Saturday, January 30, 2010

Uzunun, Anfun Wa Hangarah


Firman Allah SWT yang bermaksud :

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai.

(Surah Al-A'raf : 179)

***************

salam alayk..

Hari ini, dah start round baru, round ENT..penat exam tak ilang lg, tiba2 da start round baru..~aish..penat2..tp xpe!..mujahadah2..haha..thiqah nye?..hehe

Hari pertama ni, doktor briefing2 je dulu pasal ENT secara general..dan yg best nya dia tanya pesal dlm alquran Allah swt sebut as-sami'(maha mendengar) dulu daripada al-basir(maha melihat) di kebanyakan tempat..

seraya membuat teka teki iaitu antara 2 nikmat mata dan telinga ni..mana yg lebih penting?..maka, cam biasa senyap la pelajar2 malaysia..'zuhud' serta merta..haha..

maka doktor pun jawabla..bla,bla, bla.....cari sendiri jawapannye ye!..hehe..dah2..habes pasal ENT..

****************

Sy ckp byk kali dah kot..Sy sangat 'bebas' disini..mengkritik dan dikritik!..pas ke umno ke kalau dilihat dari 'kaca mata' politik semata-mata, sikit pun xada beza!..apa ko igt semua org pas tu baik2 ke?..maka, atas dasar itu marilah kita sama2 mengamalkan dasar kritik mengkritik disini!..haha..

pasal isu khalid samad ngn hasan ali tu..banyak benar kenyataan2 bangang yg keluar dari mulut org pas yg kononnya lebih pas dari pas ni!..yg umno xyah buat kira la kan?..contohnya..

"kalau nak minta sumbangan program itu ini jangan minta kat aku, pi mintak dengan hasan ali, aku haramkan duit aku walau satu sen pun kalau bagi kat PAS, baik aku bagi anjing makan lagi baguih."

nampak sangat dangkal tentang kenyataan tu!..

dan kalau diorang ckp mcm ni, "Diorang ingat bila dah duduk kat atas tu, orang yang di bawah ni takda akal,

maka aku nk ckp, kalau cam tu la ayat2 ko tu..mmg sah la xde akal!..haha..bukan stakat xde akal, malah lebih pada itu!

nikmat hati, mata dan telinga yg diberikan oleh Allah tidak digunakan pada tempat yg sepatutnya!

mereka ini macam binatang ternak, bahkan lebih teruk lg!


p/s:

1) uzunun, anfun wa hangarah=ear, nose and throat!
2)sepatutnya hanjarah tp org mesir 'jim' dia jadi 'ga'..
3)susah tul memelayukan tulisan jawi ni..hehe





Friday, January 29, 2010

Emas Hitam di Laut Kelantan : Moga Ku Li Jadi Hero Rakyat Kelantan!

Rakyat Kelantan Bersatu Menuntut Royalti Minyak!
Terkejut Melihat Lautan Manusia di Stadium Sultan Muhammad ke IV!


Ceramah Perdana Royalti Minyak!
Bertempat di Stadium Sultan Muhammad ke IV
28 Januari 2010!

Oleh :
Bekas Pengasas PETRONAS, YBM Tengku Razaleigh Hamzah

Download :
Klik SINI!!!!

Bak Kata Ku Li diAkhir Ceramah Beliau!
Kito Ore Kelate Ni, Walaupun SSekin, Tp Bukan Peminta Sedekah!


Galeri Gambar :

Klik Sini!
Dan Sini!



p/s : semangat anok kelate!

Thursday, January 28, 2010

Perpaduan : Inilah Yang Kita Mahu!

Perpaduan PAS-UMNO, Satu Nikmat Besar?


Firman Allah SWT yang bermaksud :


Dan jika mereka cenderung kepada perdamaian, maka cenderunglah juga kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

(Al-Anfal-61)

****************


salam alayk..

Hari ni abes end round exam community medicine. Dengan abesnya exam ni maka tamat lah secara rasminya round community medicine utk tahun 4 ni..round yg paling sibuk kot utk tahun 4 ni..sedih rasanya..isk2..haha..walaupun sedih tp serius aku ckp, Tuhan sajalah yg tahu betapa nikmatnya perasaan org yg habes exam ni!..hehe..alhamdulillah!

Jadi utk menunjukkan tanda kesyukuran terhadap nikmat habes exam ni, maka tidak ada cara lain yg sy nampak kecuali dengan menulis sesuatu diblog kesayangan ini!..hehehe..

Lama sy 'puasa' dari menulis kerana menghormati fatrah imtihan yang mencengkam ini. Banyak benar isu semasa yang berlaku akhir2 ini yang sangat menyesakkan dada tetapi cukuplah sekadar mengambil tahu sedikit sebanyak hal ehwal semasa ini! Kurangkan bercakap, banyakkan bekerja. Bukan reaktif tapi jadilah proaktif!

Sebut pasal perpaduan, sy cukup hairan mengapa wujud manusia-manusia yang sangat allergic yg terlalu amat dengan perkataan tersebut!..banyak2 ruang persamaan yg ada, mengapa perlu kita memilih jalan yg berbeza?..

Contohnya..klik link disebelah!.Memang saya tak nak perpaduan..

Betul kalau kita kata manusia 'diciptakan' utk berbeza, maka atas sifat perbezaan tersebut, maka sy nk tanya apakah tidak ada langsung ruang utk persamaan? Apakah kita perlu berbeza atas semua perkara?

Contohnya idea kerajaan perpaduan oleh TGHH. Secara jujurnya, sy memang tidak tahu secara detail tentang idea tersebut! Tetapi utk isu ini, sy ingin memahami isu ini atas 'bahasa' perpaduan lah! Bukan fahaman politik sempit parti-parti politik! Agenda-agenda disebaliknya itu kita tolak ketepi dululah!

Contohnya, jika PAS ingin bersatu dengan UMNO untuk memerangi rasuah!. Apakah kerana UMNO itu parti perasuah maka kita tidak boleh bersatu dengannya untuk memerangi rasuah! Sempit benarlah fahaman politik kita seandainya begitulah cara kita berfikir! Kamu memerangi UMNO ke memerangi rasuah?..PAS tak rasuah ke?..Saya tinggalkan persoalan2 ini kepada anda!

Dan hari ini mungkin boleh terbit sedikit senyum dibibir apabila membaca berita disebelah ini mengenai isu serangan rumah ibadat!..BN- Pakatan Rakyat Bersatu Bidas Serangan! Mengapa kita perlu tegar menolak utk berpadu pada tempat yang sepatutnya kita berpadu kan? Fikirkanlah!

Andai beginilah cara ahli politik negara kita berpolitik, nescaya amanlah Malaysia! Rakyat pun bisa jadi tenang! Nak main politik, mainlah! Tetapi mainlah secara sihat!..

Akhirnya, sy teringat kata TGHH, bahawa pada suatu masa nanti kita semua akan tahu dan faham tentang apa itu yang dimaksudkan dengan perpaduan!

Wallahua'lam

Aku Insan Yang Selalu Mengharapkan Perpaduan!

Friday, January 22, 2010

Ya Allah! Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Sesungguhnya Mereka Tidak Reti!


orang-orang asli mana la ni?

Salam 'Alayk

Salah satu antara banyak-banyak doa nabi adalah "Ya Allah Ya Tuhanku, Berikanlah petunjuk kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui!

Tidak mengetahui/tidak reti disini bermaksud mereka nenentang, menghalang, mencerca, menghina nabi adalah kerana kejahilan mereka terhadap apa yang ingin nabi sampaikan! Atau dalam bahasa moden hari ini 'bermusuh dengan apa yg mereka tidak tahu'!

Dalam riwayat, doa ini diucapkan tatkala nabi dihambat balik dengan penuh penghinaan oleh penduduk Thoif. Dalam perjalanan pulang ke mekah, nabi singgah disatu tempat dan berdoa dengan satu doa! Doa yg telah menggegarkan peduduk langit dan bumi! (saya tidak menyertakan doa tersebut pada kali ini!)

Dan disebabkan doa inilah Allah yg Maha Mendengar telah mengirimkan 'seorang' malaikat yg menjaga bukit kpd nabi. Malaikat ini memberi tawaran kpd nabi utk mengangkat bukit-bukit disekitar Thoif dan melemparkan kepada penduduk Thoif yg telah mencederakan jasad dan perasaan nabi saw!

Tetapi nabi saw dengan tegas menjawab, Jangan! Jangan wahai malaikat. Bahkan aku mengharap akan keluar dari sulbi-sulbi mereka, generasi-generasi yang akan memperjuangkan islam satu masa nanti!

Ya Allah Ya Tuhanku, Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Seseungguhnya Mereka Tidak Mengetahui!


******************



Hari ini, tertengok youtube kat atas! Biasanya rasa nak marah! Tetapi lain pulak hari ini! Dah insaf kot! hehe.. erm, xtau lah!..yg penting bukan setakat tak marah tapi rasa macam boleh pecah perut kerana gelak 'lucu'!

Video tersebut lama dah! Masa TGNA doa bala kepada Najib dan beberapa isu lain yg berbangkit! Adalah dua tiga kerat manusia rakyat kelantan yg buat demonstrasi agar TGNA letak jawatan!

Tengoklah hujah dari seorang USTAZ yg bertaraf Prof Madya Syariah Akademi Pengajiaan Islam Universiti Malaya! Dan tengoklah juga orang-orang asli dari gua musang mana yg mereka kutip sebagai tukang sorak! Memalukan dan sangat tidak bertamadun! (org Kota Bharu sudah bertamadun lah oi!..hehe)

Dalam hal ini, sy rasa inilah nasib dan dugaan-dugaan yg mesti dihadapi oleh manusia-manusia yg bercita-cita untuk menyambung risalah perjuangan nabi-nabi! Yang mana bukan ditentang oleh orang lain tetapi oleh kaum kerabat, sanak saudara dan jiran sekampungnya sendiri!

Macam-macam 'hujah agama' yg diberikan oleh 'ustaz' tersebut! Tapi mungkin kerana belajar tak habis maka begitulah jadinya! Pasal belajar tak habis ni, ada satu artikel yg menarik dari us zaharuddin! Klik utk baca!..Sekerat-sekerat akhirnya rosak dan sesat!

Bila wartawan tanya 'ustaz' tu tentang doa bala yg TGNA sebut pada Najib tu, 'Ustaz' tu dengan pantas menjawab "doa tu diajar oleh syaitan!, kawan Nik Aziz!"..hoho..tak sayang mulut betul 'ustaz' ni!..

Pasal doa bala ni, saya tulis dah hari tu kat sini!..tetapi hari ini tatkala 'menyelongkar' blog us zaharuddin terjumpa satu lg artikel yg ditulis dlm bab politik islam dan dakwah!..artikel tersebut mengisahkan beberapa keperibadian Umar Al-Khattab RA yg patut dicontohi oleh pemimpin-pemimpin pada hari ini! Saya petik sedikit!

Sa'ad menafikan dengan sumpah serta mendoakan buta mata, kurang zuriat dan terdedah kepada fitnah dunia bagi sesiapa yang menipu dan melontarkan fitnah ke atasnya. Hasil doa individu soleh seperti Sa'ad, kesemua kumpulan yang meinpu ini mati . Usamah pula menjadi buta, kurang zuriat dan ditimpa nafsu syahwat yang luar biasa.

Disitu kita lihat bahawa doa bala keatas seseorang ini ada asasnya! Dan betapa makbulnya doa orang-orang yang terzalimi! Klik sini utk bacaan lanjut!

Dan kepada 'ustaz' tersebut! Syaitankah yg mengajar doa tersebut kepada Saad Bin Abi waqqas seperti yang tertulis dalam sejarah itu? 'Sejarah' tidak menipu!

Ya Allah, Berilah Petunjuk Kepada Kaumku, Sesungguhnya Mereka Tidak Reti!


Wallahua'lam

Sunday, January 17, 2010

PAS Kelantan! : Bersedialah Menjadi Pembangkang!

b........................................................................................................d

Thursday, January 14, 2010

Never Forget To Say!



Every night and every day
Every night and every day
Never forget to say
La ilaha illa Allah
Nothing worthy of worship except Allah

When you're walking down the street
Use your time and repeat
And say with every heartbeat
La ilaha illa Allah

To be able to defeat
Shaytan and his deceit
Ask Allah for help and repeat
La ilaha illa Allah

If we want to succeed
We must purify our creed
Obey Him in every deed
La ilaha illa Allah

To become completely freed
From your envy and your greed
In your heart plant the seed of
La ilaha illa Allah


Never Forget
Maher Zain
source : here
download here


Saturday, January 9, 2010

Ilmu Suku, Adab Suku : Sah Sekular?

kate2 wanji albabistani kpd dr haron din..klik utk besarkan!
sumber : sini..


Amaran : Kepada sahabat-sahabat yang mulia yang mahu mentazkirah adab, mahu mentazkirah akhlak kepada saya, sila pergi jauh-jauh! Sebab saya memang 'tidak beradab' dan memang juga 'tidak berakhlak'! Nah, Ikhlas saya mengaku nih! Dan saya sangat berharap agar saya 'thabat' dengan jalan yang saya pilih ini! (tp tazkirah la jugak ye, kan jauh pulak saya 'tersesat'..hehe)



**************

”anta tak tau syaikh.. Dr Harun Din banyak buat masalah. Masa Muktamar hari itu, dia pegi fitnah husam bagi rasuah....” YB itu seakan-akan mahu bercerita..

Astaghfirullah! Mengucap panjang aku bila baca post albabistani yg ini..LIDAH ULAMA MACAM PISAU! Anda boleh baca dan nilai sendiri! Betapa jahatnya puak-puak jahat dalam pas hari ini! apa kamu ingat pas itu maksum? kamu memang bodoh!

Ringkas ceritanya, albabistani telah di telefon oleh yb yang bertaraf AJK PAS PUSAT. Diulangi, AJK PAS PUSAT! Lihat lah betapa 'hebatnya' albabistani ini!

Oleh kerana saya rasa tuduhan YB AJK PAS PUSAT itu adalah sangat berat! Maka sebab itu saya tulis post ini!

Daripada posting albabistani itu, dapatlah saya membuat kesimpulan bahawa salah seorang mesti SALAH. Saya memang suka mencari salah orang!..hehe..Anda boleh pilih sendiri jawapannya! Siapa yang paling salah?

1) albabistani (reka cerita sbb gila populariti!)
2) YB AJK PAS PUSAT (bagi maklumat palsu!)
3) Dr Haron Din (fitnah Husam rasuah)
4) husam (memang rasuah)

Apa jawapan anda?..haha..walau apapun jawapan anda, dalam kes ini saya memilih yang jawapan no 2!..hehe..

Sebabnya?

1) tak mungkin albabistani menipu sbb dia kan 'byk ilmu'..hehe
2) tak mungkin dr haron din suka2 fitnah husam, takkan dr haron din xreti dosa pahala!
3) tak mungkin husam rasuah sbb saya 'sayang' husam..hehe

Oleh kerana 3 orang diatas tak mungkin salah, maka siapa lagi?

Jawabnya, YB AJK PAS PUSAT tu la! siapa lagi?

Rasional saya memilih dia, kerana....................erm, dah la tu!..malas dah aku...hehe..cari sendiri jawapannya!

MUSUH DALAM SELIMUT??


*******************

woi! albabistani dah tarik balik r! tgk ni..

oh ye ke?..kalau gitu aku pun tarik balik la aku kata albabistani kat dia!

(kalau begitula cara tarik balik!..aku pun pandai!..hehe)


ok..dah2!



p/s: apakah aku bermusuh dengan apa yang aku tidak tahu?

jawabnya utk kes ini, kadang2, utk 'bermusuh' dengan perkara yang kita tidak tahu ini, KITA 'TAK PERLU' TAHU PUN!



