orang-orang asli mana la ni?
Salam 'Alayk
Salah satu antara banyak-banyak doa nabi adalah "Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui!
Tidak mengetahui/tidak reti disini bermaksud mereka nenentang, menghalang, mencerca, menghina nabi adalah kerana kejahilan mereka terhadap apa yang ingin nabi sampaikan! Atau dalam bahasa moden hari ini 'bermusuh dengan apa yg mereka tidak tahu'!
Dalam riwayat, doa ini diucapkan tatkala nabi dihambat balik dengan penuh penghinaan oleh penduduk Thoif. Dalam perjalanan pulang ke mekah, nabi singgah disatu tempat dan berdoa dengan satu doa! Doa yg telah menggegarkan peduduk langit dan bumi! (saya tidak menyertakan doa tersebut pada kali ini!)
Dan disebabkan doa inilah Allah yg Maha Mendengar telah mengirimkan 'seorang' malaikat yg menjaga bukit kpd nabi. Malaikat ini memberi tawaran kpd nabi utk mengangkat bukit-bukit disekitar Thoif dan melemparkan kepada penduduk Thoif yg telah mencederakan jasad dan perasaan nabi saw!
Tetapi nabi saw dengan tegas menjawab, Jangan! Jangan wahai malaikat. Bahkan aku mengharap akan keluar dari sulbi-sulbi mereka, generasi-generasi yang akan memperjuangkan islam satu masa nanti!
Ya Allah Ya Tuhanku, Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Seseungguhnya Mereka Tidak Mengetahui!
******************
Hari ini, tertengok youtube kat atas! Biasanya rasa nak marah! Tetapi lain pulak hari ini! Dah insaf kot! hehe.. erm, xtau lah!..yg penting bukan setakat tak marah tapi rasa macam boleh pecah perut kerana gelak 'lucu'!
Video tersebut lama dah! Masa TGNA doa bala kepada Najib dan beberapa isu lain yg berbangkit! Adalah dua tiga kerat manusia rakyat kelantan yg buat demonstrasi agar TGNA letak jawatan!
Tengoklah hujah dari seorang USTAZ yg bertaraf Prof Madya Syariah Akademi Pengajiaan Islam Universiti Malaya! Dan tengoklah juga orang-orang asli dari gua musang mana yg mereka kutip sebagai tukang sorak! Memalukan dan sangat tidak bertamadun! (org Kota Bharu sudah bertamadun lah oi!..hehe)
Dalam hal ini, sy rasa inilah nasib dan dugaan-dugaan yg mesti dihadapi oleh manusia-manusia yg bercita-cita untuk menyambung risalah perjuangan nabi-nabi! Yang mana bukan ditentang oleh orang lain tetapi oleh kaum kerabat, sanak saudara dan jiran sekampungnya sendiri!
Macam-macam 'hujah agama' yg diberikan oleh 'ustaz' tersebut! Tapi mungkin kerana belajar tak habis maka begitulah jadinya! Pasal belajar tak habis ni, ada satu artikel yg menarik dari us zaharuddin! Klik utk baca!..Sekerat-sekerat akhirnya rosak dan sesat!
Bila wartawan tanya 'ustaz' tu tentang doa bala yg TGNA sebut pada Najib tu, 'Ustaz' tu dengan pantas menjawab "doa tu diajar oleh syaitan!, kawan Nik Aziz!"..hoho..tak sayang mulut betul 'ustaz' ni!..
Pasal doa bala ni, saya tulis dah hari tu kat sini!..tetapi hari ini tatkala 'menyelongkar' blog us zaharuddin terjumpa satu lg artikel yg ditulis dlm bab politik islam dan dakwah!..artikel tersebut mengisahkan beberapa keperibadian Umar Al-Khattab RA yg patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin pada hari ini! Saya petik sedikit!
Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.
Disitu kita lihat bahawa doa bala keatas seseorang ini ada asasnya! Dan betapa makbulnya doa orang-orang yang terzalimi! Klik sini utk bacaan lanjut!
Dan kepada 'ustaz' tersebut! Syaitankah yg mengajar doa tersebut kepada Saad Bin Abi waqqas seperti yang tertulis dalam sejarah itu? 'Sejarah' tidak menipu!
Ya Allah, Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Sesungguhnya Mereka Tidak Reti!
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment