Friday, May 21, 2010
Hinakah Diriku Andai....
Salam 'Alayk..
Hari ini.mari kita soroti kisah seorang sahabat nabi SAW yang bernama Saad Bin Muaz. Seorang pemuda yang sangat kuat imannya. Walaupun zaman keislamannya hanyalah sesingkat 6 tahun, namun ketika kematiaannya Rasulullah bersabda mengatakan :
"Di saat kematian Saad bergegar Arash Allah dan menangis para malaikat di langit dan di bumi"..
Begitulah keistimewaan yang ada pada Saad Bin Muaz ini.
Persoalannya, Siapakah Saad Bin Muaz dan apakah istimewanya beliau ini?
Jadi, bacalah kisah ringkas dibawah ini.
*****************************
Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman.
Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah.
Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerna kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah.
Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.
Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangka anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah.
Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah.
Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah.
Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.
Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerna musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang.
Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerna tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya.
Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullaj berkata “di saat kematian Saad bergegar arash Allah dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”.
Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah di saat kematiannya adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika balir telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??
*********************
Kisah ini diambil disini!.. http://silahmukmin.blogspot.com/2010/02/syahidnya-saad-bin-muaz.html
p/s : post ini di dedikasikan khas untuk ahli-ahli kelab!..hehehe
Labels:
Baitul Muslim,
Cinta?,
Hadis,
Masam-manis,
Muslimkah Saya?,
Peristiwa,
Sirah,
Tazkirah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
best entry kali kir, tapi yg paling best adalah ayat yg last, dedekasi utk ahli kelab.. hehehe
harap2 semua ahli kelab menjiwai watak saad bin muaz ini. amennn..
pengerusi kelab dah baca ke? hehe
dale panje2 entry tu hok paling last jugok la dio nok komen..huhu
bukan stakat ahli kelab jah keno menjiwai, hok ahli tidok kelab pun keno menjiwai jugok!!..ko guano?..haha
loni pnegrusi kelab bertukar org doh!..tau doh ko dok lg?..hehehe
salam,
hehe, ye ke pengerusi kelab dah bertukar? ni nak gi ke aburish neh:)
bukan ayat last je, semua atikal tu abemad baca kir.he3 cuma bg komen kat ayat last je:)
pastu apa status bekas pengerusi kelab? penasihat ke?
kecek apo bare tok jolo nyo?..haha
jadi, mursyidul am la pulop!..
hehe
Post a Comment