Dalam satu berita, Muhyiddin berkata: “Biarlah Nik Aziz lama dalam PAS kerana ia berguna juga”.Seingat saya kata-kata beginilah dahulu digunakan oleh pemimpin-pemimpin pakatan rakyat kepada pak lah semasa beliau masih lagi menjadi perdana menteri dahulu!
Secara peribadinya, saya merasakan kata-kata begini sangatlah bersifat politik! Kata-kata reverse psychology yang ingin menunjukkan betapa lemahnya seseorang 'musuh' politiknya.
Saya pun tak tahu lah apa niat muhyiddin sebenarnya tetapi andailah kata-kata tersebut bernada penghinaan, sangatlah saya rasa berdukacita! Hina benarkah TGNA dimata muhyidin?
Katanya, TGNA seolah-olah menyimpang dari landasan agama menyebabkan rakyat rasa tidak selesa dan bimbang. Mungkin disitulah muhyidin melihat keuntungan politiknya.
Tetapi apa yang melucukan adalah pandai pulak muhyidin membuat hukum dengan mengatakan TGNA selalu membuat pelbagai fatwa yang songsang yang bercanggah dengan agama.
Wow! Muhyidin belajar agama kat mana ya? Satu lagi, beliau berkata pemimpin pas turut sama bersubahat. Bersubahat kerana tidak berani menegur kesalahan pemimpin! Dalam Islam kalau kita tidak tegur perbuatan yang salah, kita turut bersubahat dengan orang yang melakukan kesilapan, katanya.
Haha. Sangatlah melucukan. Pandai juga beliau dalam bab agama ni ye. Kenyataan muhyidin ini juga menunjukkan pemimpin pas ni bodoh-bodoh belaka, tak belajar agama. Tak tahu mana yang betul, mana yang salah! Boleh la kita panggil beliau 'shiekh muhyidin' lepas ni..hehe
TETAPI, ada benarnya juga kata-kata muhyiddin ini, secara peribadinya saya melihat pas dewasa ini sudah tidak macam dulu. Tak ade 'umph' bak kata us nasrudin tantawi. Kesalahan pemimpinnya didiamkan saja dan kadang-kadang nampak sangat cuba menegakkan benang yang basah!
Kadang-kadang gaduh sana sini secara terbuka macam orang bodoh je! Kalau bodoh tak payah jadi pemimpinlah! Buat malu je!
Apa nak jadilah dengan negara ini?
Arghhh..Pening dan Jijik dengan dunia politik!
oh Tuhan, tunjukkanlah aku jalannya!
No comments:
Post a Comment