Dengan meneliti nama2 spt Muhammad Ahmad Al-Mahdi dari Sudan melalui Gerakan Al-Mahdi,Sheikh Muhammad Abdul Wahab dari Semenanjung Arab melalui Gerakan Wahabi ,Sayyid Muhammad ibn Ali As-Sanusi dari Libya ,Shehu Othman dan Fodio dari Nigeria dan juga Sheikh Hassan Albanna melaui Ikhwan Al muslimin di Mesir dapat memberikan sedikit maklumat kpd kita bahawa betapa besarnya pengorbanan2 yg telah diberikan oleh mereka kpd islam..
Nama2 itu munkin sudah diketahui oleh para pembaca tetapi kisah perjuangan mereka mungkin tidak byk yg mengetahuinya..jd,dengan membaca buku ini semacam terdapat persamaan antara semua gerakan islam ini iaitu menjadikan jihad sebagai pendorong utama mereka..jd,sy mencadangkan agar semua pembaca sekalian agar membaca buku ini..moga2 dgn membaca buku ini semangat jihad oleh ulama2’ silam meresapi jugak ke dalam ruh dan tubuh kita dan juga membakar semangat perjuangan islam kpd kita semua..insyaAllah
Pada kali ini sy hanya ambil satu sahaja iaitu Sheikh Hasan Albanna dan Gerakan Islam yg diasaskan olehnya iaitu Ikhwan Al-Muslimin utk post pd kali yg berikutnya..utk yg lain2 sila cari sendiri la..hehe..sekarang dah ade dlm bentuk e-book..so,boleh carila kat mane2 kedai pun..berikut merupakan sebahagian drpd kisah tersebut..
SHEIKH HASSAN AL BANNA
Dalam tahun 1906, di sebuah bandar bernama Mahmudiah di Mesir, seorang putera telah dilahirkan. Putera inilah yang telah ditakdirkan Allah menjadi Mujahid yang paling hebat pernah wujud di dunia Arab dalam sejarah mutakhir ini. Beliau ialah Sheikh Hassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna dibesarkan dalam keluarga yang amat kuat berpegang kepada Islam.Beliau pernah berkata:
''Bapaku ialah Islam dan aku tidak mempunyai bapa melainkan Islam",
Bapanya tidak kurang juga hebatnya dalam bidang keilmuan dan ketaqwaan. Beliau ialah pembaik jam yang mahir. Pekerjaan inilah yang menjadisumber rezeki bagi menyara hidup keluarganya. Masa kerjanya ialah padawaktu malam. Pada siang harinya pula, dia menjadi Imam di salah sebuah masjid di kampungnya di mana dia mengajar prinsip-prinsip Islam danberdakwah. Masa lapangnya dipenuhi dengan bertalaah di dalamkhutubkhanahnya.Kegemarannya ialah Shariah sementara Muwatta’ Imam Malik danMusnad Imam Shafei menjadi kitab yang paling disukai. Beliau adalahpengarang kepada kitab Tafsir Musnad Imam Ahmad Ibn. Hambal.Sheikh Hassan al Banna berguru kepada bapanya sehingga dia berjayamenghafal seluruh Qur'an. Apabila Hassan al Banna meningkat remaja, bapanyamengizinkannya menggunakan khutub-khanahnya danmembaca buku-bukudalam simpanannya. Dengan cara inilah Hassan al Banna menerima pengajaranIslam yang tulen dari bapanya. Kemahiran Hassan al Banna dalam bahasa Arab,bahasa ibundanya amatlah mengkagumkan dan beliau tidak belajar sedikit pun bahasa asing.
Semangat perjuangan Islam dan kepimpinannya jelas ternyata pada peringkat umur yang masih muda. Beliau dan abang kandungnya telahmenubuhkan persatuan 'Amal Ma'aruf dan Nahi Munkar'. Beliau sendiri membuat risalah cetakan tangan yang melarang orang laki-laki memakai cincin emas dan pakaian sutera. Risalah-risalah ini dilekatkan di masjid-masjid dan dikirimkan kepada orang-orang ternama di seluruh bandar. Pada waktu berumur 12 tahun, Hassan al Banna sudah dilantik menjadi Imam Masjid dan melaungkan azan di atas menara. Subuh-subuh lagi, Hassan al Banna akan berjalan dari rumah ke rumah mengetuk pintu dan tingkap bagi membangunkan isi rumah dari tidur supaya berjemaah di masjid. Dia jugalah yang mengejutkan muazin dari tidur. Adalah menjadi amalan beliau berpuasa dalam bulan Rejab dan Syaaban di samping bulan Ramadhan. Beliau terus menerus mendalami ilmu Qur'an sama ada ketika berada di rumah, di sekolah maupun di tepi-tepi jalan.
Apabila umurnya meningkat ke 16 tahun, bapanya menghantarnya keDarul Ulum, sebuah maktab latihan perguruan di Kaherah. Sesampainya disana, beliau terkejut melihat keruntuhan moral dan sikap acuh tak acuh orang Islam di
Hassan al Banna merasa sedih melihat sebahagian besar orang yang terhormat dan berpengaruh menyertai barisan modenis serta menyesatkan umat islam. Dalam keadaan sedih dan pilu, beliau
"Saya akan menjadi pembimbing dan guru. Walau sepanjang tahun, saya akan mengajarkanak-kanak sekolah, saya tidak akan lupa untuk mengajar bapa-bapa mereka tentang matlamat-matlamat Islam. Mungkin saya akan menggunakan cara penulisan, syarahan,perjumpaan, dan lawatan ke
Hassan al Banna lulus dan meninggalkan Darul Ulum pada tahun 1927semasa umurnya 21 tahun. Beliau adalah pelajar yang pintar dan mendapat tempat pertama dalam kelasnya.
Setelah beberapa bulan mengajar di
Sheikh Hassan al Banna memang banyak dianugerahkan dengan kelebihan untuk menjalankan tanggungjawab Islam. Beliau bukan sahaja mempunyai fikiran yang tajam malah beliau juga mempunyai tubuh badan yang sihat dan gagah. Tubuhnya rendah sedikit tetapi kacak dan cergas. Di sepanjang hidupnya beliau dikurniakan Allah dengan kesihatan yang amat baik, dengan tenaga dan ketahanan yang tidak mengenal lelah. Bagi orang Arab, tiadalah benda yang paling menyentuh hati mereka melainkan syarahan yang baik dan ini dimiliki oleh Hassan al Banna. Serendah-rendah buruh dan setinggi-tinggi ulamak mengelilinginya untuk mendengar syarahannya yang bertenaga dan dengan peribadinya yang mempesonakan.
Dalam tahun 1933, lbu Pejabat Ikhwan dipindahkan dari
Di bawah ini dicatitkan kata-kata Hassan al Banna yang menjadi asas kepada prinsip perjuangan harakah Ikhwanul Muslimin:
1. Apabila saudara mendengar azan, bangunlah sembahyang serta merta walau bagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah Quran, atau tatapilah buku-buku atau pergilah mendengar perkara-perkara yang baik ataupun amalkanlah zikrullah. Janganlah sama sekali saudara membuang masa walaupun sedikit dengan membuat perkara-perkara yang berfaedah.
3. Berusahalah seberapa daya untuk bertutur dalam bahasa Arab yang betul,kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu syiar agama Islam.
4. Janganlah banyak ketawa, kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu selalunya tenang dan tenteram.
5. Janganlah banyak bertengkar dalam apa perkara jua pun kerana pertengkaran yang kosong itu tidak memberi apa-apa kebaikan.
6. Janganlah bergurau, kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam sebarang perkara.
7. Janganlah saudara bercakap lebih nyaring daripada yang dikehendaki oleh para pendengar kerana yang demikian itu adalah suatu rasmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang lain.
8. Jauhilah daripada mengumpat peribadi-peribadi orang, mengencam pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan dengan apa-apa yang boleh memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenallah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang saudara bertemu sekalipun ia tidak meminta hendak berkenalan, kerana asas pergerakan kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita.Oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang tatacara bagaimana hendak menggunakan masanya dengan berfaedah dan jika saudara mempunyai tugas sendiri maka ringankanlah perlaksanaannya.
Al Ikhwanul Muslimun memberi kuasa penuh kepada ketuanya yang juga pengasas kepada pergerakan tersebut. Tidak terdapat seorang raja pun yangditaati tanpa dipersoal seperti yang dilakukan oleh ahli-ahli Ikhwan terhadapHassan al Banna. Sheikh Hassan al Banna bercita-cita untuk menjalankantanggungjawabnya ke seluruh Mesir. Matlamatnya ialah menukar secaramenyeluruh masyarakat Mesir kepada masyarakat yang berlandaskan Syariahislam.
Dalam tahun 1936, kegiatan Al Ikhwanul Muslimin mula diambilperhatian oleh pemerintah. Sheikh Hassan al Banna telah mengutus sepucuk
1. Mengharamkan pergaulan bebas antara perempuan dan lelaki,
2. Mengharamkan meminum arak di upacara-upacara rasmi,
3. Janganlah mereka berjudi khususnya di tempat-tempat judi,
4. Mereka hendaklah berhenti dari berjudi lumba kuda,
5. Mereka hendaklah berhenti dari bersuka-suka di kelab-kelab malam dan panggung wayang,
6. Mereka hendaklah berhenti dari mempamirkan tubuh badan anak-anak dan isteri-isteri mereka dalam
7. Mereka hendaklah mendirikan sembahyang,
8. Mereka hendaklah bercakap Arab, menggantikan percakapan Inggeris dan Perancis,
9. Mereka hendaklah berhenti dari menggunakan pengasuh Inggeris untuk menjaga anak-anak mereka dan
10. Mereka hendaklah berhenti dari menghantar anak mereka ke sekolah asing.
Dari semua aspek kegiatan dalam harakahnya Hassan al Banna cukup menekankan soal mendidik generasi yang sedang meningkat naik ke Mesir.Berulang kali Hassan al Banna mendesak kerajaan untuk menyusun semula sekolah-sekolah yang ada berdasarkan Islam. Mengharamkan sistem pendidikan bercampur antara lelaki dan perempuan dan menyediakan sukatan pelajaran yang berbeza. Pelajaran sains juga mestilah dibersihkan dari fahaman materialistik. Dengan cara ini umat islam di Mesir akan dapat manfaat dari semua ilmu yang ada sementara dapat menyisihkan diri mereka dari kesan-kesan negatif.
Seperti Jamalludin al Afghani yang muncul sebelumnya, Sheikh Hassan alBanna berpendapat bahawa adalah mustahil bagi sebuah masyarakat dapat berkembang maju selagi mereka dijajah oleh kuasa asing yang jahat. Oleh itu, Hassan al Banna memberi satu fatwa bahawa ummat Islam mestilah berjihad melawan penjajah Inggeris dari sudut ekonomi dan politik. Hassan al Banna menegaskan bahawa penjajah Inggeris mestilah melepaskan pegangan ke atas Terusan Suez.Hassan al Banna bencikan zionisme dan prinsip-prinsipnya serta berazam untuk memerangi musuh Allah itu sehingga titisan darah yang terakhir. Dalam peperangan dengan
Apabila harakah Al Ikhwanul Muslimin bertambah terkenal dan berpengaruh, rejim yang ada mula menganggap harakah Islam itu sebagai subversif yang mengancam negara. Dalam tahun 1948, kerajaan Mesir tunduk kepada Inggeris dan mengharamkan harakah Al Ikhwanul Muslimin. Beribu-ribu ahli Ikhwan dihumban ke dalam penjara serta harta benda mereka dirampas. Dua bulan kemudiannya Sheikh Hassan al Banna ditembak mati oleh seorang penembak yang tidak dikenali di jalan raya Kaherah .
Syahidlah ketua yang mereka cintai. Tetapi ini tidak menggugat harakah itu malah lebih menyuburkan lagi semangat mereka. Al Ikhwanul Muslimin terus berkembang maju tidak dapat dibendung oleh sesiapa.
Dalam tahun 1954, sekali lagi Al Ikhwanul Muslimin dizalimi.
Dari kanak-kanak hingga ke akhir hayatnya,Hassan al Banna telah memberi semua kemahirannya,pemikirannya,masanya,tenaganya,harta bendanya dan akhir sekali nyawanya pada jihad fisabilillah.Boleh dikatakan dia menyerahkan semua sekali yang ada pada dirinya untuk perjuangan Islam. Dialah syahid yang sebenarnya, syahid yang tinggi martabatnya. Moga-moga Allah merahmatinya dan menempatkan rohnya yang mulia itu di tempat yang bahagia. Mudahan-mudahan perjuangannya terus hidup dan dapat membakar semangat perjuangan Islam kepada kita semua.
Pada akhir Perang Dunia Pertama, pengaruh Ikhwan amat besar diseluruh Mesir sehingga harakah itu boleh disebut sebagai kerajaan dalam kerajaan. Boleh dikatakan jarang sekali terdapat bandar besar atau kecil yang tidak mempunyai cawangan Al Ikhwanul Muslimin. Sekolah-sekolah, masjid-masjid dan pusat-pusat kebajikan Ikhwan memenuhi seluruh Mesir. Majalah,risalah,
No comments:
Post a Comment