Seruan menyokong ISA oleh Pewaris dan PPIM adalah karut dan jenayah terhadap ugama, negara dan bangsa. Sesiapa yang teragak – agak dan ketakutan untuk menyertai perhimpunan ini adalah memalukan. Anda bukan kelompok pejuang. Anda bukan pejuang negara dan bukan pejuang ugama. Anda hanya duduk untuk menumpang tuah orang berjuang. Anda keanak - anakan, betina berlagak lelaki, tua berlagak muda.

Jadi kepada semua, wajarkah ISA dimansuhkan??

Mencekah Durian Membuat Lepuk

Salam Dari Bumi Malaysia..

Hari ini cukuplah seminggu aku duk kat umh..kali ni aku nk ajar cara-cara membuat lepuk..haha..aku sbenarnye xde lah berehi sgt lepuk2 ni..tp xpe, belajar la dulu..betul x?

Utk nk buat lepuk ni xde la payah sgt..tp utk menggaulkannya memerlukan stamina dan kesabaran yg amat tinggi..sebab tu aku xgaul..mak aku yg gaul..hehe..(dasar budak malas)..

Step2 nya seperti berikut...



mula2 cekah dulu durian..durian untuk dicekah

sedang mencekah durian

durian yg telah dicekah..erm..sedapnyer..hehe

per isikan durian tersebut dgn membuang bijinya dan terus masukkan dlm kuali..ni masa awal2 dlm kuali

pastu campur gula..pastu gaul sampai jd kental kot..ni masa nk masak dah..

Begitula lebih kurang..ok..la..stakat ni dulu ya!..

p/s : "mencekah" tu dlm bahasa kelantan..sengaja digunakan bahasa tersebut kerna bahasa laur amat xsenonoh..hehe..

Thursday, July 16, 2009

Result Tahun 3

Pertamanya, Alhamdulillah 'ala kulli haalin wa ni'mah dan jugak alhamdulillah gak kerna bagi aku lulus tahun 3 yg membolehkan aku naik tahun 4..satu nikmat yg langsung tak boleh utk aku mendustainya

Walaupun result xseberapa mantap..aku nk buh gak kat sini..walaupun aku tau mesti budak2 yg cemerlang gelak je tgk result aku..tp aku xkisah pun!

gelabah gila nk buh kat blog, padahal result hampeh..haha..ikutlah apa orang nk kata, yg penting aku bahagia..hehe..

satu lg, tahun ni dpt syafaat lg utk microbiology..aku pun xtau adakah ini nikmat ataupun istidraj sajautk menambahkan lg kesesatan ku..nauzubillah..

kpd shabat2 yg durr..peluang masih ada!..jom naik tahun sama2!

ok..itu saja!


Friday, July 10, 2009

Islam : Adil Untuk Semua!


Islam : Adil Untuk Semua!
Buku Terbaru Karangan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang..

disebalik kalut ribut isu UG dimainkan,
disebalik kalut ribut isu pertembungan professional ulama dimainkan..
walaubagaimanapun..
perjuangan harus diteruskan
dan
usah dipedulikan apa yang mereka kata!

p/s: us fawwaz kempen suruh beli buku ni..
sumber :http://pts.com.my/index.php/buku/3436/

Saturday, June 27, 2009

Exam Pun Tamat..

setelah 2 bulan lebih berexam(tensen gila sistem exam kat mesir ni)..
Hari ini secara rasminya,
tamat lah exam tahun 3..yahoooo..hehe


Dua nikmat yg manusia sering lupa..nikmat sihat dan waktu lapang..

pandai-pandai la ye..kita da besar kan?..kan?..hehe


Tuesday, June 23, 2009

Selamat Hari Bapa


selamat hari bapa
insaf r korang!
tgk video kat bwh ni..


Monday, June 22, 2009

Mencuba Untuk Menulis

unity government tidak lg berbangkit!..
kredit utk mso utk gambarnya..
Salam Perpaduan!

Hai!..Apa khabar semua..moga sihat2 belaka dan moga2 senantiasa kita semua berada di bawah rahmat dan pengampunan-Nya..

Hari ini sedang duk main tenet umh bai ni..bai pun ckp..blog ko dah mati ke?..hehe..aku pun ckp xtau la..xde tenet kat umh la..dan mcm2 alasan lg utk tdk update blog ini..(malas ckp je malas..kan senang!..hehe)

Tak Mati lagi!..

tp yg pastinya tuan blog ini tak mati lagi!..oleh kerana dia tak mati lagi maka dia cuba utk update walaupun terpaksa memungkiri "janji" nya utk tidak mengupdate blognya sehingga exam tamat..

exam pun tinggal 1 je lg(oral pathology)..kira halal la update blog ni ye..hehe..

Menulis itu susah!

Menulis ni susah..byk habis masa dan jugak sakit otak utk berpikir..(igt senang ke menulis?)..walauapapun menulis ni tetaplah kerja yg mulia jika menulis perkara yg betul dan jugak boleh jadi celaka jika utk menabur fitnah ataupun menjadi barua org2 tertentu..(moga kita terlindung dari menulis bende2 keji dan sebagainya)

Blog ini pun satu..sudah sebulan lebih tak update..jadi utk memulakan kembali, Tuhan sajalah yg tahu betapa susahnya utk kembli menulis..macamlah puasa sunat, kalau kita sentiasa melaziminya maka senang saja, tapi bila dah stop utk beberapa ketika..Tuhan sajalah juga yg tahu betapa susahnya utk kembali..(ingat senang ke nak ke syurga?)

ok.itu saja utk permulaan ini..

Mencuba Untuk Menulis..Doakan Saya ye!.. Moga terus thabat di jalan ini..



dan juga
Selamat Hari Bapa buat Ayahanda tercinta..

p/s: sempena hari bapa ni sila baca post ini..


Sunday, May 10, 2009

Sedang Exam

pau kat perubatan.org..hehe

baru abes exam praktikal..lega senafas..written dan oral bakal menjelma..
doa kan kami ye..

dan juga

Selamat Hari Ibu buat bonda tersayang..
Terima Kasih Yang Tak Terhingga Ku ucapkan,
kerna sudi mendidik diri ini

dan juga
Maafkan salah silap anakanda ya..


Malu

Tuesday, May 5, 2009

Post ke-100 : Ubat Tenang


Firman Allah bermaksud :

maka adapun manusia,

apabila Tuhan mengujinya,

lalu memuliakannya dan memberi kesenangan kepadanya,
maka dia berkata

"Tuhanku telah memuliakanku"


Namun,
apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya,
maka dia berkata

"Tuhanku telah menghinaku".


(Al-Fajr : 15-16)


ayat dari surah al-fajr diatas memunjukkan bahawa adanya golongan manusia yang tersilap paham apakah yg dimaksudkan dengan ujian..

mereka kata,
kesenangan = Tuhan memuliakannya
kesusahan = Tuhan menghinakannya

sekali-kali tidak!

bagi kita orang muslim mukmin
wajiblah kita percaya bahawa susah senang, kaya miskin, mumtaz ataupun gagal,
semua itu merupakan ujian daripada Allah!

bukanlah ujian itu adalah ketika susah, sakit, ditimpa bala dan sebagainya sahaja..

akan tetapi,
kesihatan kesenangan,kemumtazan juga merupakan ujian..

justeru, aku tertanya-tanya,
apakah ujian kepada orang diberikan kesihatan, kemumtazan ini?..
adakah sekadar mengucapkan alhamdulillah,
dan mengatakan inilah berkat usaha saya selama ni,
dan ucapan-ucapan seumpamanya..

setakat itu sahajakah ujian untuk orang yg cemerlang??
sama-sama kita fikir-fikirkan lagi ya!!
kecuali jackster..hehe

wahai tuhan tenangkanlah dadaku, dan permudahkanlah segala urusanku

p/s : ni baru microbe, cane nk menghadapi patho ni..Tuhan, janganlah aku tergolong dikalangan orang-orang yg melupakan Mu..

Saturday, May 2, 2009

All-Out Study!


Salam Study..


dalam duk sibuk2 study ni, banyak pulak isu2 semasa yg muncul ditanahair..nk jugak bg komen sikit sebanyak tp tenet yg xde menyebabkan hasrat itu sedikit tergendala..tangguh lain kali la ye..hehe

tp kali ni aku bukan nk sebut pasal isu2 tersebut..

dalam kita semua duk study, study dan study ni(tido pun byk jugak..hehe)..byk pulak benda yg aku fikir..

pertamanya mengapa perlu study gila2 begini..apakah yg kita kejar sebenarnya??..nak mumtaz ke?? ada apa dgn mumtaz? dan kalaulah takdir kita dpt mumtaz, ape lagi yg kita nak? nak suruh org puji? ke nk makan atas kapal?hehe

kalau bukan nakkan pujian dan dan yg sewaktu dgnnya tu cuba cakap, apa yg kita mahukan sebenarnya?..letih dah aku fikir..apa yg kita mahu sebenarnya drpd result yg mumtaz tersebut?

pahtu kita ckp Tuhan suka org cemerlang, suka org mumtaz..ya betul!..tapi kali ni saje aku nk persoalkan, betulke Tuhan suka org cemerlang?..

kalau gitu Tuhan suka la kat org kafir kerna mereka lagi cemerlang lagi mumtaz dari kita..betul tak?..semua ilmu mereka kuasai..realitinya begitulah..jadi persoalannya adakah tuhan lebih suka dan lebih sayang kepada mereka?..tidak bukan..

kesimpulannya, mumtaz atau tak, bukan bererti Tuhan suka ataupun tak..jadi atas sebab apa lagi kita mahu mumtaz?..cuba la jawab ye!

haha..boleh la sama2 kita fikir ya..

ok..nash da marah..kata nk study..sempat lg update blog..hehe

babai..

apakah yang dikejar dalam hidupmu
berkali ku kata padamu
kita singgah di dunia yang sementara
penuh dengan tipu daya..