Saturday, August 11, 2007

Perempuan


Semangatku sudah pun tercalar
Jiwaku serah bagai terbiar
Kau anggap cintaku dapat dibeli dijual
Apa lagi nak korbankan
Yang tinggal nyawa dibadan
Tinggal menongkat kasih belum bergandingan
Meraih kesunyian kalbu
Berbekal madah rindu
Semoga terbuka pintu hatimu
Kasihku yg satu
Perempuan kau harapan
Perempuan kau sandaran

-mawi-

Jd,begitula post sy pd kali ini yang berkaitan dgn perempuan sempena dgn Hari Israk Mikraj pd hari ini.Perempuan biasanya dikaitkan dgn kaum yg lemah jika nak dibandingkan dgn lelaki tp realitinya pd hari ini mmg kaum perempuanla yg mengatasi lelaki.Tp tak kurang juga wanita yg dikaitkan dgn lemah lembut tp sekarang macam2 ada.Perlu diingat kan jugak bahwa seindah-indah hiasan atas muka bumi ini adalah perempuan yg solehah.Namun begitu terdapat byk sifat2 buruk kaum wanita yg mungkin terlepas pandang oleh kita semua.Jd,pada kali ini sy ingin berkongsi dgn anda semua tentang sifat2 buruk kaum perempuan dan siksaan2 yg disaksikan sendiri oleh nabi kita Muhammad SAW masa peristiwa israk mikraj ini.Moga2 dgn post kali ini dpt menggerunkan kita bahawa betapa hebatnya ancaman dan siksaan terhadap org2 yg berdosa ini.Jd,ikutilah hadis yg diriwayatkan oleh Saidina Ali spt berikut:

Diriwayatkan oleh Saidina Ali karramaallahu wajhah: Saya dgn Fatimah pergi mengadap Rasulullah saw,kami dapati baginda sedang menangis lalu kami bertanya kepadanya:Apakah yg menyebabkan ayahanda menangis,Ya Rasulullah”.Baginda menjawab:

Aku lihat perempuan rambutnya tergantung,otaknya menggelegak

Aku lihat perempuan yg digantung lidahnya,tangannya terikat kebelakang dan Qathran(air yg enggelegak) dicurahkan dlm halkumnya

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya diikat,tangannya terikat kearah ubun-ubunnya dan disuakan dgn ular dan kala

Aku lihat perempuan yg memakan badannya sendiri,dibawahnya dinyalakan api

Aku melihat perempuan yg memotong tubuhnya dgn gunting drpd api neraka

Aku melihat perempuan yg bermuka hitam memakan tali perutnya sendiri

Aku melihat perempuan yg telinganya pekak matanya buta diisi kedlm peti yg diperbuat drpd api neraka kerana berpenyakit sopak dan kusta

Aku melihat perempuan kepalanya seperti babi badannya seperti badan keldai,beribu-ribu kesengsaraan yg dialaminya

Aku melihat perempuan rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk kekemaluannya atau dimulutnya dan keluar diduburnya.Malaikat memukul kepalanya dgn corong drpd api neraka

Fatimah pun berdiri dan bertanya kpd ayahnya:Ayahanda yg dikasihi,ceritakanla pd anakanda:apakah kesalahan yg dilakukan oleh perempuan-perempauan itu?Lalu Rasulullah menjawab:

Adapun perempuan yg tergantung rambutnya itu ialah perempuan yg tdk menutup rambutnya drpd lelaki yg bukan muhrimnya

Perempuan yg lidahnya tergantung itu ialah perempuan yg menggunakan lidahnya utk memaki hamun dan menyakiti suaminya

Perempuan yg kedua-dua kaki tergantung itu ialah perempuan yg keluar rumahnya dgn tdk mendapat keizinan suaminya dan tdk mahu mandi suci dari haid dan nifas

Perempuan yg memakan badannya sendiri ialah kerana ia berhias utk lelaki yg bukan suaminya dan suka mengumpat-umpat orang

Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting drpd api neraka ialah perempuan yg memperkenalkan dirinya kpd orang asing,bersolek dan berhias agar kecantikannya itu dpt dilihat oleh lelaki yg lain

Perempuan tergantung kedua kakinya diikat,tangannya terikat kearah ubun-ubunnya dan disuakan dgn ular dan kala ianya boleh sembahyang dan puasa tetapi tdk mahu ambil air sembahyang dan tidak mahu mengerjakan sembahyang,juga tdk mahu mandi janabah

Perempuan kepalanya seperti babi badannya seperti badan keldai,beribu-ribu kesengsaraan yg dialaminya ialah perempuan ahli pengumpat dan pendusta

Perempuan rupanya seperti anjing itu adalah perempuan yg suka membuat fitnah dan membenci suaminya

Jd,begitulah peristiwa yg disaksikan oleh Rasulullah semasa dlm perjalanan Isra’ mikraj sehingga menyebabkan baginda sendiri menangis mengenangkan peristiwa tersebut.Moga2 peristiwa disebutkan itu dpt memberi pengajaran yg berguna kpd kaum perempuan yg masih lg lena dan tertipu diulit keindahan dunia yg fana ini

Walaubagaimanapun kpd kaum lelaki jgnlah berasa lega kerana ditakdirkan menjadi kaum lelaki.Walaupun peringatan tersebut ditujukan khas pd kaum perempuan namun adakah lelaki yg melakukan kesalahan2 yg sama terlepas begitu sahaja..sendiri mau ingat la..Mungkin disebutkan perempuan disitu kerana kebanyakan kesalahan2 itu dipelopori oleh kaum perempuan.jJd,itu tak bermakna kaum lelaki terlepas dgn begitu saja.Wallahu’lam..

Salam Israk Mikraj

No comments: