Sunday, May 23, 2010

Ta'adud Jamaah : Antara Teori Dan Realiti?

bersatu kita roboh, bercerai kita teguh?

Musim-musim exam ni kita tolong forwardkan entry blog orang lain sudah la kan..

Duk kat mesir ni, isunya sentiasa pusing-pusing benda sama je..tapi tak pe la, baca la jugak ye..kot2 ada manfaat yang boleh kita ambil!

Isu yang saya rasa sampai kiamat pun takkan selesai,
dan sampai ke hari ini pun saya pun tak tahu bagaimanakah cara penyelesaiannya yang terbaik!

Dan ini quote dari pimpinan tentera Eropah semasa berperang dengan umat Islam.. Saya lihat ianya saling tak tumpah dengan dasar "Divide and Rule" yang sering dilakukan dalam mana-mana siri penjajahan pun! Termasuklah juga di Tanah Melayu kita sendiri satu masa dulu!

“ Kita tidak perku bertentangan dengan mereka secara berdepan. Ini kerana kesatuan niat mereka serta perpaduan yang mereka pegangi menyebabkan seorang lelaki di kalangan mereka sahaja sudah memadai daripada bilangan yang ramai untuk mengalahkan kita. Kesatuan hati mereka lebih hebat daripada perisai-perisai perang. Maka apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah dengan mengalihkan pandangan mereka kepada perpecahan dan perebutan. Maka jika perkara sebegini berlaku , sudah tentu kita semua akan mudah menawan mereka”

Jadi, ni blog us nazrul..klik la utk baca lebih lanjut!..

Taadud Jamaah : Penyelesaiannya?


Jadi, sama-sama kita ambil iktibar!


**************

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan semangat dan roh kebenaran
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Walau susah menempuh cabaran

Bersatulah wahai kaum muslimin
Dengan obor sinar kebahagiaan
Berjihadlah wahai kaum muslimin
Biar syahid ataupun kemenangan

Berjuanglah wahai Ansarullah
Dengan matlamat daulah Islamiah
Bekorbanlah wahai yang beriman
Dengan harta dan segenap kepunyaan

Bergeraklah ke gerbang jasa
Kalah menang bukan alasannya
Sucikanlah niat di hati
Hingga nyata benarnya janji Rabbi

Selamatlah parti islam melangkah
Membimbing ummah ke medan siasah
Berpedomankan Al-Quran dan Sunnah
Suburlah hidupnya dan pasti berbuah

****************

youtube : klik sini!



No comments: