Wednesday, December 2, 2009

Bila Muhyiddin Mengajar Agama Kepada TGNA

Dalam satu berita, Muhyiddin berkata: “Biarlah Nik Aziz lama dalam PAS kerana ia berguna juga”.Seingat saya kata-kata beginilah dahulu digunakan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat kepada pak lah semasa beliau masih lagi menjadi perdana menteri dahulu!

Secara peribadinya, saya merasakan kata-kata begini sangatlah bersifat politik! Kata-kata reverse psychology yang ingin menunjukkan betapa lemahnya seseorang 'musuh' politiknya.

Saya pun tak tahu lah apa niat muhyiddin sebenarnya tetapi andailah kata-kata tersebut bernada penghinaan, sangatlah saya rasa berdukacita! Hina benarkah TGNA dimata muhyidin?

Katanya, TGNA seolah-olah menyimpang dari landasan agama menyebabkan rakyat rasa tidak selesa dan bimbang. Mungkin disitulah muhyidin melihat keuntungan politiknya.

Tetapi apa yang melucukan adalah pandai pulak muhyidin membuat hukum dengan mengatakan TGNA selalu membuat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama.

Wow! Muhyidin belajar agama kat mana ya? Satu lagi, beliau berkata pemimpin pas turut sama bersubahat. Bersubahat kerana tidak berani menegur kesalahan pemimpin! Dalam Islam kalau kita tidak tegur perbuatan yang salah, kita turut bersubahat dengan orang yang melakukan kesilapan, katanya.

Haha. Sangatlah melucukan. Pandai juga beliau dalam bab agama ni ye. Kenyataan muhyidin ini juga menunjukkan pemimpin pas ni bodoh-bodoh belaka, tak belajar agama. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah! Boleh la kita panggil beliau 'shiekh muhyidin' lepas ni..hehe

TETAPI, ada benarnya juga kata-kata muhyiddin ini, secara peribadinya saya melihat pas dewasa ini sudah tidak macam dulu. Tak ade 'umph' bak kata us nasrudin tantawi. Kesalahan pemimpinnya didiamkan saja dan kadang-kadang nampak sangat cuba menegakkan benang yang basah!

Kadang-kadang gaduh sana sini secara terbuka macam orang bodoh je! Kalau bodoh tak payah jadi pemimpinlah! Buat malu je!

Apa nak jadilah dengan negara ini?

Arghhh..Pening dan Jijik dengan dunia politik!

oh Tuhan, tunjukkanlah aku jalannya!

Monday, November 30, 2009

Gambar Raya Aidiladha 1430 H

pagi aidiladha 1430 H, menuju ke masjid sayyeda zainab..selamat hari raya aidiladha kepada semua!

hujan malam raya menyebabkan jalan becak, manusia berpusu-pusu ke masjid

selepas khutbah raya, dalam masjid bersama ahlil bait

jumpa orang melayu!..rupanya ayahnya pada insyirah, dtg bercuti katanya?

ini nash, best student maahad muhammadi batch 05, pengarah seminar perubatan kali ke-3, masih solo lg, sape nak, cepat-cepatla!..hehe..

pulang dari masjid melalui jalan pasar, arab semelih binatang korban atas jalan dengan selamba nya..

lembu, cuak punya pasal, kotak pun kotak la jd makanan..

lorong depan rumah..

pastu, g asyir naik teksi ngn nash dan paid..tu berlakon je tu..hehe..tahun ni kumpulan aku kena kambing je..

copuk..ko wat ape tu?

cuba teka, tulang apa ni?..abes daging dibuangnya..

kepala kambing..

selesai kerja, bersama zunnur dan yb (anak buah husam musa..hehe)

najib, nash, dan eckm..aku bukan ambik gambar korang sebenarnya..hehe

eckm ngn abg faizal..semangat2!

unta?


Saturday, November 28, 2009

Baru Sekarang TGNA Mengaku Wujudnya Konspirasi!


Hari ini hari raya ke 2. Penat sungguh! Padahal makan je pun! Itu menunjukkan makan pun penat jugak! "Perlu mujahadah" jugak la bak kata orang-orang tarbiah!

Balik-balik dari tempat makan, buka internet hajatnya nak upload gambar raya. Adinda yang bongsu nak tengok gambar semelih unta! Tahun ni tak dak gambar semelih unta, gambar semelih kambing ada lah! Dah janji ngn adinda nk upload esok! Tunggu la ya!

Buka-buka internet, tersebar sudah pengakuan TGNA bahawa wujudnya konspirasi terhadap beliau! "Kolonel Mat" merancang semua, katanya! Siapakah kolonel mat ini? TGNA tidak menjawab detail menyebabkan rakyat marhaen tertanya-tanya! Itulah TGNA kalau nak kenal!

Maka, sempena raya korban yang kita disunatkan untuk berkorban ni. Apa kata kita tangguh dulu upload gambar, kita "semelih orang" dulu! Nak tak? Nak tak? Nak tak? Tak nak, keluarlah! Bodoh!(hehe)

Dulu masa saya sebut post ini, ramai dikalangan ahli pas yang marah kat saya, saya tak kecewa pun kerana saya tahu bahawa begitulah sifat yang ada pada manusia iaitu selalu bermusuh dengan apa yang mereka tidak tahu!

Saya jelas, saya tidak gentar pun dengan kutukan mereka! Kalau setakat ahli pas lah, sedikit pun saya tidak gentar!

Kerana bagi saya kebanyakan ahli pas ni cakap je lebih, habuk pun tiada!(haha..sori r orang pas, ni provok je, saya tak nak bermusuh dgn anda! harap maklum!)

Katanya, apa yang saya cakap tu fitnah! Tak ada bukti! Saya pun tak kata apa sebab memang saya tak ada bukti nyata pun!..hehe..Kerja underground memang susah lah nak bagi bukti! Nama lagi konspirasi!

Tapi kesan konspirasi ni, bagi orang-orang yang mengamati nya pasti dapat menghidu bau busuknya itu! Sampah yang busuk walaupun cuba dibaluti dan diikat kemas agar tidak berbau, tapi bau busuknya itu tetap juga mengeluarkan baunya!

Begitu juga resmi pokok. Pokok sesekali tak akan bergoyang andai tiada beruk yang menggoncangkannya! Beruk memang liar, silap hari bulan kita pula kena "kekoh bberuk". Tapi liar-liar beruk pun, liar setara mana sangat?

Dan ternyata beruk yang menggoncangkan pokok (pas) hari ni, tak liar mana pun! Dah "kena igat doh". Tunggu nak semelih je! Haha

Dan kepada sesiapa yang konfius lagi, yang membabi buta taksub pada tok guru, yang menganggap tok guru itu maksum! Hari ini Tok Guru kamu sendiri mengakui wujudnya konspirasi ini!

Tok Guru sendiri telah menamai beruk tersebut! Takkan tak percaya lagi?

Kalau saya lah, saya tak suka semelih beruk! Lebih baik semelih tuan kepada beruk tersebut! Kerana saya yakin beruk tersebut ada tuan! Tak mungkin beruk boleh sesat kedalam pokok pas kecuali ada tuan(orang dalam) yang memasukkannya! Semelih beruk wat apa! Baik semelih tuan beruk!

Bagi saya, tuan beruk tersebut tak pelihara seekor saja beruk! Kalau semelih seekor beruknya itu, selepas ini 2-3 ekor lagi beruknya akan datang! Jadi, mengapa perlu semelih beruknya itu, baik semelih tuan beruk! Tuan beruk orangnya licik! Hehe(clue : tuan beruk tak nak jadi mb kelantan). Insyaallah selepas ini, aman lah pas dari goncangan beruk-beruk ini.

Saya mohon mencadang je, didengari mahupun tidak! Saya hanya bagi pandangan saya sebagai seorang anak muda yang masih lagi mencari erti sebenar kehidupan ini!

Saya tak tahulah, kot-kot ahli pas yang mendakwa al-quran dan as-sunnah sebagai pedoman perjuangan mereka(p/s: jijik mendengar retorik ini) ini ada cara penyelesaian yang lebih baik. Mana tahu kot-kot mereka nak menjinakkan beruk tersebut, dakwah kena hikmah!, getusnya lagi! Semelih kasar la. Tak boleh, tak boleh!

Erm, aku tak ada nak kata apa lagi!

Pergi mampos la kamu!


p/s : istighfar 3X



berita-berita berkaitan!


Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz,

Konspirasi jatuhkan saya,

'Kolonel Mat' hanya kiasan,


Fahami Siapa "Kolonel Mat"?


Saya kenal kolonel mat!

Friday, November 27, 2009

Berjuang, Berkorban Demi Cinta?

perjuangan itu pengorbanan!

artikel yang dihantar kepada thezikr sempena raya korban tahun lepas!

Sudilah kiranya kalian membacanya ya!
Tak sudi pun tak mengapa,
kerna ku mengerti aku insan hina,
tapi,
dengar apa ku katakan,
buat pedoman dihari muka!

Andainya Sudi,
klik link bawah ini,

http://thezikr.perubatan.org/v1/?p=207


p/s : lama benar dah tak raya korban kat kampung..isk3..

Wednesday, November 25, 2009

Muhasabah Round Forensic

dari tingkap lecture hall b, forensic department!

Macam biasa, pelajar yang kurang cemerlang adalah pelajar yang selalu mencari-cari alasan diatas kekurangcemerlangan dirinya sendiri!

Tadi baru habis end-round exam utk subjek forensic. 'Ala kullihal, Alhamdulillah..

Cuma apa yang saya kecewa dengan diri saya sendiri adalah kerana banyaknya kekurangan-kekurangan dan kelemahan yang saya kira agak sengaja saya melakukannya!

Pertamanya, masa lapang! Benar, masa lapang lah yang banyak "membunuh" umat islam hari ini! Maka benarlah sabda nabi saw bahawa dua nikmat yang selalu manusia lupa, nikmat sihat dan nikmat waktu lapang!

Bayangkan round forensic ini, kelas hanya 2 jam sehari! Kadang-kadang doktor hanya mengajar 1 jam, 1 jam setengah saja dan kadang-kadang doktor dengan selambanya kata hari ini tiada kelas! Hoho..Seronok bukan belajar kat Mesir? Atas yang demikian, saya bagai tertanya-tanya, bagaimana mungkin mereka-mereka mencintai bumi Mesir ini?

Banyak-banyak masa lapang tersebut, saya bagai tak tahu apakah yang telah saya buat di sepanjang masa lapang tersebut! Saya pun tak tahu, bagaimana mungkin saya nak jawab dengan Tuhan di akhirat kelak!. Oh Tuhan, Ampunkanlah kelemahan saya ini!

Saya rasa lah, kekurangan saya yang agak ketara adalah kerana tidak berazam di awal tahun dulu. Sebenarnya saya ingin membenarkan teori yang saya ciptakan bahawa tanpa azam pun insyaallah boleh! Teori tersebut tercipta kerana saya sangat bosan dengan azam-azam saya sebelum ini yang tak terlaksana pun! Fikir saya, baik tak payah berazam terus!

Tapi hari ini ternyata, saya silap! Kerana tidak berazamlah hidup saya ini macam tidak terurus bagai manusia yang langsung tidak ada matlamat hidup. Oh, jahilnya saya!

Dan kekurangan yang lainnya, macam biasalah, bersenang-senang diawal round, tidak study, 'gila blog', tak tumpu perhatian dalam kelas dan apa lagi ya?

Dan kekurangan yang paling saya gerun adalah hubungan saya dengan Tuhan saya, saya macam....arghh, tak nak cakap lah, malu!

Banyak lagi sebenarnya tapi macam tak reti nak tulis la pulak!

Apa-apapun, lepas ni insyaallah saya akan berazam dah!..hehe..Moga-moga hidup saya selepas ini sentiasa berperancangan lah..Ada pun azam saya itu, biarlah saya dan Tuhan saya sajalah yang tahu!

Berubahlah wahai diri!

Wallahua'lam..

Sunday, November 22, 2009

Husam Letak Jawatan?



p/s : esok exam r..nanti lps exam esok lah ye!..hehe

Friday, November 20, 2009

Jom Mencalon!


Marilah Sama-Sama Menunaikan Kewajipan!
Jadilah Rakyat PERUBATAN Yang Bertanggungjawab!
Jom Mencalon!

Tempat : ARMA
Masa : 9pg-4ptg

Calon Presiden Pilihan Hati : Mohd Asyraf B Mohd Isa
Calon Timb Presiden 2 : Natrah Ahmad Kamil


p/s : saini, ko rilek r dulu!..naik setangga-setangga r..hehe

Thursday, November 19, 2009

10 Great Night!


Firman Allah yang bermaksud :


Demi waktu fajar, Dan demi malam-malam yang sepuluh..(Surah Al Fajr : 1-2)


Dari Ibnu Abbas, Rasulullah telah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang amal soleh padanya lebih dikasihi Allah selain dari hari-hari yang sepuluh ini.” Para sahabat bertanya: Walaupun berjihad di jalan Allah? Rasulullah bersabda: “Walaupun berjihad di jalan Allah, kecuali lelaki yang keluar (berjihad) membawa diri serta hartanya dan tidak kembali lagi selepas itu (syahid).”(H.R: Al-Bukhari, Ahmad, At-Tirmizi).


Dari Ibnu Umar, Rasulullah bersabda:


Maksudnya: “Tidak ada hari yang lebih besar di sisi Allah dan beramal padanya lebih dikasihi oleh Allah dari hari-hari yang sepuluh ini. Maka perbanyakkanlah padanya bertahlil, bertakbir dan bertahmid.”


p/s: ulang tayang entri zulhijjah tahun lepas..sila klik!.. http://madsha88.blogspot.com/2008/11/demi-malam-sepuluh.html

Friday, November 13, 2009

Mengapa Cintaku Enggan Bertasbih?


