Saturday, December 5, 2009

Doa Biar Sampai Pecah Perut!

Nabi saw saat hiba mengenang perbuatan Quraisy [ Uqbah bin Abi Mu'it ] yang meletakkan najis di atas belakangnya sewaktu sujud dihadapan Kaabah , sejurus dibersihkan jasad Baginda saw oleh Fatimah radhiallahuanha , Rasulullah saw berdoa :

اللهم عليك بقريش

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMu urusan untuk membinasakan Quraisy . [ sebanyak 3 kali ]

Sebaik mendengar doa ini , penduduk Quraisy yang tadinya ketawa besar melihat keadaan Muhamad saw tiba - tiba terdiam kerana takutkan doa tersebut . lalu Nabi saw menyambung doanya :

اللهم عليك بأبي جهل بن هشام و عتبة بن ربيعة و شيبة ين ربيعة و الوبيد بن عتبة و أمية بن خلف و عقبة بن أبي معيط

Ya Allah ! Aku serahkan kepadaMU urusan untuk membinasakan Abi jahal bin Hisyam , Utbah bin Rabia'h , Syaibah bin Rabia'h , al Walid bin Utbah , Umaiyyah bin Khalaf dan Uqbah bin Abi Mui't .

Ibnu Masu'd bersumpah : Demi Allah yang diriku berada didalam genggamanNya , kesemua nama yang disebut itu terbunuh didalam peperangan Badar .

Sirah Ibnu Ishaq

****************

Saya pelik dengan rakyat malaysia yang buat-buat pelik dengan ucapan TGNA, bagi sayalah, ini bukanlah kali pertama TGNA berdoa dengan doa yang sedemikian rupa. Banyak kali dah!

Tetapi kali ini, banyak lah pulak manusia-manusia nak tunjuk alim kononnya TGNA sudah terpesong dari landasan agama.

Contohnya masa anakanda TGNA ditahan bawah ISA dulu, Tok Guru doa jugak. Tak jadi isu pun!

Nasihat saya pada UMNO, dalam bab-bab agama ni tak payah lawan lah! Komfem akan kalah!

Saya rasalah, TGNA sengaja membangkitkan isu doa ini, hanyalah bagi mengalih isu saja. Isu dalaman Pas yang semakin kucar kacir dan berpuak-puak ini. Disinilah saya lihat betapa hebatnya TGNA dalam berpolitik!

Tengok sekarang orang dah tak cakap pasal pas lagi dan orang mula memperkatakan pasal isu doa TGNA.

Dan bagi saya, doa TGNA itu ada asasnya. Cuma sengaja di exagerated kan itu hanyalah atas "bahasa politik" saja! Bahasa politik yang cuba mengalihkan isu.

***************

Semalam saya bubuh kat status ym, doa biar ahli pas pecah perut! Hehe..Saya sengaja buat begitu kerana nak tengok reaksi orang macamana!

Dan ternyata memang ada respons!..haha..seronok kan?..hehe..dia tanya pesal wat status begitu! Pesal ahli pas pulak! Macam tak puas hati je!..

Saya tak jawab pun sebab saya nak jawab melalui tulis dalam blog!..

Saya sedar, bila saya sebut "ahli pas" itu sifatnya general dan macam pukul rata! Tetapi maksud sebenar "ahli pas" itu hanyalah segelintir saja. Bukan semua!. Maafkan sayalah bagi yang terasa!

**********************

Saya cukup bengang dan marah kepada ahli pas yang cuba menjual islam semata-mata untuk kepentingan politik peribadi!

Seolah-olah islam itu hanya alat untuk melariskan diri saja!

Atas sebab itulah saya cakap doa biar ahli pas pecah perut tu!. Ahli pas yang buat kerja jijik begitu sajalah. Orang lain tak payah terasalah!

Erm, selebihnya wallahua'lam la..

*************

Akhirnya, saya bimbang kepada diri saya sendiri, saya seolah-olah tak nampak bagaimana mungkin islam akan memerintah dunia ini walaupun saya yakin bahwa suatu hari nanti Islam pasti berkuasa!

Tertutupkah sudah hati ini?

Oh Tuhan, Berikan Aku Petunjuk!



Berita-berita berkaitan..

"kita doa sampai pecah perut"

tak rujuk mana-mana pihak!

umno makin lemas, lupakan kelantan


TPM terkejut

maafkanlah nik aziz

peluru politik kena sasaran

antara doa dan politik..Dr Asri..

takutlah doa mangsa kezaliman!..us nasarudin tantawi


nik aziz yakin allah makbulkan doa


No comments: