Wednesday, December 9, 2009

Bersama Dengan UMNO Pun Apa Salahnya?


Sejujurnya, akhir-akhir ini saya agak tertarik dengan idea-idea bernas daripada Dr. Asri, mantan mufti perlis.

Saya lihat banyak idea-ideanya yang lebih mendamaikan, tidak terlalu cepat menghukum dan lebih menggalakkan perpaduan!

Saya tertanya-tanya adakah beliau juga menyokong gagasan kerajaan perpaduan yang dicadangkan TGHH. Saya harap beliau sokonglah! he he he


Cuba lihat entry terbaru di blog beliau yang menjawab pandangan mufti selangor yang mengatakan berdakwah di pusat hiburan tidak bersesuaian dengan matlamat dakwah.

Pertamanya, saya melihat keterbukaannya dalam menerima pendapat mufti selangor itu. Secara jelas beliau mengatakan bahwa beliau sangat menghormati perbezaan dan hak asasi manusia untuk bersuara! Sikap yang sepatutnya ada pada kita hari ini!


Beliau juga menyatakan, Saya Tidak Lebih Baik Daripada Nabi Musa, Mereka Yang Lalai Itu Tidak Lebih Buruk Dari Firaun.

Saya kira, itu merupakan satu kenyataan yang lebih menarik dan mendekatkan mereka yang lalai itu kepada Islam.

Sudah-sudahlah kita menyalahkan orang, menghukum orang menyatakan kesalahan orang lain dalam keadaan kita tak membuat sesuatu pun!

Ok. Selesai satu bab. Klik blog beliau untuk mengetahui lebih lanjut!

Begitu juga dengan sikap segelintir ahli pas hari ini, mereka begitu lantang dalam mengkritik pemimpin mereka sendiri apabila tidak bersetuju dengan sesetengah pendapat. Contohnya dalam isu unity goverment dahulu!

Tidak henti-henti mereka menyerang presiden mereka sendiri sehingga kadang-kadang mengfitnah dan mengatakan TGHH seorang yang penipu! Dahsyat! Walaupun pahit untuk dinyatakan tetapi itulah hakikat sikap yang ada dikalangan ahli pas dewasa ini.

Secara jelas dan biadap mereka menyatakan kepada TGHH bahwa UMNO itu jijik, kotor dan sebagainya!

Bagi saya, apabila kita meletakkan dalam minda dan diratib dalam percakapan kita bahawa UMNO itu jijik dan kotor, maka sangat jelaslah sikap kita yang sebenar iaitu suka menghukum, menyalahkan dan membusukkan orang lain!

Erm, Tak tahu lah saya, mungkin atas "bahasa politik" semata-mata maka semuanya adalah halal! Disinilah saya melihat kelamahan sistem politik yang lebih menjana ketaasuban yang melampau. Iaitu, menyokong secara membabi buta saja!

Oh, kotornya dunia politik hari ini!


p/s: saya bukan penganut fahaman "drasrisme"..hehe..harap maklum!..walaupun saya cakap dunia politik itu kotor tp saya tidak menolak bahwa "islam dan politik" itu dua benda yang yg tidak dapat dipisahkan!..

1 comment:

R'zley theshoots said...

pandangan anda itu hanya yg faham sahaja akan memahami....yg tak faham/bodoh tk akan faham sampai bila2 pun.........

tolong besarkan 'huruf' tu...tkleh baco awe wehhh...bukan buta huruf....halusssssssssssss!!!!