Bertuturlah cinta
Mengucap satu nama
Seindah goresan sabda mu dalam kitabku

Cinta yang bertasbih
Mengutus Hati ini
Kusandarkan hidup dan matiku pada mu

Bisikkan doaku
Dalam butiran tasbih
Kupanjatkan pintaku padamu Maha Cinta
Sudah di ubun-ubun cinta mengusik resah
Tak bisa kupaksa walau hatiku menjerit

Ketika Cinta bertasbih
Nadiku berdenyut merdu
Kembang kempis dadaku
merangkai butir cinta

Garis tangan tergambar
Tak bisa aku menentang
Sujud sukur padamu
Atas segala cinta

Cinta..

Ketika Cinta Bertasbih
Melly Goeslow feat Amee


p/s: disaat manusia lain sudah menasbihkan cinta masing2, mengapa cintaku masih lagi enggan bertasbih?..Oh Tuhan, Kurniakanlah Cinta Kepadaku Agarku Juga Bisa Menasbihkannya!


Thursday, November 12, 2009

Hei Puak-Puak Kera! : Nabi Pun "Mencarut" Juga?




apa itu hikmah?..tempat kasar kena kasar!..
pengajaran dari sirah nabawiyah!


Firman Allah Yang Bermaksud :

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka, dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya. (Ali-Imran : 159)


Firman Allah Yang Bermaksud :

Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk. (An-nahl : 125)

Semenjak dua menjak ni, saya pun tak tahu penyakit apakah yang melanda hati ini! Hati ini terasa macam sudah terpaut dengan dunia. Terpaut dengan dunia yang penuh dengan kefanaan dan penipuan ini. Ini bala ataupun ujian, Tuhan saja yang Maha Mengerti. Hai Tuhan, berikanlah petunjuk kepada hati ini! Andai hati ini telah tersesat, maka tunjukkanlah kembali jalan pulangnya!

Juga, semakin hari semakin tidak tenang! Bagaimana mungkin hati ini bisa jadi tenang andai selalu dituduh yang bukan-bukan? Bukan setakat lawan, malah kawan pun join sekali! Ya, kawan dan lawan. Arghh..tensennye! Mungkin beginilah nasib manusia yang suka mencari 'dunia' macam saya ini! Moga tabahlah hati ini mengharungi dugaan ini!

Akibatnya, habis hilang fokus yang sepatut difokuskan! Dengan Tuhan, dengan manusia, dengan study dan macam-macam lagi.

Mungkin manusia-manusia tidak boleh menerima cara tulisan saya ini. Macam-macam kata dilemparkan kepada saya. Tapi saya cuba untuk tidak mengisahkan kata-kata tersebut kerana saya amat yakin bahawa saya menulis bukan untuk mencari redha daripada manusia-manusia. Namun begitu, tewas juga saya akhirnya kepada perasaan sendiri!

Jadi, saya pun tak nak berlawan dengan kamu lagi. Kamu ramai, saya keseorangan! Letih alik saya kalau berterusan nak buat keras kepala!

Bukan juga nak membersihkan diri saya. Kerana bagi saya, berani buat, berani la juga menanggungnya!

Berkenaan isu http://madsha88.blogspot.com/2009/11/babi.html saya rasa saya ada asas mengapa berbuat demikian. Hilang thiqah ke, jatuh saham ke, emosi berlebihan ke, mencarut ke, kata-kata kesat ke, tidak ada tarbiah ke dan apa-apa tuduhan lain kepada saya. Saya hanya nak suruh kamu tengok dan perhatikan ucapan tok guru dalam youtube diatas! Dan saya rasa memang layak kata-kata tersebut diberikan kepada pengkhianat-pengkhianat kepada perjuangan islam!

Itu sahaja! Wallahua'lam


aku bukan nabi yang bisa sempurna,
ku tak luput dari dosa,

biarlah ku hidup seperti ini,

penguasa alam!,

tolonglah pegangi aku,
biar ku tak jatuh pada sumur dosa,

yang terkutuk dan menyesatkan cintaku

Sunday, November 8, 2009

Tidak Kalah, Cuma Belum Menang!


dah kalah, kalah lah..nak wat camne lg kan?..hehe

pasal isu keganasan dan kebiadapan penyokong-penyokong kelantan,
yang primitif dan tidak bertamadun itu, saya pernah ulas dahulu..

malas nk ulas panjang2..kecewa tak hilang lagi ni!
siapakah yang sudi mengubat kekecewaan ini?
adakah ada orang yg sudi?..hehe

klik link2 dibawah!

http://madsha88.blogspot.com/2009/04/aku-bukan-orang-kelantan.html

http://madsha88.blogspot.com/2009/10/ini-wilayah-kelantan.html

gambar-gambar semasa perlawanan akhir 1

berita keganasan penyokong kelantan..