Saturday, November 28, 2009
Baru Sekarang TGNA Mengaku Wujudnya Konspirasi!
Hari ini hari raya ke 2. Penat sungguh! Padahal makan je pun! Itu menunjukkan makan pun penat jugak! "Perlu mujahadah" jugak la bak kata orang-orang tarbiah!
Balik-balik dari tempat makan, buka internet hajatnya nak upload gambar raya. Adinda yang bongsu nak tengok gambar semelih unta! Tahun ni tak dak gambar semelih unta, gambar semelih kambing ada lah! Dah janji ngn adinda nk upload esok! Tunggu la ya!
Buka-buka internet, tersebar sudah pengakuan TGNA bahawa wujudnya konspirasi terhadap beliau! "Kolonel Mat" merancang semua, katanya! Siapakah kolonel mat ini? TGNA tidak menjawab detail menyebabkan rakyat marhaen tertanya-tanya! Itulah TGNA kalau nak kenal!
Maka, sempena raya korban yang kita disunatkan untuk berkorban ni. Apa kata kita tangguh dulu upload gambar, kita "semelih orang" dulu! Nak tak? Nak tak? Nak tak? Tak nak, keluarlah! Bodoh!(hehe)
Dulu masa saya sebut post ini, ramai dikalangan ahli pas yang marah kat saya, saya tak kecewa pun kerana saya tahu bahawa begitulah sifat yang ada pada manusia iaitu selalu bermusuh dengan apa yang mereka tidak tahu!
Saya jelas, saya tidak gentar pun dengan kutukan mereka! Kalau setakat ahli pas lah, sedikit pun saya tidak gentar!
Kerana bagi saya kebanyakan ahli pas ni cakap je lebih, habuk pun tiada!(haha..sori r orang pas, ni provok je, saya tak nak bermusuh dgn anda! harap maklum!)
Katanya, apa yang saya cakap tu fitnah! Tak ada bukti! Saya pun tak kata apa sebab memang saya tak ada bukti nyata pun!..hehe..Kerja underground memang susah lah nak bagi bukti! Nama lagi konspirasi!
Tapi kesan konspirasi ni, bagi orang-orang yang mengamati nya pasti dapat menghidu bau busuknya itu! Sampah yang busuk walaupun cuba dibaluti dan diikat kemas agar tidak berbau, tapi bau busuknya itu tetap juga mengeluarkan baunya!
Begitu juga resmi pokok. Pokok sesekali tak akan bergoyang andai tiada beruk yang menggoncangkannya! Beruk memang liar, silap hari bulan kita pula kena "kekoh bberuk". Tapi liar-liar beruk pun, liar setara mana sangat?
Dan ternyata beruk yang menggoncangkan pokok (pas) hari ni, tak liar mana pun! Dah "kena igat doh". Tunggu nak semelih je! Haha
Dan kepada sesiapa yang konfius lagi, yang membabi buta taksub pada tok guru, yang menganggap tok guru itu maksum! Hari ini Tok Guru kamu sendiri mengakui wujudnya konspirasi ini!
Tok Guru sendiri telah menamai beruk tersebut! Takkan tak percaya lagi?
Kalau saya lah, saya tak suka semelih beruk! Lebih baik semelih tuan kepada beruk tersebut! Kerana saya yakin beruk tersebut ada tuan! Tak mungkin beruk boleh sesat kedalam pokok pas kecuali ada tuan(orang dalam) yang memasukkannya! Semelih beruk wat apa! Baik semelih tuan beruk!
Bagi saya, tuan beruk tersebut tak pelihara seekor saja beruk! Kalau semelih seekor beruknya itu, selepas ini 2-3 ekor lagi beruknya akan datang! Jadi, mengapa perlu semelih beruknya itu, baik semelih tuan beruk! Tuan beruk orangnya licik! Hehe(clue : tuan beruk tak nak jadi mb kelantan). Insyaallah selepas ini, aman lah pas dari goncangan beruk-beruk ini.
Saya mohon mencadang je, didengari mahupun tidak! Saya hanya bagi pandangan saya sebagai seorang anak muda yang masih lagi mencari erti sebenar kehidupan ini!
Saya tak tahulah, kot-kot ahli pas yang mendakwa al-quran dan as-sunnah sebagai pedoman perjuangan mereka(p/s: jijik mendengar retorik ini) ini ada cara penyelesaian yang lebih baik. Mana tahu kot-kot mereka nak menjinakkan beruk tersebut, dakwah kena hikmah!, getusnya lagi! Semelih kasar la. Tak boleh, tak boleh!
Erm, aku tak ada nak kata apa lagi!
Pergi mampos la kamu!
p/s : istighfar 3X
berita-berita berkaitan!
Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz,
Konspirasi jatuhkan saya,
'Kolonel Mat' hanya kiasan,
Fahami Siapa "Kolonel Mat"?
Saya kenal kolonel mat!
Labels:
Fikrah,
Isu Semasa,
Kelantan,
Kembali Pada Asas,
Malaysia,
Masam-manis,
Mesir,
Muslimkah Saya?,
Peristiwa,
Persatuan,
Perubatan,
Politik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
9 comments:
semoga beruk2 dan tuan2 beruk kena cantas perabih..serabut tengok pokok duk bergoyang.
safwan nih...hi madsha ..u dah jadi cam utusan meloya la i tengok..haha
mende ntah pos ko yg nih..sumber2 yg ko amek sume utusan..sinar harian..blogger2....fikirla sendiri....
jangan jadi minda suap..bace terus caye..dengar terus caye...
pas tu wat ulasan ntah pape..cam sindir TGNA......memang la beliau manusia ade wat silap...
aku kdg dah naik nyampah dengan media malaysia...kalo ko prasan dari bulan 6 arituh sampai skrg diorang dok serang TGNA....tak salah nak kritik membina tapi pandangan aku kalo dah sampai 6bulan straight dan mende kecik2 pon nak besar2 selama 6 bulan tu namenye kritik menjatuhkan
aku masih lagi mentah pasal mende2 nih...huhu
teruskan menulis..aku akan jadi pembaca blog ko sebab blog ko bes xde isu2 perasaan cinta la ape la..geli2...
pemenang,
u come to kota bharu n feel the issue by urself la..
u r talking about things within definition, he's speaking of reality..about what really happened in Kelantan,n fyi, it's not a secret anymore.
we have to know the reality n not the 'supposed' thing...
come on, all of u r future docs..
oh ok sori2 sebab aku bukan org kelantan
tapi aku sakit ati r ngan media malaysia.....wartawan2 dia.....
xde sense nak hormat ulamak
hormat org tua
lainla kalao ade dibuat sesuatu yang menzalimi rakyat xpe la nak dedahkan untuk kepentingan umum.....ni media gi dedahkan mende yg x konpem..mende2 sulit..mende2 x pasti..putar belit kenyataan TGNA(isu rasuah...haji ..PBMK....doa)sume tu putar punye putar berite
tengok care PAS dakwah sampai org cina skrg dah x fobia ngan islam
(cara TGNA mendekati org cina)
kalau UMNO..mrk takut2kan org cina(bukan islam) dengan HUDUD dan sebagainya makin jauh mereka(org cina)
oh tidak aku emo
bila dengar perbuatan2 UMNO dari abah aku
aku nyampah gile vavi ngan UMNO
banyakla abah aku cite
dari dulu sampai skrg perbuatan UMNO nih...konon menjaga bangsa Melayu....
ok tu je sori komen kat atas yang tak bijak
tapi bagi aku x bijak la kesilapan 2 pemimpin2 PAS dan kesilapan PAS kite tulis dalam blog sume org bace
sedangkan kezaliman2 UMNO dan pemimpin2nya kite seolah2 mendiamkan diri ........sepatutnye mende2 kezaliman terhadap rakyat ni kite kene dedah pengetahuan umum( mengumpat yang dibenarkan)
bole menimbulkan misjudgement pembaca blog ko....
abah aku ade jumpe org cina kperak kat singapore da kate la...singapore hasil x banyak tapi
malaysia hasil banyak tapi....
begitulah.....pandangan aku mungkin condong sebelah akibat mendengar kata2 abah aku berdasarkan pengalaman2nya.......
bagi abah aku UMNO ni dah rosak teruk cam diabetes kene potong je kaki x yah rawat2.....
mungkin pandangan beliau agak kasar tapi ntahla (banyak lagi dia cite berdasarkan pengalaman bukan berdasarkan teori remaja blogger yang main dengar2 dari org atau bace akhbar picisan hasil olahan wartawan Malaysia yang makan gaji)
aku masih berfikir~ jangan marah madsha~aku masih terbuka untuk menerima mana2 pandangan sebab aku masih muda masih belum punyai pendirian tetap
1)eh, wan..part mane yg aku sindir tok guru?..
2)bg aku, berita2 arus perdana ada yg boleh percaya, ade yg tak!
dlm kes ni pun, takkan lah media tiba2 nk sebut pasal "kolonel mat" tu kalau tok guru mmg xsebut!
tp dlm harakahdaily nama "kolonel mat" pun xada..seakan2 sengaja ingin menutup isu..xprofesional lgsung!..haha
3)aku bukanlah org yg pemarah..hehe..aku terbuka..rela dikritik dan dicela dan aku xkata pun apa yg ditulis itu benar dan sohih belaka..
p/s: lawan umno susah sekali, lawan manusia jahat dlm pas susah seribu kali..haishh
p/s: aku pun masih mencari2 gak erti sebenar kehidupan ini..hehe
Post a Comment