Monday, April 27, 2009

Third Year Final Exam's Schedule

Salam Alayk

Ni jadual final exam tahun ni..tahun yg sgt mengcuakkan..apa-apa pun usahalah dulu sehabis daya..walaupun sudah rase terlambat..

Ok..lah..doa-doakan kami yg sedang berimtihan skrg..moga berjaya dunia akhirat..

practical

pharmacology : 30 April 2009

microbiology : 5 Mei 2009
parasitology : 7 Mei 2009

pathology : 10 Mei 2009


written


pathology : 21,23 Mei 2009

parasitology : 27 Mei 2009

microbiology : 2 Jun 2009

pharmacology : 9,10 Jun 2009


oral

pharmacology : 13 Jun 2009

microbiology : 17 Jun 2009

parasitology : 22 Jun 2009

pathology : 27 Jun 2009



Ya Allah..
Aku mengadu kepada Mu..
tentang kurangnya usahaku,
dan juga lemahnya imanku

Ya Allah
seseungguhnya aku sangat-sangat menzalimi diriku sendiri
dengan kezaliman yang pelbagai
ampunkanlah aku
sesesungguhnya tiada pengampun dosa melainkanMU

Ya Allah
seseungguhnya aku tak berdaya dan tiada kekuatan
berilah sedikit kekuatan padaku

amin
..

p/s : tenet sudah xde, tu tanda Tuhan suruh stadi..stadi lah wahai diri..pesal malas-malas lagi?

Thursday, April 16, 2009

Rahmatilah Kami

Ya Allah..rahmatilah perjuangan kami..

Tinggi menggunung dosa-dosa kami
Bertambah tinggi semakin hari
Berjuta kesalahan berlapis kesombongan
Selalu saja datang menghampiri

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Segala puji hanya bagiMu
Lautan ampunan kasih sayangMu

Engkau yang pemurah Engkau yang pemaaf
Hanya padaMu hati ini berharap
Irhamna ya Alloh ya Rahman ya Rahim

Kasihanilah kami
Ampunilah kami
Selamatkanlah kami
Ampun..

Langkah yang rapuh jiwa yang lemah
Segala salah adalah milik kita
Irhamna ya allah ya rahman ya rahim

Ya Allah


Irhamna
Album : Semesta Bertasbih
Munsyid : Opick

http://liriknasyid.com
klik untuk download


Tuesday, April 14, 2009

Tasbih Kaffarah


Salam Amaran!

Oleh kerana ramai yang suruh aku sambung pasal ISMA ni, maka kali ini aku sambung juga walau hatiku tidak ingin menyambungnya lagi. Sudah bosan dan lagi memeningkan kepalaku yang telah sedia pening! Dan ini adalah post terakhir berkenaan isu ini. Dan sama-samalah kita berlapang dada. So, lepas ni usah lah kita bicara lagi ye..hehe

Pertamanya

Mengenai "fatwa" daripada ust syed kadir mengenai haram pergi ke program, haram menguatkan sesuatu yang menyebabkan perpecahan dikalangan ahli tempoh hari. Aku dah tanya beliau dan beliau menyatakan beliau tidak mengatakan kepada ISMA tetapi kalau pihak ISMA nak terasa nak buat camane. Jadi jangan menfitnah ust syed ya! Harap maklum!

Beramal berasaskan kefahaman!

Dalam hal-hal berkait dengan agama ini mestilah kita bergerak berasaskan kefahaman! Dan asas kefahaman kita adalah Islam. Bukan ikut-ikutan. Orang ajak join ISMA terus join. Orang ajak join PMRAM terus join dan sebagainya. Ataupu kita join belaka. Asalkan bermanfaat utk kita, terus je join..apa salahnya kan?..

Tidak! Bukan begitu..Dan untuk menambahkan kefahaman anda maka saya mengesyorkan anda baca apa yg ust hasrizal tulis mengenai bab ini. Klik link sebelah "sebelum anda join ISMA, JIM, PMRAM, ABIM dan sebagainya ..Jernihkan cara berfikir dulu!..Barulah tidak taasub! Dan hendaklah kita tahu adab-adab berjamaah dahulu barulah join. Bukan dengan semangat semata-mata!

Cerdik bodohnya seseorang atas hujah!

Tok Guru Nik Aziz selalu sebut benda ini. Jadi sebelum anda gatal-gatal nak join sesuatu kumpulan ni, perhatikanlah dulu hujah-hujahnya,perhatikan dulu matlamatnya dan hubungan dengan kumpulan-kumpulan lain. Kalau haram mengapa, kalau halal bagimana? Dan atas hujah yang terkuat lah kita pilih. Barulah kita jadi orang yang cerdik! Bukan menjadi pengikut secara membabi buta saja!

Aku Secara Peribadinya

Aku dah jumpa juga pengerusi ISMA mesir dan aku dapati banyak bercanggah daripada apa yang aku dengar dan bercanggah juga dengan ahli ISMA sendiri. Boleh saja aku tulis disini tapi takut orang silap paham bahawa aku ni mencari-cari kesalahan dan melagakan pihak ISMA. Aku bukan begitu!

Aku kalau boleh ingin juga menyatakan pendirianku tentang isu ini. Tetapi atas nasihat banyak pihak maka aku xleh sebut lah! Aku secara sedarnya memang menyedari banyak keburuka hasil daripda berbilang jamaah ini tapi sesekali tidak menafikan banyak jugak hikmahnya dalam perkara ini. Korang fikirlah lah sendiri hikmahnya dan keburukannya itu!

Tasbih Kaffarah

Bila selesai sesuatu majlis maka pengerusi majlis akan cakap "marilah sama-sama kita mengakhiri majlis kita hari ini dengan membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr"..

Kita pun bacalah seperti yang disuruh. Tapi tahukah kita sebab apa kena baca sedemikian? Atau baca sekadar ikut-ikutan saja.

Jadi, begini ceritanya. Mudah saja. Kita apabila duduk dalam majlis ni kadang-kadang tak kusyuk, kadang-kadang bergurau, mengumpat, buat bising dan sebaginya ataupun dalam bahasa mudahnya banyak benar kesilapan-kesilapan yang kita lakukan semasa berada dalam majlis. Samada sedar ataupun tidak.

Maka nabi galakkan kita untuk baca doa ini. Moga-moga kesilapan-kesilapan itu diampunkan oleh Allah SWT.

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَبِحَمْدِكَ أَشْهَدُ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَسْتَغْفِرُكَ وَأَتُوْبُ إِلَيْكَ

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Dalam masalah kita kali ini pun begitulah juga.

Kita bilamana bicara tentang bab-bab jamaah ini, kadang-kadang emosi berlebih, kadang-kadang mengutuk lebih, kadang-kadang kita rasa kitalah yang terbetul dan tersyumul lebih dan sebagainya sehingga kadang-kadang kita terlupa bahwa kita ini bersaudara dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama.

Oleh sebab itu, untuk mengelakkan isu ini dari terus berpanjangan maka dengan ini saya secara rasminya menangguh perbincangan kita berkenaan isu ini dengan sama-sama kita membaca tasbih kaffarah dan surah al-asr..

Moga-moga segala dosa-dosa kita dalam berbicara dalam isu ini diampunkan oleh Allah SWT..

Wallahua'lam..

p/s : lain kali kita jumpa lagi ye..he he he..

Saturday, April 11, 2009

Aku Bukan 'Orang Kelantan'!



Salam Alayk

Insiden penyokong bola sepak kelantan yang merusuh baru-baru ini, menarik minat ramai orang untuk mengomen. Macam-macam aku dengar..

ape ni org kelantan, ganas r..xnk kawin, xnk main bola ngn org klantan dah..hehe..boikot kelantan!..dan mcm2 lg..

malas aku nk layan komen2 tersebut..

Tapi hari ini aku terbaca satu komen..

kate sbuah negeri islam, kate negeri serambi mekah, kate rakyat kelantan baik2, rupa2nye ni la perangai org kelantan..

lalu menyalahkan mengutuk pimpinan
tok guru kerana gagal mentarbiyyah rakyatnye..

tiba-tiba menyirap darah ini..bukan kerana mereka mengutuk perangai merusuh tersebut tetapi mengutuk kepimpinan ulama' yang aku kasihi kononnya gagal mentadbir negeri dgn baik..

aku sebagai rakyat kelantan juga merasa malu dengan rusuhan tempoh hari. Ini kerana secara tidak langsung menyebabkan persepsi yang buruk daripada masyarakat terhadap rakyat kelantan..kesian orang kelantan(termasuk aku juga..hehe)

Jawapan Pada Isu Ini..


Sebenarnya isu ini bukan baru. Lama dah. Orang menghujum pimpinan tok guru dgn menohmah dgn pelbagai tohmahan..

mereka mengatakan negeri kelantan ada juga rempit, dadah, zina, rasuah dan sebgainya..jadi ape beza pimpinan ulama' ataupun tidak?

nak tahu bukak video ni..



Aku bukan 'orang kelantan'

sebenarnya org kelantan mmg gedebe/samseng pun..mmg gitu pun sifat orag kelantan sejak dulu..sbb tu lah tok guru sebut tuhan lagi samseng..kito rakyat kelate ni keno igt, jange duk tujuk sgt samseng tuh, tuhan jauh lebih samseng dari kito!

Kesipulannya dalam bab-bab samseng dan seumpamanya ni, aku bukan orang kelantan, aku orang islam!(dalam bab ni je la ye..hehe)

“Rasulullah SAW ditanya, apakah dianggap ‘Asabiyyah jika seseorang itu mengasihi kaumnya? Baginda SAW menjawab, “TIDAK, AKAN TETAPI APA YANG DIANGGAP SEBAGAI ‘ASABIYYAH ITU IALAH APABILA SESEORANG ITU MENOLONG KAUMNYA ATAS KEZALIMAN!” [Musnad al-Imam Ahmad bin Hanbal, hadith Wathilah bin al-Asqa']

Monday, April 6, 2009

Bidadari Dari Timur


Firman Allah yang bermaksud :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (shurga).

(An Nuur : 26)



Bidadari Dari Timur…
Seandainya direntasi laut segara,
Tiada yang bisa menandingi lautan tabahmu,
Seandainya gunung dijadikan pasak,
Belum tentu seteguh setiamu,
Seandainya ditawarkan buatku seorang isteri,
Kau yang ingin kubawa hingga ke negeri abadi…

Memoir Isteri Seorang Pejuang
Karya :
Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak
sumber

Saturday, April 4, 2009

Islam Yang Kami Faham!

Firman Allah SWT bermaksud : Barangsiapa yang Allah kehendaki untuk memberikan hidayah(petunjuk) kepadanya, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk mengenali Islam(Al An'aam : 125)

Dari Mu'awiyah r.a.,katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah untuk memperoleh kebaikan, maka Allah membuat ianya menjadi faqih dalam perkara agama." (Muttafaq 'alaih)



Dalam kita rancak berbicara tentang ISMA, JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM dan sebagainya. Tiba-tiba ada orang tanya aku “ko ni cakap pasal apa, aku langsung tak faham” hoho,,tergamam aku seketika.

Ya tak ya jugakkan. Kita ni bicara tentang apa ya? Ligat fikiranku mencari jawapan.

Di dalam lebat-lebat hujah daripada sesetengah daripada kita berbicara tentang berbilang-bilang jemaah ni(bukak sini) dengan haramlah, ijtihadlah, dengkilah, bahtera kebenaranlah, lapang dadalah, tarbiahlah dan macam-macam lagi tapi malangnya masih ramai lagi yang terpinga-pinga kebingungan tentang atas masalah apakah yang kita perkatakan sehari dua ini. Dan itulah hakikatnya.


Ada juga yang berkata “selagi mana diorang ni tak kacau aku, lantak ko lah nk wat ape pun, malas aku nak serabutkan kepala nak fikir benda ini”.

Oh, betapa hilangnya roh mahasiswa dewasa ini! Gila mencari mumtaz sehingga menutup setutupnya untuk berfikir masalah disekeliling.(Maafkan aku kerana menggunakan bahasa ini. Aku juga bukanlah anti mumtaz! Dan haraplah difahami)

ISLAM..Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Islam?


Kali ini aku hanya ingin memberikan pandanganku saja tentang asas kepada apa yang kita fikir dan perkatakan sehingga ada juga yang tersesak nafas ini.

Bagiku, asas kepada memahami isu ini adalah Islam! Diulangi, asas kepada untuk memahami isu ini adalah Islam! Jika anda tak percaya, tanyalah JIM, PMRAM, ALAMI, KONSIS, ABIM ini, dan secara pastinya mereka akan menjawab dan mendabik dada bahawa merekalah yang kononnya membawa Islam yang syumul. Betul atau tidak dakwaan itu, lainlah ceritanya!

Disebabkan liciknya strategi yahudi dan disebabkan lamanya umat Islam ini dijajah, maka umat Islam hari ini memahami perkara-perkara agama ini dalam bentuk ritual sahaja. Mereka sudah merasa cukup Islam dengan sembahyang, puasa, zakat, pergi haji sahaja. Tidak! Islam bukanlah sekolot begitu.

Begitu juga dengan amal soleh dan tarbiah. Kita bila sebut pasal amal soleh dan tarbiah ni, terbayang qiamulail, usrah, sembahyang jemaah, puasa Isnin Khamis dan sebagainya. Ya betul tetapi itu hanyalah sebahagian kecil saja daripada amal soleh dan tarbiah ini.


Sebagai contoh, adakah anda rasa apa yang aku buat ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Adakah anda rasa orang yang terlibat dengan kerja-kerja persatuan ini bukan amal soleh bukan tarbiah? Jika jawapan anda tidak, maka memang sah lah anda tak faham-faham lagi apa yang dimaksudkan dengan tarbiah itu.

Jadi, untuk memahami persoalan-persoalan berkaitan dengan amal soleh, tarbiah dan amal islami ini maka tidak dapat tidaklah kepada kita untuk memahami asas seasasnya terhadap isu ini iaitu lah ISLAM.



Islam Yang Kami Faham

Untuk memahami Islam secara apa yang kami faham ini maka aku cadangkan anda baca 3 buku ini..boleh la download(tekan pd link)..

1)Apa Erti Saya Menganut Islam..Ustaz Fathi Yakan
2)Dasar-Dasar Islam..Sheikh Abu A’la Al-Maududi
3)Risalah Taalim..As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna

Barangsiapa yang Allah SWT mengkehendaki kebaikan kepada seseorang maka Dia akan memberikan kefahaman yang betul mengenai agama Islam ini..seperti firman Allah dalam surah Al-An’am dan hadis yg diriwayatkan dari Muawiyah RA yang tertera dipermulaan post kali ini ..apakah kebaikan -kebaikan tersebut?..tafsir lah sendiri!

Disini saya memetik takrif Islam mengikut As-syahid Al-Imam Hassan Al-Banna..

Islam adalah sistem yang syumul(menyeluruh), yang menyentuh seluruh segi kehidupan. Ia adalah negara dan tanah air, pemerintah dari umat, akhlak dan kekuatan, kasih sayang dan keadilan, peradaban dan undang-undang, ilmu dan peradilan, materi dan kekayaan alam, penghasilan dan kekayaan jihad dan dakwah, pasukan dan pemikiran, sebagaimana juga ia adalah aqidah yang lurus dan ibadah yang benar, tidak kurang dan tidak lebih.

Bilamana baca buku-buku tersebut maka menangislah diri kita kerana banyak lagi yang kita tak faham akan hakikat Islam sebenar walaupun zahirnya kita disebut sebagai orang Islam!..Islam pada nama sahaja kita ini..Oh Tuhan, Ampunkanlah kejahilan kami ini..

Kemunculan Jemaah-Jemaah Islam


Ringkas ceritanya, untuk melaksanakan kefahaman inilah disebut amal islami(kerja islam)..

Amal Islami ini wajib kepada setiap insan bergelar muslim. Tiada yang terkecuali!

Amal Islami terbahagi kepada 3 peringkat..Amal Fardi(Individu), Amal Jamai(Berkumpulan), Amal Ijtimai(kemasyarakatan)..

Fokus kepada amal jamaai(berkumpulan). Oleh kerana yakin bahwa untuk membuat kerja-kerja Islam ni secara logiknya memang tak mampu dibuat secara individu(rujuk sirah nabi SAW), maka muncullah jemaah-jemaah Islam ini.

Masalah Timbul!

1) Mengapa sama-sama nak melaksanakan kefahaman Islam dan sama-sama mempunyai matlamat yang sama tetapi tidak boleh bersatu malah lebih teruk saling memburuk antara satu sama lain. Adakah membuat jemaah-jemaah baru ini atas dasar dengki dan tak puas hati atau mengapa?

2) Terlebih faham!..Contohnya kita tahu dan faham bahwa kerja islam ini memerlukan kerja secara berkumpulan maka adakah kita juga perlu membuat kumpulan sendiri sesuka hati kita tanpa mengetahui adab-adabnya terlebih dahulu..

3) (bersambung..hehe..suspen sikit kan?)


Itulah asas nya kepada isu ini. Ini hanya pandanganku saja. Mungkin silap. Jadi kepada yang masih tak faham lagi tentang asas kepada isu ini, aku pun dah tak tau nak cakap macam mana. Atau mungkin aku sendiri yang tak faham isu ini?. Aku pun tak tau..



Firman Allah SWT :
Kalau yang kamu serukan kepada mereka itu keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, pastilah mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu amat jauh terasa oleh mereka (At-Taubah:42)


Wallahua’lam

Monday, March 30, 2009

Aku Hairan?

dimana bumi ku pijak,
disitu islam ku junjung..


alang-alang menyeluk perkasam,

biar sampai ke pangkal lengan..

aku yg kehairanan..


Salam Hairan..


dalam semua sibuk2 nk buat hairan situ hairan sini..aku pun nk hairan jugak lah..boleh x ni?..klu xleh..pegang mouse dan klik close pd browser anda..abis cerita..hehe.

tujuan post ni adlh utk membela diriku jugak mcm pmng..hehe..

pertamanya..aku hairan dengan org yg boleh berlapang dada dgn taadud jamaah tp xleh berlapang dada ngn aku yg pening ngn taadud jamaah..kononnya apa yg aku buat ni kerja sia2, xmendatangkan amal, boleh buat perpecahan dan sebagainya!..

padahal aku xbuat jemaah baru pun..aku baru bertaadud pemikiran saja..xkan itu pun salah?..adakah taadud pemikiran lebih besar effectnya drpd taadud jamaah..aku rase aku xlah sehebat itu..hehe

aku hairan
ngn budak2 isma ni..pesal la korang takut aku sebut pasal isma2 ni?..kalau korang yg berada dipihak yg benar, usah la takut..ingat lah bahawa Allah bersama orang2 yg benar!..setakat hari ni, aku rase la xde lagi aku kutuk2 isma dlm blog ni..tul tak?..jgn la takut..hehe

aku hairan jugak
org yg tuduh aku pro pmram(aku jemaah JPA la woi..hehe)..disebabkan link ini ISMA satu pendedahan ..ramai yg tegur aku..padahal link tu org isma sendiri yg hntar(xperlulah dinyatakan siapa!)..

aku hairan..perpecahan tu apa?..amal tu apa?..tarbiah itu ape?..lapang dada tua ape?..ISMA tu ape..hehe

Letih dah aku hairan!.. Tukar cerita pulak.. Aku xhairan la pulak

Contohnya org nk kutuk2 aku..ko tu bodoh..haha..baik la ko study drpd buat bnda2 xberfaedah ni, budak isma tak terjejas pun dgn ko wat mende2 ni..merka tetap akan isma jugak..

aku xhairan pun, mereka nk kutuk aku..sbb mereka ada cara berfikir mereka sdiri..dah mereka tgk ape yg aku buat ni salah nk wat camne..usahlah aku hairan!tul tak?

aku xhairan pun mereka nk jadi isma smpai mati pun..dah begitu cara mereka fikir..

aku jugak tidak bodoh utk suruh mereka bubar isma dan masuk pmram!..aku rase aku tidak la sebodoh itu..rasenye la..hehe

Sebenarnya!!.

Ustaz2 yg xbagi aku masuk isma dulu ade ckp..nanti dah lama kat mesir ni enta tau la sbb ape ana xbgi masuk isma ni..aku tnya dia xjwb la pulak..dia suh cari sdiri..

skrg ni aku rase aku dah tau..haha..tu la pentingnya menkaji..hehe..(aku membela diriku lagi)..nantikan post lepas2 ni..sabar ye..hehe

kepada org yg cuba2 nk sekat aku drpd meneruskan benda2 ni..sila baca ape yg tok guru tulis ni!..

Kita perlu ingat, apabila manusia disekat, manusia akan menjadi bodoh. Bagi kerajaan yang taghut, mereka akan seronok. Inilah puncanya yang menimbulkan pilihan di blog-blog. Sebelum perasmian blog ini pun telah timbul berpuluh-puluh blog. Manusia tidak boleh dikongkong daya pemikiran mereka kerana ini soal fitrah. Ia tuntutan semula jadi naluri setiap manusia, Sebagaimana air yang turun daripada gunung, jika ia disekat, dalam jumlah yang sedikit ia akan menjadi kolam. Air yang statik akan menjadi sarang tempat kediaman nyamuk dan serangga yang berbahaya. Bila air sudah banyak dan disekat juga, ia sama ada boleh melimpah dan merosakkan kehidupan atau menyerap masuk ke lapisan bawah tanah untuk melahirkan mala petaka atau air yang banyak akan membentuk suatu daya tolakan yang akan memecahkan tembok sekatan ingin membebaskan diri untuk kembali kepada fitrah asal kejadiannya yakni keperluan untuk bersoal jawab dalam mencari kebenaran yang hakiki.

nk baca lanjut sila ke blog tok guru..andai kita rasa kita dapat sekat org drpd berfikir kerana kita rase mereka silap, maka itu merupakan kesilapan jugak!

mengenai cerita isma ni, aku just nk tau cerita sebenar saje..mengenai kewajaran utk letak diblog ataupun tidak..maka itu adalah pilihan aku..so, sila lapang dada lah..

Sebenarnya aku tak hairan pun!..haha

Thursday, March 26, 2009

Goal @ Perubatan

Salam Amaran : Post kali ini bukan lagi berkaitan dengan ISMA!..Post kali ni juga penuh dengan "capub" yang keterlaluan..Harap berlapang dada!(ayat dak2 mesir..hehe)



haha..kredit kat denmat kerna wat video smart ni..

Pertamanya..

Sila tengok video diatas..dan kemudiaanya fokus kpd gol yg ke-3 el-ain(kan aku da kate, entri ni adlh capub..haha..sila lapang dada!)

Sebenarnya saje je..nak menyemarakkan lagi semangat kesukanan dikalangan pelajar perubatan ni..liga kaherah yg pd mulanya aku anggap ntah pape, tiba2 kali ni aku rase ianya semakin mendapat sambutan hebat dan betul2 dpt menjana ukhuwwah di kalangan pelajar2 yg berbilang batch ini..tahniah diucapkan kpd yg mencetuskan idea ni..dan kpd semua yg menjayakannya..tahniah!

Sekitar isu Goal @ Perubatan

Dlm mengharungi isu liga kaherah ni, banyak isu2 berkaitan yg muncul menyebabkan aku pun turut teruja utk mengomen serba sedikit..

Usah Tunjuk Samseng!

Rujuk perlawanan Lanun vs Kome..Biasalah, bila main ni ade yg smngat nk menang smpai nk gaduh2, main secara agresif, ajak salam xnak, provok pihak lawan, buat muka ala2 samseng..sy bimbang objektif matlamat ukhuwwah yg ingin dipupuk dan didamba itu bertukar menjadi dendam kesumat yg xkunjung padam..cubalah kawal diri bila perasaan marah itu dtg!..

tak payahlah nk tunjuk samseng, ingatlah Tuhan jauh lebih samseng dari korang!..tiru lah el-ain yg sentiasa mengamalkan permainan bersih sepanjang perlawanan..(promote pasukan sendiri..hehe)..jadi, teruslah menyokong el-ain dgn terus vote pasukan ini kat goal @ perubatan..hehe


Kawin menyebabkan jadi mantap?

Haha..sudah tidak dpt disangkal lagi..penyerang berbisa el-ain, syidi..yg skrg ini telah menjadi top scorer dgn menyumbat 7 gol dan mendahului penyerang pasukan2 lain..setelah ditemuramah, syidi mengatakan dia mendapat inspirasi drpd isteri tersayang setiap kali ade match berlangsung..hehe..dan inilah kelebihan yg ada padanya dan tak ada pade orang lain..kesimpulannya, kawin la oi!(nk kena kawin jugak nampaknye nih..hehe)..


El-Ain?


Nih nama pasukan aku(sape la buh name ni..xmacho lgsung..hehe)..jika kekuatan hang tuah pada huruf 'ta', maka kekuatan el-ain adalah pada keeper nya..hehe..xdinafikan semangat berpasukan adlah penting..nak tahu info mengenai team ini..sila klik sini..dan utk mengetahui lebih lanjut tentang liga kaherah ni..sila ke Goal @ Perubatan..info pasukan2 lain, senarai penjaring, jadual perlawanan dan yg penting vote..sila undi el-ain dan insyaallah kami tidak akan menghampakan anda..hehe

Letih dah aku mengarut..

Majulah sukan utk Islam!


Sunday, March 15, 2009

Maafkanlah Aku!


Dan wajahku memang begini
sikapku jelas tak sempurna
ku akui ku bukan lah mereka
ku apa adanya

menjadi diriku
dengan segala kekurangan
menjadi diriku
atas kelebihanku

terimalah aku
seperti apa adanya
aku hanya insan biasa
tak mungkin sempurna

tetap ku bangga
atas apa yang ku punya
setiap waktu ku nikmati
anugerah hidup yang ku miliki

menjadi diriku..edcoustic
download klik sini

sejarah mungkin berulang!..apekah?

Salam Perdamaian
..kali ni just nk cerita perasaan aku saje..hoho..aku ckp awal2 ni..jgn marah lak lps ni..nk bace, sila..xnk jgn main kutuk2 belakang..paham?


oleh kerana post sebelum ni..tiba2 saje aku rase aku dah jadi popular..haha(bajet giler aku ni)..ramai giler yg tanya aku psl isma ni..ramai yg suruh terus kaji..ada yg perli..ada yg bgi tazkirah kat aku..ada suh jumpa pengerusi isma..ade yg terang kat aku serba sdikit sistem isma ni..ade yg nk tolong aku kaji..mcm2 la..ada yg suh kutuk isma..ada yg kate pemecah belah masyarakatla..haha..tp semua tu dlm bentuk gurau2 saje!..gurau2 pun, cirrhosis di liver ini siapa tahu?

macam2 prangai org aku jumpa..(xpopular kah begini..hehe)..rupa2 nya ramai yg nak tahu pasal isma ni..bukan aku sorang saje..ramai yg nk tau tp semuanya senyap saje..lebih rela utk ckp2 belakang saje..aku pun same gak la dulu..sehingga lah aku ter melatah dlm satu provokasi soalan sahabat yg bertanya dlm post yg sbelum ni..tu pun sbb lame sgt masalah isma ni membelit dlm pala otakku ini..dak2 isma sendiri pun kdg2 xtau mengapa mereka isma?..bila ditanya..mereka jawab ape salahnya?..kalau xsalah mengapa ade orang kutuk atau xsetuju?..bukan org2 biasa..tp ustaz2 yg sy kira dihormati..dan masalah ni la yg aku cuba nk cari..

Tekanan?


dlm ingin mencari maslah ni tiba2 aku dpt rasakan satu tekanan yg kuat melanda diri ini..yg aku rase dpt menggangu konsentrasi dlm hidup,study dan sebagainya..(walaupon aku bukan lah kaki study)..tu la mase post dulu..xfikir panjang kesan drpd post yg sbegitu..ramai yg berminat dan bertanya dan sekali gus memberi tekanan kat aku..

tekanan disebakan aku bimbang korang meletakkan harapan yg tinggi kat aku utk discover isma ni..dan aku xboleh memenuhi hrapan korang tu..dan juga bimbamg aku ni menjadi penyebab kpd perpecahan dikalangan kita ini..ni la yg aku bimbang2 kan!

Kajian Ilmiah..


mengenai kajian ilmiah pula..aku ade tnya seorang shbt..bagaimana kajian ilmiah ni..dia ckp..kajian ilmiah ni tidak mudah!..byk yg perlu di cover..sejarahnya, matlamatya, hubungan dgn jemaah lain..perlu ada penjelasan dari kedua2 blah pihak..dan dari segi yg menentangnya pulak..mengapa?..hujah nya?..dan byk lg..tu kalau nk buat betul2 ilmiah..kalau nk wat scara xilmiah..mudah saje..

Masalahnya..

dari segi sejarah saje..pelbagai versi yg ada..tak masuk lg benda2 lain..adoi peningnya!..pendek kate..banyak benar masa yg diperlukan utk tujuan tersebut..dan sy rase sy xpunyai masa sebanyak itu..exam pun dah xlama dah..yg terdekat 25 hb ni..

aku juga merasa sedar diri..bahwa aku bukan lah org yg selayaknya ckp psl mende2 ni..kerna mende2 isma, taadud jamaah ni sudah ada perbahasan ulama' mengenainya!..aku ni siapalah?..

dan aku rase mahu tangguh saje kajian ni ke musim cuti panas nanti..project musim cuti la kiranya..tu pun kalu masih igt lg..sori la ye..kumpul2 maklumat boleh la buat mase skrg ni!

jadi sini saya ingin memohon jutaan kemaafan andai post seblum ini menggangu emosi sahabat2 semua dan kalau sy xmampu utk menkajinya dgn se ilmiah yg mungkin..maafkanlah aku!

aku hanya insan biasa, tak mungkin sempurna!..



Tuesday, March 10, 2009

ISMA : Satu Kajian Ilmiah?


ISMA : Satu Kajian Ilmiah?

Sejak dari tahun 1 lagi aku rasa isu ISMA ni duk bermain dalam kepala otak aku..kadang2 pening kadang2 bengang!..pesal org duk sebut2 pasal isma ni..xde ke isu lain?

dulu sampai ke hari ini..aku bersikap mls ambik tau pasal isma ni..lantak la ko nk wat ape pun!..underground ke on ground ke ko punya pasal la..

Tetapi bgi seorang yg bergelar mahasiswa sikap tersebut sepastinya adalah satu sikap yang silap!..iaitu langsung tidak mempedulikan ape yg berlaku dikeliling kita..ape nk jadi, jadilah!..mmg silap la..setuju atau tidak?

Hari ini ada seorang sahabat bertanya melalui YM tentang ISMA kpd aku..aku yg jahil ni ckp la xtau..jd, ikuti perbicaraannya..hehe

A : slm, nak buat servey. adakah tarbiah isma hebat?

Shakir: slm
Shakir: mass msg kah ini?

A : xah
Shakir: xtau la..
Shakir: aku xknl sgt isma2 ni

Shakir: hehe
A: kelakar
A: cuba taip isma guna google

A: akan keluar macam2

A: alamak, kalau pas pun same je

Shakir: pesal tiba2 ckp pasal isma ni?
Shakir: hehe

A: saje
A: tgh semangat
Shakir: abes la ko..
A: ?
Shakir: aku nk buh dlm blog ni
Shakir: hehe

A: :))
Shakir: xcaya ke?
Shakir: tgk r mlm ni

A: oo A: klu gitu
A: biar aku cakap sampai puas

Shakir: ckp r
A: hmm mana nak mula? taadud jamaa?
A: jamaah*

Shakir: isma tu benda ape sbnrnye?
Shakir: hehe
A: hmmm panjang ceritanya

A: lepas isyak aku sambung


Begitulah lebih kurang ceritanya..katenye nk smbung lps isyak tp xtersambung2..aku pu xtau mengape tiba je tnya pasal isma ini..mungkin smgt kerana orang isma sedng jln kan kempen ke prog mereka..aku xtau?

Oleh kerana aku xtau isma tu benda ape..tiba2 kali ini perasaanku yg begitu kuat mendorong utk menkaji tentang isma ini!(maksudnye xkaji lagi la ni..xyah la korang konfius..hehe)


ISMA : Apakah isunya?

1) mase taun 1, mase baru-baru berkenalan ngn bumi mesir ni..aku kawan ramai gak ngn ustaz2 klantan..mmg diorang ade tnya pasal isma ni..join isma ke blom?..klu blom xyah join la..aku tnya pesal xleh join..diorang xjawab la plak..hehe..bengang jugak aku..

2)isma tarbiah hebat?..betul ke hebat?

3)pesal us fawaz dan budak2 ni slalu sebut isma, pmram, pas, umno dlm kls bpi..xyah gado2..lapang dada la..cane nk lapang dada isma pun org xknl!..termasuk aku..hehe

4)bila nk berenti sebut isma ni..

Mengapa mahu kaji pasal ISMA?


haha..soalan cepu emas ni..

jawapan mudahnya..ikut aku la blog aku..aku nk kaji ke xnk ke sukati r..xnk baca sudah!..hehe

jawapan yg payah sikitnya ialah..

1)xmau la cakap2 belakang..xgentlemen org kate!..
2)biar lah masyarakat tahu sikit isma ni benda ape..ajak g program isma tp isma sendiri org xknl lg..
3)pesal org asyik sebut pasal isma ni..nak tahu isu sebenar la
4)pesal org isma xajak aku join isma..haha(dah ko xthiqah sape suruh..hehe)
5)ISMA utk org2 thiqah je ke..(thiqah ke gitu?)

Dan skrg ni aku dah tahun 3..sudah besar dan panjang rasenye..hehe..jadi, izinkanlah aku untuk menkajinya dgn segala kekurangan yg ada..moga2 bakal kajian ini tdk bias kpd mana2 pihak..

Harapannya juga moga sahabat2 dpt membantu kajian ni..aku xtau gak nk start kat mana dan nk start bila kajian ini..tolong la aku!!..dan teguran membina amat lah diharapkan..

adoi panjang la plak..xkaji lagi ni..hehe..ok..tido dulu ye..

moga Allah memberkati usaha ini!..



Monday, March 9, 2009

Sirah Nabawiyyah : Pengajaran Dan Pedoman


Salam Maulidurrasul..


Sirah Nabawiyyah : Pengajaran dan Pedoman
DR Mustafa As-Sibaie
Download E-Book

p/s: versi bahasa arab boleh didapati di pustaka darussalam

Saturday, March 7, 2009

Aku Mendambamu Merindumu


Berlalu sang waktu

Berabad sudah jauh aku darimu

Dalam hitam legam zaman di wajahku


Aku mendambamu merindumu

Hadir kembali dalam setiap langkah hidupku

Muhammad Ya Rasullullah


Ya Nabi Ya Habibi

Semoga Allah selalu merahmatimu

Dengan cinta dengan kasih selamat umatmu


Diwajahmu dilangkahmu

Disetiap hela nafas yang terpancar cahaya

Teranglah gelapnya jiwa


Allahumma solli wassalim ‘ala Muhammad

Ya Rasullullah

Allahumma solli wassalim wabarik allaihi


Muhammad karenamu

Tersingkaplah jalan cinta hamba kepadaNya

Terang hati dengan cahaya di jalanmu


Aku mendambamu merindumu

Hadir kembali dalam setiap langkah hidupku

Hadirlah..

Gelap akan sinar


Allahumma solli wassalim ‘ala Muhammad

Ya Rasullullah

Allahumma solli wassalim wabarik allaihi

Ya Muhammad


Ya Nabi Ya Habibi

Ya Muhammad


Lagu : Mendambamu

Munsyid : Opick

Download