Friday, January 8, 2010

Al Babistani !



Semakin hari semakin celaru! Saya rasa itulah kalimah yang paling layak bagi menggambarkan situasi di malaysia hari ini. Walaupun saya jauh daripada bumi celaru tersebut, tetapi kecelaruannya itu jelas dapat saya rasakan!

Kalau dulu internet ini tempat saya mencari maklumat dan sebagainya, maka internet ini lah juga kini menyebabkan otak saya jadi celaru yang tidak berkesudahan! Rasanya mahu saja meninggalkan dunia internet buat sementara waktu seraya bertapa didalam gua sahaja!(haha..tipu je..boleh mati kebosanan aku kat mesir ni kalau xde tenet!)

Dan hari ini akhbar melaporkan gereja-gereja sekitar KL telah dibakar! Klik Sini, Sini dan Sini! Bagaimana umat islam di malaysia ingin menjawab kepada dunia hari ini! Maka barat hari ini dapatlah mengesahkan dan menyebar fahaman bahawa islam itu memang terrorist!

Siapa mahu bertanggungjawab isu ini? Walaupun dari segi persepsi masyarakat umum, umat islam lah punya angkara, tetapi saya tak mahu membuat kesimpulan awal! Dan saya tidak menuduh orang islam punya angkara tetapi lebih kepada ingin menyerahkan hal ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan!

Ini semua hasil daripada isu kalimah Allah yang suhu nya semakin panas dari hari ke hari dan sedikitpun tidak menunjukkan tanda-tanda utk surut dari terus dipolemikkan!

Untuk isu ini, saya tidak kisah kalau isu ini dipolemikkan oleh orang-orang jahil! Kesannya tidak terlalu besar saya kira! Tetapi yang mengecewakan saya ialah bila yang alim saling menyanggahi antara satu sama lain!

Contohnya, dr asri dengan selamba arnab nya menuduh dr haron din sebagai ulama yg tidak open minded, emosional dan konservatif. Hoho. Ni masalah jugak dr asri ni, orang tuduh dia wahabi dia marah! Dia tuduh-tuduh orang selamba arnab pulak!..Ni aku geram ni! Dia tengok atau tidak kenyataan dr haron din, sy pun tak tahu!. Kalau lah dia memberi komen atas berita yang disampaikan sahaja! Maka dangkal benarlah dr asri ni! Klik sini utk kenyataaan dr asri!

Nah tengok! Siapa kata saya penyokong asri? Suka benar kita melabel kan? Bodoh!

Dan ini sekor lagi! 'Kepala lutut' kepada Dr Haron Din! Sangat biadap! Ada title ustaz pun, kalau bangang, bangang jugak la kan! Belajar kat pakistan ke mesir ke kalau jahat, jahat jugak la kan! Menyusahkan orang je!

Takkan lah kerana berbeza pendapat terus menghentam dan menghina! Kalau hina aku xpe la! Menghina ulama sewenang-wenangnya! Tak ada adab! Ni lah dikatakan taksub dengan pandangan sendiri!

haha..ko pun sama je! kate kat orang je lebih!

Sahabat-sahabat yang mulia! Kan saya cakap banyak kali dah! Saya 'tidak beriman' dengan akhlak kepada orang yang tidak berakhlak! Saya 'tidak beriman' kepada adab kepada orang yang tidak beradab! Kita perlu kurang ajar kepada orang yang kurang ajar!

Sesat? Siapa kau?

(TEORI DIATAS BOLEH DIAPLIKASIKAN UNTUK SESETENGAH KES SAHAJA! HARAP MAKLUM!)

Itu Sahaja! Wallahu'alam!

Tuesday, January 5, 2010

Kerana Islam Hidup Saya Susah?

pakai tudung labuh kan bagus?..hehe

Ini kenyataan seorang artis tanah air..Baca leklok ye!

“Sejak bertudung saya sukar mendapat job dan saya rasa anda semua pun faham dengan situasi dalam industri kita ini. Kalau bertudung memang payah nak dapat job sebab itulah saya terpaksa buka tudung. Namun ia masih ada batasnya kerana saya tak akan sesekali berpakaian seksi atau ‘buka’ sana sini.

“Saya masih muda dan masih biasakan diri untuk bertudung. Orang boleh terus bercakap, tetapi selagi saya tahu apa yang saya buat itu betul ia tidak menjadi kesalahan pada saya. Lagipun soal bertudung ni, hal antara saya dan Tuhan.

“Walaupun saya buka tudung dalam drama, tetapi di luar saya tetap Anne Ngasri yang akan menjaga penampilan saya sebagai wanita yang bertudung. Saya berharap agar perkara ini tidak terus menjadi isu,” kata Anne


klik sini untuk berita penuh!

Rasa macam tak terkata dengan kenyataan tersebut!..Nak kata 'syirik', sy dituduh penghukum, nak kata 'bangang' kata sy tak beradab pulak!..pastu?

xpayah kata2 pape..duk senyap2..study2..hehe

ok2..sy xkata!..pape pun ni artikel us zaharuddin yg berkaitan!..klik utk baca!..
Tak Mahu Hipokrit, Akhirnya Bertambah Dosa

ok..itu saja

wallahua'lam..



p/s:

dia gadis bertudung labuh
hatiku tergoda tergugah
tak cuma parasnya yang indah
dia baik dia solehah

takkan habis ku berdoa
tuk jadi kekasih halalnya

Saturday, January 2, 2010

Rombakan Kabinet TGNA : Siapa Kuasa Ketiga?

siapa kuasa ketiga yang dimaksudkan?

Semalam saya baca berita tersebut! Agak terkejut sebenarnya! Benarkah apa yang dikatakan oleh zulkifli noordin dalam blognya itu!

Bukan terkejut dengan 'kuasa ketiga' yang dimaksudkannya itu tapi terkejut dengan 'siapa yang memberi maklumat kepadanya'!

Saya yakin isu yang diperkatakannya itu bukan isu kecil-kecilan. Dan tak hairanlah kalau hari ini, Salahuddin Ayub 'menempelaknya' supaya jangan menyibuk dalam urusan pentadbiran pas!

Mari kita perhatikan apa yang dikatakan oleh Zulkifli Noordin ini..

"Mutakhir maklumat yang diperolehi dari sumber yang sangat dipercayai bahawa satu rombakan barisan Exco Kerajaan Kelantan akan dibuat tidak lama lagi di mana beberapa orang Exco kanan dan pimpinan PAS Negeri akan terpelanting dan tidak akan dilantik semula.

Daripada nama yang disebut, saya sendiri pun terkejut dengan mereka yang bakal digugurkan."Saya melihat seolah-olah di Kelantan kini sudah wujud satu 'tangan ghaib' atau 'kuasa ketiga' yang memainkan peranan menyusun semula barisan kepimpinan kerajaan negeri demi menjaga periuk nasi dan kepentingan pihak tertentu"

Wujud atau tidak kuasa ketiga tersebut, bagi saya itu hal kecil! Persoalannya, daripada kenyataan zulkifli noordin tersebut "siapa yang memberi maklumat kepadanya"? Bagaimana maklumat yang "begitu rahsia" boleh sampai ke pengetahuannya sebagai "orang luar'? Dan siapa sumber yang 'sangat dipercayainya' itu?

Saya rasa itu adalah perkara yang lebih berhak untuk 'disiasat' berbanding 'orang ketiga' yang dimaksudkannya itu! Jadi, jangan tanya saya! Tanyalah zulkifli noordin!

Apa-apa pun, bongkarlah sehabisnya! Saya pun sangat-sangat berminat utk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku dalam pas hari ini.

Dan sama-sama lah kita tunggu, sama ada benarkah akan berlaku rombakan kabinet dalam kerajaan negeri kelantan sepertimana yang didakwa oleh zulkifli noordin tersebut!

dan ini adalah entri dalam blog beliau!


wallahua'lam..