Friday, December 31, 2010
Wednesday, December 29, 2010
Parti Islam Semalaysia (PAS) : Gerakan Islam Atau Parti Politik?
Sebelum membaca artikel ini, saudara perlu tahu;
1. Kertas kerja ini adalah untuk memperkenalkan maksud gerakan Islam dan peranannya secara umum . Untuk tujuan pembentangan, hendaklah ditumpukan kepada butiran yang dihitamkan sahaja. Para ahli usrah dikehendaki membaca dan memahami sepenuhnya sebagai kerja rumah.
2 – Saudara akan melihat peranan gerakan Islam yang lebih luas yang melangkaui maksud dan peranan sebuah pertubuhan politik atau pertubuhan – pertubuhan lain yang menggambarkan kesempurnaan dakwah Islam.
3 – Saudara perlu tahu kedudukan PAS sebagai gerakan politik dan dakwah.
4 – Saudara perlu memahami dengan jelas peranan setiap ahli gerakan Islam demi menjayakan misi agung Islami di dalam memimpin umat manusia sejagat.
Pengenalan
PAS hari ini sedang bergerak laju. Kelajuannya seiring dengan perubahan politik negara yang dilihat sedang mengalami proses transformasi yang akan, setidak - tidaknya mengeluarkannya daripada politik lama yang bersifat diktator dan kuno kepada politik baru yang lebih bebas, telus dan adil, jika tidak pun sampai mampu mengubah kerajaan dan pemerintahan sedia ada yang semakin lemah dan gagal.
Selain kesan positif yang diharapkan untuk PAS di dalam memperolehi sokongan rakyat yang lebih besar, seterusnya diterima rakyat untuk memperkenalkan dan melaksanakan Islam sebagai cara hidup yang satu dan ideal untuk negara ini, sedikit kesilapan hasil kegelojohan dan ketidak telitian mungkin juga akan mengheret PAS ke dalam kancah konflik politik dan pertikaian yang akan merugikan dan melambatkan perjalanan PAS menuju matlamatnya.
Justeru adalah baik jika pengemaskinian kefahaman ahli PAS terhadap matlamat, peranan PAS selain tuntutan semasanya diberi keutamaan dan diperdalamkan.
Kertas ini akan mengupas peranan PAS sebagai sebuah harakah Islamiyyah atau gerakan Islam dengan memperincikan keutamaan yang harus dilaksanakan demi mengekalkannya terus relevan sebagai harapan umat yang akan menjadi kenyataan.
Maksud Harakah Islamiyah
Harakah Islamiyah difahami sebagai sebuah gerak kerja (amal) massa (sya’biy) secara berkumpulan (jamaie) yang tersusun (munazzam) dengan matlamat kembali kepada Islam untuk memimpin masyarakat dan mengarah seluruh aspek kehidupan.
Ia mestilah sebuah gerak kerja yang berterusan, bukan sekadar ceramah dan kata – kata atau tulisan dan buku walaupun ianya juga penting, tetapi ia hanya satu juzuk daripada gerak kerja yang dimaksudkan.
Maksud firman Allah; “Dan katakanlah, beramallah kamu semua, pasti Allah, rasulNya dan orang – orang beriman akan melihat amalan kamu.” – al Taubah:105
Ia juga mestilah sebuah gerakan rakyat yang tertegak di atas kesedaran dan kerelaan sendiri daripada keimanan teguh kepada Allah dan mengharapkan ganjaran daripadaNya, bukan daripada manusia.
Kesedaran diri itu adalah berpunca daripada wujudnya pergolakan di dalam diri mereka akibat pertembungan dan percanggahan di antara iman mereka yang mendalam terhadap kebenaran dan kekuatan agama Islam dengan realiti kehidupan umat yang menunjukkan sebaliknya. Maka berlakulah satu kebangkitan dan revolusi di dalam diri yang bertitik tolak dari rasa kasih terhadap agamanya, rasa cuainya diri dan umat disekelilingnya di dalam melaksanakan kewajiban terhadap ugama di dalam berhukum dengan syariat Allah, menyatukan umat di atas kalimah tauhid, membebaskan tanah air Islam daripada segala bentuk penjajahan luar di samping mengembalikan kerajaan khilafah Islamiah untuk memimpin umat seluruhnya.
Justeru gerakan Islam mestilah bersifat rakyat, sukarela dan tersusun gerak kerjanya. Adapun gerak kerja atau program rasmi Islam oleh pihak kerajaan ataupun agensinya, walaupun ia mungkin turut menyumbang ke arah kebaikan agama dan umat, tetapi ia tidak boleh dianggap sebagai sebuah gerakan Islam. Ini kerana ia bergerak di atas upah dan gaji, dilaksankan oleh pegawai yang mungkin tidak ikhlas, tidak ahli dan tidak amanah, selain terikat dengan kehendak dan telunjuk politik pemerintah. Ia juga sering bertentangan dengan kehendak dan aspirasi umat sehingga mereka telah dicap sebagai ulama kerajaan (ulama’ al sulthah). Semua ini menjadikan projek Islam kerajaan tidak akan mampu menjadi amal sebuah gerakan Islam.
Justeru perlu difahami bahawa jika gerakan Islam telah menguasai sesebuah kerajaan, maka segala program kerajaan hendaklah menjadi jentera yang akan melancarkan segala gerak kerja Islam yang telah disusun rapi oleh gerakan Islam tersebut demi mencapai matlamatnya yang murni dan agung.
Dalam bahasa hari ini disebut sebagai ‘parti menguasai kerajaan’.
Harakah Islamiyah juga mestilah sebuah gerakan yang berkumpulan dan bertanzim. Ia tidak menerima gerak kerja ramai yang ikhlas tetapi berselerak walaupun amalannya tetap diterima Allah.
Maksud firman Allah; “Dan tidaklah Allah akan mensia –siakan iman kamu (amalan kamu). Sesungguhnya Allah amat pengasih lagi penyayang terhadap manusia.” – al Baqarah: 143
Lihat juga al zalzalah: 7,8 dan Aali Imran: 195
Kemestian ini disebabkan oleh dua faktor utama iaitu agama dan realiti. Adapun ugama, maka ia disebabkan Islam menyeru kepada jamaah dan menolak bersendirian dan terpencil.
‘Tangan Allah di atas jamaah’. ‘Barang siapa memencil diri, dia akan terpencil di neraka’. ‘Orang mukmin saling kuat menguat’. Islam menyeru ‘berkerja sama melakukan kebajikan dan taqwa’ dan menyuruh untuk ‘saling mewasiat dengan kebenaran dan keabaran’.
Adapun realiti, maka ia disebabkan oleh hakikat bahawa sesuatu hasil itu tidak akan sempurna kecuali jika dilakukan secara bersama. kerja yang besar idak akan sempurna kecuali melalui usaha yang saling bergandingan. Sebelah tangan tidak boleh bertepuk.
Maksud firman Allah; “Sesungguhnya Allah menyukai orang – orang yang berperang di jalanNya dalam satu saf yang tersusun seolah – olah mereka bagai sebuah bangunan yang kukuh.” – al Shaff:4
Gerakan yang bertanzim bermaksud hendaklah ianya diterajui kepimpinan yang bertanggung jawab, dibina di atas asas yang kukuh dan kefahaman yang jelas, menggariskan hubungan di antara kepimpinan dan akar umbi yang diikat dengan syura yang wajib dan mesti didengari selain ketaatan yang jelas dan mesti. Islam dalam apa bentuk pun tidak mengenal jamaah tanpa tanzim hatta dalam perkara yang kecil seperti halnya dalam solat berjamaah yang bermula dengan saf yang rapi dan berterusan dengan ketaatan penuh kepada imam yang benar sehinggalah rukun salam.
Bagaimana PAS Sebagai Sebuah Parti Politik?
Satu persoalan yang sering ditimbulkan mengenai PAS adalah kedudukannya sebagai sebuah parti politik dilihat lebih menyerlah berbanding sebagai sebuah gerakan Islam.
Sebenarnya ianya tidak bertentangan, bahkan kita perlu melihatnya sebagai satu kelebihan jika dilaksanakan tuntutannya dengan tepat dan berkesan. Perhatikan sebabnya;
Pertama, PAS lahir daripada krisis politik semasa di Malaysia di saat negara sedang berjuang untuk kemerdekaan. Kelahirannya di atas pentas politik adalah cukup tepat untuk mengimbangi penguasaan golongan sekular di dalam UMNO dan BN yang berusaha memenangi dan merosakkan akidah rakyat dengan ideologi kebangsaannya.
Kedua, PAS adalah kelangsungan gerakan dakwah dan gerakan anti penjajahan yang dipelopori oleh para ulama sebelumnya. Para ulama yang berjuang menentang penjajah sebenarnya telah merujuk kepada gerakan tajdid Islam yang berpusat di Negara Arab dan Turki. Justeru peranan awalnya sebagai gerakan haraki adalah jelas.
Ketiga, dalam gerakan Islam, tarbiyah dan fikrah ibarat enjin yang mengerakkan jentera daripada dalam sedangkan tayar dan steringnya adalah politik. Justeru keaktifan PAS di dalam politik hendaklah dilihat sebagai kekuasaannya menguasai masyarakat dan tidak menjadi sebab kepada terpinggirnya lapangan lain terutama tarbiyah dan fikrah.
Keempat, dengan berdaftar sebagai sebuah parti politik, PAS mampu bergerak dalam medan yang lebih luas berbanding sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan non partisan.
Kelima, Gerakan Islam seluruh dunia hari ini telah mula memajukan diri di dalam politik hatta gerakan al Ikhwanul Muslimun di Negara - negara Arab. Maka PAS telah dilihat lebih terkedepan mengharungi dan mendepani politik tanah air.
Keenam, Jika PAS hanya gerakan politik yang bersifat ‘mesra sekular’, sudah pasti PAS telah berkubur di Malaysia bersama berkuburnya parti – parti politik pembangkang yang lain dek tekanan dan kezaliman pemerintah. Tetapi sebaliknya, PAS kekal. Ini adalah kerana kekebalannya yang merujuk kepada kekebalan sebuah gerakan Islam yang dibajai ruh Islami daripada al Quran dan al hadis.
Peranan Harakah Islamiyah
Sebuah harakah Islamiyah seperti PAS mestilah memainkan peranan yang utama di dalam gerakan tajdid Islami dan mengembalikan semula hak Islam untuk memimpin kehidupan seluruhnya selepas berjaya menghilangkan segala halangan yang menghalang.
Maksud tajdid;
Tajdid al din adalah satu istilah nabawy daripada hadis al Rasul sallaLlahu alaihi wasallam sendiri: “Sesungguhnya Allah pasti akan mengutuskan untuk umat ini, di hujung setiap seratus tahun, orang yang (man) akan memperbaharui (tajdid) untuk mereka akan agama mereka.” – Riwayat Abi Daud dan al Hakim daripada Abi Hurairah dengan isnad yang sahih.
Walaupun kebanyakan ulama melihat bahawa kalimah ‘man’ itu merujuk kepada individu, tetapi beberapa ulama terkemuka seperti Ibn al Athir dan al Hafiz al Zahabi pula melihat ianya bukanlah satu kemestian, bahkan ianya mungkin bermaksud satu kumpulan ulama yang bersama – sama membawa tajdid agama.
Dan, alangkah benarnya jika kumpulan ulama yang melakukan tajdid ini membentuk satu madrasah atau gerakan pemikiran dan amal yang tersusun dan saling bahu - membahu. Inilah syarah terhadap al hadis di atas yang paling baik dan realiti (waqiey) untuk kebangkitan umat Islam hari ini mengikut pandangan al Syeikh Yusuf al Qaradhawi.
Apakah yang perlu ditajdidkan?
Tajdid yang perlu dilaksanakan oleh gerakan Islam hendaklah tertumpu kepada tiga perkara utama;
Pertama, membentuk sebuah pasukan Islam yang mampu memimpin masyarakat hari ini dengan Islam yang benar dan menyeluruh dan merawati penyakit mereka dengan penawar bersumberkan Islam itu sendiri. Pasukan Islam ini hendaklah memiliki tiga sifat utama; iman yang mendalam, kefahaman yang jelas dan ikatan yang kukuh.
Kedua, membentuk pandangan umum rakyat majoriti yang menyokong pasukan Islam tersebut dan memberikan bantuan dan kasih sayang mereka kepadanya selepas mengenali matlamat perjuangan dan melihat keikhlasan dan kekuatan mereka.
Ketiga, membentuk satu iklim sejagat yang mula menerima kewujudan dan hak umat Islam selepas mereka ( non muslim ) memahami hakikat risalah dan peradaban Islam dan bebas daripada ikatan - ikatan lampau yang begitu pesimis, gelap dan tidak adil terhadap Islam disebabkan sejarah pertembungan yang berterusan di antara Islam dan kekufuran.
Pandangan umum sejagat yang positif inilah yang akan membuka dada mereka untuk menerima kehadiran dan hak umat Islam untuk menyusun kehidupan mereka berlandaskan hukum agama mereka sendiri di dalam negara umat Islam yang majoriti sebagaimana ianya bertepatan dengan seruan demokrasi yang dilaungkan oleh dunia mereka sendiri.
Keutamaan – Keutamaan Semasa Harakah Islamiyah
Medan kerja untuk gerakan Islam seperti PAS hari ini menjadi semakin luas dan adalah menjadi kewajiban ke atas pimpinan gerakan untuk mengkaji dan mendalaminya dengan penuh teliti berpandukan fakta dan statistik yang benar agar.
Di antara medan amal yang utama adalah seperti medan tarbiyah yang bertujuan membina pasukan dakwah yang cemerlng yang memiliki fikrah yang jelas, akidah yang teguh, akhlak yang baik, ibadah yang ikhlas serta manhaj perjuangan yang moden untuk menggerak dan menyatukan umat di atas tali Islam yang syumul.
Begitu juga dengan medan politik yang bertujuan membebaskan kuasa dan pemerintahan daripada tangan golongan yang lemah dan khianat kepada tangan mereka yang gagah dan amanah serta bersih daripada sifat takabbur yang mampu memimpin umat Islam dan kemanusiaan menuju kecemerlangan.
Begitu juga dengan medan ekonomi demi membangun kekayaan umat dan membebaskan diri daripada mengikut telunjuk musuh serta menanggung hutang ribawi seterusnya menubuhkan syarikat – syarikat perniagaan dan yayasan – yayasan yang akan memajukan ekonomi umat.
Selain itu adalah medan ijtima’ie dan kemasyarakatan yang bertujuan menyelami masalah umat dan membantu mereka keluar daripada kejahilan, kemiskinan dan penyakit serta menyelamatkan mereka daripada serangan golongan musuh yang menjadikan kemiskinan umat sebagai peluang menukar keyakinan dan akidah mereka.
Medan – medan amal seterusnya adalah medan dakwah dan penerangan, medan jihad, medan pemikiran dan ilmu, medan hiburan dan seni serta medan sukan dan riadhah yang semakin besar dan luas kesan dan pengaruhnya ke atas kehidupan umat Islam hari ini.
Dengan perluasan lapangan kerja yang semakin membesar dan kompleks, adalah menjadi tanggung jawab untuk kepimpinan gerakan Islam memastikan setiap medan itu dipenuhi dengan pengagihan tenaga kerja yang cukup dan seimbang bergantung keperluan di medan selain kemampuan gerakan. Pengabaian terhadap mana – mana lapangan amal tersebut akan memberikan kesan yang kurang selain membuka ruang untuk musuh melebarkan jaringan maker mereka.
Empat Yang Utama
Dr Yusuf al Qaradhawi berpendapat bahawa pemusatan dan kesegeraan hendak digerakkan kepada empat lapangan amal yang paling penting untuk diterokai dengan jayanya iaitu;
Pertama, di alam lapangan pemikiran hendaklah diberi tumpuan yang mendalam dan pencerahan yang baru ke atas beberapa kefahaman Islam yang penting. Ini dinamakan al fiqh al jadid. Di antara kefahaman yang mesti diketengahkan ialah fiqh al awlawiyah, fiqh al muazanah dan fiqh al maqasid.
Kedua, di dalam lapangan dakwah hendaklah ditumpukan kepada beberapa sektor dan kelompok masyarakat yang tertentu yang berpengaruh. Rakyat marhaen mestilah diselami kehidupan mereka. Kelompok perniagaan, bidang – bidang kewanitaan dan golongan akademik sebagai contoh adalah medan yang perlu dimedani dan dikuasai.
Ketiga, di dalam lapangan tarbiyah hendaklah ditumpukan kepada pembinaan kualiti yang tertentu ke atas kelompok kepimpinan masa depan terutama di dalam sudut fikrah dan iman. Inilah medan paling utama. Inilah kumpulan hari ini yang mengambil peranan kumpulan sahabat di zaman RasuluLlah sallaLlahu alaihi wasallam.
Keempat, di dalam lapangan politik hendaklah ditumpukan kepada pemajuan pemikiran dan praktikalnya di dalam politik hubungan dalam dan luar negari termasuk dengan non muslim agar dapat keluar daripada masalah dalaman dan sekatan oleh pihak luar selain merealitikan maksud kealamiahan Islam. Kefahaman politik yang terlalu dibayangi ujian dan serangan musuh yang mewujudkan politik perang, politik ekslusif dan politik taqlid hendaklah diperbaharui kefahamannya agar gerakan Islam terus maju atau setidak – tidaknya tidak terus ketinggalan di dalam memahami seterusnya memimpin umat.
Penutup
PAS adalah sayap dan jentera sebuah gerakan Islam sedunia yang lahir daripada sunnah perjuangan dan tuntutan agama. Ia lahir daripada keruntuhan yang menuntut binaan baru ke atas khilafah Islamiyah. Justeru PAS mestilah memiliki segala ciri – ciri gerakan hizbuLLah demi mendapat janji kemenangan daripada Allah.
Gerakan Islam hendaklah sentiasa membuka pintu kepada lambaian tajdid Islami terutama di zaman hari ini yang semakin cepat berkembang dan berubah. Apapun yang lebih penting adalah menjaga keaslian sebuah gerakan dakwah nabawiyah untuk umat manusia sejagat.
Selepas membaca artikel ini, saudara telah memahami;
1 – Gerakan Islam adalah sebuah gerakan ke arah Islam yang sempurna dan menyeluruh sebagaimana dendangan dan tuntutan al Quran dan al Hadis.
2 – Gerakan Islam saling bersatu di seluruh dunia demi mencapai matlamat Islam membina khilafah Islamiyah yang unggul.
3 – Kepentingan tajdid Islami di dalam menyempurnakan proses pembinaan harakah dan pencapaian matlamat.
4 – Memahami politik Islam dalam konteks PAS sebagai gerakan Islam.
5 – Memahami keutamaan kerja, pengagihan tugas dan penumpuan dan kepakaran demi kesan dan hasil yang sempurna dan menyeluruh.
Panel:
1 ) Ustaz Hj Nasrudin bin Hassan Tantawi
2 ) Ustaz Hj Nik Mohamad Abduh bin Nik Abdul Aziz
4 ) Ustaz Hj Riduan bin Mohd Nor
5 ) Ustaz Hj Nik Mahadi bin Nik Mahmood
6 ) Ustaz Hj Mohd Asri bin Mat Daud
7 ) Ustaz Hj Zulqarnain bin Hassan
8 ) Ustaz Hj Syed Abdul Kadir bin Syed Hussin al Joofre
Tuesday, December 28, 2010
Ajaib : TGNA Hidup Kembali?
KOTA BHARU, 28 Dis – Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya.
“Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya,” kata beliau (gambar) yang juga Mursyidul Am PAS dipetik Bernama.
Beliau ditemui selepas mesyuarat mengenai bekalan air di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.
Berita kononnya beliau meninggal dunia disebarkan menerusi blog dan mesej Twitter lewat petang.
Malah SMS mengenai fitnah itu turut disebarkan semalam.
Beliau menghadiri majlis rasmi pagi semalam sebelum menjalani rawatan rutin sebelah petang.
Sebelum ini, berita mengenai kesihatan Nik Abdul Aziz, 79, heboh diperkatakan malah dikatakan telah meninggal dunia malam tadi. Menteri besar itu minggu lalu menerima rawatan di Wad Eksekutif Hospital Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana sakit pinggang.
Ketika ditanya sama ada beliau masih mampu mentadbir Kelantan, Nik Aziz berkata beliau masih mampu berbuat demikian kerana tugas mentadbir negeri bukan dengan tenaga zahir tetapi dengan otak dan mengaku otaknya masih berfungsi dengan baik.
