Makluman : Blog ini telah memenangi award The Most Controversial Blog dalam mediaperubatan Egypt Blog Awards 2009. Walaupun mungkin itu hanyalah permainan denmat sahaja, tetapi yang penting disini adalah blog ini telah "terpopular" dengan gelaran tersebut! Lets see the results here! (haa..jangan main-main ngn blog ni ye!..haha..adoih, bangga la pulak aku..bodoh tul!)
Semalam saya letak tajuk sahaja untuk entry ini, lalu muncul lah beberapa orang yang bengang dengan saya! Tak mengapa kot, sebab mungkin dia lupa bahawa ini blog saya. Maka hari saya nak cakaplah sekali lagi pada manusia-manusia yang susah untuk faham ini bahawa ini adalah blog saya! Ikut saya lah!(baca dengan nada lembut ye!)
Sebelum meneruskan entry ini, bacalah dulu entry berkenaan dengan tajuk, daripada us nasaruddin tantawi ini! Percayalah antara sebab pergolakan di dalam PAS hari ini adalah kerana banyaknya fitnah yang melilau-lilau di alam maya ini!
Berkenaan isu ISMA-PMRAM ini, kalaulah 10 tahun lagi saya duk kat Mesir ini, saya rasa boleh gila saya dibuatnya! Tak habis-habis nak gaduh! Barangkali mereka seronok kot gaduh-gaduh ni! Tak fahamlah saya.
Sebut pasal ISMA ni, teringat saya akan kisah dulu-dulu. Hoho..seronoknya! Mungkin kerana kisah itulah juga, blog ini dapat anugerah most contoversial blog..hehe..sebab saya rasa, saya bukanlah pengupdate blog yang tegar untuk menang apa-apa anugerah!( denmat pun kate, jangan tertipu la woi, tu aku main-main je!haha) Rujuk entry ini!
Kerana entry tersebut jugalah, Pengerusi ISMA Mesir telah terdetik untuk mengajak saya berjumpa mata! Saya ingatkan dia nak rekrut saya untuk menjadi penganut ISMA tetapi malangnya tidak! Kami hanya berbincang beberapa isu sahaja. Ah, kecewalah juga saya kerana tidak direkrut!(hehe)
Takut juga masa tu. Ya la kan, siapalah saya yang hina ini untuk duduk sama rendah dengan Pengerusi ISMA Mesir tersebut. Tetapi kerana ada suara-suara mengatakan saya ini penakut untuk bersemuka dengan beliau, maka saya gagahkan jua diri saya yang hina ini untuk pergi walaupun saya sangat mengakui bahawa saya ini memang manusia yang penakut!
Banyak la juga saya tanya kepada beliau. Tapi kali ini saya nak sebut satu sahaja! Saya tanya beliau adakah pihak ISMA rasa dengan kewujudan ISMA ini akan membawa kepada perpecahan? Ye la kan, ISMA duk kata kat PMRAM, PMRAM kata kat ISMA, tak seronokla kan? Kalau ISMA tidak mewujudkan diri, maka automatiklah sesi kata-mengata ini tidak wujud, kan?
Beliau pun menjawab mudah, tunjukkan satu bukti bahawa ISMA mengata kat orang lain. Hoho. Terkedu lah juga saya dibuatnya! Dalam hati saya terdetik, takkan lah tak pernah dengar! Tetapi oleh kerana saya masih lagi mengamalkan adab dan sopan, maka saya tidak bangkanglah jawaban beliau itu!
Habislah satu cerita! Ada banyak lagi cerita dengan pengerusi isma mesir tu ye! Akan diceritakan dilain entry. Harap bersabar!..hehe
Maka hari ini barulah saya dapat membuktikan wujudnya sesi kata-mengata ini. Sekarang ini beliau pun tidak boleh menafikannya lagi! Rujuk blog ini!
Mungkin pimpinan ISMA boleh berdalih mengatakan bahawa itu bukan suara hati pimpinan ISMA tetapi individu-individu tertentu saja.
Maka, betullah apa yang saya kata dengan kewujudan ISMA lah perkara yang tidak diingini ini berlaku!
Betul dan saya pun berani mengesahkan bahawa memang pimpinan ISMA tidak mengata orang tetapi apa yang saya ingin tekan kan disini adalah pihak ISMA pasti sesekali tidak akan terdaya untuk mengawal ahlinya daripada mengata orang! Samalah juga dengan pimpinan PMRAM. Mana ada pimpinan PMRAM mengata orang. Yang mengata, tuduh-menuduh, busuk membusuk ini adalah kerja ahli bawahan!
Ya tak ya, kita terpaksalah mengakui bahawa dengan mewujudkan lagi banyak persatuan maka lagi banyaklah kemudharatan yang akan timbul daripada kebaikan yang didambakan!
Bila saya sebut isu ini, maka muncullah pulak penuduh-penuduh yang mengatakan saya anti-isma! Kecewa sungguh hati ini dituduh sedemikian! Bila saya tegur Tok Guru baru-baru ini, orang tuduh saya UMNO! Suka benar kita menuduh orang ya! Mungkin sudah tiba masanya kot untuk saya tidak mempedulikan kata-kata manusia! Tulis saja apa yang terbuku dihati?
Kali ini saya nak tegaskan lagi apa yang ditegaskan beberapa kali dalam entry-entry sebelum ini bahawa saya menulis dari kaca mata orang berkecuali! Tidak menyebelah di mana-mana pihak! Mungkin cukup sejuta kali saya tulis bahawa saya berkecuali barulah nak faham budak-budak nih! Haish..penat r gini! Haraplah sangat ada yang memahami!
Kita ni, bila kita fikir dari sudut kepompong jemaah tertentu! Maka disitulah akan timbulnya ketaasuban! Kita akan cenderung untuk mempertahankan juga sesuatu walaupun benda yang kita pertahankan itu adalah salah!
Bukan saya tak bersetuju dengan orang berjemaah. Saya pun berjemaah juga! Tapi jemaah JPA je la..haha..Jemaah jugak kan? Tak timbullah saya ini taasub menolak jemaah! Harap maklum! Tapi apa yang saya ingin "perjuangkan" di sini adalah jangan terlalu taasub kepada jemaah tertentu!
Saya bukan cakap kosong tetapi ada asasnya! Dulu masa saya berdebat dengan adik saya tentang boleh ataupun tidak berkecuali, saya ada nyatakan beberapa hujah kepadanya mengapa perlu berkecuali! Dia bagi hujah dia, dan saya bagi hujah saya! Hujah lawan hujah! Baru betul! Inikan tidak, sesetengah daripada kita ini bila kalah berhujah ajak bertumbuk! Macamlah diri tu samseng sangat! Kawan! Dunia kita ini sudah bertamadun, mengapa kita perlu mengheret diri kita kebelakang ke zaman jahiliah dulu kala! Fikir-fikirkanlah!
Adapun hujah-hujah saya itu, tidaklah saya berniat untuk menyatakannya pada entry kali ini! Lain kalilah!
Sambung balik cerita ISMA-PMRAM tadi. Saya pun tidak mengerti mengapa akhir-akhir ini, balah antara puak ini sengaja ditambah perencah yang pelik-pelik untuk menyedapkan lagi sesi kata mengata itu! Mengapa perlu menambah petrol dikala api sedang marak ini? Sehingga kadang-kadang melampaui batas-batas agama. Sepatutnya kita lah yang menjadi ejen kepada pemadam api tersebut!
Rujuk blog ini! Saya tak pasti pihak mana yang menulis blog tersebut! Andailah itu adalah pihak PMRAM memang tersangatlah saya dukacita akan hal tersebut! Mengapa harus pihak PMRAM tertari-tari mengikut rentak lagu yang di mainkan ISMA itu? Saya menunggu jawapan dari pihak PMRAM!
Sepatutnya, seperti yang saya kata tadilah! Hujah lawan hujah! Nyatakan secara jelas mengapa PMRAM menolak ISMA dan ISMA mengapa tidak boleh bersatu dengan PMRAM. Barulah jelas dan menenangkan! Ini tidak! Buat blog tapi penakut! Berhujahlah secara matang! Bukankah kita sudah besar?
Argggh..Bosan dan serabut kepala belajar kat mesir ni! Tapi walaupun bosan walaupun serabut saya rasa Tuhan tidak mengajar kita untuk lari dari serabut. Dan nasihat saya kepada mahasiswa-mahasiswa janganlah kita terlalu melacurkan diri sangat kepada "alasan study" sehingga langsung tidak memikirkan hal-hal kenegaraan. Kerana saya amat yakin bahwa suatu hari nanti kamulah yang akan mengganti mereka-mereka yang terdahulu!
Pemimpin silih berganti! Tetapi perjuangan mesti diteruskan!
Hai Tuhan, Jadikanlah Yang Benar itu Benar
dan Jadikanlah Kami Orang Yang Mengikuti Kebenaran Tersebut!
Dan Jadikanlah Yang Batil Itu Batil,
Jauhkanlah kami Daripada Mengikuti Kebatilan Tersebut!
dan Jadikanlah Kami Orang Yang Mengikuti Kebenaran Tersebut!
Dan Jadikanlah Yang Batil Itu Batil,
Jauhkanlah kami Daripada Mengikuti Kebatilan Tersebut!
p/s : saya ada nyatakan kpd seorang sahabat satu idea untuk mewujudkan "satu gerakan berkecuali" di mesir ini..dan dia memberi respon positif..dia kata menarik gak idea berkecuali ni..haha..camna kawan-kawan?..ok tak? lagi pening dan berpecahlah kita..hehe..tetapi gerakan berkecuali kita ini menggunakan konsep "orang yg datang cari kita", maka tidak akan timbullah suara-suara mengatakan kita mencuri ahli!haha..ada cadangan?..hehe
9 comments:
btl x3
jumpe ustaz2 pmram angkat jari fuck je. ckp peng yg ajar.
terima kasih kerana menasihat saya!
saya sgt menghargai nasihat tersebut tp apa yang harus kita ingat bersama adalah "iblis pun penasihat jugak!"
jgn kita cuba-cuba utk jadi iblis sudah lah!
maaf!
Lega. Jalan2 jumpa orang bkecuali..kalo x sibuk gado sana sini- dok ckp blkg2, x jumpa. Apa kata nta anjurkan satu sesi btemu mata? Antara pimpinan isma n pmram. Biar selesai..lepas tu resolusi post pd blog2 dua pmpinan, jd ble org bwh buat 'kerja', orang ble refer pd blog pimpinan. Maka, xd fitnah tmbul, yg ada hanya masalah peribadi individu. Xla dia mbawa nama jemaah. Nta jd org tgh.
sy nk anjur sesi bertemu mata????
siapalah diri sy ini utk berbuat demikian!
asslm..
PMRAM-ISMA..ade je isu baru,tidak penatkah mereka..huhu..bile agaknye akan wujud perpaduan ni..hopefully,blog ni jadi medan pertemuaan titik kesefahaman..bukan provok,kontroversi..etc..semata2..wallahualam..wslm
sy rasa isu ini bukan isu baru..sejak zaman berzaman dan kemungkinan sampai kiamat kot..
dah macam isu palestin-israel pulak..cumanya sapa palestin sape israel sy xreti la nk "jatuhkan hukum"..
jadi, sy nk tanya wujudkah cara lain utk selesai kan isu ini?(selain drpd senyap la)
kalau kita wat senyap hari ni, esok bising pulak kan..pastu bila nk selesai??
sy yg mendambakan jawapan!
p/s:bodoh benarlah saya andai saja2 je wat provok dan kontro!
Assalamualaikum..
nk bercerita sikit nih.. suatu hari.. ade sorang malizi berjalan2.. tibe2.. BAMM!! die dilanggar ammu arab yg mmbawa nek basikal.. pastu malizi ni bengang dn mula nk gaduh ngan ammu tuh.. org ramai pn datang la utk tenangkn keadaan.. setelah si malizi tu dh ok.. datang sorang arab lain ckp kt die..
ni sume ko punye pasal! kalo ko x dtg mesir.. xkan jadi acciden nih.. ko la punca ammu ni langgar org..
kesimpulan die?? haha.. persatuan tu dh wujud.. so, penyelesaian masalah dgn care nk mansuhkn persatuan x relevan.. mcm org arab td.. pikir care lain.. carenye.. aku pn xtau.. aku just wat xtau.. bosan dh ngan bende2 ni
bajet bes ke wat contoh mcm tu?
nk wat contoh pun, biar la rasional sikit!
Post a Comment