Wednesday, November 25, 2009

Muhasabah Round Forensic

dari tingkap lecture hall b, forensic department!

Macam biasa, pelajar yang kurang cemerlang adalah pelajar yang selalu mencari-cari alasan diatas kekurangcemerlangan dirinya sendiri!

Tadi baru habis end-round exam utk subjek forensic. 'Ala kullihal, Alhamdulillah..

Cuma apa yang saya kecewa dengan diri saya sendiri adalah kerana banyaknya kekurangan-kekurangan dan kelemahan yang saya kira agak sengaja saya melakukannya!

Pertamanya, masa lapang! Benar, masa lapang lah yang banyak "membunuh" umat islam hari ini! Maka benarlah sabda nabi saw bahawa dua nikmat yang selalu manusia lupa, nikmat sihat dan nikmat waktu lapang!

Bayangkan round forensic ini, kelas hanya 2 jam sehari! Kadang-kadang doktor hanya mengajar 1 jam, 1 jam setengah saja dan kadang-kadang doktor dengan selambanya kata hari ini tiada kelas! Hoho..Seronok bukan belajar kat Mesir? Atas yang demikian, saya bagai tertanya-tanya, bagaimana mungkin mereka-mereka mencintai bumi Mesir ini?

Banyak-banyak masa lapang tersebut, saya bagai tak tahu apakah yang telah saya buat di sepanjang masa lapang tersebut! Saya pun tak tahu, bagaimana mungkin saya nak jawab dengan Tuhan di akhirat kelak!. Oh Tuhan, Ampunkanlah kelemahan saya ini!

Saya rasa lah, kekurangan saya yang agak ketara adalah kerana tidak berazam di awal tahun dulu. Sebenarnya saya ingin membenarkan teori yang saya ciptakan bahawa tanpa azam pun insyaallah boleh! Teori tersebut tercipta kerana saya sangat bosan dengan azam-azam saya sebelum ini yang tak terlaksana pun! Fikir saya, baik tak payah berazam terus!

Tapi hari ini ternyata, saya silap! Kerana tidak berazamlah hidup saya ini macam tidak terurus bagai manusia yang langsung tidak ada matlamat hidup. Oh, jahilnya saya!

Dan kekurangan yang lainnya, macam biasalah, bersenang-senang diawal round, tidak study, 'gila blog', tak tumpu perhatian dalam kelas dan apa lagi ya?

Dan kekurangan yang paling saya gerun adalah hubungan saya dengan Tuhan saya, saya macam....arghh, tak nak cakap lah, malu!

Banyak lagi sebenarnya tapi macam tak reti nak tulis la pulak!

Apa-apapun, lepas ni insyaallah saya akan berazam dah!..hehe..Moga-moga hidup saya selepas ini sentiasa berperancangan lah..Ada pun azam saya itu, biarlah saya dan Tuhan saya sajalah yang tahu!

Berubahlah wahai diri!

Wallahua'lam..

No comments: