Friday, November 6, 2009
Royalti Minyak Kelantan : Bagi Betis Nak Paha?
Salam Alayk
Hari ini Jumaat, bangun-bangun dari tidur, buka laptop dan online. Duk kejap tegurlah seorang sahabat akan saya melalui YM mengapa membuat status begitu yakni "Royalti Minyak Kelantan : Bagi Betis Nak Peha".
Saya yang masih kurang stabil ni tanya la kembali apa salahnya? Dia kata "ko seolah-olah ingin menunjukkan bahawa kerajaan negeri kelantan tamak"..
Saya kata itu hanyalah persoalan. Persoalan ni maksudnya nak suruh manusia-manusia berfikir! Fikir betulkah kenyataan tersebut! Bukannya saya bagi ayat penyataan!
Kalau disitu saya bagi ayat yang berbentuk penyataan maka salahlah saya kerana royalti minyak tersebut adalah memang sah hak kerajaan negeri kelantan! Bukan sekadar wang ehsan!
Nak kata dia tak faham, saya sendiri yang telah mengiktiraf sahabat saya ini sebagai "pakar bahasa" dikalangan kita hari ini..(hehe). Takkanlah "pakar bahasa" pun tidak boleh membezakan antara ayat persoalan dengan ayat penyataan! Hairan!
################
Sebenarnya saya pun agak terkejut dengan sikap PM kita kali ini. Ya lah, dengan secara tiba-tiba terdetik hati untuk memberikan juga "wang ehsan" walaupun bukan royalti. Buang tebiat apa PM kita ini!
Walaupun buang tebiat tapi saya tetap sokong pemberian Najib ini. Mana pernah wujud PM sebelum ini yang berbuat baik kepada Kelantan. Jadi, sikap ini seharusnya di sokong oleh sesiapa sahaja.
Mungkin pemberian wang ehsan ini adalah kerana ingin membuktikan slogan beliau yang menyatakan rakyat didahulukan, pencapaian di utamakan! Baguslah begitu! Mungkin juga pemberian wang ehsan ini untuk memenangi hati rakyat kelantan pada PRU 13 akan datang! Mungkin itu adalah "hidden agenda" najib!
Oleh kerana "hidden agenda" najib ini telah dapat dihidu oleh PAS and the gang maka PAS terus saja mempermainkan isu ini sehabisnya!
Sepatutnya PAS boleh saja berterima kasih kepada najib dengan pemberian ini tetapi tidak! Walaupun wang ehsan itu diberi kepada jabatan kerajaan persekutuan dan tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, sekurang-kurangnya hasil daripada wang ehsan itu dapat dimanfaatkan oleh rakyat terbanyak tanpa mengira ideologi politik!
Soalnya mengapa PAS enggan berbuat demikian! Dan disitulah saya melihat PAS jelas ingin bermain politik! PAS jelas tidak ingin kalah dalam hal ini! Kerana seandainya PAS berterima kasih kepada najib, maka secara automatik populariti kepada PAS akan jatuh menjunam dan najib akan mendapat laba politik yang cukup besar! Maka, sebab itulah PAS terus memainkan isu ini!
Sebab itulah saya rasa najib tersilap langkah dalam isu ini. Sepatutnya najib tak bagi langsung ataupun bagi saja royalti bukannya wang ehsan ! Kalau najib tak bagi langsung saya rasa isu ini lama kelamaan akan senyap begitu saja. Melayu kan mudah lupa!
Oleh kerana najib nak jugak tunjuk baik tapi baik yang ada muslihat maka disitulah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada PAS.
Kerana bagi PAS saya lihat, PAS hanya inginkan royalti bukannya wang ehsan! Selagi tak dapat royalti yang diinginkan itu, maka selagi itulah PAS memainkan isu ini!
Link berkaitan..link1, link 2, link 3
p/s: pakar bahasa ada tegur td, dia kata bukan "peha" tapi "paha"..hehe
Labels:
Fikrah,
Isu Semasa,
Kelantan,
Malaysia,
Masam-manis,
Peristiwa,
Politik?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment