Saturday, January 2, 2010

Rombakan Kabinet TGNA : Siapa Kuasa Ketiga?

siapa kuasa ketiga yang dimaksudkan?

Semalam saya baca berita tersebut! Agak terkejut sebenarnya! Benarkah apa yang dikatakan oleh zulkifli noordin dalam blognya itu!

Bukan terkejut dengan 'kuasa ketiga' yang dimaksudkannya itu tapi terkejut dengan 'siapa yang memberi maklumat kepadanya'!

Saya yakin isu yang diperkatakannya itu bukan isu kecil-kecilan. Dan tak hairanlah kalau hari ini, Salahuddin Ayub 'menempelaknya' supaya jangan menyibuk dalam urusan pentadbiran pas!

Mari kita perhatikan apa yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin ini..

"Mutakhir maklumat yang diperolehi dari sumber yang sangat dipercayai bahawa satu rombakan barisan Exco Kerajaan Kelantan akan dibuat tidak lama lagi di mana beberapa orang Exco kanan dan pimpinan PAS Negeri akan terpelanting dan tidak akan dilantik semula.

Daripada nama yang disebut, saya sendiri pun terkejut dengan mereka yang bakal digugurkan."Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah wujud satu 'tangan ghaib' atau 'kuasa ketiga' yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan kerajaan negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu"

Wujud atau tidak kuasa ketiga tersebut, bagi saya itu hal kecil! Persoalannya, daripada kenyataan zulkifli noordin tersebut "siapa yang memberi maklumat kepadanya"? Bagaimana maklumat yang "begitu rahsia" boleh sampai ke pengetahuannya sebagai "orang luar'? Dan siapa sumber yang 'sangat dipercayainya' itu?

Saya rasa itu adalah perkara yang lebih berhak untuk 'disiasat' berbanding 'orang ketiga' yang dimaksudkannya itu! Jadi, jangan tanya saya! Tanyalah zulkifli noordin!

Apa-apa pun, bongkarlah sehabisnya! Saya pun sangat-sangat berminat utk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam pas hari ini.

Dan sama-sama lah kita tunggu, sama ada benarkah akan berlaku rombakan kabinet dalam kerajaan negeri kelantan sepertimana yang didakwa oleh zulkifli noordin tersebut!

dan ini adalah entri dalam blog beliau!


wallahua'lam..

No comments: