Saturday, August 25, 2007

Aku Memang Pencinta Wanita


Hari ini..aku pun xtau hari keberapakah aku duk di bumi kelantan ni..tp yg pentingnya sebulan lbih dah la..duk umh lame2 ni rupa2nya bosan jugak ye..hehe..ye la..orang lain sume g skolah blaka..tinggal aku sorang2 kat umh..mane la tak bosannye..tp nasib baikla mak aku xkeje..buleh la manja2 ngn mak..walaupun aku ni bukan ank manja..hehe..jd,utk hilangkan bosan ni..ape lg..main tenet la kije..update blog ke..(xmcm faris nye blog..bertahun xupdate..sori r faris..hehe)..tp yg xtahannye lagho la..2-3 jam tu memain je bile dah main tenet ni..ish3..lari tajuk ni..


Jd,pencinta wanita ni adalah sebuah lagu yg dinyanyi kan oleh mat indon mane ntah..so,sape2 duk Malaysia ni mesti pernah dgr..klu xpernah dgr tu..mmg berjurus giler r..hehe..skali dgr..fuh..layan jugak lagu ni..klu xcaye dgr sendiri r..cari kat youtube..versi kelantan lg la best..ai..promote lagu la pulak aku ni..hehe..


Salahkah mencintai wanita?..dlm duk saje2 kat umh ni maka terbacalah aku satu hadis dlm fatwa al-qardhawi dlm bab masalah nikah kahwin..seterusnye mencetuskan idea utk aku menulis pd kali ini..hehe


Nabi saw telah menyatakan:


"Yang aku cintai di antara duniamu adalah wanita dan wewangian."


Nabi saw jugak mencintai wanita..jd ape salahnye klu aku pun mencintai wanita..hehe..kira dalil utk bercinta la ni..hehe..persoalannya. utk apekah wanita dicintai?...wanita yg bagaimanakah patut dicintai?.. bolehkah bercinta sebelum kahwin?..jd,persoalan2 ni la patut kita dahulukan sebelum mencintai seseorang wanita tu..


Mmg fitrah la..org laki suka org ppuan..org ppuan suka org laki..suka tu suka la..tp suka yg bagaimana dlm mase kita suka kat sseorang tu..Tuhan jugak suka kat kita..jd,bila suka same suka maka islam telah awal2 lg menggariskan garis panduan spt


Sabda nabi saw:


"Wahai para pemuda! Barangsiapa yang mampu melaksanakan pernikahan, maka hendaknya menikah. Sesungguhnya hal itu menundukkan penglihatan dan memelihara kemaluan."


Jd nk bercinta tu buleh..tp kena kahwin dulu la..stakat2 nk couple2 tu..maka haramla cinta yg semacam ni..cinta sebelum kahwin la kononnya..duk xsampai stahun bercerai berai..jd,kerana ape sseorang wanita dicintai..


Sabda nabi saw:


“Wanita dinikahi kerana 4 perkara..kerana harta , keturunan , kecantikan dan kerana agamanya..pilihlah yg beragama nescaya berbahagialah kamu”


Kita nk yg berharta , yg berketurunan ,yg cantik boleh..tp agama tu mestila ade skali..klu muka lawa tp perangai huduh..wat ggapo??..xbahagia jugak..sekiranya kesemua ciri2 tersebut xde maka ciri yg keempat tu jgn la ditinggalkan..


Skrg ni musim cuti skolah klu dikelantan..musim cuti ni diibaratkan sebagai musim org kahwin la..jd pd musim cuti ni.ramai la pasangan2 yg ingin berkahwin ambik kesempatan utk berkahwin..sng nak berkenduri la gamaknye..termasukla 2 pasangan pelajar medik yg tlh memanggil utk ke majlis walimatulurus nya melalui email n ym..fuh..muda2 lg dah nk kahwin..tp mmg bagus r..xpyh duk serabut2 nk cari bini dah lps ni..hehe..jd,pd yg nk kahwin tu..semoga berbahagia dan berkekalan ke anak cucu la aku ucapkan..


Moga2 kita yg xkahwin lg ni dipermudahkan oleh Tuhan dlm urusan nikah kahwin ni..jd sentiasalah berdoa agar dipermudahkanNya..


Firman Allah:


Wahai Tuhan kami,kurniakanlah bagi kami isteri2 kami dan zuriat2 kami sebagai penyejuk mata memandang dan jadikanlah kami imam bagi org2 yg bertakwa

(Al-furqan:74)


Akhirnya , kita memang pencinta wanita tp cara kita mencintainya mungkin berbeza..Wallahua’lam

Tuesday, August 21, 2007

Wasiat Terakhir

Wasiat Terakhir

As syahid Dr Abdullah Azam

Mujahid berbangsa Palestin yang berjuang menentang Rusia di bumi Afghanistan


Wahai Kaum Muslimin!!


Kehidupan kalian adalah jihad..
Kemuliaan kalian juga terhasil daripada jihad..
Dan kehidupan kalian atas muka bumi ini..
Terikat dgn ikatan berpanjangan dengan jihad..


Wahai Kaum Muslimat!!


Jauhilah kemewahan kerana ia adalah musuh kpd jihad
Ia juga pembinasa diri manusia..Oleh itu janganlah menunjukkan
sesuatu yang berlebihan..Cukuplah sekadar keperluan saja..

Didik dan latihlah anakmu dengan kegagahan dan
kejantanan serta kepahlawanan dan jihad..

Jadikanlah rumah-rumah kalian sebagai kandang-kandang singa
dan bukanlah reban ayam yang menunggu gemuk untuk disembelih oleh taghut..

Tanamkanlah kedalam jiwa anak-anak kalian kecintaan kepada jihad
keinginan kepada medan perang dan lapangan yang penuh dengan keributan perang..

Hiduplah kalian dengan tidak melupai penderitaan yang ditanggung oleh umat islam..

Cubalah sedaya upaya menjadikan sehari dalam seminggu
sekurang-kurangnya hidup bagaikan mujahidin
dengan hanya makan roti kering tanpa lauk
dan meminum secawan teh tanpa gula..


Saturday, August 11, 2007

Perempuan


Semangatku sudah pun tercalar
Jiwaku serah bagai terbiar
Kau anggap cintaku dapat dibeli dijual
Apa lagi nak korbankan
Yang tinggal nyawa dibadan
Tinggal menongkat kasih belum bergandingan
Meraih kesunyian kalbu
Berbekal madah rindu
Semoga terbuka pintu hatimu
Kasihku yg satu
Perempuan kau harapan
Perempuan kau sandaran

-mawi-

Jd,begitula post sy pd kali ini yang berkaitan dgn perempuan sempena dgn Hari Israk Mikraj pd hari ini.Perempuan biasanya dikaitkan dgn kaum yg lemah jika nak dibandingkan dgn lelaki tp realitinya pd hari ini mmg kaum perempuanla yg mengatasi lelaki.Tp tak kurang juga wanita yg dikaitkan dgn lemah lembut tp sekarang macam2 ada.Perlu diingat kan jugak bahwa seindah-indah hiasan atas muka bumi ini adalah perempuan yg solehah.Namun begitu terdapat byk sifat2 buruk kaum wanita yg mungkin terlepas pandang oleh kita semua.Jd,pada kali ini sy ingin berkongsi dgn anda semua tentang sifat2 buruk kaum perempuan dan siksaan2 yg disaksikan sendiri oleh nabi kita Muhammad SAW masa peristiwa israk mikraj ini.Moga2 dgn post kali ini dpt menggerunkan kita bahawa betapa hebatnya ancaman dan siksaan terhadap org2 yg berdosa ini.Jd,ikutilah hadis yg diriwayatkan oleh Saidina Ali spt berikut:

Diriwayatkan oleh Saidina Ali karramaallahu wajhah: Saya dgn Fatimah pergi mengadap Rasulullah saw,kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:Apakah yg menyebabkan ayahanda menangis,Ya Rasulullah”.Baginda menjawab:

Aku lihat perempuan rambutnya tergantung,otaknya menggelegak

Aku lihat perempuan yg digantung lidahnya,tangannya terikat kebelakang dan Qathran(air yg enggelegak) dicurahkan dlm halkumnya

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya diikat,tangannya terikat kearah ubun-ubunnya dan disuakan dgn ular dan kala

Aku lihat perempuan yg memakan badannya sendiri,dibawahnya dinyalakan api

Aku melihat perempuan yg memotong tubuhnya dgn gunting drpd api neraka

Aku melihat perempuan yg bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri

Aku melihat perempuan yg telinganya pekak matanya buta diisi kedlm peti yg diperbuat drpd api neraka kerana berpenyakit sopak dan kusta

Aku melihat perempuan kepalanya seperti babi badannya seperti badan keldai,beribu-ribu kesengsaraan yg dialaminya

Aku melihat perempuan rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk kekemaluannya atau dimulutnya dan keluar diduburnya.Malaikat memukul kepalanya dgn corong drpd api neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kpd ayahnya:Ayahanda yg dikasihi,ceritakanla pd anakanda:apakah kesalahan yg dilakukan oleh perempuan-perempauan itu?Lalu Rasulullah menjawab:

Adapun perempuan yg tergantung rambutnya itu ialah perempuan yg tdk menutup rambutnya drpd lelaki yg bukan muhrimnya

Perempuan yg lidahnya tergantung itu ialah perempuan yg menggunakan lidahnya utk memaki hamun dan menyakiti suaminya

Perempuan yg kedua-dua kaki tergantung itu ialah perempuan yg keluar rumahnya dgn tdk mendapat keizinan suaminya dan tdk mahu mandi suci dari haid dan nifas

Perempuan yg memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias utk lelaki yg bukan suaminya dan suka mengumpat-umpat orang

Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting drpd api neraka ialah perempuan yg memperkenalkan dirinya kpd orang asing,bersolek dan berhias agar kecantikannya itu dpt dilihat oleh lelaki yg lain

Perempuan tergantung kedua kakinya diikat,tangannya terikat kearah ubun-ubunnya dan disuakan dgn ular dan kala ianya boleh sembahyang dan puasa tetapi tdk mahu ambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang,juga tdk mahu mandi janabah

Perempuan kepalanya seperti babi badannya seperti badan keldai,beribu-ribu kesengsaraan yg dialaminya ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta

Perempuan rupanya seperti anjing itu adalah perempuan yg suka membuat fitnah dan membenci suaminya

Jd,begitulah peristiwa yg disaksikan oleh Rasulullah semasa dlm perjalanan Isra’ mikraj sehingga menyebabkan baginda sendiri menangis mengenangkan peristiwa tersebut.Moga2 peristiwa disebutkan itu dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kaum perempuan yg masih lg lena dan tertipu diulit keindahan dunia yg fana ini

Walaubagaimanapun kpd kaum lelaki jgnlah berasa lega kerana ditakdirkan menjadi kaum lelaki.Walaupun peringatan tersebut ditujukan khas pd kaum perempuan namun adakah lelaki yg melakukan kesalahan2 yg sama terlepas begitu sahaja..sendiri mau ingat la..Mungkin disebutkan perempuan disitu kerana kebanyakan kesalahan2 itu dipelopori oleh kaum perempuan.jJd,itu tak bermakna kaum lelaki terlepas dgn begitu saja.Wallahu’lam..

Salam Israk Mikraj

Saturday, August 4, 2007

Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab

Suka Duka Gerakan Islam Dunia Arab merupakan sebuah buku karya Maryam Jameelah yg diterjemah oleh Nazri Mohd Amin..buku ini mengisahkan tentang gerakan2 islam didunia arab selepas terjatuhnya Kerajaan Islam Turki Othmaniah..buku ini jugak menyorot kisah2 perjuangan tokoh2 ulama’ yg mewakili Gerakan Islam di negara masing2 dan jugak riwayat ringkas mereka..agar para pembaca dapat membuka ruang berfikir utk mengenali lebih dekat jihad mereka..


Dengan meneliti nama2 spt Muhammad Ahmad Al-Mahdi dari Sudan melalui Gerakan Al-Mahdi,Sheikh Muhammad Abdul Wahab dari Semenanjung Arab melalui Gerakan Wahabi ,Sayyid Muhammad ibn Ali As-Sanusi dari Libya ,Shehu Othman dan Fodio dari Nigeria dan juga Sheikh Hassan Albanna melaui Ikhwan Al muslimin di Mesir dapat memberikan sedikit maklumat kpd kita bahawa betapa besarnya pengorbanan2 yg telah diberikan oleh mereka kpd islam..


Nama2 itu munkin sudah diketahui oleh para pembaca tetapi kisah perjuangan mereka mungkin tidak byk yg mengetahuinya..jd,dengan membaca buku ini semacam terdapat persamaan antara semua gerakan islam ini iaitu menjadikan jihad sebagai pendorong utama mereka..jd,sy mencadangkan agar semua pembaca sekalian agar membaca buku ini..moga2 dgn membaca buku ini semangat jihad oleh ulama2’ silam meresapi jugak ke dalam ruh dan tubuh kita dan juga membakar semangat perjuangan islam kpd kita semua..insyaAllah


Pada kali ini sy hanya ambil satu sahaja iaitu Sheikh Hasan Albanna dan Gerakan Islam yg diasaskan olehnya iaitu Ikhwan Al-Muslimin utk post pd kali yg berikutnya..utk yg lain2 sila cari sendiri la..hehe..sekarang dah ade dlm bentuk e-book..so,boleh carila kat mane2 kedai pun..berikut merupakan sebahagian drpd kisah tersebut..

SHEIKH HASSAN AL BANNA

Dalam tahun 1906, di sebuah bandar bernama Mahmudiah di Mesir, seorang putera telah dilahirkan. Putera inilah yang telah ditakdirkan Allah menjadi Mujahid yang paling hebat pernah wujud di dunia Arab dalam sejarah mutakhir ini. Beliau ialah Sheikh Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna dibesarkan dalam keluarga yang amat kuat berpegang kepada Islam.Beliau pernah berkata:


''Bapaku ialah Islam dan aku tidak mempunyai bapa melainkan Islam",


Bapanya tidak kurang juga hebatnya dalam bidang keilmuan dan ketaqwaan. Beliau ialah pembaik jam yang mahir. Pekerjaan inilah yang menjadisumber rezeki bagi menyara hidup keluarganya. Masa kerjanya ialah padawaktu malam. Pada siang harinya pula, dia menjadi Imam di salah sebuah masjid di kampungnya di mana dia mengajar prinsip-prinsip Islam danberdakwah. Masa lapangnya dipenuhi dengan bertalaah di dalamkhutubkhanahnya.Kegemarannya ialah Shariah sementara Muwatta’ Imam Malik danMusnad Imam Shafei menjadi kitab yang paling disukai. Beliau adalahpengarang kepada kitab Tafsir Musnad Imam Ahmad Ibn. Hambal.Sheikh Hassan al Banna berguru kepada bapanya sehingga dia berjayamenghafal seluruh Qur'an. Apabila Hassan al Banna meningkat remaja, bapanyamengizinkannya menggunakan khutub-khanahnya danmembaca buku-bukudalam simpanannya. Dengan cara inilah Hassan al Banna menerima pengajaranIslam yang tulen dari bapanya. Kemahiran Hassan al Banna dalam bahasa Arab,bahasa ibundanya amatlah mengkagumkan dan beliau tidak belajar sedikit pun bahasa asing.


Semangat perjuangan Islam dan kepimpinannya jelas ternyata pada peringkat umur yang masih muda. Beliau dan abang kandungnya telahmenubuhkan persatuan 'Amal Ma'aruf dan Nahi Munkar'. Beliau sendiri membuat risalah cetakan tangan yang melarang orang laki-laki memakai cincin emas dan pakaian sutera. Risalah-risalah ini dilekatkan di masjid-masjid dan dikirimkan kepada orang-orang ternama di seluruh bandar. Pada waktu berumur 12 tahun, Hassan al Banna sudah dilantik menjadi Imam Masjid dan melaungkan azan di atas menara. Subuh-subuh lagi, Hassan al Banna akan berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu dan tingkap bagi membangunkan isi rumah dari tidur supaya berjemaah di masjid. Dia jugalah yang mengejutkan muazin dari tidur. Adalah menjadi amalan beliau berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban di samping bulan Ramadhan. Beliau terus menerus mendalami ilmu Qur'an sama ada ketika berada di rumah, di sekolah maupun di tepi-tepi jalan.


Apabila umurnya meningkat ke 16 tahun, bapanya menghantarnya keDarul Ulum, sebuah maktab latihan perguruan di Kaherah. Sesampainya disana, beliau terkejut melihat keruntuhan moral dan sikap acuh tak acuh orang Islam di sana. Di masa pengajiannya, seorang pengarang Arab Dr. Taha Husin telah menulis sebuah buku murtad yang bertajuk "Syair-Syair Di ZamanJahiliyah' (On the Pre Islamic Poetry). Buku ini cuba menimbulkan keraguan terhadap kesahihan Qur'an dan Hadith. Pada masa itu juga, Sheikh Ali Abd. ArRaziq menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 'Islam dan dasar-dasar sebuah negara'. Buku ini memujuk ummat islam untuk mengamalkan sekularisma.Majalah-majalah dan suratkhabar-suratkhabar yang menegakkan slogan 'Mesir adalah sebahagian dari Eropah' membanjiri pasaran. Para nasionalis cuba memujuk dan mendesak kerajaan Mesir untuk pulang ke Tamaddun Firaun dan mencungkil adapt-adat bangsa Mesir purba. Seruan kepada peniruan cara pembaratan Kamal Attaturk bertiup kencang dan tidak berhenti-henti.


Hassan al Banna merasa sedih melihat sebahagian besar orang yang terhormat dan berpengaruh menyertai barisan modenis serta menyesatkan umat islam. Dalam keadaan sedih dan pilu, beliau cuba menenangkan hatinya dengan cara merapatkan diri kepada Sayyid Rashid Rida' serta murid-muridnya. Disinilah titik permulaan tertubuhnya satu harakah Islam yang besar dan tersusun untuk menghancurkan Jahilliah Moden. Beliau mula mendidik orang ramai dengan penuh sabar tentang kepentingan Islam dalam hidup individu dan sosial.Sebelum meninggalkan maktab, setiap pelajar dikehendaki menulis sebuah karangan mengenai rancangan masa depan masing-masing. Hassan alBanna mencatitkan; antaranya:


"Saya akan menjadi pembimbing dan guru. Walau sepanjang tahun, saya akan mengajarkanak-kanak sekolah, saya tidak akan lupa untuk mengajar bapa-bapa mereka tentang matlamat-matlamat Islam. Mungkin saya akan menggunakan cara penulisan, syarahan,perjumpaan, dan lawatan ke sana sini. Dalam mengajar murid-murid, saya akan hadapi mereka dengan semangat kesyukuran dan pengharapan. Dalam tugas yang satu lagi,saya akan hadapi dengan kesabaran dan pengorbanan. Semangat-semangat ini adalah mustahak bagi Mujahiddin dan kunci bagi kejayaan mereka. Mujahid-mujahid mestilah membuat kajian yang mendalam tentang individu-individu yang mendokong perjuangan Islam dan tentang penyokong-penyokong perjuangan Islam. Peribadi Mujahid mesti ditempa supaya tahan lasak dan biasa dengan kesusahan, Sesungguhnya saya menyerahkan nyawa saya kepada Allah. Inilah perjanjian saya dengan Allah dan tidak mungkin diubah. Hanya Allah yang mengetahui. Saya harap guru saya menjadi saksinya. Sesungguhnya sesiapa yang memenuhi janjinya dengan Allah akan mendapat ganjaran yang besar."


Hassan al Banna lulus dan meninggalkan Darul Ulum pada tahun 1927semasa umurnya 21 tahun. Beliau adalah pelajar yang pintar dan mendapat tempat pertama dalam kelasnya.


Setelah beberapa bulan mengajar di Ismailia, di sebuah sekolah menengah rendah Kerajaan, beliau dengan rasminya menubuhkan Harakah Islamiah "Al-Ikhwanul Muslimin." Beliau didokong oleh enam orang pengikut dan pelajar-pelajaryang setia. Hassan al Banna mula mengunjung ke sebuah kedai kopi yang besar di mana beliau mengambil kesempatan bersyarah tentang azab neraka dan nikmat syurga. Syarahan beliau ini menikam lubuk hati pendengar-pendengardan cukup untuk menyedarkan orang yang degil. Pada sebelahpetang beliau pergi ke zawiyah sufi yang berhampiran untuk menunaikan sembahyang sebelum beliau menyambung balik syarahan dan dakwah di kedai kopi. Inilah cara beliau berdakwah dan mendidik orang ramai hingga ke larut malam. Pada cuti musim panas, beliau menjelajah seluruh Mesir sama ada dengan berjalan kaki atau menaiki keretapi buruk kelas ketiga yang penuh sesak.Beliau tidak melalui kampung-kampung dan bandar-bandar begitu sahaja melainkan beliau berhenti dan bermalam, menerangkan Islam kepada orang kampung di masjid-masjid dan di rumah-rumah.


Sheikh Hassan al Banna memang banyak dianugerahkan dengan kelebihan untuk menjalankan tanggungjawab Islam. Beliau bukan sahaja mempunyai fikiran yang tajam malah beliau juga mempunyai tubuh badan yang sihat dan gagah. Tubuhnya rendah sedikit tetapi kacak dan cergas. Di sepanjang hidupnya beliau dikurniakan Allah dengan kesihatan yang amat baik, dengan tenaga dan ketahanan yang tidak mengenal lelah. Bagi orang Arab, tiadalah benda yang paling menyentuh hati mereka melainkan syarahan yang baik dan ini dimiliki oleh Hassan al Banna. Serendah-rendah buruh dan setinggi-tinggi ulamak mengelilinginya untuk mendengar syarahannya yang bertenaga dan dengan peribadinya yang mempesonakan.


Dalam tahun 1933, lbu Pejabat Ikhwan dipindahkan dari Ismailia ke Kaherah. Dalam masa tiga tahun selepas itu, Harakah Ikhwanul Muslimin memberi penekanan yang berat dalam mendidik umat islam supaya menghayati islam. Cara yang digunakan ialah dengan membina dan menggerakkan masjid-masjid,mendirikan sekolah-sekolah dan pusat-pusat kebajikan di seluruh Mesir.Pemuda yang dahulunya menggerakkan muazzin dari tidur kini menggerakkan umat islam di seluruh Mesir. Apa yang dibuat olehnya tidak terbuat oleh ulamak besar di Al Azhar. Kota Kaherah bergelumang dengan maksiat. Umat Islam malu untuk sembahyang di tempat lapang. Murid-murid di sekolah belajarmembenci sebarang perkara yang bersangkutan dengan Islam. Di kota raya ini jugalah Hassan al Banna berjaya mengajak beratus-ratus pelajar berpendidikan Barat kepada menyintai Islam dan menjadi muridnya yang gigih berjuang.


Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan al Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakah Ikhwanul Muslimin:

1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.

2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.

3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul,kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.

4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.

5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.

6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.

7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.

8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengencam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.

9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.

10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya.


Al Ikhwanul Muslimun memberi kuasa penuh kepada ketuanya yang juga pengasas kepada pergerakan tersebut. Tidak terdapat seorang raja pun yangditaati tanpa dipersoal seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Ikhwan terhadapHassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna bercita-cita untuk menjalankantanggungjawabnya ke seluruh Mesir. Matlamatnya ialah menukar secaramenyeluruh masyarakat Mesir kepada masyarakat yang berlandaskan Syariahislam.


Dalam tahun 1936, kegiatan Al Ikhwanul Muslimin mula diambilperhatian oleh pemerintah. Sheikh Hassan al Banna telah mengutus sepucuk surat kepada raja Farouk dan menteri-menterinya, menyeru mereka untuk membuang undang-undang Barat dan menjalankan undang-undang Islam.Beliau juga menyuruh mereka menunjukkan contoh yang baik kepada Umat Islam di Mesir dengan cara:

1. Mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,

2. Mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi,

3. Janganlah mereka berjudi khususnya di tempat-tempat judi,

4. Mereka hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,

5. Mereka hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung wayang,

6. Mereka hendaklah berhenti dari mempamirkan tubuh badan anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam surat khabar,

7. Mereka hendaklah mendirikan sembahyang,

8. Mereka hendaklah bercakap Arab, menggantikan percakapan Inggeris dan Perancis,

9. Mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan

10. Mereka hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing.


Dari semua aspek kegiatan dalam harakahnya Hassan al Banna cukup menekankan soal mendidik generasi yang sedang meningkat naik ke Mesir.Berulang kali Hassan al Banna mendesak kerajaan untuk menyusun semula sekolah-sekolah yang ada berdasarkan Islam. Mengharamkan sistem pendidikan bercampur antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sukatan pelajaran yang berbeza. Pelajaran sains juga mestilah dibersihkan dari fahaman materialistik. Dengan cara ini umat islam di Mesir akan dapat manfaat dari semua ilmu yang ada sementara dapat menyisihkan diri mereka dari kesan-kesan negatif.


Seperti Jamalludin al Afghani yang muncul sebelumnya, Sheikh Hassan alBanna berpendapat bahawa adalah mustahil bagi sebuah masyarakat dapat berkembang maju selagi mereka dijajah oleh kuasa asing yang jahat. Oleh itu, Hassan al Banna memberi satu fatwa bahawa ummat Islam mestilah berjihad melawan penjajah Inggeris dari sudut ekonomi dan politik. Hassan al Banna menegaskan bahawa penjajah Inggeris mestilah melepaskan pegangan ke atas Terusan Suez.Hassan al Banna bencikan zionisme dan prinsip-prinsipnya serta berazam untuk memerangi musuh Allah itu sehingga titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan dengan Israel pada tahun 1948, tidak terdapat seorang tentera Arab pun yang berperang seberani pasukan sukarela Al-Ikhwanul Muslimin. Tidak pernah Israel bertembung dengan lawan yang begitu pahit dan menggerunkan.


Apabila harakah Al Ikhwanul Muslimin bertambah terkenal dan berpengaruh, rejim yang ada mula menganggap harakah Islam itu sebagai subversif yang mengancam negara. Dalam tahun 1948, kerajaan Mesir tunduk kepada Inggeris dan mengharamkan harakah Al Ikhwanul Muslimin. Beribu-ribu ahli Ikhwan dihumban ke dalam penjara serta harta benda mereka dirampas. Dua bulan kemudiannya Sheikh Hassan al Banna ditembak mati oleh seorang penembak yang tidak dikenali di jalan raya Kaherah .


Syahidlah ketua yang mereka cintai. Tetapi ini tidak menggugat harakah itu malah lebih menyuburkan lagi semangat mereka. Al Ikhwanul Muslimin terus berkembang maju tidak dapat dibendung oleh sesiapa.


Dalam tahun 1954, sekali lagi Al Ikhwanul Muslimin dizalimi. Nasser yang berkuasa atas bantuan Ikhwan bertindak memburu ahli ahlinya. Tindakan itu berjalan hingga ke hari ini.


Dari kanak-kanak hingga ke akhir hayatnya,Hassan al Banna telah memberi semua kemahirannya,pemikirannya,masanya,tenaganya,harta bendanya dan akhir sekali nyawanya pada jihad fisabilillah.Boleh dikatakan dia menyerahkan semua sekali yang ada pada dirinya untuk perjuangan Islam. Dialah syahid yang sebenarnya, syahid yang tinggi martabatnya. Moga-moga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya yang mulia itu di tempat yang bahagia. Mudahan-mudahan perjuangannya terus hidup dan dapat membakar semangat perjuangan Islam kepada kita semua.


Pada akhir Perang Dunia Pertama, pengaruh Ikhwan amat besar diseluruh Mesir sehingga harakah itu boleh disebut sebagai kerajaan dalam kerajaan. Boleh dikatakan jarang sekali terdapat bandar besar atau kecil yang tidak mempunyai cawangan Al Ikhwanul Muslimin. Sekolah-sekolah, masjid-masjid dan pusat-pusat kebajikan Ikhwan memenuhi seluruh Mesir. Majalah,risalah, surat khabar dan buku-buku mereka tersebar luas. Pengaruh Ikhwanul Muslimin tersebar luas hingga keluar negara Mesir. Pemuda-pemuda di negara-negara orang Islam mula mengharapkan panduan dari Hassan al Banna. Cabang Ikhwanul Muslimin ditubuhkan di Syria, Lubnan, Jordan, Palestine, Maghribi,Iraq dan Sudan.

Wednesday, August 1, 2007

Result Tahun 1

Dlm sedar atupun tidak,22 hari dah aku berada dibumi kelantan yg tercinta ini..terasa rindu pulak hati ini kat mesir..hehe..wlupun mase duk kat mesir ari tu rase nk balik je..duk kat umh ni rase bosan la plak..mcm xtau nk wat ape..ari tu mase exam xleh la nk tido byk2..tp skrg..fuyoo!!..tido je keje..hehe..bila lg nk tido..mase cuti ni la..tambah2 bila result da kluar ni..makin kuat la tdo jawabnye..hehe..xde r..sebenarnye aku nk cite pasal result je ari ni..

Sebagai manusia,maka kita xterlepas drpd ujian..baik ujian peperiksaan ataupun ujian hidup dan sebagainya..jd bila ade ujian make adela resultnye..hehe..maka pd hari khamis 26julai tu, result utk taun satu kuliah perubatan universiti kaherah pun keluarla..setelah seminggu aku menunggu dgn penuh debaran..hehe..result ni ditampal kat universiti..jd aku yg balik Malaysia ni terpaksa la mintak jasa baik kwn2 yg xbalik utk tgk result aku..n aku tnya la yusri cane result aku melaui ym..yus kate aku dpt jayyid jiddan keseluruhannye..mase tu dia ade kelas agama..jd die xnk ckp panjang..aku pun konfius la nk percaya ataupun tidak..wlaupun dlm hati dah lega giler..ye la..mane tau takut2 yus nk ‘bergurau biawak’ ngn aku ke..hehe..pastu duk kejap,saif pun hantarla result sume bdak2 malaysia kat gen6 yahoo group..maka betulla yg yus kate aku dpt jayyid jiddan..tp dia ckp jgn percaya sepenuhnye lg,,takut dia silap taip..n suh tunggu result yg akn disiarkan dlm laman web..duk 2 hari result pun kluar la kat laman web..dan dibawah ni merupakan result aku yg tersiar kat web:

View Result: 2007 July 1st Year

ID

2006881583

Name

محمد شاكر بن عيزانى بن حسين

Anatomy

208

Anatomy grade

جيد جدا

Physiology

177

Physiology grade

جيد

Biochemistry

106

Biochemistry grade

جيد

Histology

118

Histology grade

جيد جدا

English

32

English grade

مقبول

Total

609

Total grade

جيد جدا

Jd gitu la result aku lbih kurang setelah sebulan lbih ber ‘exam’yg berakhir pd 4 julai lalu..kira ok la tu walaupun xmumtaz cam org lain..sistem disini berbeza ngn malaysia yg hanya ade lulus ataupun tidak..disini ade grade2 yg tertentu..iaitu start dr yg tinggi ke rendah..

mumtaz = cemerlang

jayyid jiddan = amat baik

jayyid = baik

maqbul = lulus

rosib tahriri = gagal

dhoif = lemah

Jd sape2 yg dpt maqbul dan keatas maka selamatlah dia dari durr tani(ujian ulangan)..ujian yg disediakan khas pd mereka yg xmencapai sekurang2 nye maqbul utk bgi mereka peluang kedua..utk rosib tahriri mereka hanya perlu ulang kertas written subjek2 tertentu saje..berbeza dgn dhoif mereka perlu ulang semula semua (written,oral n practical) utk subjek2 tertentu..klu xsilap aku la..jd gitula system exam di universiti ini..

Jd disini aku nk ucap tahniahla kepada sahabat2 yg berjaya..yg gagal tu..cuba lg dlm durr tani..insyaAllah bleh la tu..jgn la terlalu sedih kerana kejayaan disini bukanlah merupakan kejayaan yg hakiki dan abadi mcm diakhirat nanti..sedar ataupun tidak hidup kita ni jugak merupakan ujian dari Allah ..seperti dlm

Firman Allah:

(Allah) yg menciptakan mati dan hidup utk dia menguji kamu siapakah dia antara kamu yg terbaik amalannye..

(al-mulk:2)

Seperti yg aku kate td la..bila ade ujian make adela resultnye..tp result ni akan dberitahu selepas kita mati nanti..sape yg nk tau kena mati dulu la..hehe..result ni la yg patut kita gerun lg takut..kerana dgn result ni la yg menentukan seseorang samaade memperoleh kejayaan ataupun kegagalan yg hakiki..dgn result ni jugakla seseorang akan memperoleh syurga ataupun neraka..maka celaka besarla bgi org2 yg merperoleh neraka.. bila result telah terbentang dpn kita nanti maka tidak ade lg peluang utk kita nak ambik ujian ulangan..tiada maaf bagimu la mase tu..mase kita masih didunia ni..kalau gagal..masih lg diberi peluang..klu system di mesir..klu gagal dlm exam maka diberi peluang utk ambik ujian ulangan(dur thani)..tp nanti diakhirat nanti..klu gagal maka gagal la..kalau neraka maka neraka la tempatnye..mase tu ramaila yg mintak ngn tuhan utk durr thani skali lg..tp apekan daya nasi telah menjadi bubur..makan penampar free la sape mintak utk durr thani mase tu..byk sekali dlm alquran yg menunjukkan manusia2 yg meminta utk diuji sekali lg..utk dihantar balik ke dunia dan sebagainye..kerana baru yakin setelah melihat dan mendengar sendiri bagaimana keadaan di neraka..mase tu..malaikat kate padan muka la..hehe

Firman Allah:

Dan (alangkah ngerinya)jika kamu melihat orang2 yg berdosa itu menundukkan kepalanya dihadapan Tuhannya(seraya berkata)..ya tuhan kami sesungguhnya kami telah lihat kami telah dengar maka kembalikan kami(kedunia)nescaya kami akan mengerjakan amal soleh..seseungguhya kami adalah orang2 yg yakin..

(as-sajdah:12)

Tazkirah la pulak aku ni..hehe..jd kpd yg berjaya tu..jgnla bangga sgt..bru tahun 1..tahun 2 xtau cane lg..dan kjayaan didunia ni bukanla boleh kita jdkan kayu pengukur kjayaan kita diakhirat nanti..ok..tu je..Wallahua’lam..