Friday, November 6, 2009

Babi!


Lama dah saya kata, tapi bila yang berkata itu adalah saya maka siapalah yang sudi mendengarnya! Ya, lah..siapalah saya ini! Bodoh, jahil, hina, hudoh, jahat dan yang sewaktu dengannya!

Siap tuduh-tuduh lagi! Kata saya UMNO, jahil dan sebagainya! Tapi saya tak kisah pun. Sebab saya rasa sayalah yang lebih berhak untuk kenal siapa diri saya yang sebenarnya!

Ada yang suruh saya menjaga adab dengan ulama' dan banyak lagilah nasihat-nasihat! Saya terima saja nasihat-nasihat tersebut dengan hati yang penuh rela!

Mahasiswa yang hebat bukanlah hebat pada prinsipnya tetapi hebatnya seseorang mahasiswa itu adalah pada bagaimana dia mempertahankan prinsipnya itu!

Pagi tadi saya membaca satu berita dimalaysiakini. Berita tersebut menyebabkan hati saya yang sudah lama remuk ini, semakin parah lagi!

Hadi umpama 'Pak Lah versi PAS'. Jika andalah yang membaca berita tersebut bagaimanakah perasaan anda? Saya bila baca berita tersebut terus saja teringat akan seekor binatang. Dan binatang tersebut adalah babi! Ya, babi. Tiada kompromi! Babi!

Juga berita-berita ini! 'Presiden boneka', Hadi cemburukan Anwar?, PAS perlukan 'korban' untuk pulih

Walaupun TGHH, TGNA ini adalah pemain-pemain poilitik tanahair, tetapi saya lebih cenderung untuk menganggap mereka ini sebagai alim ulama' bukan ahli politik. Bila kata-kata biadap dilemparkan kepada mereka, sangatlah saya terguris hati! Walaupun saya ini jahil, hudoh dan sebagainya tetapi Tuhan tetap masih mencampakan sedikit rasa kasih dan cinta kepada ulama dalam hati saya ini!

Jika kamu rasa kotor dan jijik dengan kata-kata saya ini, maka sedarlah kamu bahawa kerja-kerja jahat mereka-mereka ini lebih kotor dan jijik daripada kata-kata saya ini! Jika kamu rasa kata-kata saya ini biadap dan tidak beradab, maka sedarlah kamu bahawa mereka-mereka ini lebih biadap daripada kata-kata saya ini!

Pelbagai cara mereka gunakan! Anda boleh baca blog ini dari awal. Tetapi awas!. Gunakan ilmu yang berada didada anda untuk menapisnya!

Jelas lagi tersuluh kerja jahat mereka ini! Setara manapun kejahatan mereka, mereka lupa bahawa Tuhan "lebih jahat" daripada mereka!

Kita boleh lihat sendiri lama mana perancangan-perancangan mereka ini! Lama mana mereka merancang untuk "memancung" TGHH ini! Mula-mula dulu dengan muktamar, kemudian muktamar khas dan sekarang ini mereka gunakan ahli akademik pulak. Semuanya halal bagi mereka! Memang sangat tersusun kerja jahat mereka ini!

Tapi satu persatu Tuhan gagalkan perancanagan mereka ini!

##############

Dan kepada PAS saya nak tanyalah, selama mana lagi kamu nak berdolak dalih! Selama mana lagi kamu nak biarkan! Selama mana lagi?

PAS seharusnya menerima hakikat bahawa PAS memang terbelah dua sekarang! Selama mana lagi kamu ingin nafikan hakikat ini?

Selama mana lagi kamu nak pikul biawak-biawak hidup dan musuh-musuh dalam selimut ini?
Jawablah soalan saya ini. Selama mana?

##############

Tadi lagi nak tulis pasal ini tapi takut! Takut dituduh yang bukan-bukan lagi! Dan ini kenyataan terkini daripada us nasruddin tantawi! Akhirnya beliau mengakui! Baru saya berani nak tulis!

13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .

kenyataan selanjutnya baca diblog beliau ini!

Akhirnya, kesimpulan dalam isu ini adalah dalam PAS ada musuh. Dan sekali lagi saya nak tegaskan bahwa dalam PAS kini ada musuh dalam selimut! Berhati-hatilah!

Baca juga yang ini..

3 comments:

Anonymous said...

musuh dalam selimut dalam PAS pon ada kt mesir ni..sedang dikaderkan..

madsha_88 said...

betul!

sbb Tuhan tak cipta nabi sahaja tanpa cipta jugak musuh2..dlm quran pun ade sebut bahawa memang khas didatangkan bagi setiap nabi-nabi itu musuh!..

Firman Allah yg bermaksud:

Dan seperti itulah, telah Kami adakan bagi tiap-tiap nabi, musuh dari orang-orang yang berdosa. Dan cukuplah Tuhanmu menjadi Pemberi petunjuk dan Penolong. (Furqaan : 31)

samada musuh tu dari luar yg mana kita sebut kafir ataupun yg dtg dari dalam yg mana kita sebut munafiq..

dan disitu saya lihat, itulah dugaan2 drpd Allah swt kpd perjuangan islam ini..

dan kepada PAS, bersabarlah menghadapi ujian ini!

Dzuu Haniin said...

memang celaka puak-puak tu..tapi lagi celakalah diri kalau tidak terus bersama dengan PAS dan menyelamatkannya!