Beliau juga menyifatkan spekulasi mengenai kesihatan seseorang pemimpin terutama pemimpin politik adalah perkara biasa.
1)xtau la, ni kali ke berapa dah TGNA mati, mati2 hidup balik, mati2 hidup balik!..
2)barangkali TGNA lah orang yang byk kali mati atas muka bumi ni..
3)alahai, umno2..udah2 la tu!..
4)yg pasti bg sy ialah, TGNA tak akan mati sampai bila2!
apakah kamu mengira orang yang mati dijalan Allah itu mati??
Saturday, December 25, 2010
Forum : Perubatan Moden Adalah Perubatan Islam..
Ade 10 Bahagian. Sila Tengok Kat Youtube.. :)
Friday, December 24, 2010
Membedah Buku Jingga : Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!
Download Versi Melayu, dan Versi Inggeris!
Selamat Membaca!
p/s:
1) hidup jangan jadi skema!
2) jangan rasa diri bagos!
3) jom turun mengundi hari ini..hehe
4) baru ku tau, rupa-rupanya, jingga itu oren..hehe
Monday, December 20, 2010
Melayu Sepakat : Menolak Nasionalisme Itu Pluralisme?
Ekoran dinasihatkan oleh doktor untuk berehat, saya tidak berkesempatan untuk turut serta di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-2 yang diadakan di Kepala Batas, Pulau Pinang bermula esok, 19 Disember 2010. Bagaimanapun,saya sentiasa mengutuskan harapan agar konvensyen tersebut berjalan dengan lancar dan dapat menyimpulkan resolusi-resolusi penting khususnya di dalam mendepani pilihanraya umum yang akan datang.
Saya sentiasa optimis, UMNO dan Barisan Nasional sudah sampai di penghujung hayat di dalam memimpin negara. Jika saya boleh datangkan perumpamaan, UMNO adalah umpama pohon yang sedang mereput akarnya, sekalipun mungkin kelihatan dari zahir daunnya masih merimbun, ia sebenarnya menunggu masa untuk rebah ke bumi. Jika ada yang masih memilih untuk berteduh di bawah pohon yang bernama UMNO ini, mereka perlu bersedia untuk ditimpa bahaya. Jika diumpakan pelampung di tengah lautan, nasionalisme yang dibawa UMNO tidak lebih daripada pelampung yang bocor, mereka yang berpaut padanya mengharapkan untuk selamat, sayang sekali ia bukan menyelamatkan, tetapi menenggelamkan.
Saya nukilkan demikian kerana jelas sekali Ketuanan Melayu yang dibawa oleh UMNO semakin tidak laku untuk dipasarkan kepada rakyat yang semakin cerdik. Hari ini akhbar-akhbar menyiarkan keputusan Jawatankuasa Fatwa yang menolak cadangan untuk membuka peluang kepada orang bukan Islam menjadi Peguam Syarie. Dalam erti kata lain, Islam menjadi syarat kepada sesiapa untuk menjadi Peguam Syarie. Soalan saya mudah sahaja, kenapa tidak ditambah syarat Melayu? Adakah seorang bukan Melayu yang beragama Islam boleh menjadi Peguam Syarie? Jika boleh, apakah bezanya dengan menjadi Timbalan Perdana Menteri? Baru sahaja beberapa minggu lepas saya dihentam teruk apabila menyatakan persetujuan terhadap cadangan melantik YB Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri jika Pakatan Rakyat menawan Putrajaya, ketika itu saya sudah meletakkan syarat persetujuan bahawa beliau hendaklah seorang muslim. Bukankah pada masa itu saya digelar pengkhianat Melayu? Atas nama Ketuanan Melayu, saya dianggap sanggup menjual maruah bangsa, hari ini adakah Jawatankuasa Fatwa pula menjual maruah bangsa?
Hakikatnya, Melayu yang kononnya dibela oleh UMNO hanyalah omong-omong kosong semata-mata. Berkali-kali saya nyatakan, ancaman kononnya Melayu akan menghadapi bahaya jika Pakatan Rakyat memenangi pilihanraya hanyalah cerita dongengan UMNO, ia tidak lebih daripada cerita seorang pengembala kambing berbohong dengan bertempik menyatakan kambingnya dimakan oleh serigala. Kali pertama mungkin dipercayai, tapi kali seterusnya, bohong itu semakin tidak laku.
Jika keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa itu masih belum mencukupi untuk menyokong hujah saya, bagaimana pula dengan tulisan Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Saudara Zainul Rijal Abu Bakar seperti yang tersiar di dalam Berita Harian, 13 Disember yang lepas? (rujuk di sini) Jika ada yang terlepas pandang, sukalah saya nukilkan sedikit tulisan beliau yang antara lain menyebut :
"Jika kita melihat dalam Perlembagaan, memang benar tidak disebut dengan jelas bahawa PM dan timbalannya mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu. Oleh kerana tiada syarat spesifik seorang PM dan TPM adalah Melayu, saya berpandangan orang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau TPM."
dan :
"Disebabkan itu, saya berpandangan seorang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau timbalannya dengan syarat orang bukan Melayu itu adalah seorang mukmin yang tegas melaksanakan ubudiahnya kepada Allah SWT."
Jika saya yang menyatakan demikian dituduh sebagai menjual maruah bangsa Melayu, maka bagaimana dengan tulisan tersebut di atas yang tersiar di dalam akhbar pro-UMNO? Di mana pemimpin-pemimpin UMNO yang sibuk menghentam saya sewaktu saya mengeluarkan pandangan yang sama beberapa minggu lepas? Terlampau sibuk mengasap keris untuk dijulang mempertahankan Ketuanan Melayu, hingga leka dengan ribut petir di luar jendela?
Saya menyeru sekali lagi, baliklah kepada Islam. Islam menjanjikan keadilan untuk semua bangsa. Tanpa mengira warna kulit, Islam sebagai agama yang sempurna jauh lebih bernilai daripada nasionalisme yang dijunjung oleh sesetengah pihak di negara ini. Renungilah firman Allah SWT :
لَقَدْ أَرْسَلْنَا رُسُلَنَا بِالْبَيِّنَاتِ وَأَنْزَلْنَا مَعَهُمُ الْكِتَابَ وَالْمِيزَانَ لِيَقُومَ النَّاسُ بِالْقِسْطِ وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ
وَلِيَعْلَمَ اللَّهُ مَنْ يَنْصُرُهُ وَرُسُلَهُ بِالْغَيْبِ إِنَّ اللَّهَ قَوِيٌّ عَزِيزٌ
Yang bermaksud : Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan ugama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa. - Surah al-Hadid, ayat 25.
Lihatlah bagaimana ayat di atas jelas sekali menyatakan tujuan al-Quran diturunkan oleh Allah SWT ialah untuk dilaksanakan kandungannya yang tentu sekali akan membawa kepada keadilan. Lalu disebut peranan besi sebagai satu ibarat terhadap kekuasaan yang perlu dimiliki oleh orang Islam. Justeru, PAS berjuang untuk mendapatkan kuasa kerana dengan kuasa itulah keadilan dapat ditegakkan. Contohnya di Kelantan, dengan kuasa yang ada untuk memerintah negeri, PAS mampu melaksanakan dasar-dasar yang selari dengan syariat Islam yang tidak pernah dilakukan oleh UMNO. UMNO sudah terlalu lama berada di tampuk kuasa, namun tanpa Islam sebagai asas perjuangan, UMNO hanya mampu bertempik di atas nama bangsa Melayu semata-mata yang tentu sekali tidak akan memberikan kepuasan kepada bangsa lain. Lebih jauh lagi ada pula yang mendakwa tindakan mempersoalkan Ketuanan Melayu ialah budaya pluralisme!
Saya sentiasa menyebut agar perlulah selamanya kita meyakini bahawa hidup ini akan berakhir dengan akhirat. Manusia akan berdiri di hadapan Allah SWT di padang mahsyar kelak untuk menjawab setiap persoalan yang akan dikemukan tanpa berpeluang lagi untuk berbohong atau memanipulasi undang-undang. Justeru, bukan pilihanraya yang digeruni oleh seorang muslim, tetapi keadaan dirinya di akhirat kelak. Sekurang-kurangnya perhatikanlah sepatah pesanan Allah SWT :
وَقِفُوهُمْ إِنَّهُم مَّسْئُولُونَ
Yang bermaksud : "Dan hentikanlah mereka (menunggu), kerana sesungguhnya mereka akan disoal" - Surah al-Shaffat, ayat 24.
Ingatlah perjalanan hidup ini hanyalah satu permusafiran yang sementara. Akan tiba masanya kita akan meninggalkan segala apa yang dimiliki untuk berada di hadapan Allah SWT kelak. Pada masa itu, jika sekular yang menjadi pegangan kita, sekularlah yang akan menjadi teman kita di sana. Kata pepatah Arab :
ليس الغريب غريب الدار و الوطن إن الغريب غريب اللحد و الكفن
Yang bermaksud : Tidaklah dagang itu dagang meninggalkan negeri dan tanah air, tetapi dagang yang sebenarnya ialah dagang di liang lahad diselimuti kain kafan.
Inilah tujuan hidup manusia. Manusia tidak hadir ke dunia hanya untuk memikirkan pembangunan fizikal semata-mata, tetapi yang lebih utama ialah melakukan persediaan untuk ke akhirat. Atas tujuan inilah, rebah bangun dan sakit pening rela saya harungi demi menyebarkan kefahaman Islam seluas mungkin. Saya harapkan dari amalan ini menjadi pahala di sisi Allah SWT kelak. Cuma izinkan saya bertanya, adakah pemimpin UMNO juga turut merasakan perjuangan mereka mengenepikan Islam dan berkiblatkan ideologi nasionalisme sekular turut menjadi pahala di sisi Allah SWT nanti?
Jika boleh, sekali sekala berfikirlah sejenak merenung kembali, kenapakah UMNO terus tegar melawan PAS? Jika apa yang tidak betul yang dilaksanakan oleh PAS sepanjang 20 tahun menjadi kerajaan di Kelantan, sila tunjukkan untuk kita perbetulkan. Syaratnya perkara yang didakwa tidak betul itu benar-benar bercanggah dengan Islam, bukan hanya kerana bercanggah dengan hawa nafsu. PAS hanya meyalin apa yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Jika PAS tidak betul, maka Rasulullah SAW juga tidak betul, benarkah demikian? Tentu sekali tidak. Lalu, mana hujah UMNO untuk terus menentang PAS? Jangan hanya kerana tidak boleh berhujah, kami dinafikan pula hak kami sebagai rakyat negara ini. Bukankah Allah SWT berfirman :
وَإِنْ كُنْتُمْ فِي رَيْبٍ مِمَّا نَزَّلْنَا عَلَى عَبْدِنَا فَأْتُوا بِسُورَةٍ مِنْ مِثْلِهِ وَادْعُوا شُهَدَاءَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
Yang bermaksud : Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar. - Surah al-Baqarah, ayat 23.
Allah SWT sendiri mengajak manusia berhujah jika tidak yakin dengan kitab yang diturunkanNya. Hujah manusia ialah dengan mendatangkan kitab setanding al-Quran. Kami juga berdiri untuk bersedia menerima hujah UMNO jika dasar PAS salah dari sudut syarak. Jika UMNO tidak mampu mendatangkan hujah, jelas sekali UMNO yang perlu mengubah dasar, tinggalkan sahaja sekular, marilah kepada Islam.
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan.
Bertarikh : 12 Muharam 1432H / 18 Disember 2010M
Saturday, December 18, 2010
Thursday, December 16, 2010
Tuesday, December 14, 2010
Ketuanan Melayu & Melayu Sepakat : Sandiwara Di Hujung Hayat UMNO & ISMA?
Dari katil wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, saya dibekalkan dengan akhbar untuk dibaca saban hari. Nampaknya isu ketuanan Melayu masih menjadi ratib yang tidak henti-henti keluar dari mulut pimpinan UMNO. Peliknya tidak pula istilah ini disebut ketika Konvensyen BN 2010 yang lepas. Adakah Ketuanan Melayu tidak boleh menembusi pintu Dewan San Choon, Wisma MCA di mana konvensyen itu berlangsung?
Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di Negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau. Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah SWT? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah SWT?
Firman Allah SWT :
لَقَدْ مَنَّ اللَّهُ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ إِذْ بَعَثَ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْ أَنْفُسِهِمْ يَتْلُوا عَلَيْهِمْ آيَاتِهِ وَيُزَكِّيهِمْ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَإِنْ كَانُوا مِنْ قَبْلُ لَفِي ضَلالٍ مُبِينٍ
Yang bermaksud : Sesungguhnya benar-benar Allah telah memberi kurnia kepada orang-orang yang beriman ketika Allah mengutus diantara mereka seorang Rasul dari golongan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah, membersihkan (jiwa) mereka, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab dan Al hikmah. dan Sesungguhnya sebelum (kedatangan Nabi) itu, mereka adalah benar-benar dalam kesesatan yang nyata. (Surah Ali-Imran : 164)
Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam. Menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam. Bila menolak Islam ertinya menolak anugerah daripada Allah SWT. Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengenepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka.
Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini. Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh Ketuanan Melayu. Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman. Hakikatnya, perjuangan Ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia.
Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah). Dalam hal ini, saya berterima kasih kepada salah seorang pemimpin UMNO Kelantan yang mendoakan kesihatan saya agar terus dapat berjuang menentang UMNO. Semoga doanya dimakbulkan Allah, insya-allah Amin.
Marilah balik kepada Islam sebagai penyelesaian yang sempurna, yang datang daripada Allah SWT. Ia sudah sempurna, tanpa cacat cela sedikitpun.
Firman Allah SWT :
وَتَمَّتْ كَلِمَةُ رَبِّكَ صِدْقًا وَعَدْلًا لَا مُبَدِّلَ لِكَلِمَاتِهِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
Yang bermaksud : Telah sempurnalah kalimat Tuhanmu (Al-Quran) sebagai kalimat yang benar dan adil. tidak ada yang dapat merobah robah kalimat-kalimat-Nya dan dia lah yang Maha Mendenyar lagi Maha Mengetahui. (Surah al-An’am, ayat 115)
Al-Quran ialah manual yang diturunkan oleh Allah SWT untuk mentadbir dunia. Justeru, apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasih orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada Al-Quran.
Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku. Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat. Dalam hal ini, Ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.
Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain, yang melebihkannya hanyalah taqwa kepada Allah SWT. Renunglah sejenak sekali lagi firman Allah SWT :
يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ
Yang bermaksud : Hai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui lagi Maha Mengenal. (Surah al-Hujurat, ayat 13)
Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa. Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertaqwa kepada Allah SWT. Bangsa Arab yang melakukan hampir kesemua jenis jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam. Jika bangsa Arab yang sedemikian jahil itupun dimuliakan Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam?
Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela. Alhamdulillah, di Kelantan, saya telah menerajui kerajaan negeri selama 20 tahun dengan tidak pernah menyebut Ketuanan Melayu, namun orang Melayu tetap terbela dan terjaga. Manakala KDYMM Sultan Kelantan pula disayangi oleh semua bangsa di Kelantan. Kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di Kelantan. Bimbang saya andainya Ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang, ia hanya akan memarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap.
Di sudut yang lain pula, Ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah satu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu di’kebumikan’ secara terhormat oleh Ketuanan Melayu . Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan Ketuanan Melayulah yang bertanggungjawab terhadap terhakisnya tanah rezab Melayu di seluruh negara. Jenayah Ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis. Ia menyimpulkan bahawa Ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekalipun.
Marilah kita sama-sama mengingatkan satu sama lain tentang akhirat. Akhirat yang menjadi tempat tuju samada Melayu atau bukan Melayu. Ia khusus untuk Allah SWT membalas setiap perbuatan manusia. Justeru, kita diperintahkan mengulang-ngulang peringatan ini beratus ribu kali sepanjang hidup kita melalui surah al-Fatihah yang wajib dibaca di dalam solat. Tujuh ayat yang menjadi agenda utama hidup seorang muslim diulang baca sentiasa, dan satu daripada ialah peringatan tentang hari kiamat :
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
Yang bermaksud : Yang menguasai di hari Pembalasan.
Yakinlah, tibanya kita di stesen yang bernama akhirat, Ketuanan Melayu tidak akan membawa apa-apa harga lagi di mahkamah Allah SWT!
HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Wad 2, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian
6 Muharram 1432H / 13 Disember 201M
1) mengapa xboleh menerima ketuanan islam?..macamlah kalau islam tu tertegak maka melayu itu tertindas dan dizalimi..
2) tak ilmiah lg ke camni?..:)
3) menitis air mata bila mengenangkan hebatnya pengorbanan yg dilakukan oleh TGNA..daripada beliau muda samapi skrg masih lg istiqamah dan thabat dlm perjuangan!
4) malu pd diri sendiri kerana masih lg tersisa di hati ini cinta kpd dunia yg menipu ini!
5) Islam Untuk Semua!
6) PERUBATAN Pun Untuk Semua! ..hehe
Monday, December 13, 2010
Begini Barulah Sepakat Namanya!
KOTA BHARU - Pas mengutamakan agenda untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN) dan tidak melulu untuk membincangkan hal pentadbiran pemerintahan negara buat masa ini, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Mahfuz Omar.
Bagi tujuan itu, beliau berkata, pihaknya sedaya upaya menggerakkan ahli dan rakyat untuk menjadikan usaha menjatuhkan UMNO dan BN sebagai kewajipan serta fardu ain pada pilihan raya umum akan datang.
”Kita sepakat untuk menjatuhkan UMNO dan BN, kita tidak fikir soal Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan menteri... fikir untuk menggerakkan pimpinan, ahli, rakyat menjadikan ia suatu kewajipan, fardu ain.
”Hasrat kita yang pertama ialah untuk menjatuhkan BN, kemudian kita fikir lagu mana nak buat... matlamat pertama nikah dulu, kahwin dulu, kemudian baru fikir apa (nak buat),” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Beliau berkata demikian ketika mengulas konvensyen pakatan pembangkang di Kepala Batas, Pulau Pinang, pada 16 Disember ini, yang dikatakan tidak akan menyentuh isu penubuhan negara Islam diperjuangkan Pas seperti yang dinyatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar dilaporkan berkata, tidak ada keperluan untuk pakatan pembangkang membincangkan isu itu kerana ia bukan faktor utama konvensyen berkenaan dan bukan isu yang menjadi agenda utama pembangkang.
Mahfuz berkata, beliau yakin rakyat memahami keadaan politik semasa walaupun terdapat pelbagai tohmahan yang dibuat terhadap Pakatan Rakyat (PR), termasuk isu Penasihat DAP yang dikatakan dilantik sebagai timbalan perdana menteri sekiranya dapat menguasai Putrajaya.
Ditanya mengenai keadaan kesihatan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang kini kurang sihat, Mahfuz berkata, mana-mana pemimpin tidak terlepas daripada mengalami keadaan demikian.
“Saya rasa itu perkara biasa, masalah manusia, contohnya macam Najib (Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak) pun pernah demam, ia lumrah kesihatan manusia, bukan semata-mata orang tua sebab orang muda pun (ada) sakit juga,” katanya.
p/s :
1) jom sama-sama kita sepakat!..
2) jangan kita sepakat melayu saja!..
3) jangan kita sepakat yg membawa rebah!
4) ops..tak kira..kami nak "melayu sepakat islam berdaulat" gak!..kah3
Friday, December 10, 2010
Bermimpi Menjadi Muhammad Al-Fateh?
Utusan...
Tuhan bersabda,
Benarkan...
Satu ketika,
Derapan...
Kuda kan tiba,
Bebaskan...
Kota di Roma
Tentera Fateh pun datang,
Hadis Nabi kuatkan iman,
Layar kapal rentas daratan,
Tanduk Emas dibantu Tuhan.
Tujuh puluh kapal pun tiba,
Byzantium gegak gempita,
Dua ratus ribu tentera,
Mimpi buruk sudah pun tiba.
Lapan ratus tahun penantian,
Konstantin akhir ditawan,
Panji Islam dikibar Hassan,
Tubuh syahid jiwa dikorban.
Itulah si anak muda,
Beraksi menggegar dunia,
Itulah sebaik raja,
Itulah sebaik tentera.
Youtube Here!..
p/s :
xtau nk kate ape..hehe
Wednesday, December 8, 2010
Politik Anak Toyo : Sebuah Projek Tipu Melayu Secara Sepakat?
p/s :
1) ape2 pon, bendalah ni sume tak melambangkan pendirian peribadi penulis ye!. :D
2) klik link bwh2 ni ye :D
3) tipu terus menipu, kita tipu melayu!..kah3
http://tukartiub.blogspot.com/2010/12/seluruh-negara-sedang-kena-tipu.html
http://www.youtube.com/watch?v=DqRXEfX2AMw&feature=player_embedded
Tuesday, December 7, 2010
Sehina Apapun Engkau Dimata Mereka, Tetaplah Berkata Benar Walaupun Pahit!..
Hijrah Demi Tegak Ketuanan Islam!..
Firman Allah SWT, maksudnya: “Dan orang-orang yang berhijrah kerana Allah sesudah mereka dianiaya, pasti kami akan memberikan tempat yang bagus kepada mereka di dunia. dan sesungguhnya pahala di akhirat adalah lebih besar, kalau mereka mengetahui. (Iaitu) orang-orang yang sabar dan hanya kepada Tuhan saja mereka bertawakkal..” (Surah an-Nahl 16: 41-42)
Bersyukur kita ke hadrat Allah SWT yang telah mengizinkan kita untuk terus hidup di bumi-Nya ini. Kini kita menyambut tahun baru 1432 Hijrah maka setahun lagi usia kehidupan kita bertambah. Sesungguhnya nikmat kehidupan yang terus menerus dikurniakan Allah SWT kepada kita ini wajarlah digunakan untuk meningkatkan amalan dan ketaqwaan sebagai bekalan untuk mengadap Allah SWT suatu masa kelak.
Sesuai dengan kedatangan tahun baru Hijrah ini, maka ada baiknya kita memperingati Peristiwa Hijrah yang dilalui oleh Rasulullah SAW dan ia selari dengan perintah al-Quran sendiri. Allah SWT berulang kali di dalam al-Quran memerintahkan supaya manusia mengambil pengajaran daripada peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh umat-umat yang terdahulu sebagai iktibar dan peringatan untuk semua.
Firman Allah SWT, maksudnya: “Demi sesungguhnya, kisah Nabi-nabi itu mengandungi pelajaran yang mendatangkan iktibar bagi orang-orang yang mempunyai akal fikiran. (Kisah Nabi-nabi yang terkandung dalam Al-Quran) ia bukanlah cerita-cerita yang diada-adakan, tetapi ia mengesahkan apa yang tersebut di dalam Kitab-kitab agama yang terdahulu daripadanya dan ia sebagai keterangan yang menjelaskan tiap-tiap sesuatu, serta menjadi hidayah petunjuk dan rahmat bagi kaum yang (mahu) beriman.” (Surah Yusoff 12:111)
Justeru, memperingati Peristiwa Hijrah ertinya membelek semula lembaran sejarah untuk melihat dan mempelajari bagaimana pengorbanan yang telah dilalui oleh baginda Rasulullah SAW dan para sahabat demi menegakkan ketuanan Islam di muka bumi ini seperti mana di perintahkan oleh Allah SWT.
Hari ini, setelah 1432 tahun ia berlalu, kisah hijrah Rasulullah SAW masih kekal segar dan terpahat kukuh dalam ingatan kita. Persoalannya, adakah cukup sekadar ia diingati dan disebut tanpa dihayati semangatnya? Tentulah tidak. Justeru, saya mengajak diri saya dan semua pihak agar sama-sama melakukan gerak kerja berhijrah untuk menjadi manusia yang lebih baik pegangan dan perilakunya selepas ini.
Lakukanlah hijrah ke arah kebaikan dalam semua aspek. Di bidang ekonomi, berhijrahlah dari ekonomi riba kepada ekonomi yang diredhai oleh Allah SWT. Di dalam bidang pendidikan, berhijrahlah dari sistem pendidikan yang hanya mengutamakan merit dan sijil semata-mata kepada sistem pendidikan yang benar-benar berteraskan wahyu dan berorientasikan pembentukan minda dan akhlak yang baik. Di dalam bidang politik, tinggalkanlah politik sekular dan berhijrah kepada politik Islam sebenar yang mengambil kira soal dosa dan pahala. Seterusnya di dalam semua bidang di dalam kehidupan, selaraskanlah semua aktiviti hidup kita agar selari dengan tuntutan mencari keredhaan Allah SWT. Insya-Allah, jika semangat ini dapat dihayati dengan sebaik mungkin, maka kita tidak akan berdepan dengan pelbagai masalah untuk mengurus tadbir kehidupan ke arah masyarakat yang aman dan sejahtera.
Semoga kehadiran tahun 1432 Hijrah ini memperkukuhkan keimanan dan ketakwaan demi memartabatkan ketuanan Islam dalam kehidupan kita di dunia menuju akhirat.
Sekian.
MEMBANGUN BERSAMA ISLAM
* KELANTAN MENERAJUI PERUBAHAN *
Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
Bertarikh: 1 Muharam 1432H / 7 Disember 2010M
p/s :
1) nasib baiklah orang-orang ansar madinah dulu tak menegakkan 'ketuanan ansar', kalau tak, tidak jadilah peristiwa Hijrah tersebut..
2) sy yakin ketuanan melayu akan lenyap jugak satu hari nanti..sebagaiman telah lenyap slogan-slogan yg batil terdahulu!
3) Salam Maal Hijrah 1432 Untuk Semua!..:)
Monday, December 6, 2010
Dari Facebook Kepada Blog!
p/s :
1) http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=174360115921688&id=1256675560
2) right click and open in new tab :D
3) ketuanan melayu, ketuanan rakyat atau ketuanan islam?
4) maaf kpd yang berkenaan!..
Tuesday, November 30, 2010
Ketuanan Bangsa Undang Permusuhan!
PASIR MAS, 30 Nov: Mendaulatkan ketuanan Islam berbanding ketuanan Melayu bukan sahaja lebih mulia, malah mampu mengelak dari permusuhan kaum, kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Beliau yang Mursyidul Am PAS, berkata sekiranya bangsa Melayu mahu ketuanan Melayu, sudah tentu bangsa lain juga mahukan bangsa mereka di angkat seperti mana bangsa Melayu.
“Bangsa lain boleh menerima agama (Islam) ini berbanding ketuanan Malayu yang hanya menunjukkan kepada satu bangsa sahaja,” ujarnya.
Beliau berkata demikian kepada media ketika ditemui selepas menziarahi keluarga mangsa OKU yang rentung dalam kebakaran di Kampung Ubi Keling Nibong, dekat sini.
Turut serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Tuku, Abdul Fatah Harun, Adun Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman dan Ketua Jajahan Pasir Mas, Nik Kazim Nik Yusoff.
Tambah Menteri Besar Kelantan itu lagi, dengan ketuanan Islam tidak akan timbul sikap dengki dari bangsa lain sebaliknya diterima baik oleh mereka, apatah lagi jika mereka memeluk Islam.
Sehubungan itu tegasnya, sikap terlampau mementingkan bangsa wajar dihentikan kerana lebih banyak mengundang perbalahan dan permusuhan berbanding perpaduan.
p/s:
1) 'waqiyyah jiddiah' pulak dah..kah3..
2) kita adalah satu kaum yg dimuliakan hanya kerana kita ni melayu?..kah3..
3) Dr Mahthir pun suruh lupakan keturunan bangsa!..
Sunday, November 28, 2010
Saturday, November 27, 2010
Islam Bukan Milik Melayu Semata-Mata!
Dipetik daripada 110 Mutiara Kata TGNA Sepanjang 2010..
Kalau memilih tempat mandi,
Pertama teluk kedua pantai,
Kalau memilih pemimpin negeri,
Pertama elok kedua pandai!
TGNA at Harakahdaily..
p/s : terasa malu nk menjadi pejuang melayu,
dan lebih-lebih la memalukan andai 'Ikhwan Muslimin' pun tiba-tiba nak berjuang untuk Melayu!
Wednesday, November 3, 2010
Gerakan UMNO Adalah Jihad?
p/s:
1) lepas ni umno pun akan mengaku ikhwan muslimin!..mcm ****..hehe
2) pasni boleh buat slogan UMNO sepakat islam berdaulat!..
3) bila masa pula islam diturunkan kpd umat melayu??..
4)anda nilai sendiri la ulama umno tu..sy berkecuali ye!!..hehehe
Saturday, October 30, 2010
Kelantan Juara Piala Malaysia
Tahniah Buat Pasukan Kelantan..
Pastinya kemenangan ini sangat-sangat bermakna untuk pasukan kelantan kerana buat julung-julung kalinya mendapat Piala Malaysia setelah begitu lama menanti..
Piala Malaysia ini juga pastinya hadiah yang cukup-cukup berharga buat Kerajaan Islam Kelantan setelah 20 Tahun memerintah..
Gomo Kelate Gomo!..
p/s :
1) gomo, gomo jugok!..jgn gomo secara tak berhikmah sudah!..haha
2) esok cuti peristiwa..ambo nok cuti jugok la!..isk3
3) esok start round baru (paediatric)..moga2 semangt pun baru jugak la!
4) kalah itu ujian, menang pun ujian..jadi, xsoh duk bangga sgt la deh!..
5) terima kasih kpd yg belanja ana td..lain kali belanja lg ya!..hehe
Friday, October 29, 2010
Kisah Ulama' Pengampu!
Ibnu Samak mengingatkan Harun Ar-rasyid : Wahai Amirul Mukminin! Pengampu kamu ini tidak akan menemani kamu didalam kuburmu kelak!
p/s :
1) apa khabar fathul bari?
2) esok exam Internal Medicine, doakan saya dan sahabat2 yg lain ye! :)
3) esok final Kelantan lwn Negeri sembilan..jom pakat2 pakai baju merah sebagai sokongan kpd pasukan Kelantan..hehe
4) "kelantan bersatu islam berdaulat!!".. ni strategi dakwah ye!..kah3:D
Saturday, October 23, 2010
Friday, October 22, 2010
Why Don't We Share The Same Love?
1)mengapa enggan bersatu sedangkan kesatuan itu adalah perkara yang sangat-sangat dituntut?...
2)apakah perancangan-perancangan musuh-musuh islam untuk merobek kesatuan umat islam pada hari ini telahpun berjaya?
3)PERUBATAN Untuk Semua!..:D
Thursday, October 21, 2010
UMNO Pun Nak Bawa Islam, Inikan Pula ***A
1)
2)
kalau tanya umno, umno ni nk bawa islam ke nak bawa sekular?..
komfem jawabnya umno nk islam!..
kalau tak percaya, cuba la pergi tnya mana2 saja pemimpin umno!..
maka, apakah kerana 'kenyataan rasmi' umno itu nakkan islam, maka islam lah manhaj perjuangan umno?..
oh, ya sebelum sy terlupa, umno pun ada majlis ulama muda..bukannya setakat ***A dan PAS je ade!..mungkin sikit lagi umno pun akan menubuhkan majlis syura ulama'..mana tau?
dan terbaru, cuba teliti ucapan dasar ketua pemuda umno ini "maqasid dan manhaj perjuangan"..pergh, mantap gila kan?..
apa yang saya mahu sampai kan disini adalah yang tersurat itu tak semestinya sama dengan yang tersirat!!!!!..itu je!
Kenyataan Rasmi Presiden PERUBATAN..
Kenyataan Rasmi Pengerusi ISMA..
p/s: ***A xleh sebut nama penuh, sensitip!...kah3
Sunday, October 17, 2010
Terang Lagi Bersuluh!
Taklimat biasiswa jadi majlis kelab Umno
Harakahdaily |
MANSURAH (Mesir), 17 Okt: Taklimat biasiswa yang diadakan oleh Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) di Dewan Handousa, Kuliah Perubatan, Universiti Mansurah, semalam telah bertukar menjadi taklimat penerangan mengenai kelab Umno. Majlis yang berlangung pada pukul 3 hingga 5 petang itu telah dihadiri oleh kebanyakan mahasiswa dan mahasiswi kuliah sains kesihatan, Universiti Mansurah sehingga dewan besar itu melimpah. Penceramah jemputan yang juga mewakili Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah, Khairy Jalaluddin telah mengedarkan borang kelab Umno yang juga tertera lambang Umno kepada seluruh hadirin. “Kalau hendak biasiswa, kamu kena isi borang Umno dulu,” begitulah antara intipati ucapan daripada penceramah jemputan. Majlis yang sepatutnya banyak membicarakan tentang biasiswa diubah formatnya kepada lebih membicarakan tentang Umno dan juga ISMA. Bagi hadirin, majlis itu adalah satu pengkhianatan dan penipuan kepada mahasiswa. “Kami sepatutnya diberikan taklimat mengenai biasiswa sebaliknya diperbodohkan dengan taklimat lain,” ujar salah seorang hadirin. Dalam masa yang sama, majlis itu juga tidak dimaklumkan awal sebaliknya dihebahkan pada hari ia dilangsungkan. Kesemua mahasiswa dimaklumkan mengenai perkara ini secara tergesa-gesa dan juga diingatkan untuk membawa salinan keputusan SPM sebagai langkah untuk mengisi borang biasiswa. “Adakah pengedaran borang Kelab Umno termasuk dalam tugasan JPMK. Kalau begitu JPMK sebenarnya telah membawa agenda politik dalam jabatan mereka dan perkara ini adalah sama sekali salah dalam amanah yang telah diberikan kepada mereka,” kata seorang pelajar senior Mansurah. Pun begitu, majlis itu tidak diketahui siapakah penganjurnya dan perjalanannya sangat berterabur. Penceramah jemputan dalam masa sama juga adalah seorang pengerusi majlis dan juga pengedar borang Kelab Umno. Menurut seorang hadirin lagi, siapa yang menjemput Khairy dan siapakah yang merancang kehadirannya untuk majlis itu masih tidak diketahui. p/s: 1) siapa xnampak lagi memang buta-sebuta buta!.. 2) saya bukan qabil!..hahaha |